Iklan Leaderboard

Selasa, 15 September 2015

18 Henti jadikan jerebu itu fenomena tahunan

Perhimpunan atau demonstrasi jalanan dikatakan memberi kesan terhadap ekonomi, peniaga rugi, jualan terjejas dan sebagainya sehingga ia digambar dan digembar gemburkan sebagai suatu yang sangat teruk dan buruk. Tapi tahukah anda apa yang lebih teruk?

Jerebu.

Ekonomi terjejas.
Perniagaan terjejas.
Pelancongan terjejas.
Kesihatan terjejas.
Pendidikan terjejas.
Gaya hidup terjejas.
Alam sekitar terjejas.
Penglihatan terjejas.
Pernafasan terjejas.
Macam-macam terjejas.

Gambar Astro Awani.
Gambar Sukan Star TV
Gambar Sukan Star TV

Asap tebal jerebu yang biasanya melanda negara kita ini bukan fenomena semulajadi alam. Memang cuaca yang sangat panas pada musim kemarau kadangkala boleh menyebabkan hutan terbakar dengan sendiri sehingga menjadikan ia tidak terkawal, tapi yang selalu berlaku saban tahun ini biasanya disebabkan oleh kerakusan manusia-manusia kapitalis konglomerat bangsat yang membuat pembakaran terbuka berskala besar di ladang-ladang tanaman di Indonesia sehingga menyebabkan begitu ramai orang terpaksa menanggung akibatnya. Manusia yang pentingkan diri dan tak peduli akan orang lain macam ni tak layak dianggap manusia lagi tapi bangsat.

Masalah yang sama berlaku berulang-ulang kali saban tahun, malah seringkali disebabkan oleh masalah dan kerakusan manusia itu sendiri. Kepada pihak-pihak yang berkaitan, kerajaan Indonesia, kerajaan Malaysia, syarikat-syarikat perladangan kapitalis Malaysia dan Indonesia, carilah solusi untuk mencegah perkara ini dari berlaku lagi.

Ini bila dah kena denda, esok-esok buat balik. Yelah orang banyak duit, boleh sahaja membayar harga kerosakan dan pencemaran yang teruk dengan duit. Memang bangsat.

Sedangkan asap rokok dan vape pun yang keluar dari mulut orang lain pun kitorang tak sanggup nak sedut, apatah lagi asap jerebu.

Di negara-negara beriklim sederhana ada 4 musim iaitu musim bunga, panas, luruh dan sejuk, manakala negara-negara Khatulistiwa beriklim tropika cuma ada 2 musim sahaja iaitu musim lembab dan kering. Tiada langsung istilah musim jerebu. Tolong la hentikan daripada menjadikan jerebu itu satu musim tahunan.


Berikut pula adalah jawapan daripada Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla apabila ditanyakan pada bulan Mac 2015 tempoh hari mengenai isu jerebu yang berlaku saban tahun yang mengecam aduan daripada negara-negara jiran mereka:
Akhbar The Jakarta Globe memetik kenyataan Encik Kalla bahawa selama 11 bulan, negara-negara di rantau ini tidak mengalami sebarang masalah jerebu. Namun, katanya, apabila terjejas oleh jerebu selama sebulan, negara-negara berkenaan melahirkan rasa tidak puas hati.

"Selama 11 bulan, mereka menikmati mutu udara yang baik daripada Indonesia, dan tidak pernah mengucapkan terima kasih kepada kami. Apabila mereka terjejas oleh jerebu selama sebulan, mereka tidak berpuas hati," ujar Encik Kalla.

Terjemahan daripada Straits Times.

Udara yang baik itu datang daripada negara Indonesia? Mujurlah pemimpin yang pendek akal itu ada juga di negara lain bukan setakat hanya di Malaysia sahaja.



tags: masalah fenomena jerebu asap tebal musim tahunan negara tropika iklim khatulistiwa malaysia indonesia punca bakar hutan tebal tanaman ladang kelapa sawit

18 ulasan:

  1. nak keluar pun fikir dua kali. hahaha

    BalasPadam
  2. Mcm mana dia boleh kata mcm tu ek? Jawapan mcm org tak berilmu. Konglomerat tu ape NooB?

    BalasPadam
    Balasan
    1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Konglomerat_%28syarikat%29

      btw dari hari tu nak tanya, dulu tak pernah nampak red ping komen kat sini. awak orang baru kat blog ni atau orang lama silent reader atau orang lama yang komen guna anon atau orang lama dengan identiti baru?

      Padam
    2. sebenarnya red ping ni la brader kedepan

      Padam
    3. Terkejut aq Noob tanya solan ni. Aq kenal blog ko ni agak baru la..dlm 3 bulan lebih..awal2 tu silent reader...pertengahan ada la komen sikit sbg FMF Robin...lpas tu xingt bila, dlm 25-30 Julai tukar nama ke Redping n rajin mengomen. Adakah kehadiran ku membuat ko terkenang seseorg?

      Padam
    4. takdelah terkenangkan siapa2, cuma sekarang ni jarang dah orang rajin komen kat sini macam dulu2. mungkin benar fb, twitter dan ig semakin membunuh blog.

      Padam
    5. mungkinkah red ping ni penjelmaan semula sayap2 cinta xxx ataupun ahmad skandal cinta..haha

      Padam
    6. Ha'ah la. Kedepan hilang pastu muncul red ping.. mungkinkah?

      Beritahu saya.

      Padam
    7. Aq pon asalnya banyak baca kisah dr facebook.tapi facebook ni terhad skit nak meluah sbb kebnyakan dr kenalan, nnti ade yg terasa...manusia ni bila kata sesuatu tu salah dia akan cari kesalahan kita plak end up benci mmbenci...lpas tu psal fb ni aduhai...rata2 xkisah betul salah..asalkn like.sumer klw boleh nk like je...takde keikhlasan.Blog ni wlwpon mcm mende lama..tapi dia exclusive,len blog len paparanya..len seninya...lebih terserlah kreativiti.hnya blog yg cemerlang(ikhlas)je boleh trus berdiri.so, tahniah BO your blog is excellent

      Padam
    8. ak slalu bukak blog ko noob,tapi mlas nk komen....skrg pon rasa mals je nak taip.....ermm.ermm...

      -petai

      Padam
  3. encik Kalla ni serupa jugak Maslan di Malaysia :3

    BalasPadam
  4. encik Kalla ni serupa jugak Maslan di Malaysia :3

    BalasPadam
  5. After more than 10 years the same problem that we are facing, and yet no absolute solution towards this problem.

    Almost every year, there are meeting inter government, ASEAN Summit, and etc. and yet this matter are taken for granted. I am put the blame for this 3 country for this issue, Indonesia, Malaysia and Singapore. Why?

    Glad you asked!
    They have their company investing and involved in Indonesia in plantation business and I believe M,I and S doing nothing because there are in this shitty business. Taking advantages form the corrupted system in Indonesia, gave 'undertable' money and Make Indonesian Gov. Shut their mouth.

    We are living in the world that our leader is corrupted.

    I rest my case!

    BalasPadam
  6. sakit hati btol bila org2 kesayangan semua sakit, batuk dan demam.. tolonglah Indonesia

    BalasPadam
  7. Padamkanlah kebakaran tu cepat2 Kalla wei..

    BalasPadam
  8. Nak saman Indonesia nanti ada perjanjian politik antara kedua2 negara yg berkepentingan x kira individu atau negara yg maybe akan terganggu...tp apakan daya rakuatr jd mangsa, no legal action towards indonesia samada penalti duit..sbb perkara ni berlaku sbb kecuaiaan manusia buat pembakaran terbuka..bukan fitrah alam.

    Just doa yg jerebu semakin reda...dgr cite kita dah masuk bacaan 200 dah risau smpi ttup sekolah..kat indon smpi bacaan 600 pun ada..dasyat!!

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...