Iklan Leaderboard

Ahad, 6 September 2015

21 Ahli keluarga: Antara ketentuan dan pilihan

Teman lelaki, teman wanita, suami dan isteri itu boleh ditukar ganti.

Girlfriend boleh jadi ex-girlfriend...
Boyfriend boleh jadi ex-boyfriend...
Isteri boleh jadi bekas isteri...
Suami boleh jadi bekas suami...

Sumber

Namun...

Ibu tidak boleh menjadi bekas ibu...
Bapa tidak boleh jadi bekas bapa...
Anak tidak boleh jadi bekas anak...
Abang tidak boleh jadi bekas abang...
Kakak tidak boleh jadi bekas kakak...
Adik tidak boleh jadi bekas adik...

Walau apa yang terjadi, walau apa yang berlaku, tiada siapa yang boleh menggantikan tempat mereka. Mereka tetap darah daging buat kita selama-lamanya.


Akan tetapi...

Walaupun ibu bapa, anak dan adik beradik memang tiada ganti namun ia juga bukan pilihan.

Kita tidak boleh memilih siapa ibu kita...
Kita tidak boleh memilih siapa bapa kita...
Kita tidak boleh memilih siapa abang kita...
Kita tidak boleh memilih siapa kakak kita...
Kita tidak boleh memilih siapa adik kita...
Kita tidak boleh memilih siapa anak kita...
Kita tidak boleh memilih siapa ibu, bapa, adik beradik dan anak yang mahu dijadikan ahli keluarga kita.

Sebaliknya...

Kita boleh memilih siapa suami kita...
Kita boleh memilih siapa isteri kita...

Dalam kehidupan kita, yang kita diberi pilihan untuk menjadi ahli keluarga kita hanyalah suami atau isteri kita.

Oleh itu gunakanlah hak untuk memilih ini dengan sebaik-baiknya dan apabila sudah memilih, jaga dan hargailah pilihan kita itu dengan sebaik-baiknya.

Ini kerana walaupun mereka boleh bergelar bekas suami atau bekas isteri, mereka akan tetap menjadi ibu atau bapa kepada anak-anak kita sampai bila-bila.

Maka hargailah semua ahli keluarga kita sama ada yang telah ditentukan mahupun yang dipilih. 



tags: pilih pilihan ahli keluarga family suami isteri ibu bapa anak adik beradik abang adik kakak terima ketentuan bekas

21 ulasan:

  1. Hargailah Mak Ayah kita selagi mereka masih ada
    Aku sayang mak ayah aku

    Cool Guy

    BalasPadam
  2. huh artikel yang menarik untuk diplagiat tanpa memasukan nama penulis sebenar.

    BalasPadam
  3. terharu aku... rindu ibu ayah...

    BalasPadam
  4. Hargailah.

    Beritahu saya.

    BalasPadam
  5. Sy dah dengar idea artikel ni....cuma risau nanti ramai salah guna terutama isteri bg alasan x perlu hormati suami even sbnrnya syurga bawah tapak kaki suami. Kesimpulan mereka ialah ibu si isteri lagi penting darjat dr suami sendiri sbb suami ni pada asal kawan kita n boleh berpisah klau nak, tiada darah daging terlibat kecuali anak2 mereka...smpi tahap anak sendiri disayangi tanpa sedikit makian atau marah...tp si suami yg menjadi punching bag utk luahkn emosi negatif si isteri.

    Even x semua isteri mcm ni...tp ramai pasangan bercerai berai sbb konsep salah syurga bwah tapak kaki siapa dlm perspekrif islam. Yg non muslim x perlu nak debate dlm isu ini..plz.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syurga tetap di bwh tapak kaki ibu. Titik. Isteri wajib taat pada suami selagi tidak bercanggah dgn hukum Islam, namun syurga seorang isteri bukanlah di bwh tapak kaki suaminya. Mohon berhati-hati bila berbicara soal agama.

      Padam
    2. Ibu. Ibu. Ibu. Ayah. Baru yang lain-lain.

      Padam
    3. So far ustaz sy masa belajar, kursus kahwin n UAI berkata mengenai konsep syurga bawah tapak kaki suami selepas wanita itu berkahwin....mohon pencerahan...

      Padam
    4. hm.. konsep tu sama mcm Hindu; suami ibarat 'tuhan' bagi isteri. apapun syurga neraka hanya ditentukan Allah. kita jaga saja hubungan kita dgn manusia lain sebaik mungkin

      Padam
  6. Betul noob,kt x blh pilih sape kluarga darah daging kt, tp sepertimane di atas; KT pun sebenarnya tidak boleh memilih sape jodoh KT, ia dh dtakdirkn n dh trtulis di Loh Mahfuz. pilihan kt bab jodoh ni hnyalah terima/nak atau tidak, sbb tu lh sabda Nabi- "sesiapa yang tidak berkahwin maka bukanlah dia dari umatku". sedikit pendapat dari aku yg bukan ustaz,cuma nk komen skit je. salam ibu jari, entry ko noob slalu membuat kt semua berfikir.nice job really.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg nabi x mengaku umat tu golongan gay n lesbian, bukannya mereka yg x berkahwin. Muslim baik yg meninggal bujang atau remaja tu xkanlah nabi x mengaku umat? Berhati-hati dlm berbicara soal agama kalau x arif, jgn sampai jd fitnah.

      Padam
    2. Maksud aku sekiranya dh mampu zahir n batin, tp tidak berkeinginan utk berkahwin. INI hadis sahih, ko hati hati jgn suka persoal hadis rasulullah. Brcakap soal agama bukan brdasarkn pmikiran logik ko tu, better selami makna 'beriman'.

      Padam
  7. in b4 someone lame azz copy paste this aritkel dan claim dia punya haha2 kemudian noob pun meroyan haha

    BalasPadam
  8. kalau bapak kaki todi, main betina...dah tu mampus tak sempat bertaubat...itu terpulang atas kehendak Allah Taala untuk memutuskan hubungan jahanam itu...inilah masalah jarang mengaji...surah Al Mumtahanah cuba baca dan fahamkan...

    BalasPadam
  9. abis kalau bapak kau awal-awal sumpah dia dah putuskan hubungan dengan kau? takkan ludah jilat balik bro? kau sanggup ke tgk bapak kau jilat balik ludah dia? aku tak sanggup bro! tak sanggup aku tgk bapak aku bodokan diri dia jilat ludah dia balik...kau fikirlah sendiri bro

    BalasPadam
  10. Kita boldah buat pilihan? Mungkin agaknya dah kena buang rukun iman. Percaya pada qada dan kadar ,

    BalasPadam
    Balasan
    1. boldah tu ape? bisjut ke royi?

      Padam
  11. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    BalasPadam
  12. Dlm pemerhatian aq, masyarak terbahagi kepada dua...satu percaya syurga isteri bwh tapak kaki suami, satu lagi sebaliknya. Dua2 ada hujahnya yg bersandarkan nas...x boleh ckp benyak2 takot meyimpang kang...just try pahamkanla situasi yg x stuju ni.

    BalasPadam
  13. Allah gives you family,
    Thanks Allah, you can choose your friends.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...