Rabu, 30 September 2015

31 Masyarakat miskin adab dan biadap di media sosial

Negara kita negara membangun, malah mengikut perancangan dalam beberapa tahun lagi negara kita akan menjadi negara maju. Infrastruktur, kemajuan teknologi dan pembangunan memang begitu banyak dan pesat membangun, namun ia tetap tidak akan menjadikan kita masyarakat yang maju kerana masalah pemikiran dan mentaliti kita sendiri. Tahu apa masalah dengan masyarakat kita ni?

Kita ini terlalu miskin. Bukan miskin harta, tapi...

Miskin adab.
Miskin etika.
Miskin hormat.
Miskin kesopanan.
Miskin tatasusila.
Miskin budi bahasa.


Ya, kita ini terlalu miskin dengan sifat2 ini sehinggakan kita mudah untuk menjadi biadap, kurang ajar, tiada etika dan nilai hormat-menghormati terutama di media sosial walaupun terhadap orang yang kita tak kenal dan yang lebih tua daripada kita.

Berikut adalah salah satu contoh kebiadapan orang kita terhadap orang yang tak dikenali di mana seorang individu ingin bertanyakan tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh seorang jurugambar:

 Sumber FB Maslinda Mansor.


Begitu mudahnya perkataan "bodoh" itu dilemparkan kepada seseorang yang langsung tak dikenali malah lebih tua daripadanya.

Seperti aku pernah tulis pada suatu masa dahulu yang "Facebook melahirkan generasi muda yang biadab",  namun bukan sekadar Facebook malah semua media sosial kini telah melahirkan bukan sahaja generasi muda malah orang tua yang tak kurang biadap dan kurang ajar.

Jika di dunia nyata, kebarangkalian untuk orang yang tidak dikenali datang kat kau dan cakap kau bodoh depan2 kau agak rendah, namun di media sosial kebarangkaliannya lebih tinggi. Peluang untuk kau digelar bodoh dan bangang oleh ntah sapa2 di media sosial lebih cerah berbanding di dunia nyata.

Aku sendiri dah biasa terima kejian, kutukan, cacian, kata2 lucah daripada orang2 yang aku langsung tak kenal di media sosial. Bodoh, bangang, bebal, semua tu aku dah lali. Malah ugutan bunuh juga aku pernah terima.



Ini hanya beberapa contoh yang sempat aku postkan. Dalam blog ini sendiri sudah banyak contoh aku tunjukkan, malah kau sendiri mungkin pernah berpengalaman menjadi mangsa biadap atau menjadi sang pembiadap.

So apakah rasanya ubat dan penawar kepada penyakit biadap dan kurang ajar dalam masyarakat kita ini?

Entahlah, aku pun bingung. Aku pun tak pasti di mana silapnya dengan masyarakat kita pada hari ini. Namun apa yang aku boleh buat hanyalah mengelakkan diri daripada berjumpa, bercakap, berbual, berdebat mahupun berurusan dengan orang seperti ini malah aku lebih selesa untuk ignore atau berbuat tidak tahu sahaja kepada orang2 seperti ini kerana bagi aku mereka ini hanya masyarakat low class yang tidak layak untuk dipeduli dan mendapat perhatian daripada orang lain.



tags: masyarakat orang malaysia melayu miskin adab tiada etika sifat nilai hormat respek sopan santun biadap kurang ajar

31 ulasan:

  1. Astaghfirullahalazim

    BalasPadam
    Balasan
    1. Noob xleh terima pandangan orang lain whether u with me or you're my enemy. Klu mcmtu wat group jelah. Ade je alasan tegakkan benang basah kesalahan entry dia mcm org lain xde otak nk pk. org syok sendiri akan force org lain terima opinion dia. jgn lupa, ada pelbagai background n education level yg baca blog,inc blog ko.

      Padam
    2. so... apa yang cuba kau sampaikan? perkara yang berkaitan dengan entry ni?

      Padam
  2. aku respek budak yang ajak kau beromen tu Noob, sebab dia punya mata hati sangat dalam, dia tau nilai kau hanya selayaknya sebagai pelacur jantan murahan yang tak ada nilai langsung, aku bangga kerana dia berkata benar, dia telah melihat engkau yang sebenarnya. Pasal yang nak bunuh kau tu, memang layak laa dia ugut macam tu sebab kau ni pun biol juga, aku selalu kena ugut bunuh dalam laman sosial tak meraban pun macam kau, tak ada teloq ka? Padan laa pun dengan semua fitnah kau atas orang selama ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmmm aku macam kenal je orang yang komen ni. Ok cuba bagitau aku fitnah siapa? Bagi mana2 entry dalam ni yang aku ada fitnah orang.

      Padam
    2. Noob jangan buang masa dgn dia

      Padam
    3. contoh terbaik bg tajuk ni...

      Padam
    4. Penang larang penggunaan pembesar suara di masjid untuk bacaan Quran, zikir, ceramah agama dan lain-lain selain azan.

      George Town, 11 Ogos - Larangan penggunaan pembesar suara bagi aktiviti selain azan dan iqamat akan diwartakan tidak lama lagi. - Malaysian Insider

      Masjid guna pembesar suara, cina sakit telinga, Melayu kena berundur bertoleransi. Cina berpakaian macam telanjang kat luar, Melayu sakit mata, hak orang Cina Melayu kena diam-diam saja? Cina bela babi di kampung Melayu, Melayu bau busuk, Melayu kena diam-diam sahaja sebab hak cina? Cina anjur pesta arak besar-besaran, Melayu sakit hati, Melayu kena tonggeng dan terima sahaja sebab hak Cina? Cina bawa anjing dalam troli, Melayu kena diam juga sebab Cina tak kata apa apa bila Melayu bawa anak dan kucing dalam troli, adakah anak Melayu dan kucing setaraf anjing?

      Orang Islam tak boleh ekstremis.

      Copy group sebelah

      Padam
    5. mana ada melayu diam? aku tgk cina bwk anjing dlm troli ramai je melayu bising termasuk org cina sendiri?? cina bela babi kat kampung melayu bising je aku tgk. ni mesti rba

      Padam
    6. Da agak mst ada melayu naik angin padal berita ni..mufti pun da setuju tuk larangan guna pembesar suara selain azan..bnda bole bwk bincang..melayu ni sikit2 rasa terhina..bukan wajib pun nk guna pembesar suara klu nk dgr bacaan mengaji..even nabi pun melarang umat bersuara keras ketika mengaji..melayu2..

      Padam
    7. Da agak mst ada melayu naik angin padal berita ni..mufti pun da setuju tuk larangan guna pembesar suara selain azan..bnda bole bwk bincang..melayu ni sikit2 rasa terhina..bukan wajib pun nk guna pembesar suara klu nk dgr bacaan mengaji..even nabi pun melarang umat bersuara keras ketika mengaji..melayu2..

      Padam
    8. 1:08pm aq phm seorg pejuang melayu islam mcm ko takot akn islam hilang di bumi Malaysia skit2. Tapi sblm ko salahkn sapa2 spt cina cuba cari kenapa diorg buat cenggitu.Cina ni pemikiran dia "Perlu ke Tak?" tu je.Mereka menilai bukan dr segi hak islam tapi hak manusia. Klw azan/bacaan/etc dgn pembesar suara dari masjid tu hanya tarik berapa kerat org tak sampai 2 saf adkh itu satu keperluan manusia?(pandangan cina).Cina sendiri tgk kita mcm tak perlukan...bila azan setiap 5 waktu pernahkh masjid surau tu penuh/sparuh? Adakah melayu islam menunjukkan perlunya azan sedangkn Cina tgk Masjid lenggang sentiasa. Ya mereka bukak arak,judi,babi etc...tapi permintaan ramai,penuh menunjukkan itu keperluan manusia sbb tu mereka teruskn. Nak tak nak memang salah melayu tu sendiri...tak hargai hak islam ketika ada, bila time nak/dah ditarik baru la kelang kabut... wlwbgaimanapun hak Islam patut terus diperjuangkan. Aq sokong ko klw ko nak berjuang menegakkan Islam tapi aq tak sokong kalau ko nak guna isu ini untuk alasan nk menjatuhkan sesebuah kaum.

      Astaghfirullahalazim, mohon maaf tersilap kata.

      Padam
    9. Pemikiran org Islam pon sama bro, perlu ke tak, perlu ke cina pakai mcm telanjang kat public. Tahulah cuaca panas tapi masuk tesco ada aircond pun sama apa cerita. Tak malu kt budak2 ke?
      Perlu ke mnm arak andrew zimon bizarre food pon x mnm arak sihat je. Perlu ke bina kandang babi kt kg melayu? Knp x bina kat perumahan elite cina, mati ke kalau x mkn babi. Budha ngan jesus x ajar ke cara hidup dlm masyarakat majmuk atau korang saje2 pekak.

      Ya Allah sebelum kau hancurkan musuh musuh islam kau hancurkan ejen ejen musuh dalam selimut mereka dulu yg ada dalam islam.

      Aminnn

      Padam
    10. Aminnn...ngeh3

      Padam
  3. Salam SatuMDB

    Ape kau nak heran? Kepala Buto pun diorang brandingkan, print kat baju, pakai. Muka bangga macam Nora Danish ajak couple.

    KEBELAKANG
    (KEmbalikan BErak MeLAlui KANGkangan)
    Musnah Tandas Duduk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha...tiba2 aku mcm nk setuju pulak dgn KEBELAKANG. Tak feeling betul berak atas tandas duduk. Hahaha...

      Padam
    2. Orang sihat boleh la guna tandas duduk. Cangkung ni mmg thorbaek.

      Camana dgn yg tua atau eksiden atau yang sakit lutut sbb arthritis? Alamat berak tunggingkan kepala kebawah kaki keatas ka?

      Padam
  4. Kebebasan bersuara yang dilaung-laungkan ada kesan sampingan... masyarakat semakin biaDap, kebebasan sepatutnya bukan mutlak, mesti ada kekangan, human by nature are evil.. sebab tu agama wujud..

    just my opinion, maaf...

    BalasPadam
    Balasan
    1. masyarakat biadap kerana duduk sistem dan persekitaran yang biadap...kalau menteri boleh sebut bangsat secara terbuka..dan menghina bangsa lain terang2an ..membodohkan rakyat dengan kata2 tak masuk akal..bergambar dengan jari buat simbol lucah generasi akan datang lebih lebih lagi ..sistem sosial memang dah korup lihat saja awek melayu mula bangga pakai t shirt "ale uto" apa yang boleh di harap lagi..perempuan kurang siuman serang orang dengan stereng lock.. bila dah sedar generasi korup, remaja melayu gila hiburan baru nak tengadah ...- lantas anjurkan himpunan merah..salahkan bangsa lain ..

      Padam
  5. Dunia makin maju..Manusia makin gila..
    Bila adat dilupakan..maka hancur lah bangsa MELAYU..

    Follow blog AlongMisuari

    Artikel TERBARU AM
    Hadiah daripada AM untuk sahabat AM Ebook Percuma Putihkan Gigi
    Hadiah dari AM untuk sahabat Lelaki AM Ebook Percuma (Rahsia Lelaki)

    HOT ITEM..
    LeoRa For Men
    LeoRa For Women

    Terima Kasih
    AlongMisuari

    BalasPadam
  6. Org biadap mcm ni jangan la ambil hati sangat sebab sikap tu diwarisi/dipelajari dari keturunan mereka sendiri wktu kecil. Jangan disebabkan kekurangan mereka ko menolak peluang yang ada cth mcm Imej whatsapp tu. Si Cetek Akal nak bagi kerja, tapi yg Si Pandai tolak sbb kekurangan Si Cetek Akal.Mungkin Si Pandai berani tolak tawaran tu sbb tak memerlukan wang sangat, tapi klw dalam keadaan memerlukan? klw aq, tegur dia and sambung balik bisnes

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau aku, aku takkan berurusan dengan orang macam ni. Awal2 dah bermasalah, tak mustahil dia akan buat masalah lagi lepas ni. Minta benda bukan2, suruh turunkan harga, time nak bayar liat dan lain2 masalah. So... lebih baik elakkan diri dari berurusan dengan orang kurang ajar macam ni.

      Padam
  7. C photographer mungkin wat kerja lebih kepada minat bukan bukan duit paling utama,,Kena percaya rezeki Allah tu luas,,Baru tanya dah pandai memaki belum lagi bila da start job,,untuk mengelakkan pergaduhan sesama Islam manusia seperi itu wajar dihindari..

    BalasPadam
  8. pada pendapat saya,kebanyakan masyarakat malaysia kurang berbahasa,budak2 y skoleh rendah pon tidak beradab dengan orang tua.bercakap macam cakap dengan adik beradik die je.moral kebanyakan masyarakat malaysia memang teruk.apakah punca nya?

    pada pendapat saya,ini berpunca dari rezeki yang kurang berkat dan halal.kenapa saya kata rezeki yang kurang berkat ialah contoh kebanyakan daripada kita yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan,berapa yang telus dalam menjalankan tugas?berapa ramai yang datang punch card lepas tu makan sampai pukul 10,lepak-lepak kat kedai makan,pukul 1 keluar makan lagi pukul 3 baru masuk.kebanyakannya masyarakat bersifat seperti ini.itu belum yang kerja kerajaan sambil berniaga semasa kerja,tukar geran tanah orang kampung dengan nama sendiri,bekerja dengan kerajaan tapi tak amanah.

    BalasPadam
  9. biar kurang makan, jangan kurang ajar..

    BalasPadam
  10. program kesedaran sivik perlu diperbanyakkan dan focus kepada budak2 sekolah yg x lama lg akan jadi remaja lepas tu jd pemuda lepas tu jadi.... xtawla..
    aku xtau apa2 program kesedaran sivik kat malaysia ni sbb aku malas cek..tpi aku rasa perkara ni kena highlight..walaupun kesedaran sivik ni bkn satu jenayah besar kalau failed pun tp lambat laun akan menjadi titik kepada penghancuran budaya dan adab hormat menghormati..benda basic pun kena ajar juga..adeii..

    BalasPadam
  11. Pada aku penyelesaian masalah biadab adalah bersifat individu.
    Biadab ni terterap dlm diri sebabkan semasa proses pembelajaran dia, dia di kelilingi dengan suasana biadab, maka pada dia biadab itu biasa.
    Ianya macam rantai, bila kita biadab, orang lain akan ikut biadab.
    Mungkin anak, mungkin isteri, mungkin orang asing.
    So, cara nak selesaikan masalah biadab ialah dengan individu itu sendiri sedar dia biadab dan berusaha untuk tidak meneruskan rantaian itu.

    Jadi marilah kita sama-sama berubah untuk lebih beradab dan tidak biadab
    tidak kira di mana, realiti ataupun dunia online.

    Just my 2 sen.

    BalasPadam
  12. Slm. Perbuatan... Percakapan... Menunjukan Agama ko. Muda2 dulu mukut pun cam lancau gak tapi dah belajar sikit, tambah amal sikit... IsyaAllah berubah. Jangan mengata dan memburuk je, bantu le apa yg mampu kalau tidak Anak ko pun jadi cam tu. 'if you think this is bad then imagine your son sons... What will they be like'

    BalasPadam
  13. Eh, sama noob. Aku pun akan respon mcm kau. Buang masa, sakit hati je nanti. Anggap mcm angin lalu shj. Kadang aku pun pelik. Salah didikan dirumah sbb terbiasa kasar mcmtu ke?

    BalasPadam
  14. Rasanya biadap ini memang budaya semua kaum.. tak semestinya Melayu semata-mata. Cuma tidak diakui terang-terangan. Orang Melayu memang "annoying and sandbagging". Cina dan India pun sama jer, bila berurusan semasa derang pun, sama jugak.

    Memang masyarakat kita, dan juga seluruh dunia, sedang tenat dan sakit mental yang terlalu teruk.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.