Selasa, 15 September 2015

5 Novel Suamiku Budak Rock: Bab 7

BAB 7

Pagi Isnin itu sama seperti pagi-pagi yang lain pintu pagar Universiti sudah mula dipenuhi kenderaan, kelihatan semua penuntut-penuntutnya bersemangat memulakan kelas mereka pada hari tu. Tapi lain pulak ceritanya dengan Ray. Dia masih lagi lambat seperti hari-hari yang lain. Bangun-bangun sahaja dia lihat rumah sewa sudah pun kosong.

“Hadoyaii.. Bebudak nih sume pergi kelas tak kejutkan aku ke? Siyut betul la”. Padahal dah beratus kali si Mie kejutkan Ray. Dengan tangan, kasi semua siap nasib tak simbah dengan air panas je.

Lepas siap mandi, Ray pun bersiap-siap untuk pergi berjuang di menara gading. Di atas meja makan kelihatan secawan kopi yang masih hangat dan sebungkus biskut tiger. “Baik jugak hati korang buatkan aku air siap ada biskut tiger lagi. Kalau macam ni tak payah naik motor la jawabnya, pergi kelas berlari je macam iklan biskut tiger. Ha..Ha..”.

Sesudah siap bersarapan, Ray pun bergegas menuju ke tempat letak motor. Cuma nasib tak berapa baik sewaktu menuruni anak tangga dia boleh tergilincir pulak, langsung berguling sampai ke bawah. Nasib baik takde orang masa tu, kalau tak mana nak sorok muka weii.

“Siapa la pulak yang sesuka hati buang kulit pisang dekat sini ni. Korang ingat zoo ke main campak-campak kulit pisang. Tak pasal-pasal aku jadi mangsa kekejaman korang”, bebel Ray sambil menggosok kepalanya yang sengal akibat gulingan 360 darjah tadi.

Illustrasi oleh CT_M.

Sampai je dekat motor terus dia bukak Solex, pulas kunci motor dan hidupkan enjin. Tapi dah dekat lima minit enjin motor tak nampak macam nak hidup pun. Benda pertama yang dia periksa ialah tangki minyak.

“Alamak.. Tangki minyak kering pulak. Kalau macam ni sampai esok pun motor ni tak nak hidup. Semalam baru aku isi minyak penuh. Ni ada la makhluk yang nak pedajal aku ni”. Bila di periksa betul-betul baru dia perasan ada kesan petrol dekat bawah motor dan yang lagi tak best, hose minyak dekat karburator dah tercabut.

“Perghh.. ada pencurik minyak pulak dah sekarang ni. Dah bertahun aku duduk sini tak pernah jadi macam ni. Apesal malang sangat hari ni. Macam tak nak kasi aku pergi kelas je hari ni”, kata Ray sambil menahan marah.

Nasib baik dekat rumah ada simpanan petrol khas untuk kes-kes kecemasan macam ni, jadi dia pun naik semula ke tingkat lima dan turun semula dengan bekas botol coke yang berisi minyak petrol. Tapi sekali lagi Ray tergolek kebawah gara-gara kulit pisang tadi tu. Nasib baik botol minyak tu tertutup rapat kalau tidak mau mandi minyak petrol pagi tu.

“Hai dik.. Main guling-guling ke? Boleh makcik join sekali. He.. He..”, sapa sorang makcik yang kebetulan naik tangga masa tu. Yang lagi tak syok, masa tu anak dara dia yang comel lote tu ada sekali sambil tersenyum tengok aku. Habis hilang kemachoan yang aku pertahankan selama ni.

“Ooo saya tengah practice untuk sukaneka ni makcik”, jawab Ray selamba sambil bersiul konon nak nampak cool la. Makcik ni memang baik dengan Ray. Dia berniaga nasi lemak dekat bawah apartment tu. Memang tiap-tiap pagi Ray beli nasi lemak dekat gerai dia tu, regular customer la katakan siap dia bagi telur free lagi.

Sampai-sampai je dekat motor, bila pusing belakang Ray nampak anak makcik tu kenyit mata dekat dia. Ray balas balik kenyitan mata awek tu dengan jelirkan lidah. Merah padam muka dia, marah lah tu. Ha..Ha..

Hose karburator dah siap dipasang, minyak sudah siap diisi. Lepas hidupkan enjin motor Ray bergegas menuju ke kelas. Dah lambat tahap gaban dah ni kang kena ceramah pulak dengan lecturer dia Puan Putri.

Segala korner dia sesah nak cepat sampai punya pasal siap polis traffic yang berhenti dekat traffic light seberang jalan menjegilkan matanya. Ray angkat tangan tabik tanda hormat. Masak Ray kalau dia kejar dengan motor 750 dia tu.

Keluar-keluar je dari jalan motor nak menuju kejalan besar tiba-tiba ada sebuah kerata warna putih menghimpit Ray sehingga dia terjatuh ke tepi jalan, nasib baik jatuh atas rumput. Bila Ray bangun dia tengok handle motornya dah bengkok akibat jatuhan tadi. Darah Ray dah mula menyirap. Tak sampai beberapa minit, empat buah kereta pulak sampai dekat situ. Semuanya kereta Mitsubishi Evolution.

“Apahal pulak ni. Ada penggambaran Fast and Furious ke? Tak nampak pulak aku ada cameraman dekat sini?”, kata Ray dalam hati sambil menuju kearah kereta yang menghimpitnya tadi. Tak sempat  nak ketuk tingkap kereta tu, brader tu keluar kereta terus cekak leher Ray sambil cakap, “Nama kau Ray kan?”.

“Yup.. Gua Ray. Gua kenal lu ke bai?”, soal Ray sambil hulurkan tangan untuk bersalaman. Tapi brader tu tepis tangan dia dan terus menumbuk kearah mukanya. Dengan tenang Ray tepis tangan brader tu dan kemudian mencekak leher dan membentes kaki brader tu sampai dia terjatuh keatas jalan. Tangan kanan Ray dah mula menggenggam buku lima, menggigil nak sesah muka brader tu.

“Lu ni apahal brader? Gua dah la lambat nak pergi kelas ni, lu boleh carik pasal pulak. Gua ada hutang dengan lu ke?”, soal Ray dengan nada marah. Tapi belum sempat dia dengar jawapan brader tu, dia dah tercampak ke depan. Rasa sengal pulak belakang dia akibat terkena tendangan tu. Geng-geng kereta tadi tu dah mula mengerumuni dia.

Orang ramai dah mula memenuhi kawasan tu sehinggakan jalan raya mulai sesak. Semua mata memandang kearah mereka sambil berbisik-bisik mendapatkan kepastian tentang apa yang terjadi. Ray bangun dan bersiap sedia untuk berlawan. Dia memang tak suka nak bergaduh tapi kalau dah terpaksa memang dia akan lawan habis-habisan sehingga ke titisan darah yang terakhir. Geng-geng tadi beramai-ramai cuba untuk memukul Ray. Kalau dicongak semuanya mau dalam sepuluh orang termasuk brader yang kurang ajar tadi tu.

“Ok geng belasah mamat ni sampai lembik”, kedengaran suara salah seorang dari geng tu.

“Apa dorang ingat aku ni anak anjing ke nak belasah sampai lembik”. Dengan ilmu dan kuderat yang ada Ray tepis segala tumbukan dan tendangan yang bertubi-tubi tu sambil menuju kearah brader kurang ajar tadi tu. Belum sempat dia nak tumbuk muka brader tu  kaki Ray tiba-tiba berasa sakit yang teramat sangat. Terus dia terjatuh.

Patut la sakit, dorang boleh tibai kaki dia dengan autolock kereta pulak. Auto lock? Ala yang keluar iklan dekat smart shop tu yang pencuri professional pun tak mampu nak bukak lock tu, besi tuang tu.

Ray cuba nak angkat kaki tapi dia nampak kakinya dah terkulai, kompom patah. Tanpa belas kasihan dorang belasah Ray sampai lunyai. Ray redha je dengan apa yang berlaku pasal dia dah tak mampu nak berbuat apa-apa. Sambil ludah kearahnya, brader tu menengking Ray, “Amacam? Best tak kena belasah. Lepas ni aku tak nak tengok kau rapat dengan Qis lagi, kalau nak hidup lama la. Nama aku Haikal. Kau ingat nama ni. Ok geng jom blah”. Sambil gelak dorang tinggalkan aku dekat situ.

“Haikal.. memang aku takkan lupakan nama lu bai”.

“Apa kes ni brader? Brader ok tak ni?”, soal salah seorang penonton tadi yang prihatin.

“Tak tau la bro. Tiba-tiba ada geng Evo datang belasah saya pulak. Boleh tolong panggilkan ambulans tak? “, Ray mintak pertolongan brader yang baik hati tu sambil nyalakan rokok Marlboro. Sambil menahan kesakitan dia teringatkan Qis dan pada masa yang sama dia tertanya-tanya siapa Haikal?

Tak sampai lima belas minit, Ambulans pun sampai. Ahli paramedik mengangkat Ray masuk kedalam ambulans dan salah seorang dari mereka bertanya padanya, “La.. bukan brader ke yang saya angkut tu hari dekat stesen bas seksyen 2, hari tu? “Ooo ye ke? Sorry bro, saya pengsan masa tu tak perasan pulak bro ada masa tu”.

Ambulan itu menderum laju menyusuri lebuh raya menuju ke hospital buat kali keduanya. “Hello Mie. Gua nak mintak tolong sikit ni”, sempat Ray menelefon Mie dalam perjalanan ke hospital. “Yup Ray apa hal? Lu kat kedai game ke? Siap ada bunyi siren lagi?”, soal Mie dalam nada bergurau.

“Banyak la lu kedai game. Lu tolong angkut motor gua kat tepi highway lepas tol Sungai Rasah tu. Gua eksiden tadi”.

“Eksiden?? Lu ok tak ni. Ok gua datang sekarang. Lu teruk tak?”, soal Mie lagi tapi kali ni dengan nada serious.

“Gua eksiden tadi takde apa-apa bai. Yang teruknya kena belasah dengan geng Evo tadi. Tak tau pecer tiba-tiba himpit gua dekat highway lepas tu terus belasah gua. Nanti kang dekat hospital gua story dekat lu la. Nak cakap pun gua dah tak larat ni”, jawab aku.

Lepas tu Ray dah tak sedar dah.

Tak tau berapa lama aku pengsan. Sedar-sedar je aku nampak mak dengan ayah aku ada dekat situ. Mata mak berair tengok aku dalam keadaan macam tu.

“Azrai.. macam mana boleh jadi macam ni nak?”, soal mak. Aku tengok ayah aku cool je macam aku jugak.

“Azrai ok je ni mak. Tak tau la, tadi ada pasir pulak dekat jalan, tu yang tergolek tu”.

Bila aku pandang bawah aku nampak kaki kanan aku dah siap bersimen siap ada tandatangan ayah aku lagi. Sempat pulak ayah aku tandatangan siap ada tulis ayat “Get well soon my son. Peace”. Nak tergelak aku baca ayat tu. Ha.. Ha..

“Tu la dah banyak kali mak pesan, jangan bawak motor laju-laju tapi Azrai degil tak nak dengar cakap mak. Ni semua salah awak la ni belikan dia motor tu”, marah mak pada ayah. “Eeh.. awak ni. Salahkan saya pulak, orang lain pun bawak motor jugak tapi takde la tergolek macam anak awak ni”, jawab ayah selamba.

“Azrai ok je ni mak.. ayah.. Benda dah nak jadi nak buat macam mana”. Sampai petang mak dengan ayah tunggu aku, sayang betul dorang dekat aku maklum la satu-satunya anak dorang kan.

“Ok la Azrai. Ayah dengan mak balik dulu. Nanti kami datang lagi. Jaga diri baik-baik”, kata ayah sambil menghulurkan dua keping not RM50. “Jangan lupa makan ubat ye Azrai. Apa-apa hal call mak ye”, kata mak pulak.

Tapi sebelum ayah keluar sempat pulak ayah bisikkan something dekat telinga aku, “Kita kalau nak berkawan, tengok kiri kanan dulu takut-takut dah berpunya”. Lain macam pulak aku dengar ayat ayah. Macam tau-tau je aku kena belasah pasal perempuan.

* * * * * * * * * *

“What!! Ray masuk hospital? Bila? Kenapa? Kenapa dia tak beritahu I Mie?”, soal Qis setelah mendapat panggilan daripada Mie.

“Chill la Qis. Semalam dia masuk hospital. Dia ok je tu. Kaki je patah. Dia cakap tak nak buat you risau, sebab tu dia tak beritahu you”.

“Kaki je patah?? What’s wrong with you guys”, suara Qis dah mula berubah. Matanya sudah mula berkaca. Nina yang baru keluar bilik tercengang melihat Qis menangis. “La.. ni kenapa pulak ni Qis. What’s wrong dear?”.

“Jom Nina temankan I pergi hospital tengok Ray. Dia kemalangan semalam. Baru kejap ni Mie beritahu I. Please Nina temankan I”, rayu Qis sambil menggoncangkan bahu sahabat karibnya itu.

Selepas bersiap-siap dan pintu rumah semua sudah dikunci, mereka bergerak menuju ke hospital. Sepanjang perjalanan Qis hanya memandang keluar tingkap tanpa sepatah suara. Nina hanya menggelengkan kepala melihat telatah sahabatnya itu. Semenjak berkenalan dengan Ray, tampak kegembiraan di wajah Qis tidak seperti sebelumnya. Dari seksyen 2 Shah Alam menuju ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang cuma mengambil masa lebih kurang lima belas minit sahaja.

Sampai-sampai sahaja di hospital, Qis meluru laju keluar dari kenderaan tanpa sempat Nina meletakkan kereta. Nina faham benar dengan perangai Qis. Kalau dia risaukan sesuatu memang macam tu la dia, menggelabah tak tentu pasal. Qis menuju ke lift dan menekan butang tingkat 7, ward Orthopedic.

Keluar-keluar sahaja dari pintu lift, kedengaran suara riuh rendah dari segenap penjuru. Tak sampai beberapa saat, dua orang lelaki berkerusi roda memintas Qis dengan laju seperti berlumba di litar lumba Cub Prix lagaknya diikuti dengan segerombolan lelaki berbaju hijau.

“Ray!!”, jerit Qis dengan spontan. Jeritan itu menyebabkan salah seorang pelumba kerusi roda itu memaling kearah Qis dan  kerusi rodanya melanggar pintu ward.

“Ala.. macam mana Ray boleh kalah pulak. Aku dah bet dia menang ni. Hadoiii”, keluh salah seorang dari segerombolan lelaki itu sambil mengeluarkan not RM10 dari walletnya. Tersengih pakcik tua yang memenangi perlumbaan tadi tu sehingga menampakkan giginya yang rongak.

“Dah den kobarkan. Den champion dokek sini. Nak jugak ajak den berlumbo. Dah.. dah.. meh sini habuan den. Tahun dopan kito lumbo lagi yo Ray”.

“Kalau tak disebabkan awek saya panggil tadi dua tiang saya tinggalkan pakcik”, jawab Ray tak nak mengaku kalah. Dari jauh kedengaran bebelan staff nurse, “Hishh.. dah cukup cukup, semua balik semula ke katil masing-masing. Tak padan dengan patah kaki. Yang tua ni pun tak sedar diri pulak tu. Bukannya nak tunjuk tauladan yang baik, dia pulak yang lebih”.

“Urmmm.. Qis tolong tolak saya, tak larat pulak nak bawak kerusi roda ni”, rayu aku pada Qis. “Ooo berlumba tadi tak sakit ye. Sekarang ni tau pulak nak mintak tolong dekat saya. Eiii.. You guys ni memang tak tau serik ye! Lelaki semua mcam ni eekk..”, jawab Qis dengan muka masam sambil bercekak pinggang. Hadoyaii tak pasal-pasal pulak kena ceramah dengan Qis.

“Ala.. saya bosan la duduk sini kebetulan pulak pakcik tadi tu cabar-cabar saya ajak race. Awak bukan tak tau saya ni memang pantang kalau ada orang cabar saya berlumba ni. Kalau tak disebabkan awak tadi memang saya dah menang”, jawab aku pulak dengan yakin terlupa pulak Qis tengah bercekak pinggang dekat depan aku. Hmmm.. apa lagi merasa la cubitan manja dia tu.

Walaupun dalam keadaan marah, kerisauan jelas kelihatan di wajah Qis. “Sayang jugak awak dekat saya ye?”, bisik aku dekat telinga Qis tapi Qis buat-buat tak dengar. He..He.. Malu la tu. Qis menolak aku sampai ke katil.

“Urmm.. Awak dah makan? Biar saya suapkan awak ye? Saya ada belikan mee goreng untuk awak”, kata Qis sambil tangannya menyuapkan aku sesudu mee goreng. Memang cantik la tu, aku memang belum sarapan lagi. Tak lalu nak makan biskut cap ping pong yang disediakan oleh pihak hospital tu.

Dari jauh kedengaran suara seseorang, “How dare you tinggalkan I sorang-sorang dekat bawah Qis. Ooo ni la Ray yang setiap saat you cerita dekat I tu ye?”.

“So sorry Nina. I panic la tadi sampai terlupa pasal you. Sorry eekk”, jawab Qis sambil memandang ke arah Nina tapi tangannya masih lagi laju meyuapkan aku. Dia tak nampak ke mulut aku dah penuh ni. Nak kunyah pun tak sempat.

Dengan mulut yang penuh aku menyapa Nina, “Hai.. Saya Ray. Nice to meet you”. Nina membalas sapaan aku dengan senyuman, “He.. He.. You guys have a nice chat yaa. I pergi turun dulu la. Tak nak la ganggu you guys dating. Nanti bila you nak turun you just send me a short sms, Ok darling”.

“Ok. Thanks Nina”, jawab Qis dengan wajah nya yang sudah mula kemerah-merahan.

“Please tell me what actually happened Ray. I don’t think this is cause by an accident. Dengan muka awak lebam-lebam. Kaki awak patah. Awak gaduh eekk”, soal Qis menuntut kepastian. Aku tak pasti samada nak beritahu kisah yang sebenar atau tidak. Tapi yang pastinya aku nak tau siapa sebenarnya Haikal. Apa hubungan Qis dengan Haikal sampai mamat tu beriya-iya bawak geng belasah aku. Dalam kamus hidup aku tak pernah aku bergaduh pasal perempuan. Memang pantang keturunan aku la.

Aku mula menyusun ayat cuba nak korek rahsia daripada Qis, tapi satu ayat pun tak keluar. Huh.. Yang keluar dari mulut aku, “Mana ada saya tipu awak. Memang betul saya eksiden. Saya bawak perlahan je tapi masa keluar je dari laluan motor tu saya tak perasan jalan berpasir. Saya tak dapat nak kawal motor lepas tu terjatuh dekat divider. Sedar-sedar je tengok kaki dah terkulai”, jawab aku ringkas tapi Qis masih lagi dengan muka tidak puas hatinya.

“Ok.. Kalau awak tak nak beritahu kisah yang sebenarnya takpe. I nak merajuk. Awak jangan hubungi saya lagi. Dah.. saya nak balik”, jawab Qis sambil buat muka comel. Aku tarik tangannya dan mata kami bertentangan, “Betul Qis. Saya tak tipu. Saya sayangkan awak. Takkan saya nak tipu awak”.

“Eeh.. Sayang-sayang pulak, tak malu eekk cakap sayang. Bila saya cakap saya sayang dekat awak”, jawab Qis sambil mengalihkan pandangannya ke arah lain tapi jelas kelihatan senyuman diwajahnya.

“Eleh.. Tak sayang konon. Kalau tak sayang kenapa awak datang tengok saya ni. Siap suapkan saya mee goreng lagi. Biasanya mak saya je yang suapkan saya. Ye lah kan pasal mak saya sayangkan saya”, jawab aku selamba.

“Kenapa pulak? Kawan tak boleh datang tengok kawan eekk?”, soal Qis pulak masih lagi tak nak mengaku. Walau apa pun alasan awak, saya tau jauh disudut hati awak tetap ada perasaan sayang tu Qis. Hari itu terasa berlalu begitu pantas. Sedar-sedar je Qis dah mintak diri untuk pulang. Dengan berat hati aku melepaskannya pergi.


Bersambung... 

(Sambungan novel ini akan diterbitkan pada setiap hari jam 12 tengah malam)

Suamiku Budak Rock:



5 ulasan:

  1. Sedapnyer baca diwaktu pagi ketika melabur...
    Aduh...sakit hati bila ada perkara xnk trus terang ni...

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. I personally think that this post doesn't fit much in this blog.
    No hard feelings. Just my 2cents.


    - Dazz -

    BalasPadam
  4. Somehow this post seems out of place. Doesn't feel like I'm on BO blog. It's more like typical Malaysian novel.

    - Dazz -

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.