Jumaat, 18 September 2015

25 Bagaimana kaum Melayu rasa terancam dan tergugat?

Dalam artikel sebelum ini ada satu persoalan kenapa orang Melayu kini rasa begitu terancam, tergugat dan tercabar dengan kaum lain terutama pada kaum Cina. Apa sebenarnya yang membuatkan orang Melayu rasa tercabar dan terancam sangat? UMNO, sebuah parti ketuanan Melayu telah memerintah Malaysia selama lebih daripada 50 tahun namun orang Melayu masih rasa tercabar, rasa terancam, rasa akan jatuh miskin, rasa hilang kuasa, rasa hilang tanah dan sebagainya.

Sumber gambar Roketkini: Bukan Melayu, tapi Umno yang terancam

Malah bagaimana orang Melayu boleh rasa begitu terancam dan tergugat sedangkan:
  1. Di Malaysia ada 9 Sultan dan seorang Agung dan semuanya orang Melayu.
  2. Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang memegang tampuk pemerintahan juga orang Melayu.
  3. Sejak tahun 1974, Menteri Kewangan adalah orang Melayu.
  4. Selain daripada negeri Pulau Pinang, semua Ketua Menteri dan Menteri Besar adalah orang Melayu dan Bumiputera.
  5. Menteri Kabinet majoritinya orang Melayu, dan kementerian yang penting dan berpengaruh diketuai oleh orang Melayu.
  6. Daripada 222 ahli parlimen, lebih 50% adalah orang Melayu.
  7. Lebih 93% kakitangan kerajaan, daripada jawatan paling rendah sehingga yang paling tinggi adalah orang Melayu.
  8. Dasar Ekonomi Baru (DEB) dibangun dan dilaksanakan untuk orang Melayu.
  9. 80% kuota Universiti tempatan adalah untuk orang Melayu.
  10. Diskaun istimewa untuk pembelian rumah dan pembelian saham amanah adalah untuk orang Melayu.
  11. Jawatan tertinggi dalam kesemua pasukan keselamatan negara sama ada polis atau tentera adalah orang Melayu.
  12. GLC dikawal dan dijalankan oleh orang Melayu.

Maka bagaimana, orang Melayu, sebuah kaum majoriti, yang sudah pun mempunyai kekuasaan dan kawalan mutlak terhadap semua institusi penting seperti politik, ekonomi, sosial dan keselamatan, boleh rasa terancam oleh sebuah kaum minoriti? Dan adakah dengan mengancam, mengugut dan menakut2kan kaum minoriti yang lain maka orang Melayu akan dipandang tinggi dan dihormati?

Dan ini adalah satu jawapan oleh salah seorang pembaca:
Ya. Kenapa melayu rasa terancam?

Sebab 12 perkara di atas yang di pegang melayu dah mula nak dipertikai/ rampas oleh cina DAP. Matlamat DAP sendiri nak hapuskan hak keistimewaan Melayu di bumi Malaysia ni. Kedudukan ISLAM pun dah mula dipertikaikan. Fikir-fikirkanlah...

Ya, orang Melayu rasa terancam hanya disebabkan takut dan fobia pada parti DAP yang rata2 dianggotai dan dikuasai oleh orang Cina.

Sebenarnya aku pun dah ulas dalam beberapa artikel sebelum ini, in case korang lupa korang boleh baca balik artikel tersebut:

Maka kita lihat semula adakah memang DAP nak hapuskan hak keistimewaan Melayu serta mempertikaikan kedudukan ISLAM di bumi Malaysia ini?

Jika merujuk kepada Dasar Parti DAP di laman webnya, terdapat perenggan berikut:

Berkenaan Pembangunan Negara
  • DAP menjunjung Perlembagaan Persekutuan yang turut memperuntukkan Perkara 153 yang menjamin kedudukan istimewa Melayu serta mempertahankan hak-hak sah kaum bukan Melayu
  • Pada masa yang sama DAP terus berjuang untuk memastikan cita-cita peluang dan hak saksama di kalangan rayat Malaysia akan tercapai dalam semua bidang, tanpa mengira gender, kaum dan agama.
  • Penghapusan pembahagian antara “bumiputera” dan “bukan bumiputera” dan pelaksanaan kesaksamaan etnik.

Pada perkara pertama, parti DAP turut menjunjung Perkara 153 yang menjamin kedudukan istimewa orang Melayu, namun pada perkara ke-3 dinyatakan tentang penghapusan pembahagian antara "bumiputera" dan "bukan bumiputera" serta pelaksanaan kesaksamaan etnik, yang mungkin merujuk kepada keistimewaan yang kaum bumiputera sering dapat seperti diskaun pembelian rumah, kuota universiti dan sebagainya.

Walaupun terdapat perkara baik lain yang turut diperjuangkan dalam Dasar Parti DAP, namun disebabkan perkara ini sahaja, maka jangan bermimpilah parti DAP akan mendapat sokongan majoriti kaum Melayu sampai bila2.

Sebab tu biarlah walau pemimpin Melayu ada yang tak betul, amal rasuah, bermewah2, lemah dalam urus tadbir dan ada masalah moral macam mana pun, majoriti orang Melayu akan terus dan tetap menyokong BN yang dikuasai parti UMNO kerana mereka tidak akan mengundi parti DAP kerana dasar mereka itu, bak kata orang, biar diperbodoh pemimpin asal Melayu terus berkuasa.

Korang tak suka?

Terimalah, ini realiti. Ini hakikat.

Selagi DAP kekal dengan dasar tersebut, dan selagi DAP bergabung dengan parti2 pembangkang lain untuk melawan BN, selagi itu BN akan terus berkuasa dan kita akan terus menurut apa sahaja dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan BN.

Sebab itu bila aku buat undian olok2 kat entry "Jika esok PRU, parti mana anda akan pilih?", ramai orang memilih parti PAS, dan aku percaya majoriti yang undi adalah orang Melayu sebab blog aku majoriti yang baca pun orang Melayu.


Maka kat sini aku boleh buat kesimpulan, ramai orang Melayu boleh mengundi selain BN, asalkan bukan DAP. Sebab itu bila aku asingkan PAS daripada PR yang terdiri daripada PKR, DAP dan GHB, undian bagi PAS meningkat tinggi. Bukan sebab PAS ni bagus sangat pun, tapi sebab orang Melayu sudah ada alternatif lain yang bukan DAP yang dirasakan lebih baik dan tetap menjamin kedudukan mereka sebagai orang Melayu.

So jika PR mahu menang Pilihanraya Umum, PKR perlu bergabung dengan PAS dan buang DAP, ataupun DAP ubah dasar parti dan bagi jaminan yang mereka tidak akan menyentuh apa2 pasal penghapusan pembahagian antara “bumiputera” dan “bukan bumiputera” ataupun kesamarataan kaum demi mengambil hati pengundi majoriti iaitu Melayu dan Bumiputera Sabah Sarawak.

Itu pun kalau mereka mahu menang pilihanraya lah, kalau mahu kekal menjadi pembangkang selama2nya, kekalkan jelah dengan dasar macam sekarang.


* * * * * * * * * *


Berikut aku kongsikan penulisan oleh seorang individu bernama Engku Nasrun yang telah viral di FB dengan perkongsian lebih daripada 35 ribu!
Ini hanyalah pandangan aku. Ini ruang aku.

1. Rakyat Malaysia yang non-malays dan non-muslim bumiputra mahupun non-bumiputra kebanyakannya terima dengan hati yang terbuka laungan Azan subuh yang menganggu tidur mereka. Tak pulak mereka nak buat kecoh dan marah. Bagaimana kalau pihak gereja mula pasang loudspeaker untuk sekalian tempat dengar khutbah Ahad mereka? Ooh.. nanti aqidah kita lari. Jihad!

2. Hari Jumaat, kitalah paling hebat sebab boleh parking di tepi-tepi jalan berdekatan masjid sebab nak solat Jumaat. Lalulintas terganggu dan trafik tergendala. Non-muslim terpaksa terima jer.

3. Kita nak beli rumah, ada "bumiputra discount". Org non-bumi beli rumah xde pulak padahal diorg pun Rakyat Malaysia. Apa? hak istimewa org Melayu? Ke Apartheid?

4. Non-Malays, non-bumiputra yang cemerlang nak masuk Universiti sampai berdarah hidung, bergadai, berhutang Ah Long sebab nak bayar Uni atau kolej swasta. Kita takper sebab ada UiTM la, ada kolej mara la. Diorg pun rakyat Malaysia. Bila diorg dah grad, cukai hasil kerja diorg jugak kita makan.

5. Yang non-malays non-bumi yang mak bapak hantar ke kolej swasta tadi ada pulak yang ke luar negara, maka banyak lah pulak exposure dan banyak kenalan dapat. Bila mereka dah grad, balik ke Malaysia, meraka jadi tenaga kerja yang lagi progresif, lagi padu. Pandai speaking. Cepat naik pangkat. Yang lain (termasuk kita barangkali) mula rasa ditindas la, tak adil la, tak "tolong melayu" la.

6. Cakap pasal pandai "speaking", masa kat sekolah bila kita "speaking" sikit, ada kawan-kawan yang ejek. Kata kita poyo lah, kata kita "kebaratan" sangat lah, kafir lah. Mula lah kene pulau. Yang ejek tu, yang pulau (ehem.. menindas) tu bangsa apa? Ni lah bangsa yang kata maruah terjejas.

7. Dah 58 tahun merdeka. Sebelum tu dah berapa tahun dah bangsa Cina, India, Baba, Melayu dan lain lain hidup bersama. Ni dah masuk abad ke-21 tapi masih ada antara kita yang amatlah jahil dengan budaya bangsa lain. Nak bangsa lain hormat kita, kita kene start hormat dulu.

8. Ni budaya bangsa lain pun kita tak ambik peduli. Sibuk nak bangsa lain ikut dan faham budaya kita jer. Mana boleh macam ni bro. Yang tak sensitif sebenarnya kita. Diorg dah banyak ikut angin kita.

9. Kita dilihat sebagai bangsa yang mengada-ngada sampai bangsa lain takut pulak nak bergurau senda dengan kita. Takut kalau mereka tersilap menyinggung perasaan atau tercakap bende yang yang padahal ok jer tetapi kita mungkin tak pasal-pasal tersinggung entah kenapa.

10. "Suci" dalam debu. Nak sangat org jaga kesucian makanan ko. Sampai ada tampal sticker kat peti sejuk ofis "Halal only". Padahal takder lah kene sampai macam tu sekali. Yang Hindu relax jer tengok kita layan daging depan diorg. Tapi kalau kawan kita makan babi, geli.. kembang tekak. Babi tu memang lah haram dimakan tapi kenapa sampai takleh tengok lah, nak muntah lah. Drama. Tengok aurat ok pulak. Tak geli kembang tekak ke sebab itu pun haram.

11. Ada gereja bina dekat kawasan Melayu, kecoh jadinya. Salib tu boleh pesong aqidah kita. Pasal aqidah kita nipis sgt. Tak pasal-pasal jadi kes. Pihak gereja pun mengalah. Turunkan salib. Kesian. Kalau kita bina Masjid tapi non-muslim bikin kecoh, mula lah nak jihad konon, kita kene tindas konon. Kan elok kalau relax jer. Dah macam budak kecik yang manja. Org bangsa lain kene pandai amik hati kita. Malu lah.

12. So, apa yang terancam? Sikit-sikit nak gaduh. Sikit-sikit nak jihad. Rasis sgt kenape?

Refleksi:
Raja-raja & Sultan: Melayu
Perdana Menteri: Melayu
Timbalan Perdana Menteri: Melayu
Ketua Polis Negara: Melayu
Panglima Angkatan Tentera: Melayu
Apa yang terancam sangat?

So ada yang bertanya pada aku, apa perjuangan aku? Adakah aku perjuangkan hak kaum bumiputera, ataupun hak sama rata semua kaum?

Maka sejujurnya, aku tak perjuangkan apa2, akan tetapi tak dinafikan aku selesa dengan dasar perlembagaan yang ada sekarang hanya kerana aku Melayu, dan aku bersyukur dan sangat bernasib baik kerana dilahirkan dari perut seorang ibu Melayu di sebuah negara bernama Malaysia.

Namun aku juga turut simpati dengan nasib orang yang dilahirkan dari perut seorang ibu Cina atau India kerana terpaksa hadap semua perkara yang disebut oleh Engku Nasrun di atas. Aku faham mereka mereka terpaksa belajar beberapa kali ganda daripada kita, kena berniaga dan tolong menolong sesama mereka demi survival mereka yang tidak mempunyai hak2 keistimewaan seperti kaum Bumiputera. Malah andai kaum Melayu menjadi kaum minoriti di negara lain, kita pasti akan terpaksa berbuat perkara yang sama demi survival dan akan rasa terpinggir.

Nasihat aku kepada rakan2 dari kaum minoriti ini, suka atau tidak, anda terpaksa belajar untuk menerima situasi ini, kerana walau macam mana pun, selama mana pun, kaum majoriti ini pasti tidak akan membenarkan hak keistimewaan mereka diubah. Kita tak bisa menjadi seperti Indonesia yang hanya punya satu bangsa iaitu bangsa Indonesia kerana mereka sudah melakukan proses asimilasi dan integrasi kaum sejak merdeka lagi.

Jika kita baru sekarang nak buat asimilasi kaum atau hapuskan sekolah jenis kebangsaan dan wujudkan hanya sistem sekolah aliran tunggal, benda tu dah terlambat. Kalau nak buat kena buat ketika mahu merdeka lagi, namun tok nenek moyang kita memilih kaedah  Jus Soli beserta Kontrak Sosial dalam menerima orang bukan Melayu yakni Cina dan India untuk menjadi warganegara Tanah Melayu.

On the bright side, walau anda orang bukan Melayu tidak mendapat keistimewaan sepertimana kaum Bumiputera, anda masih bebas untuk mengamalkan apa jua kepercayan anda, bebas untuk melakukan apa jua minat anda, bebas untuk mencari ilmu pengetahuan, bebas untuk mencari kekayaan, bebas untuk membeli tanah dan rumah (walau dengan harga yang mahal sikit dari Bumiputera yang ada diskaun), masih bebas berbuat apa sahaja asalkan tidak melanggar undang2.

Yang paling penting, kita masih boleh berkawan, masih boleh kenal mengenal antara satu sama lain, masih boleh berjual beli antara satu sama lain, masih boleh mencipta nama bersama, masih boleh berkongsi kejayaan, masih boleh mengharumkan nama negara bersama, masih boleh sama2 dapat cuti pada hari perayaan masing2, asal kita hormat menghormati antara satu sama lain.

Dan aku pasti kita semua akan dapat hidup dengan aman dan harmoni jika orang Cina tidak menghina orang Melayu dan orang Melayu tidak menekan orang Cina.

Kita mau beli komputer nanti kita pergi kedai lu. Lu mau makan nasi lemak nanti datang restoran kami. Apa ada hal, kita semua kan 1Malaysia.



tags: adakah mengapa kenapa orang kaum bangsa melayu rasa terancam tergugat tercabar majoriti oleh cina dap minoriti 

25 ulasan:

  1. masalah politik semenanjung. setiap hari isu kaum dan agama. god bless sarawak takda umno dan pas

    BalasPadam
  2. Dan aku pasti orang Cina tak akan berhenti menghina orang Melayu dan orang Melayu tak akan berhenti menekan orang Cina. Ini dah memang sifat manusia.Kepada pembaca Cina disini, saya sbg Melayu memohon maaf jika kami ter-overreacting terhadap korang ye~ jom berdamai :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha... senjata makan tuan...

      Padam
    2. facts : orang melayu bisnes halal, tak menindas, orang cina selagi ada jalan nak buat duit...habis semua dia jual, anak dara dia pun dia sanggup jual kalau boleh buat duit...jadi melayu mana tak rasa terancam?? takut nanti dah anak dara dia dijual, anak dara orang melayu pulak dia jual...sokonglah cina kalau kau sanggup jual anak dara kau pada cina. sekian.

      Padam
    3. Sekali lagi, gunakan hujah menakut2kan orang. Ada orang cina bisnes menipu, ada orang cina bisnes jujur. Ada bisnes melayu jujur dan ada juga bisnes melayu yang menipu anak bangsanya sendiri, malah aku sendiri pernah beberapa kali kena tipu dengan peniaga melayu, tapi itu tak membuatkan aku generalize semua peniaga melayu itu penipu, dan juga jujur.

      Pasal anak dara kena jual, ada orang cina jadi tokey kelab malam, ada orang melayu jadi tokey kelab malam, ada orang cina jadi bapak ayam, ada orang melayu jadi bapak ayam, ada orang cina pergi clubbing, orang melayu juga ramai pergi clubbing.

      Dan kalau kau rasa semua orang yang pergi perhimpunan baju merah tu memang semua baik amanah fatonah dan jujur, ada antara mereka yang kaki pukul, kaki perempuan dan taik judi pun, tapi aku tetap tak anggap semua melayu macam tu, sebab aku tak generalize orang mengikut kaum, aku menilai orang pada orang itu sendiri.

      Padam
  3. Salam noob,aku rasa ko nk sokong dap tp dasar diorg mmg mcmtu sebelum aku dan ko lahir lagi, klu dap menjunjung perlembagaan yang turut memperuntukkan perkara 153 knp masih nk hak sama rata? Adil ITU bukannya sama rata tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya - tuan rumah sekeluarga dan suku sakat mereka berhak atas harta warisan mereka manakala tetamu n pendatang bergantung pada ehsan mereka setelah membuat pilihan untuk tidak kembali ke tempat asal masing-masing /balik rumah krn maybe selesa menumpang.ITU hakikat sejarah sebelum dan menjelang merdeka tapi ultra kiasu kini mahu lebih dari hak yg sepatutnya diorg dapat n nothing gonna change it since diorg ada potongan kek ekonomi yang jauh lebih besar. Apa yg tuan rumah ada hanyalah kuasa politik n pentadbiran.tanpanya, negara ibarat kapal yg bakal diDAHAGI. utk engku nasrun yg diangkat pendapatnya oleh noob, agama Islam agama yang benar dunia Dan akhirat maka tak payah persoalkan azan,parking solat jumaat etc manakala agama lain walaupun kafir berhak mengamalkannya tetapi tidak boleh persoalkan agama ALLAH ini. Kafir harbi boleh diperangi.pasal kuota universiti ,lot bumi perumahan etc bidalan 'tuan rumah' tadi menjawabnya.apa yg perlu dibuat sekarang ialah perbetulkan,rombak dan gantikan pemimpin melayu bermasalah dengan kuasa
    rakyat - kita perlu fikirkan caranya dan usahakan sampai berhasil tanpa mengharapkan tetamu Dan pendatang yg berpotensi menDAHAGI kapal kita ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. Kalau aku tak tulis aku sokong siapa, jangan but assumption aku sokong siapa. Tapi nak tau aku sokong sapa? Aku tak sokong BN mahupun PR. Aku akan undi siapa yang boleh berikan tawaran yang lebih baik ketika pilihanraya.

      Dan dalam kes ni, kau kata apa yg perlu dibuat sekarang ialah perbetulkan, rombak dan gantikan pemimpin melayu bermasalah dengan kuasa rakyat. Selama ini kau rasa kita boleh ke gantikan mereka? Bagi aku yang bermasalah adalah Najib, kau rasa boleh ke Najib digantikan oleh ahli2 UMNO? Tak, diorang akan jilat selagi boleh.

      Aku pernah tulis dulu, rakyat tak boleh tukar pemimpin dan ahli politik, apa yang rakyat mampu buat hanya tukar parti yang memerintah ketika pilihanraya. Dan untuk menukar parti pemerintah boleh jadi kenyataan, kita perlukan pembangkang yang bukan seperti DAP kerana majoriti orang Melayu selamanya akan menolak DAP.

      Kalau pemimpin dalam BN tu bagus2, beri tawaran yang pro-rakyat masa pilihanraya dan menunaikan janji2 mereka, maka aku takde masalah pun untuk mengundi mereka.

      Tapi aku takkan puja dan angkat mana2 parti politik, dan aku berhak memilih mana2 parti yang aku nak yang boleh bekerja dan berkhidmat untuk rakyat, bukan rakyat yang terpaksa berkerja dan berkhidmat untuk mereka.

      Padam
    2. gaya komen brader kedepan dah bertukar format.

      Padam
    3. Dulu dalam hutan...kini dalam bandar... noob yg neutral ...senjata yg makan tuan...buasir yg dongibab

      Padam
    4. Dari tadi senjata makan tuan, senjata makan tuan. Apa benda yang senjata makan tuan?

      Padam
    5. Salam noob,maaf silap aku memandai buat assumption. tp sekali lagi aku rasa kt boleh fikirkan caranya utk tangani pemimpin2 melayu bermasalah dgn melibatkn diri dlm certain parti tp ambil masa agak lama,media sosial mcm skrg atau apa saja - berusaha buat sesuatu lebih baik drpd pasif cuma aku terganggu dgn the fed yg nk masuk campur urusan negara.
      tlg ulas sikit noob. @ anon 1.27 am 19/9

      Padam
  4. Salam 1rasuah,

    Ramai keparat yang masih enggan mengundi selain umno kerana mereka takut dengan propaganda melayu akan jadi hamba. Walhal Melayu jadi hamba bukan kerana umno tidak memerintah tetapi kerana sikap mereka yang malas berusaha, tunggu hendak disuap dan nak short cut.

    Otak mereka tak pandai dan mereka sendiri PENGECUT untuk bersaing justeru amat mengharapkan kuota dan cable.

    Mereka lebih suka mengeluh, menyalahkan orang dan berdengki kenapa mereka miskin di bumi sendiri sedangkan mat indon baru datang boleh jadi kontraktor kaya. Teruskan lah mencipta alasan wahai bangsat dan biar umno menjual harta kekayaan mu.

    Tolak UMNOBN undi PR kembalikan keadilan sosial agar semua berfungsi mengikut tahap kepandaian masing-masing.heee

    KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian , SPM 5A degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh , amah dan kuli am ) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam sehati serasuah,

      Melayu dan shortcut berpisah tiada. Mereka tidak percaya kepada usaha keras seperti kaum cina. Sebab itu cina, Pakistan, Indonesia, Myanmar yang baru datang pun boleh kaya dari mereka. Manakala mereka asyik salahkan orang walhal mereka malas dan bodoh.

      Dalam pendidikan mereka nak shortcut, tak pandai, SPM tak boleh score mahu terus ambil degree, sudah diberi peluang ambil degree pakai kuota, tak mahu belajar bersungguh sungguh pula. Attendance minta kawan tanda, assignment buat last minute atau copy paste atau upah orang buat. Benak perut, ramai ramai datang jumpa lecturer kow tim.

      Nak cari kerja mereka dayus untuk bersaing mereka nak shortcut. Pakai cable, saudara mara. Masuk cara zalim dengan rampas tempat orang masuk secara adil. Bila ditanya tipu cakap rezeki walhal cable. Berani fitnah Allah cakap itu rezeki.

      Dalam berniaga mereka nak shortcut. Masuk kerja kerajaan tapi buat bisnes luar maka tak fokus pada kerja, selalu hilang. Suka melabur skim piramid atau jadi ahli untuk paksa beli (mlm). Jual makanan sunnah seperti madu, habbatus sauda dan susu kambing dengan harga melampau untuk kaya cepat. Letak tanda rm20 bila customer pegang dan tanya terus di up harganya, ini 25 yang lain 20, yang atas promosi yang bawah tak. Dasar penipu!

      KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.

      Padam
    2. Anon 511 itu je hujah nko? Itu je taraf intelek nko? Angkat cawat dan tunjuk barang nko? Pathetic!

      Padam
    3. abis ko ingat ko punye hujah panjang berjela tu menjadikan ko seorang yang intelek.. butoh!!

      Padam
  5. semenanjung saja yg racist lebih2.. sabah dan sarawak xmacam tu.. entahla..kalau nk kata berbilang kaum... kt sabah ni lg belambak kaum.. tp xtawla.. rambut sma hitam hati lain2

    BalasPadam
  6. x dinafikan isu rasis semakin menjadi.. kita sebagai Muslim (regardless kaum kita )hendaklah berpegang pada ajaran Islam. Islam x ajar kita rasis. Islam x ajar kita jadi kurang ajar. Islam x ajar kita benda x elok. Perjuangan kita adalah Islam berpandu pada Al Quran dan Hadith. Kalau ada sesiapa pun, bahkan ulama yang bertentangan dengan ajaran Al Quran dan hadith, hendaklah kita berbalik kpd Alquran dan Hadith....
    Jadi bagaimana kita hadapi cabaran isu rasis? Berbaliklah pada Al Quran dan Hadith. Amatlah memalukan kita sebagai negara yang majoritinya penduduk adalah MUSLIM tetapi rasis.
    Berbaliklah pada ajaran Islam. Sesungguhnya AKHIRAT itu pasti.

    "Too small to make a difference? Imagine a mosquito."
    -Katya-

    BalasPadam
  7. Kadang kita ckp mcm pandai ilmu yang tinggi padahal hanya W.keyboard je...xpayahnya sembang sgt...focus pada kejayaan..nak jadi ahli politik kenali kawasan anda, Bukan jalan mudah nak jadi pemimpin. Kita support pemimpin yang ada sekarang...cukup 5 tahun klu xsuka xpayah undi. undi lain pulak setel.

    BalasPadam
  8. bukan kaum melayu terancam, kaum umno yg terancam...

    BalasPadam
  9. Sila lawati portal berita seperti The Malaysian Insider, Malaysiakini ataupun portal kereta macam Paultan. Read and understand the nuances and sentiments uttered by the commenters particularly in the news pieces related to anything govt., Melayu and Islam. Setakat cakap depan muka, monyet pun kata dia tak racist.

    BalasPadam
  10. Maaf,

    Pandangan rakyat marhaen macam aku, aku tak suka dengan cina ni dalam bab hartanah je, sekarang ni yang paling utama adalah tanah, kalau tanah dah kena pegang, kau tukar kerajaan apa sekali pun tak kan boleh ambil balik tanah, tanah adalah benda yang terhad dalam negara kita, kalau tak dibahagi sama rata memang akan jadi masalah.

    Pengalaman aku, aku ke Bintulu jumpa rakan sekerja, semuanya membebel cerita pasal tanah harga tinggi, asal ada kawasan perumahan baru buka semuanya dah kena booking walhal iklan baru naik malam tadi, semuanya dah kena rembat dengan c i n a, sebab apa? pemaju adalah c i n a ,dia utamakan kaum dia (nampak tak rasisnya).

    Sama dengan rumah taman yang aku duduk sekarang area rawang (kawasan memang dekat dengan segalanya), fasa permulaan semuanya c i n a yang rembat, nasib baik ada wakil politik kawasan kecoh pasal hal ni, fasa terakhir baru dibuka pada kaum lain, kalau tak memang bodoh2 je diorang sebat rumah satu taman ni, sebab tu aku ada sentimen sikit dengan c i n a dalam bab hartanah. Melayu ada duit tapi diorang yang tak mahu kita dapat tanah yang bernilai tinggi, rumah yang aku duduk ni masa beli dulu rm200k++ je, dalam 4 tahun ni dah naik jadi rm500k, patut la diorang kaya raya.

    Just my perception..

    BalasPadam
  11. pegi ofis ada utk urusan

    ofis cina- tukang jaga kaunter amoi dgn muka kerek...kakitgn2 pun cina dgn muka tak senyum nak mintak penampar sekor2, but at least urusan yg nak dibuat selesai jugak

    berubah lah wahai melayu ku...

    ofis melayu- tukang jaga kaunter awek melayu penuh tatasusila, kakitgn2 melayu yg lalu baut muka bolayan... awek receptionist masuk dlm jap nak tanya pegawai....pahtu pegawai A gi refer staf A, staf A gi refer staf B, staf B tak tau telefon pegawai B...setelah menunggu sekian lama, dup2 urusan yg nak dibuat tak boleh selesaikan hari tu jugak

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.