Khamis, 3 September 2015

24 Kenapa ramai doktor Melayu kerek dan bermasalah?

Dah masuk 3 hari abah tinggalkn kami sekeluarga. Redha dengan ketentuan Allah. Kami cuba kuatkn hati tabah hadapi dugaan Allah. Mungkin Allah lebih sayang dia. Cuma bila terkenang detik2 akhir abah, pukul 6.30 pagi Khamis abah dah mula sakit sangat2. Saya adik dan mama cepat2 bawa abah ke hospital Seberang Jaya, abah terus dimasukkan di wad kecemasan. Kami di minta tunggu di luar. Dah sejam tak dapat apa2 berita dari doktor.

Saya pun masuk wad tu untuk tanya doktor keadaan abah. Masa tu yang ada seorang doktor perempuan melayu kecik molek badan dia, muda lagi, cantik, rasa macam doktor praktikal ja, tapi tak sure. Saya tanya dia abah saya macam mana, pastu dia cakap abah awak saya dah bagi ubat. Masa tu mata saya tengok abah masih sakit di dada sangat2. Saya tanya abah saya ok ka? Pastu sambil perli2 doktor tu jawab, ingat ubat tu ada magic ka makan terus boleh baik? Kalau ada magic bagus la ubat tu kan.. kan? Kena tunggu sejam setengah baru boleh tengok kesan ubat.


Abah masa tu duk bagitau dia sakit. Sakit sangat2. Tersentap dengan doktor cakap camtu saya pun keluar tunggu di luar dengan mama dan adik2. Jam dah tunjuk pukul 9 pagi mama pulak masuk tengok abah. Abah minta mama urut belakang dia. Dia kata sakit sangta2. Doktor tak buat apa pun lagi. Abah tak tahan. Masa tu mama kata doktor dah pasang wayer2 kat badan dia. Pastu mama keluar sebab doktor nak buat rawatan.

Pada pukul 12:50 tengah hari, akhirnya jantung abah dah berhenti dan masa tu mama sempat masuk tengok abah lagi, dan ada seorang doktor cina cakap dengan lemah lembut bagitau mama suami kak dah takdak, kami tak dapat nak selamatakn. Disebabkan terkejut lembut lutut mama terduduk di lantai sebelah katil abah sambil menangis.

Tetiba doktor yang melayu kecik molek tadi tu terus marah mama, katanya "Dah2 jangan buat drama kat sini. Pi nangis kat luaq. Satu kes pun tak settle lagi, sat gi tambah satu kes lagi.  Pi nangis kat luaq."

Mama kuat kan diri dia pegang katil abah dan bangun keluaq dari bilik tu sambil nangis2 bagitau kami abah dah takdak. Ya Allah doktor sedar tak kamu, suami dia dah takda. Separuh nafas dia dah hilang, patutnya doktor kena lebih faham, bukan cakap cam tu. Sedangkan doktor cina dan india boleh cakap dengan prihatin dan sopan, kenapa doktor melayu pulak yang tergamak cakap cam tu?

Kami kehilangan bapa. Keadaan kami masa tu tak dapat nak digambarkan. Jangan tambahkan rasa sedih di hati. Apa2 pun arwah dah selamat dikebumikan. Perkhidmatan kafan mayat semua adalah yang terbaik dari Hospital Seberang Jaya.

Maaf kalau ada pihak yang tersinggung, tapi kadang2 disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga.  Tima kasih kepada pihak saudara mara kami yang datang hulurkan bantuan. Tima kasih kepada kawan2 yag sentiasa memberi semangat.

* * * * * * * * * *

Pengalaman di atas diambil dari status seorang pengguna FB, dan aku turut mendapat emel dari seorang pembaca blog mengenai pengalamannya yang lebih kurang sama dengan doktor Melayu di hospital kerajaan seperti di bawah.


Sebenarnya aku dah lama ‘makan hati’ dengan attitude doktor-doktor Melayu Malaysia. Aku bukan nak bersikap bias atau racist tapi memang itu pun hakikatnya. Bukan aku sorang je yang berpendapat macamtu tu tapi aku rasa separuh dari rakyat marhaen yang mendapatkan perkhidmatan kesihatan dari hospital/klinik kerajaan punya pendapat yang serupa.

Isu doktor Melayu kerek ni aku hadapi sejak dari dalam kandungan mak aku lagi. Masa tu memanglah aku tak tahu apa-apa. Tapi dari penceritaan emak dapat aku bayangkan macamana terlukanya hati seorang ibu hamil apabila asyik diherdik setiap kali melakukan pemeriksaan di klinik kerajaan. Baik jururawat mahupun doktor semua sama. Salah emak cumalah mengandungkan aku ketika umurnya dah menjangkau 40an. Tapi doktor dan nurse treat mak aku serupa emak buat satu jenayah besar, itu belum masuk sindiran nurse Melayu yang maha pedas. Emak hanya akan rasa lebih selesa jika dirawat oleh doktor berbangsa Cina atau India. Kata-kata mereka lembut membujuk emak supaya jaga pemakanan, kurangkan aktiviti seorang pesawah padi, bagi kata-kata semangat dan meyakinkan emak bahawa kandungannya sihat walafiat.

Itu kisah sebelum aku lahir. Lepas aku lahir ada jugak dua tiga kali aku di bawa ke klinik/hospital sebab ‘terlebih nakal’. Satu hari tu emak membawa aku ke klinik untuk rawatan susulan aku yang terjatuh dari tangga rumah. Sudahlah tunggu berjam-jam lamanya, bila tiba giliran diherdik pulak oleh nurse Melayu yang celupar. Aku tak faham kenapa, aku kecik lagi manalah aku ingat. Tapi yang aku tahu mak perlu tahan telinga dan tersenyum kelat sebelum dapat berjumpa doktor. Bila terbuka je pintu bilik doktor, terdengar suara halus dan lembut menyapa “adik.. ada sihat ka? Ada sakit lagi? Nah ini doktor bagi gula-gula naa..” dari seorang doktor berbangsa Cina. Emak sendiri mengakui yang hilang semua penat dan letih menunggu giliran bila di sapa sebegitu rupa. Sejuk hati ibarat bara api yang disimbah air zam-zam!

Masa terus berlalu dan aku kini dah dewasa. Aku ada pengalaman menjaga emak yang terlantar di hospital akibat patah tulang paha. Emak waktu tu dah lemah sangat akibat sakit tua. Seminggu emak terlantar tanpa dapat menjalani apa-apa rawatan/pembedahan. Setiap pagi doktor Melayu buat lawatan aku bertanya bila emak boleh dirawat? Jawapan yang aku dapat cukup menyakitkan hati: “Nantilahh, bukanya serius sangat pun”. Kalau aku yang patah peha aku boleh terima jawapan tu, tapi ini emak aku yang sudah tua.. Pagi esoknya doktor-doktor buat lawatan seperti biasa. Kali ni ada sorang doktor perempuan Cina ikut sama, nampak dari gayanya macam orang penting.

Dia selak selimut dan periksa peha emak. Dia mengangkat muka dan bertanya kepada salah sorang doktor dengan muka yang ketat “how long have this patient been hospitalised?” Doktor Melayu belek chart “Umm.. about one week”. Doktor Cina macam terkejut “What? One week?? This patient should be treated ASAP! She should be treated and discharge six days ago! This is unbelievable..” Doktor Cina memandang aku dan tersenyum kelat, “maaf cik, kami akan rawat emak cik secepat mungkin..”

Aku tak tahulah kenapa doktor bangsa lain yang bukan Islam mempunyai rasa empati yang tinggi berbanding doktor Melayu Islam. Aku faham tugas seorang doktor tu bukan mudah. Kena rawat berpuluh malah beratus pesakit dalam sehari dan kena hadap pelbagai kerenah pesakit dan waris. TAPI doktor bangsa lain pun hadap benda yang sama tapi kenapa mereka lebih sabar? Bukan ke sabar itu separuh daripada iman dan senyum itu pula satu sedekah? Lebih-lebih lagi kepada saudara semuslim yang tengah sakit.

Doktor Melayu automatik akan berubah karakter dan sikap bila dapat offer berkhidmat di hospital/klinik swasta. Automatik senyuman sentiasa di bibir, automatik ramah memberi sapaan sebab gaji mereka pun automatik naik tinggi mencanak-canak. Apakah dengan wang ringgit baru doktor Melayu dapat dimotivasikan supaya lebih baik dalam melayan pesakit?

Aku akui wujud je doktor Melayu yang baik hati dan sabar. Mungkin aku je yang belum jumpa lagi.

* * * * * * * * * *

Mungkin korang juga ada pengalaman atau pendapat mengenai hal ini. Cuma pada aku kenapa doktor atau jururawat Melayu yang kerek dan sengal macam ini dilihat ramai di hospital2 kerajaan adalah kerana... majoriti doktor dan jururawat di hospital kerajaan adalah Melayu.

So jika kita anggap doktor/jururawat Melayu yang sengal di klinik/hospital kerajaan adalah 10% (hanya contoh, mungkin kurang mungkin lebih), maka jika jumlah semua doktor/jururawat Melayu adalah 10,000 orang, maka yang sengal sahaja ada 1,000, dan 1,000 itu adalah bilangan yang besar juga disebabkan jumlah keseluruhan doktor/jururawat Melayu pun adalah besar menjadikan kebarangkalian untuk kita berjumpa dengan jururawat/doktor Melayu yang sengal adalah tinggi.

Anggaran yang sama kita guna pakai untuk jururawat/doktor berbangsa lain di hospital/klinik kerajaan. Katakan jumlah doktor/jururawat bukan Melayu di hospital/klinik kerajaan adalah 1,000 orang, maka dengan 10% yang sengal hanya 100 orang, dan dengan itu juga kebarangkalian untuk kita bertemu dengan doktor/jururawat bukan Melayu yang sengal di hospital/klinik kerajaan juga adalah rendah.

Sama seperti lain2 jawatan kerajaan seperti guru, polis, kerani, pegawai dan sebagainya.

Kenapa dilihat ramai cikgu melayu yang bermasalah?
Kerana majoriti yang jadi cikgu adalah melayu.

Kenapa dilihat ramai kakitangan kerajaan melayu yang bermasalah?
Kerana majoriti yang jadi kakitangan kerajaan adalah melayu.

Kenapa dilihat ramai polis melayu yang bermasalah?
Kerana majoriti yang jadi polis adalah melayu.

Kenapa dilihat ramai doktor dan jururawat melayu di klinik/hospital kerajaan yang bermasalah?
Kerana majoriti yang jadi doktor dan jururawat kerajaan adalah melayu.

Maka bila yang ramainya melayu, maka kebarangkalian untuk kita jumpa pekerja melayu yang bermasalah tu tinggi.

Sama seperti bila kau pergi Plaza Low Yat, kebarangkalian untuk kau jumpa peniaga cina yang bermasalah tu tinggi sebab majoriti kat situ cina.

Bila kau pergi kedai mamak, kebarangkalian untuk kau jumpa pekerja mamak yang bermasalah tu tinggi sebab semua pekerja kedai mamak tu adalah mamak.

Cuma aku harap bilangan pekerja yang bermasalah tu dapat dikurangkan dan kebarangkalian untuk kita jumpa orang2 bermasalah dan sengal macam tu menurun.

Kepada yang telah banyak kali berjumpa dan berurusan dengan pekerja2 bermasalah, semoga tabah.

Aku harap juga pekerja2 bermasalah macam ini berubah agar tidak menyakiti hati dan menyusahkan orang lain. Kalau tak nak berubah, dengan segala hormatnya dipersilakan mereput.



tags: ramai banyak doktor jururawat kakitangan kerajaan gomen cikgu polis bermasalah sengal kerja pekerja awam disiplin kurang ajar pemalas biadap kerek

24 ulasan:

  1. Dah pernah kena... Perkataan digunakan sebagai "signal" kakitangan tu nak panggil aku ialah "Hoiii"... Aku tak marah tapi terkejut masa tu biar betul cara dia ni panggil pesakit dengan perkataan Hoiii... Lepas tu kena perli lagi sebab darah aku pekat masa dia ambil darah... Perli dengan nasihat tak susah nak beza sebenarnya...

    BalasPadam
  2. Setakat ni pergi klinik kerajaan untuk dirawat ok je. Tak pernah kena perli ke marah ke. Hospital jarang sangat. Tapi selalu lawat ahli keluarga di hospital takde pulak dilayan kasar oleh doktor2 Melayu bila nak dapatkan jawapan.

    BalasPadam
  3. Aku selalu jugake hospital...Ok je doktor Melayu.......rasanya dr tu baru on-call...yg tak tidur 36 jam tu.....mungkin dia cakap pun dah tak berapa perasan..

    BalasPadam
  4. Perempuan melayu memang macam tu, tak kira profession apa pun, lebih-lebih lagi bila dah jadi pegawai,bila dah datang bulan atau gersang tak jumpa suami perangai jadi sengal ubi, sebab tu dalam agama pun dah ada guideline, perempuan ni sukar menahan emosi dari lelaki, tak sesuai jadi leader (emosi mereka kadang-kadang terumbang-ambing)

    BalasPadam
  5. Lama tak rasa kelazatan entry noob sampailah tajuk yg ni~ aku pon tak tau apa yg aq patut rase pasal doktor2 & nurse2, ari tu Tajuk "Layakkah kita menghina pekerjaan orang lain?" seolah-olah menggambarkan Nurse & Doktor ni seorg penyabar, berkorban, ikhlas..sampai tajuk ni...menggambar diorg ni sebaliknya~ sebb tu jgn tunding jari kat profession klw kecewa/marah dalam sesuatu hal...salah kan individu atw company tersebut

    BalasPadam
  6. aku rasa pengalaman aku memang banyak ayah aku keluar masuk hospital begitu juga dengan mak aku..kalau hospital kerajaan baik tanya doktor atau nurse bukan melayu...mereka berkhidmat kerana minat bukan kerana sekadar nak ada kerja...ketika mak aku dalam keadaan meracau kerana terlalu sakit...nurse dari utara jerit..bising la ..orang lain sakit juga..dia punya berani dia sound depan abang aku...abang aku sound balik..awak esok dah tua pun macam ni jugak..kalau x boleh layan orang sakit keje supermarket...kalau nak dapat layanan yang baik dari dr atau nurse melayu memang kena pegi hospital swasta..satu kali aku pernah x jumpa bilik pesakit di hospital ada nurse cina tolong sama cari sampai dapat aku pulak rasa segan dia ikut pegi tanya setiap department dengan bahagian emergency reception...kes terbaru anak aku kena denggi ..keadaan teruk juga..dr cina .muda lagi..terlalu ambik berat..sekejap datang pantau..check gusi anak aku takut pendarahan berlaku...sambil cakap kat aku..i jaga 32 patient kanak2..memang penat patutnya time i sudah abis kerja..tapi doktor lain x de..tapi maaf la majoriti bangsa melayu ni buat kerja dalam apa bidang pun mereka x serius...dari nurse...cleaner sampailah pemimpin..

    BalasPadam
  7. Tetibe teringat dlu aku penah beborak dgn sorg mokcik nie, die gitau anak die dapat blaja medik, bangge gile ha gaya die. Aku pun ckp la tahniah eh mokcik, ank mokcik mmg minat ye dgn medik? Mokcik tu tetibe je buat muke mcm blur dok puas ati gitu, die ckp eh dah layok die amik medik, die amik medik laaa...ha ha ha! Hoh tudia melayu mu..

    BalasPadam
  8. Melayu? Alamak.. ada beberapa rakan saya, doktor juga, pernah berbincang hal-hal begini. Rata-rata cluenya tak ada. Susah nak diterjemahkan. Ironinya, di Indonesia pun sama. Asalkan kepulauan Melayu. Masalah doktor senggugut jantan betina ni tetap ramai.

    Melayu ini adalah sejenis penyakit. Mungkin suatu "bangsa terbitan baru", tak seperti bangsa Eropah, India mahupun Cina. Doktor2 Melayu berkecenderungan menolak apa saja idea2 pesakit dan tidak mahu mendengar apa-apa input tambahan dari pesakit. Sikap "tidak mahu mendengar" adalah perkara biasa perangai Melayu. Lagikan pula, waktu belajar dulu, merekalah yang selalu dapat 4 flat. Maka jadi macam Ahmad Maslan la jawabnya. Menganggap mereka itu suci, terlalu pandai dan client dari negara dunia ketiga itu bodoh, adalah lumrah yang perit untuk diterima. Memang tak semua doktor Melayu begini. Apapun saya bersetuju pasal 10% doktor sengal tu, memang ramai..hahaha..ada juga doktor berbangsa lain yang sengal, tapi peratusannya kecil.

    Keluar tajuk sikik..ada satu lagi penyakit melayu ni.. asalkan orang IT, jarang kita jumpa yang huhahuha.. sumernyer nerd dan berasa pandai, memang tak ramai Meleis IT begini, tapi 95% jugak la.. Kalo sembang, mengalahkan 10x lulus CCIE 8 jenis paper. Suruh pegang PC ja, mulalah menggelabah nak explain itu ini yang digebangkan sebentar tadi. Bangsa lain pun sama, mungkin peratusannya rendah serendah 50%!

    Apapun, dunia ini sekarang adalah "FULL OF SHIT". Di masjid, ostat dengan cara sengal memasing, di pejabat pun ramai yang sengalnya memasing, lihat saja drama Melayu.. full of shit!!!. Memang realitinya jelas dalam drama-drama tempatan. Tak ada apa2 mukjizat boleh mengubah keadaan ini. Nabi pun sudah meninggal 1400 tahun dulu lagi. Jadi yang tinggal hanyalah, kita rasakan saja apa yang terjadi. Komen lebih2 pun, tak akan mengubah keadaan, lagi teruk menjadi2 ada la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kejutan budaya barangkali. Asalnya duduk di hutan, tetapi orang asli OK la pulak. Memang pening memikirkan masalah Melayu ni.

      Padam
  9. layanan doktor melayu sama ada swasta dan kerajaan hampir sama je. cuma kite sebagai pesakit atau keluarga pesakit ada masalah emosi sedikit terganggu. ye laa kalu sakit mane ade org suka ria. mase tu laa tuntutan kite tinggi. kite nak layanan dan perhatian lebih.

    nisbah pesakit ngam doktor di hospital kerajaan dan swasta amat tinggi. kalu nak perhatian dan layanan lebih kena pegi swasta laa... tu pun ikut kemampuan.

    BalasPadam
  10. Jika degree berasaskan kepandaian 25 tahun lalu negara sudah maju. Bayangkan hanya skorer yang dibenarkan ambil kos engine, medic, law, science dan berkaitan pasti kita sudah merasa hasil kepandaian mereka sekarang. Tetapi mengapa semua itu tidak berlaku? Kerana sistem pendidikan Malaysia dicipta berdasarkan kepandaian guru gurunya akibat guru sekadar SPM 3A maka PPSMI tidak dapat dilaksanakan. Kedua kerana kuota kaum tidak masuk akal Melayu & bumiputera sabah Sarawak sahaja pandai kaum lain tidak. Bumiputera dapat 3A masuk IPT, kaum lain 10A baru layak. Ke3 dasar kerajaan zalim BN yang tidak mahu mengikut konsep adil- meletakkan sesuatu pada tempatnya.

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sistem pengajian kita juga tidak dapat menunjukkan kepandaian seseorang. Semua subjek tidak dapat membayangkan kepandaian seseorang. Ada banyak lagi ilmu yang perlu dijadikan subjek teras selain subjek2 sains dan matematik semata-mata. Antara contoh ilmu mantik, semiotik, sosio agama, hafazan al-quran dipinggirkan.

      5A, 4A, 3A terlalu am bagi keputusan pengajian sekarang. Lihat saja doktor yang sekurang2nya mendapat 6A-10A beraksi. Tanpa ilmu2 ketuhanan, kita sukar untuk kedepan dengan masalah sosial dan ekonomi.

      Lihat saja kepincangan jabatan2 mufti dan agama. Bank yang terang2 mengamalkan riba, kedai2 judi dan nombor ekor serta kedai hidangkan minuman keras2 lembut, langsung tak ada tindakan. Barangkali membuat demo di depan bank2 mahupun kedai2 arak dsbg. Atau setidak2nya mufti mengajar dan ajak orang ramai menentang hal kebejatan ini. Akan tetapi jika ada janda duda berpanas2an telur dihujung kampung sekalipun, merekalah orang yang terawal pergi kacau daun. Priority-nya yang mana ya?

      Hampir semuanya pincang dan sistem yangsedia ada, telah lama lumpuh, namun terus digunakan. Segala sistem ciptaan kita sebagai manusia sudah mereng.

      Padam
    2. Sabda Nabi SAW, "Jika sesuatu urusan diberikan kepada bukan ahlinya, tunggulah saat kehancuran" - Hadis riwayat Bukhari

      Padam
  11. doktor yg bagus2 mostly kerja dkt hospital swasta. so tinggalla doktor second class lulusan kolej swasta mana-mana entah dikutip jd doktor kerajaan.

    BalasPadam
  12. DAPAT BIASISWA DENGAN DUIT RAKYAT,BERLAGAK TAK SEDAR DIRI,CAKAP GAJI KAT KERAJAAN CAKAP SIKIT,YANG DUIT BIASISWA HABIS JOLI JALAN MERATA-RATA

    BalasPadam
  13. bukan semua doktor yang jenis kerek tetapi sebab segelintir doktor yang kerek ni semua doktor dipersalahkan . Mentang2 ada tittle doktor . Puiiii!

    BalasPadam
  14. 1. Berhadapan dengan MC seekers yang sihat tapi tak jujur. Bila tak bagi MC, respon mereka ialah keluar kata-kata kesat, maki hamun dan macam-macam lagi.
    2. Berhadapan dengan penipu yang mahu kami sahkan mereka OKU walaupun mereka tak OKU. Bila tak turun tandatangan dan cop, respon mereka sama macam 1.
    3. Berhadapan dengan manusia yang sihat tapi tak bertanggunjawab yang menggunakan klinik kerajaan untuk dapatkan ubat spare utk simpan dalam kabinet dan macam-macam lagi. Ada juga yg datang minta vitamin free untuk supplement walaupun vitamin di klinik kerajaan hanya utk ibu mengandung, kanak-kanak kekurangan zat makanan dan beberapa indikasi lain. Bila tak bagi respon mereka sama macam no. 1.
    4. Berhadapan dengan golongan pseudo-educated seperti anti-vaksin, homebirth dll. Yang ni kira ok lagi. Yang paling sakit hati sekali ialah golongan pseudo-educated yang datang untuk minta ubat macam-macam yang takde pun dalam list farmasi kerajaan. Bila tanya apa indikasi ubat yang mereka minta, tak boleh bagi jawapan dan berlagak pandai. Tak bagi ubat, respon sama macam no.1.
    5. Workload yang banyak untuk doktor kerajaan.
    6. Berhadapan dengan pesakit yang tak mahu rawatan/makan ubat walaupun mereka memerlukannya. Kadang-kadang kaunseling sampai setengah jam untuk sorang saja di saat ramai pesakit lain berjela-jela menunggu di luar. Last-last refuse juga untuk ambil rawatan/ubat untuk dimakan. Kecewa berhadapan dengan situasi ini hanya orang yang pernah melaluinya saja yang tahu.
    7. Ibu mengandung umur 40 membawa banyak risiko. Siapa yang tak kecewa bila tengok seorang ibu meletakkan diri sendiri dan anak yang dikandungnya dalam bahaya. Bila bagi kaunseling untuk pencegah kehamilan tak mahu, tapi bila komplikasi berlaku kerana kandungannya berisiko tinggi, kami juga yang dipersalahkan.

    Ini pengalaman aku selama 4 tahun sebagai peg. perubatan dengan kerajaan. Majoriti golongan yang dihuraikan adalah Melayu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alasan2 di atas masih tidak memberi anda, sebagai peg perubatan, lesen untuk tidak bersikap profesional.

      Padam
  15. haha sokong zul..ckp dgn pesakit cina india siam rohingya setel je...ckp dgn org melayu,die kena kan kita balik...so tok sah ckp doktor melayu la..PESAKIT MELAYU baik sangat ke?

    BalasPadam
  16. Megikut pengalaman aku yg bertugas sebagai kuli batak dlm bidang perubatan & kesihatan. Waris pesakit yg melayu biasa lebih kurang ajar kalo nak banding dgn kaum cina/india.. & byk komplen..

    Thats why skrg aku duk forensik, keja dgn mayat. Mayat xkomplen. Ati aku pun senang wekekeke ..

    BalasPadam
  17. hospital putrajaya terbaik noob... ada jugak la 2-3% yg perangai mcm tu tapi MA dgn nurse...aku kena denggi, bini aku bersalin semua masuk situ...1st class layanan dia...dibandingkan dengan sepital klang

    BalasPadam
  18. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  19. hmmm..masa isteri aku nak bersalin..masuk wad di Hospital Selayang. Lepas confirm kena masuk ward aja..aku dah bertanya pd nurse dan minta nak jumpa sister n mintak jasa baik untuk dapatkan doctor perempuan x kisah apa bangsa asalkan perempuan. Masa tu..aku perasan ada gak misi2 yg pandang sinis dan one of them perli aku lebih kurang cakapnya..kenapa x g klinik swasta..duhh..aku yg hot tempered but very good in slapping moronic n arrogant right in front of they eyes n public apalagi..teruih laa aku kasi cuci depa tu..kuliah sohor n asar plus bashing sikit. Last sekali..itu malam sampai la hari ke 11 (bini wa hari ke sebelas aja baru kena masuk labour room) aku masuk ward kas hospital selayang tu macam itu gangsta paradise aku..fuhh..ada dokotor buat roll call ka..dr pakar mai buat treatment ka..semua pakat dok bagi explanation sekemas mungkin pd aku. last lepas bini aku bersalin..depa semua memang kjadi baik ngan aku kecuali bini aku je yg masam muka pasal misi2 comey baik bangat sama aku. Moral of the story..walau kita marah kat depa..nak balon pon..kena berhemah..sbb patient n waris keluarga patient kekadang perangai macam jembalang yg paku kat tengkok nak tercabut..so lepas kita balon depa make sure la kita pon minta maaf sbb depa mungkin stress dgn patient atau waris patient. Aku selalu jer kat Hsopital melawat ka atau sebab kerja..klu yg baik..memang baik..x kira bangsa..yg berlagak..melayu ada..cina ada india ada..but ramai melayu sikit dari bangsa asing pasal melayu majority n banyak yg kerek sbb memang dah upbringing depa. So sabra bebanyak..n komen jangan macam bangkai atau jembalang yg paku kat tengkuk nak jatuh tercabut. ok..babai.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.