Selasa, 29 September 2015

11 Hina orang lain tak menjadikan kita lebih mulia

Tak bolehkah kita, apabila mengkritik, berhujah, berdebat, menasihati atau bertukar pandangan dengan seseorang individu yang lain, tanpa disertai dengan kata2 kesat, cacian, hinaan, makian dan carutan?

Tak bolehkah kita berbincang dan bertukar pandangan dari seorang manusia kepada seorang manusia yang lain dengan baik, ilmiah dan matang?

Kita ini bukannya kanak2 yang masih mengejek nama bapak atau warna kulit. Ini ada yang dah jadi ibu bapa, cikgu, doktor, ustaz, pensyarah, engineer, businessman, peguam dan sebagainya, tapi masih mengekalkan carutan dan kata2 nista bagai zikir harian terutama dalam FB.

Dan apabila kita membibitkan cercaan dan kata2 nista seperti "bodoh", "bahlol", "sial", "babi" dan sebagainya kepada orang lain, ia langsung tidak membuktikan yang kita ini lebih pandai atau lebih mulia daripadanya, sebaliknya ia hanya mencerminkan sifat buruk dan keperibadian hodoh kita.

Sumber Fanikatun.

Ya, aku tahu masyarakat kita sedang sakit dengan pelbagai ketahian, namun yang selalu aku tekankan dalam penulisan aku adalah sikap ketahian itu sendiri berbanding pelaku atau individu yang mengeluarkan pandangan dan pendapat mereka. Dan kalau ada perkara yang aku mahu bincang atau debatkan, aku seboleh2 akan mengelak daripada berkata buruk, carutan, makian dan hinaan kepada mana2 individu walaupun tidak sependapat dengan beliau dan walau sebanyak mana aku dihina.

Kenapa?

Pada aku dengan mengutuk, menghina, mencarut dan memaki secara jelas seseorang individu di mana2 platform media sosial, kau sebenarnya sedang mengumpat dan mengaib individu tersebut. Malah lebih malang apabila kau yang berperwatakan alim, selalu post hal berkaitan agama di akaun media sosial, secara berjemaah kau mengajak friend dan follower kau mengutuk dan menghina orang lain tersebut yang tidak sebulu dengan kau.

Sebab tu aku malas nak join segala pertelingkahan yang melibatkan mana2 individu sebab aku rasa pergaduhan di Internet ini sangat membuang masa. Kalau kau rasa nak bergaduh nak berdebat sangat atau ada rasa nak betulkan sesuatu yang kau orang tu salah, pergi gaduh kat profile FB individu tersebut atau PM sahaja dia, tak perlu tag kawan2 mahupun ajak kawan2 kau mengumpat individu tersebut di wall kau.


Bila dia, kau, kawan2 kau, masing2 memaki hamun dan mencarut sesama sendiri, maka korang semua takde jauh beza mana pun. Dan apabila kau mencarut dan memaki seseorang dan orang tersebut tidak membalas dengan carutan atau mungkin tidak membalas langsung, itu bukan bermaksud kau sudah menang, cuma kau langsung tidak berbaloi untuk dilayan.

Akhir sekali, aku jarang cakap kat orang lain apa mereka kena dan perlu buat, suruh mereka buat itu ini, jadi itu ini, what should you do, you should do this dan sebagainya, sebab aku rasa setiap orang ada akal fikiran, semua orang harus diberi peluang untuk membuat keputusan dan menentukan masa depan mereka sendiri.

Aku mungkin boleh beri satu dua nasihat dan pandangan, tapi at the end, kitalah yang seharusnya mempertimbangkan baik buruk suatu tindakan dan keputusan yang kita mahu buat tanpa dipaksa atau disuruh oleh orang lain.


Cuma ada benda yang aku akan suruh, dan biasanya ia akan bermula dengan "jangan".

Jangan jadi mat rempit, jangan hisap dadah, jangan menyusahkan mak bapak dan orang lain, jangan jadi sampah masyarakat, jangan jadi macai, jangan jadi rasis, jangan hisap rokok, jangan jadi gangster, jangan kurang ajar, jangan biadap, jangan malas, jangan join skim cepat kaya, jangan ajak aku join MLM, jangan jadi bodoh, jangan jual maruah kat media sosial dan lain2 yang aku rasa perlu dijangankan.

* Catatan ini adalah untuk ingatan kepada diri aku jua.



tags: hina kutuk caci maki cerca nista hamun kata kesat bodoh babi bangang sial isu kontroversi saiful nang aib mekah ada pelacur orang salah di internet fb facebook

11 ulasan:

  1. Golongan mcm ni dlm internet je suka maki-hamun, depan2 lembut je~ sbb internet ni kan safezon, maka segala perasaan negatif boleh diluahkan tanpa perlu risau keselamatan/maruah/harta etc diri akan terjejas. Apa yg penting bg mereka hanyala kepuasan diri mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. https://www.youtube.com/watch?v=hkpAMxD6pXI

      Aksi orang lama-lama..

      Padam
    2. Related to this post, aku rasa ko patut tegur anon 29 sept 4.17 tajuk graduan book vs street smart yg curse bodoh kepada commentator tak kisahlah dia troll/parody.aku agak terhibur n released tension jugak dgn cara dia at least ada point berbanding komen mem'bodoh'kan orang. Komen mcmni merosakkan imej blogger. Cuba tengok stand up comedy,Harris Iskandar contohnya ada point dlm berlawak syaratnya anda kena berfikir dulu.

      Padam
  2. Slm. What you said... Says what you are. You are what your religion is. (betul ke grammar ni)

    BalasPadam
  3. W'salam, "you are what you said"mungkin lagi ok kot...tah. terang skit "you are what your religion is" boleh 7:59am?

    BalasPadam
    Balasan
    1. noob dh lantik tukang audit komen ke? semua benda nk tanya.

      Padam
    2. Apa faedah soalan ko 9:16am? Salah ke aq tanya bende yg aq x faham?

      Padam
  4. Saya nak tambah jangan, 'jangan curi line wifi orang lain', Thank You

    BalasPadam
  5. Slm. Red Ping. Translation... Apa yg ko cakap itulah diri kau dan ko adalah hasil pegangan ko kepada agama. In brief... Kalau ko cakap cam setan cam setan je le Islam ko. Kalau kau cakap baik insyaAllah baik le Islam ko. Personal opinion.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.