Khamis, 10 September 2015

7 Novel Suamiku Budak Rock: Bab 2

BAB 2

Kereta Honda City warna biru no plat Wilayah selamat sampai di perkarangan  rumah teres Seksyen 2. “What!! After what he did for you and you didn’t take his phone number? What’s wrong with you dear”.

“I totally forgot la Nina. There’s so many things happened today. Kalau ada jodoh Qis pasti akan jumpa dia lagi”.

“You go take a shower dear. Dah teruk sangat rupa you I tengok. I’ll cook dinner for us”.

“Thanks Nina. I owe you one”. Qis melangkah masuk ke kamar tidurnya dan bersiap-siap untuk mandi.  Jam dinding menunjukkan tepat pukul 6.00 petang. Dengan langkah kiri Qis memasuki kamar mandi, mengenakan kain batik mandinya dan terus membuka pili shower. Rasa tenang sekali tatkala mukanya terkena pancuran air itu.

Dalam keheningan  hatinya berbicara, “Aku gembira dapat berkenalan dengan kau Ray. Walaupun tak sampai sehari perkenalan kita, gelagatmu sering buat ku tersenyum. Membuatkan aku terlupa kesengsaraan yang telah aku alami. Kalaulah kita dipertemukan lebih awal. Tapi aku yakin dengan Qada’ dan Qadar yang Maha Esa. Dia yang menentukan segalanya. Sebagai hambanya, kita harus redha”.

Illustrasi oleh Nazrul Ali @ Kartunster

Setelah selesai membersihkan diri, Qis mengambil wudu’ dan selepas itu terus mengenakan telekung warna Purple nya itu. Qis memang suka dengan warna Purple. Telekung itu pun adalah pemberian ibunya setelah pulang dari menunaikan umrah tak berapa lama dahulu. Setelah selesai menunaikan tuntutan Ilahi Qis menuju ke meja makan. Makanan telah tersiap sedia diatas meja siap dengan hiasan ala hotel 5 bintang.

“Sempat jugak you hiaskan makanan ni ye Nina. Hi..hi”. “Well.. I kan bakal menjadi Chef terkenal satu hari nanti. Time ni la nak practicekan. Takkan nak tunggu dah kahwin baru nak masak sedap-sedap kan”.

”He..He.. Macam-macam la you ni Nina”.

Nina memang dah lama berkawan dengan Qis. Sejak zaman sekolah menengah lagi. Boleh dikatakan tiada rahsia antara mereka berdua. BFF la katakan. Walaupun berlainan course mereka tetap menyambung pelajaran di Universiti yang sama.

“Amacam sedap tak I masak?”.

“Well.. As usual dear. Takde sape yang boleh celen you bab masak-memasak ni”.

“By the way, tadi Haikal ada datang sini cari you. Dia cakap dah beratus kali dia call tapi you tak pick up. SMS pun tak tau la berapa banyak dia hantar. Dia mintak maaf pasal semalam dan dia  janji  dia takkan buat lagi. What happened with you guys?”.

“We are fine Nina. Thanks for your concern”.

”If nothing happened ok la. If not siap la you pasal tak nak cerita dekat BFF you ni. Oh yeah.. Amacam dengan budak Ray yang tolong you tadi tu? Hensem tak dia? Kalau you tak nak, pass la kat I. He..He..”.

“Macam-macam la you ni Nina. He’s a nice looking guy cuma cara berpakaian dia tu la yang I tak berapa berkenan sangat. Rock sangat la dengan seluar koyak-koyak dia tu. Rambut panjang lagi. But, it was nice chatting with him. He is so understanding. Rasa macam berborak dengan kawan lama padahal baru kenal tak sampai sehari. Weird isn’t?”.

“He..He.. Jangan sampai sangkut dengan dia sudah la ye. You tu dah jadi tunangan orang. Oh and one more thing next week school you ada anjurkan Battle of The Band kan? Ramai ke yang join? I dengar band jemputan OAG kan? Ohh.. I will not gonna missed it, you tau la kan I’m a big fans of Radhi. Don’t be jelous okies”.

“Yes and they want me to be the MC for that night. Actually I malas la cause I ada banyak assignment nak kena siapkan tapi dorang beriya-iya sangat mintak tolong dekat I because Heliza which she suppose to be the MC ambil cuti seminggu. Her mom admitted to the hospital due to heart attack. So, I said yes. Lagi pun dah memang jadi tradisi school I anjurkan Battle of The Band tu, so I tak nak la hampakan dorang”.

“Just make sure you dapatkan back stage pass untuk I ye dear. He..He..”.

Lepas  siap makan dorang berdua bersama-sama mengemaskan meja dan membasuh pinggan-mangkuk. Dah jadi adat duduk rumah sewa, semua benda kena buat bersama-sama. Hari ni Nina masak, hari esok Qis pulak masak dan begitu la seterusnya. Dan seperti biasa lepas tengok berita dekat TV3 Qis akan layan VCD bersiri Jepun dia tu. Malam ni dorang nak layan cerita Beautiful Life lakonan mantap pelakon macho Takuya Kimura. Lagi pun esok hari sabtu so boleh la layan VCD sampai pagi. Dan macam biasa jugak berkotak-kotak tisu akan habis buat lap air mata dorang yang super touching bila tengok cerita-cerita cinta Jepun ni.


Bersambung... 

(Sambungan novel ini akan diterbitkan pada setiap hari jam 12 tengah malam)

Suamiku Budak Rock:


7 ulasan:

  1. la...Qis dah bertunang rupenya :(
    Bab 2 tak seseronok Bab 1 tapi ok la, banyak mengenai kehidupan Qis ngn kawan dia~
    Please la jgn sad ending huhu~ nak lagi!

    BalasPadam
  2. Part 2 ni pendek pulak cerita dia..

    BalasPadam
  3. aku nampak tajuk ada tulis 'suamiku....' ala2 drama maghrib tv3suku aku dah malas nak baca. penulis novel pakai tajuk mcm ni biasanya perempuan nerd pakai spek, kaki berangan cth spt penulis novel 'suamiku mr arrogant'

    BalasPadam
    Balasan
    1. La...sebabkan tajuk ko malas nk baca? Awal sngt judgment ko, tgok plot dia baru menilai. Tapi aq mcm ko gak, tengok tajuk melayu automatic malas nk amik tau...sebab kita dah dpt gambaran keseluruhan crita psal apa. Samala dgn Novel ni...ia mnggambarkan cinta tu takdir. Sbbkan aq dh terbaca skit so aq nk tau apa yg jd seterusnya~

      Padam
    2. tipikal novelis guna aya cam hare untuk tarik pelanggan standard memang mcm tu, asalkan jgn kln citer syok sendiri kaye nak mampus mcm drama maghrib tu....

      Padam
  4. Pendek gila... Ape ni nub... Takde control quality product ke...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Quality control apanya, ni bukan drama tv waktu maghrib pun huhu

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.