Rabu, 2 September 2015

14 Niat Baik belum tentu dipandang baik

Mengikut laporan Kosmo, Tengku Shafiq ditikam ketika sedang menunggu tuan punya motosikal datang ambil kunci yang tertinggal. Laporan penuh boleh dibaca di sini - Bilal muda berhati mulia ditikam - Kosmo.

Kosmo 2 September 2015
  • Kita tak boleh menilai dan mengetahui cerita sebenar Tengku Shafiq dan penikam beliau. Sebab kita cuma apa yang berlaku berdasarkan laporan wartawan KOSMO.
  • Sebab kes ini berlaku mungkin pelbagai faktor. Sikap penikam beliau, cara beliau menunggu motor tersebut keadaan sekeliling , faktor ekonomi,faktor cuaca dan faktor psikologi. 
  • Jenayah berasaskan keganasan meningkat sebab kebanyakan warga Malaysia sedang stress.Kacau -bilau politik, kesan penurunan ringgit cuaca yang kejap panas kejap sejuk menyebabkan psikologi seorang manusia MUNGKIN menjadikan kes-kes keganasan tak masuk akal meningkat dan membimbangkan.
  • Kalau dilihat secara logik, sikap Tengku Shafiq yang 'terlalu baik' sebab nak tolong motor tu daripada kena curi berakhir dengan tragedi. Sepatutnya kes ini tak berlaku  kerana belliau berniat baik.
  • Tak sikit mulut yang berkata "Sapa suruh jadi baik sangat. BIARKAN MOTOR tu hilang, bukan tanggungjawab aku!!'
  • Tak sikit juga yang bersimpati. Atau empati. Masyarakat masih ada ahli yang baik dan ikhlas.
  • Cuma point nya di sini, sikap kepercayaan kepada sesama saudara Islam sikit-sikit musnah menjadi kan kita bersikap pentingkan diri sendiri. Self-survival dan sikap sebenar manusia akan muncul bila kita berhadapan dengan keadaan kritikal.

Maka, peribahasa " Buat Baik Berpada-pada , Buat Jahat Jangan Sekali " sangat relevan. Walaupun buat jahat boleh buat berulang kali...

Bukan hanya sekali.

14 ulasan:

  1. sekarang ni nk buat baik pun kena berhati-hati... =..=

    BalasPadam
  2. tuanpunya motor tu pun bawa pisau sebesar tu kemana-mana kenapa? bersedia utk apa?

    BalasPadam
  3. Hi, saya sangat menyukai blog anda! ZALORA Malaysia kini sedang mencari blogger yang berbakat, dan saya tertanya adakah anda berminat untuk satu kolaborasi blog bersama kami. Anda boleh hubungi saya di izz.latif@zalora.com.my jika anda berminat dengan tawaran ini dan saya akan berikan segala butiran di sana. Harap dapat balasan emel anda secepat yang mungkin!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah.. hang dah ada peluang jadi kaya mcm Najib ni noob. Jadi billionaire nanti, jgn lupa ulang alik ke Mekah buat umrah dan haji dgn penuh segala bodyguard. Kat aku, ko dermakan saja ZWD 35,000,000,000,000,000.. InsyaAllah..hodup ko akan menjadi berkat..

      Padam
  4. sewajarnya bertanya dulu duduknya perkara sebenar..itu lebih maniskan..

    BalasPadam
  5. Susah nak buat baik skrg. Masyarakat berpandangan negatif..kadang2 sebb nk tolong sorang yg lain kene tempias.contoh situasi kat jalan raya... klw ko bg peluang kpd pemandu lain yg menyebab ko berhenti, ko akan dimaki di hon pemandu blakang...sbb tu pemandu m'sia pandu rapat bila kluar simpang xnk bg org pluang

    BalasPadam
  6. jadi sebagai rakyat malaysia kita tidak seharusnya menjadikan tolong menolong, dan berbudi bahasa sebagai satu budaya dalam masyarakat kita.. kelak ia akan menyusakan kita kembali.

    BalasPadam
  7. Baik sipenikam tikam ahli2 politik yg putar belit

    BalasPadam
  8. Salam 1rasuah ,

    Adakah najib 2.6 berniat untuk menjaga duit RM 2,600,000,000 yang masuk ke akaunnya itu sebelum diagih-agihkan kepada rakyat? Iyolah tu.

    Umur Najib 62 tahun. Kalau lah dia akan mati umur 82 tahun, maknanya dia ada 20 tahun untuk habiskan 2.6 billion tu. Maknanya sehari dia boleh belanja RM 361,111.10 sen atau tiga ratus enam puluh satu ribu seratus sebelas ringgit 10 sen sehari atau makan 3 ratus 6 puluh 1 ribu 1 ratus 11 nasi lemak yang berharga seringgit sehari. sehari ye bukan setahun atau sebulan.

    Itulah maksudnya makan tak habis.

    KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian , SPM 5A degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh, amah dan pekerja am ) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macai politik sila mereput diam-diam

      Padam
  9. skang aku dah tau kenapa ngko masih x dapat keje sampai la ni.. sebab utama, lain org cerita/tanya, lain yg ko jawab.. artikel ni pasal org tikam, tapi ngko pulak cerita pasal formula mengira nasi lemak.. sape nak ambik ko keje kalu benda simple camni pon ko ble lost.. renung2kan.. sila cuba lagi..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.