Difahamkan, Ahmed, seorang pelajar yang mempunyai minat dalam bidang kejuruteraan, membawa jam berkenaan ke sekolah pada Selasa untuk menunjukkan hasil rekaannya kepada guru kelas.
Tetapi, situasi menjadi buruk apabila guru berkenaan menghubungi pihak polis selepas mengesyaki jam itu mempunyai bahan yang berbahaya.
Walaupun Ahmed memberi penjelasan bahawa ia bukan sebarangan bahan senjata, namun guru berkenaan tidak mempercayai penjelasan pelajar berusia 14 tahun itu.
Susulan kejadian itu, media sosial kini dibanjiri dengan sokongan menerusi hashtag #IStandwithAhmed.
#IStandwithAhmed kini merupakan antara isu paling trending di media sosial, dan insiden itu telah mengundang reaksi daripada pelbagai pihak.
Jam buatan sendiri yang dicipta Ahmed.
Kebanyakan netizen mengkritik tindakan pihak sekolah berkenaan serta menyelar insiden itu sebagai satu tindakan rasis dan mempromosi ‘Islamophobia’.
Mereka berpendapat insiden seperti itu sungguh memalukan, malah perbuatan rasis tidak sepatutnya berlaku di bangku sekolah.
Insiden itu juga menarik perhatian beberapa golongan terkenal seperti Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg dengan sekaligus membuka pintu kepada pelbagai peluang seperti biasiswa pendidikan, peluang internship di beberapa syarikat teknologi terkenal.
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama meminta Ahmed untuk membawa jam rekaannya ke White House sebagai tanda inspirasi kepada pelajar lain untuk meminati bidang sains.
Sumber Astro Awani.
Orang Islam, sebuah agama minoriti di US, di sebuah negara yang majoritinya takut pada agama Islam, menekan orang Islam kerana rasa orang Islam menggugat dan mengancam mereka.
Sementara itu di Malaysia... ok lupakan.
Aku lihat lepas isu ini, ramai juga orang yang menyindir budak2 sekarang kat FB seperti "Budak US umur 14 tahun dah cipta jam, budak Malaysia umur 15 tahun cuma pandai main Wechat", "Student US kecik2 dah pandai buat jam, student Melayu kecik2 dah pandai buat anak" dan lain2 lagi.
Pertama, aku nak tanya, orang2 dewasa yang menyindir tu, masa diorang umur 14 tahun, diorang ada cipta apa2 yang hebat tak?
Kedua, jangan generalize. Memang ramai budak US yang bijak dan genius, tapi ramai juga budak US yang dungu.
Ketiga, begitu juga di Malaysia, memang ramai kau jumpa budak2 sekolah Malaysia yang bangang2 seperti yang selalu viral dan yang kau selalu jumpa di media sosial, tapi ada juga budak yang bijak pandai dan genius malah boleh merekacipta sesuatu yang kau sendiri pun tak boleh cipta walaupun kau dah dewasa, sebab kau tak pernah jumpa dan kenal budak2 tu dan pencapaian mereka tak ramai pun orang yang peduli dan mahu viralkan.
Keempat, ciptaan budak US tu pun bukannya outstanding dan luar biasa sangat pun, ia cuma jam digital yang cara2 nak buat dia ada kat Internet dan dalam buku, dan aku percaya ramai lagi budak US lain yang cipta banyak benda yang jauh lebih hebat, cuma bezanya budak tu jadi viral sebab kena tangkap bila orang ingat benda tu bom.
Kelima, aku nak cerita sikit kisah aku sendiri masa aku Tingkatan 1 dulu. Masa aku Form 1, masa tu baru masuk sekolah asrama, aku dan kawan aku pernah hasilkan suis lampu automatik yang dipasang kat locker aku yang fungsinya di mana apabila pintu locker dibuka, lampu kat dalam locker tu akan menyala secara automatik. Bila pintu locker ditutup, lampu akan dipadam secara automatik, alah macam lampu dalam peti ais lah.
Walau masa tu takde Internet, tapi benda tu sebenarnya agak simple dan straight forward untuk dihasilkan sebab kit dan barang2 elektronik semua ada jual kat kedai siap dengan manual lagi. Lagipun masa tu subjek Kemahiran Hidup ada belajar pasal litar2 elektronik ni, benda tu yang menarik minat kitorang untuk buat rekaan pelik2.
Tapi macam biasa, kitorang kena ejek dan diketawakan oleh budak2 sebaya dan senior yang lain sebab buat benda pelik2 atau "poyo" sehingga diberi pelbagai gelaran yang agak memalukan, menyebabkan minat dan passion kami untuk mereka cipta sesuatu terus hilang. Jangan tanya kenapa begitu mudah hilang semangat, masa tu baru Form 1, fikiran pun tak matang dan tak boleh fikir jauh serta mudah terpengaruh dengan persekitaran.
Cuma andai kata kalau masa tu kitorang dituduh nak buat bom, mesti sekarang aku dah kerja kat Google, atau paling tidak pun dapat tawaran kerja kat syarikat GLC, dan mungkin aku dah hasilkan kereta terbang pun. Namun memandangkan ini Malaysia, maka tak perlulah menaruh harapan yang tinggi pun huhu.
tags: remaja islam ahmed mohamed cipta reka jam dari texas dijemput ke white house obama kerja intern facebook fb twitter mark zuckenberg sudan clock tangkap disangka bom bomb #istandwithahmed
Inilah contoh mudah apabila seseorang (sekumpulan manusia) meletakkan nilai yang ada pada dirinya (diri mereka) kpd orang lain.
BalasPadamSifat manusia. Kita yang di Malaysia (regardless our faiths), jgnlah kita menjadi orang (manusia) yang suka meletakkan nilai kita kpd orang lain. Yang baik pada kita x semestinya baik pada orang lain. Sesungguhnya, yang terbaik datangnya dari Yang Maha Esa.
"Too small to make a difference? Imagine a mosquito."
-Katya-
Ko ni mamat sengal datang dari lubang jubur mana hah?
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamAq tak jelas la ape msg yg katya nak cuba smpaikan. Mohon pncerahan
Padammaaf baru saya terbaca komen anda, red ping. kejadian ini terjadi kerana guru pelajar ini beranggapan pelajar muslim ini cuba mencipta sesuatu yang memudaratkan.. dan guru or pihak sekolah melaporkan pelajar ini kepada polis. (ini kes/kejadian yang berlaku).
Padammaka mesej yang cuba sy sampaikan, anggapan guru tersebut (pelajar muslim or muslim adalah teroris/pemusnah bangsa amerika) merupakan nilai yang dipegang oleh guru berkenaan (dari mana dtgnya nilai ini? dari mana2 sumber). justeru, nilai ini di'letakkan'(impose on) ke atas pelajar tersebut. Akibatnya guru melaporkan pelajar tersebut. Sekiranya, guru tersebut mempunyai nilai/anggapan yang berbeza, maka kes ini tidak terjadi.
Inilah maksud saya. nilai /anggapan guru tersebut diletakkan keatas pelajar tersebut, walhal pelajar itu hnya ingin "impress" gurunya.
Sama juga keadaan sperti seorang rakan yang mengatakan kepada rakan yang lain, contohnya:
A : Cikgu disiplin tu garanglah. Aku tak suka. Jom kita calarkan kereta dia, sebab dia selalu denda aku.
B : Aku suka cikgu tu. Sebab cikgu disiplin la aku tak ponteng sekolah.
Ini contoh kecil. Pelajar A cuba "ímpose" nilai dia ke pelajar B dan sebaliknya.
Jadi, tak semestinya, nilai yang kita pegang, nilai yang baik pada kita, baik jugak pada yang lain.
Maka, nilai yang terbaik datangnya dari Allah swt,
Harap red ping dapat faham mesej saya. Terima kasih.
'"Too small to make changes? Imagine a mosquito.""
-Katya-
kepada tanpa nama 22sept 6.45pg,
PadamSoalan kamu ttg mamat sengal datang dr jubur mana tu, untuk saya atau untuk orang lain? Sekiranya untuk saya, minta maaf kalau mesej saya menyebabkan kamu benar2 mengalami "buasir otak". Dan sekiranya soalan itu untuk saya, untuk makluman, saya bukan datang dari lubang jubur mana2,
Sesungguhnya yang terbaik datang dari Allah swt. Terima Kasih.
"Too small to make changes? Imagine a mosquito."
-Katya-
Betul tu Katya!setuju. Terima kasih atas penjelasan. Tapi apa pulak maksud line Katya? "Too small to make changes?Imagine a mosquito." Bayangkn sekor nyamok?...ada sayap, hidung mancung, kaki enam...?
PadamSalam.
PadamTerima kasih red ping sebab faham msg yg cuba sy sampaikan.
Maksud tagline saya, secara terjemahan, merasa diri terlalu kecil untuk lakukan perubahan? Bayangkan nyamuk.
Dalam konteks ini, even seekor nyamuk pun boleh membawa perubahan (kalau tidur digigit nyamuk, susah jgk kita kan.. :) ). Justeru, sekecil2 nyamuk pun boleh membawa perubahan kpd kita, apatah lagi kita yang manusia ni. Perubahan boleh dilakukan walaupun kita rasa kecil (ditempat kerja, dirumah, dalam masyrakat, dsb). Walaupun rasa diri kecil, jgn takut untuk lakukan perubahan (yg positif, yg memberi manfaat). Mungkin tiada kesannya pada majoriti, tapi berkemungkinan perubahan itu membawa kebaikan/manfaat kpd individu lain. yang pasti, perubahan memjadikan kita manusia yang lebih baik.
Wallahu Alam.
Ty red ping.
"Too small to make changes? Imagine a mosquito."
-Katya-
Budak2 kat us umur 7-8 tahun dah pandai speaking. Kat Malaysia guru ajar english miskin vocab, grammar lintang pukang harap slang saje lebey dan degree berhelai2.
BalasPadambudak2 kat kelantan pon umur 2-3 tahun dah pandai kecek klate.
Padambudak2 kat jepun umur 3-4 tahun dah pandai ckp jepun... apa kebodoh punya hujah ni
PadamAku pernah terbaca matsalleh dah level makbapak org pun tulis komen tak reti nak beza your dgn you're, its dgn it's. So? Kau punya vocab kau da rasa mcm bombastik sgt pun tp tak reti guna dgn gaya yg betul, pastu grammar kau pulak tunggang langgang tp tak sedar diri tak guna jugak dol, slang meleis pekat bau petai, tahi jugak level kau..
PadamGuru english mkn haram. Elaun ajar dlm bi kebas tapi ajar dlm bm sbb bodoh. Ambil english sbb nk glamor
Padamaku rasa ko yang bermasalah dalam penggunaan ayat yang betul untuk berkomunikasi, cuba tengok komen ngko penuh dgn bahasa rojak, salah ejaan dan tuduhan melulu yang hanya bedasarkan sumber bacaan ngko yang berkemungkinan tiada tauliah.
PadamHa ha ha. 8:11 butthurt pulak. Komen dlm buasirotak ni je pun...cermin diri skit la adoiyai. Komen kau pun dlm BM pasar, ngko tu ejaannya ngko ke engkau? Ko tu ejaannya ko ke kau? us ke US? Sendiri eja rojak dlm komen ada hati nak menilai komen org, tahi..
PadamApa yg anon 153 tu ckp psl orang putih yg buat kesilapan tatabahasa diorang tu mmg betul pun. You're maksudnya "you are", walaupun sebutannya hampir sama dgn your. It's ialah it is, bukan its. Kesalahan spt itu bukan lg sekadar ejaan lg dah, tp membawa maksud lain terus.
Padamsama la jgk mcm ngko, sendiri berak tahi berterabur ada hati nak kondem cara guru2 kat malaysia ni mengajar.. wtf man.
PadamGuru bahasa Inggeris di sekolah perlu juga bertutur dalam bahasa Melayu dalam keadaan2 tertentu semasa mengajar bahasa Inggeris. Ini adalah untuk membantu pelajar yg lemah memahami kandungan text (comprehension). Jika guru terus bertutur dalam bahasa Inggeris 100%, pelajar2 Melayu yang lemah akan terus ketinggalan dan tercicir. Belajar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (bukan bahasa ibunda) sememangnya mempunyai kaedah yang berbeza daripada kaedah yang diaplikasikan mereka yang menggunakan bahasa tersebut sebagai bahasa asal mereka. Hanya mereka yang pernah mengajar pelajar2 lemah saja faham. Usah bercakap soal kerja yang anda sendiri tidak faham kenapa ianya dilakukan sebegitu.
PadamAlasan... ibubapa disarankan speaking dgn guru bi sekolah anda sambil rakam.. kemudian upload dlm YouTube... Kemudian baru anda tahu knp kerajaan nk import guru english dari luar.
Padamok anon 2:53, apakata ko rakam ko punya speaking dulu pastu upload kat youtube.. sila bagi link ye..
PadamAk pnh jmpa guru bi.. zahari md sanip.. past tense ngan present tense pun salah.. ank ak darjah 6 pun ketawa.. x tahulah mcmmana bole tebal muka ambil gaji tiap2 bulan :)
PadamHa ha. Hanya sebab terdapat segelintir guru b.i yg teruk, kau nak cop semua guru b.i kat sekolah tu level mcm tu? Kesian betul aku dgn golongan yg suka pukul rata mcm ni, otak tak mampu fikir secara meluas sikit dari skop kecil diri sendiri. Don't generalize, it will only show that you are extremely narrow-minded. Kesian..
PadamAda sorg guru bi hntr text 'lets eat arabic rice'. Putat ler nk import guru bi dari India
Padamputat
PadamSegelintir apa.. 70% x layak ajar bi. Mkn haram.
PadamWhy are our English teaching standards so low?
Lim Kit Siang
September 16, 2013
SEPT 16 — Recently we heard that out of 60,000 English teachers nationwide, about 70 per cent of them did poorly when sitting for the English Language Cambridge Placement Test.
http://blog.limkitsiang.com/2013/09/19/why-are-our-english-teaching-standards-so-low/
kepala hotak kau memang berjambol.
PadamHmmm kesian pada 30% yg layak tu pun dianggap tak layak dan makan haram sekali, hanya kerana dia guru bahasa Inggeris yg mengajar di sekolah Malaysia. How sad.
PadamAku pernah dengar 1 guru english cakap atas pentas, good morning for all students , please sit in your chair, pepatah bahasa Inggeris ada mengatakan for a thousand miles journey begin is a single step . .. kemudian ckp bm sbb org ramai mula berbisik bisik.
PadamSekolah rendah biasanya tempat cikgu2 yg tak layak tu membiak dgn jayanya. Guru besar kasi hentam je pilih cikgu utk ajar subjek yg diorang tak patut ajar langsung. Ada cikgu yg ajar math dah selama 14 tahun, bila kena selongkar balik result spm dia, math dpt f9. Bila selidik semula kenapa ajar math sedangkan result math dia teruk, terbongkar la guru besar yg bg dia ajar subjek tu, dia terima je. Patut la result math bebudak sekolah tu teruk selama ni. Bangang x?
PadamKat baling.. ustaz ustazah ajar math sains sbb terlampau ramai ustaz ustazah x nk bkhidmat negeri lain.. result math sci jgn tanya.. tak jwb punya.
Padamhttps://sg.news.yahoo.com/can-you-spot-all-the-spelling-mistakes-in-132007933.html
PadamGuru bahasa Inggeris di US juga banyak melakukan kesilapan tatabahasa dan ejaan. Ini lebih memalukan.
Bro begitu juga lah macam budak2remaja kita yang main bola hari ini, jika ada 1.2 yang lebih berbakat maksudnya berlatih sorang2 kat padang lebih masa dari yang ditetapkan akan dianggap rakan2 yang lain membodek coach dan pengurusan.
BalasPadamLebih menyedihkan coach pun tak benarkan pemain berlatih lebih masa dari yang dihadkan.
Jika pemain berlatih biarkan lah pantau dari jauh je jangan tinggalkan dia beseorangan, atau ajak sekali berlatih sama2, minda kena buka jangan tertutup seperi katak bawah tempurung...kalau nak maju
noob, google fay jong sow.
BalasPadamhttps://www.facebook.com/nstonline/posts/10152453644058466
http://www.malaysiandigest.com/frontpage/29-4-tile/561418-sarawak-teen-wins-honor-of-having-an-asteriod-named-after-her-by-nasa.html
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/nama-rakyat-malaysia-diabadikan-sebagai-nama-asteroid-66455
http://www.thestar.com.my/Opinion/Columnists/Sunday-Starters/Profile/Articles/2015/07/26/Seeing-the-light/
jadi..kesimpulan nya.. dituduh jahat adalah yang terbaik.
BalasPadamSalam sehati serasuah ,
BalasPadamsewaktu zaman komunis dulu Russia dan China pernah difitnah US sebagai negara miskin digambarkan rakyatnya merempat seperti yang mereka gambarkan korea utara sekarang.
namun rusia mengalahkan us apabila berjaya menghantar satelit pertama, sputnik ke angkasa lepas dan manusia pertama mengorbit bumi sehingga memaksa us melakonkan adegan angkasawan mereka mendarat di bulan untuk menutup malu. Itu teknologi angkasa belum lagi kejuruteraan mereka hingga tank T-34 dicopy German menjadi panzer. Mengambil contoh Russia tersebut.
Jika degree berasaskan kepandaian 25 tahun lalu negara sudah maju. Bayangkan hanya skorer yang dibenarkan ambil kos engine, medic, law, science dan berkaitan pasti kita sudah merasa hasil kepandaian mereka sekarang. Tetapi mengapa semua itu tidak berlaku? Kerana sistem pendidikan Malaysia dicipta berdasarkan kepandaian guru gurunya akibat guru sekadar SPM 3A maka PPSMI tidak dapat dilaksanakan. Kedua kerana kuota kaum tidak masuk akal Melayu & bumiputera sabah Sarawak sahaja pandai kaum lain tidak. Bumiputera dapat 3A masuk IPT, kaum lain 10A baru layak. Ke3 dasar kerajaan zalim BN yang tidak mahu mengikut konsep adil- meletakkan sesuatu pada tempatnya.
KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.heee
Disini lahirnya insan2 bebal..yang jantannya berhujah menggunakan testis..yang betina hujah2nya berlandaskan puting koko
BalasPadamDi sini la bebal, bukan disini. Puting mak kau ijau.
Padam"Sementara itu di Malaysia...ok lupakan"
BalasPadamHahaha
Kau genius la tahap 7 petala langit pun kat Malaysia ni, takkan ke mana. Negara ni pentingkan politik kotor, rasuah, periuk nasi sendiri.
BalasPadamYa.. terimalah hakikat ini. Inilah spesis2 melayu islam kaki masjid yg kita ada. Bos2 aku awal2 kerja dulu, sumer sikik2 nak share dgn staff yg rata2 80% graduate luar negeri. Itu 2 tahun awal kompeni kami bekerja ditubuhkan. Masa tu nama Allah Taala ayat2 alquran dicanang2, bersyukurlah..segala apa toya pukimak lagi digunakan untuk menambat dan membodohkan staff bawahan. Boleh meleleh air syurga turun ke bumi waktu tu.
PadamSkrg dah masuk tahun ke 15, bos2 sumer dah kaya raya. Manakan tidak, gaji dan bonus boleh dicekau semaksimum mungkin. Design sendiri elaun2 dan pangkat untuk diri sendiri dan sesama mereka. Mujur x taruk Sultan, Yamtuan, Raja Muda dan Yg DiPertuan Agong je. Kelakar giler nama post baru ciptaan derang utk diri sendiri dan klik2 derang. Jangan terkejut yg mereka2 ini adalah ahli masjid, rajin berumrah kelas pertama dan hantar anak2 ke sekolah tahfiz untuk menyuci dosa dari segala kerjabuat mereka.
Aku masih mujur sbg staff lama yg masih boleh bertahan. Jika berpindah ke kompeni baru pun, tak mungkin bonus dan gaji mampu dibayar sebegini. Bukan aku xbersyukur, bongkak dgn gaji elaun bonus skrg, tapi berbahagilah yg bersesuaian kpd staf2 baru sama. Ada staff yg x dpt elaun pun ada, sudahlah gaji layak BRIM.
Menyedihkan, sudahlah 70% lulusan luar negeri berpindah ke luar negara. Mereka x akan bekerja dlm negeri kerana tawaran gaji tak dapat cekau dgn gaji semasa. Dalam borang exit interview, ada yg tergamak tulis maki2 pun ada. Takat tulis "x dak halatuju" dan "masa depan yg malap" tu adalah biasa. Ada yg berani lebih drpd itu, berkerat rotan. Malah tidak halal itu ini pun diterjemahkan ke borang tersebut. Bukannya mereka org jahat sangat pun. Cuma meluahkan apa yg terbuku di dada setelah sekian lama di sini, nampak jelas kelaku kerjabuat bos2 melayu islam ni, terlalu buruk dan x makan kutukan.
Peringatan demi peringatan ini, bukannya membuatkan bos2 melayu islam kaki masjid ini menjadi semakin sedar atau alim atau meredakan aktiviti merembat duit kompeni yg terlalu menguntungkan ini. Setahun untung bersih lebih 800juta. Setakat 3-4 juta dirembat 2-3 bos2 atasan, director xder kesah sangat pun.
Aku xtau nak kelaskan kerjabuat mereka dlm kategori apa. Pada mereka, membazir dgn membeli motor besar yg tidak munasabah adalah perkara kecil. Sedangkan staff baru beli kete kancil pun.. dipuji2 dan disuruh bersyukur.
Inilah true color melayu islam. Staff baru rata2 pula budak UITM, kaki bodek tahap gaban ni jangan cakap la. Satu persoalan, adakah UiTM dan Politeknik kita ini menghasilkan graduan melayu2 level bodek tahap haramjadah ke?
Pasal suis lampu automatik tu la aku gaduh ngan member baik aku.. Kah2
BalasPadamKotakHati