Selasa, 22 September 2015

31 Baik dan jahat, bijak dan bodoh, ingkar dan patuh

Zaman sekarang kita selalu dengar persepsi dan judgemental sebegini,
"Perempuan tu jahat sebab suka pakai seksi2, kesian aku tengok nanti masuk neraka."
"Orang pakai tudung labuh dah tentulah dia orang baik."
"Bagus orang tu tak pernah tinggal solat, confirm masuk syurga."
"Belajar pandai2 tapi jahat sebab tak pakai tudung".
Atau pun mentaliti dan tanggapan seperti ini,
"Aku pakai seksi tapi hati aku baik."
"Wanita pakai tudung belum tentu baik."
"Aku tak rajin solat tapi aku selalu tolong orang."
"Aku orang baik sebab aku solat tak pernah tinggal."
Gambar hiasan. Sumber dari blog Milimilo.

Benar, kita tidak boleh judge atau menghukum seseorang itu baik atau jahat, bijak atau bodoh melalui rupa luaran, pakaian dan ibadahnya.

Baik atau jahatnya seseorang itu hanya boleh dinilai melalui sikap, kelakuan dan perbuatannya terhadap manusia yang lain, seperti contoh;
  • Wanita bertudung yang mengutuk orang lain, perbuatan itu jahat.
  • Perempuan seksi yang menderma pada orang miskin, itu sikap yang baik.
  • Orang yang jarang solat menolong anak yatim, itu pun masih sikap yang baik.
  • Anak yang pakai tudung labuh tapi menghina ibunya sendiri, perbuatannya itu adalah biadap.
  • Seorang ustaz mencabul anak murid, perbuatannya itu sangat terkutuk.

Pakaian dan ibadah seseorang tidak ada kaitan dengan baik atau jahatnya seseorang itu mahupun tahap intelektual mereka, kerana baik atau jahat, pandai atau bodoh seseorang itu hanya boleh dinilai melalui sikap dan perbuatan antara manusia dengan manusia.

Maka kita boleh menghukum seseorang itu baik atau jahat melalui perbuatannya terhadap manusia yang lain, seperti orang yang mencuri harta orang lain, lelaki yang merogol anak dara orang sudah tentu kita boleh hukum sebagai perbuatan jahat, manakala orang yang membantu orang tua melintas jalan, orang yang belanja orang lain makan sudah tentu kita boleh hukum perbuatan tersebut sebagai perbuatan yang baik.

Namun perkara yang berkaitan hubungan manusia dengan Tuhan seperti kewajipan dan amal ibadah, kita tak boleh judge atau hukum mereka dengan BAIK atau JAHAT kerana itu adalah urusan antara mereka dengan Tuhan, yang mana mereka sama ada PATUH atau INGKAR pada suruhan Allah Taala.
  • Orang tak solat, tak tutup aurat, mereka ingkar terhadap suruhan Tuhan tersebut.
  • Orang yang solat, tutup aurat, mereka patuh kepada suruhan Tuhan tersebut.

Apabila melibatkan perkara yang melibatkan hubungan manusia dengan Tuhan, kita tak boleh menghukum seseorang itu baik atau jahat, dapat pahala atau dosa, masuk syurga atau neraka kerana kita bukan Tuhan. Dosa, pahala, syurga dan neraka, itu semua hak Allah semata2.

Ada juga orang yang BIJAK tapi JAHAT dan INGKAR, orang yang BODOH tapi BAIK dan PATUH, orang yang BIJAK dan BAIK tapi INGKAR, orang yang BODOH tapi BAIK dan PATUH.

So sebagai manusia, apa yang kita boleh buat bukanlah menghukum tapi memberi nasihat dan bimbingan dengan cara yang baik dan berhikmah agar ia boleh diterima oleh orang itu, namun bukan dengan cara memaksa, mengaib, memarahi, mengherdik, menghina dan menyindirnya kerana kita bukan sendiri pun bukannya malaikat atau manusia yang sempurna.

Melainkan jika orang tersebut secara terang2an memperjuangkan keingkaran mereka agar diterima oleh umat Islam yang lain atas nama hak asasi dan kebebasan manusia seperti perkahwinan sejenis, gay, lesbian, transgender, seks bebas dan sebagainya, itu kita perlu lebih tegas dalam melayani karenah dan kehendak mereka lebih2 lagi di pihak pemerintah yang mempunyai kuasa dalam menguatkuasakan undang2 dan peraturan.

Seterusnya, terpulang kepada orang itu sendiri sama ada mahu jadi manusia yang BAIK atau JAHAT, BIJAK atau BODOH, INGKAR atau PATUH.

Sekian.




tags: manusia baik jahat bijak bodoh ingkar engkar patuh suruhan hubungan tuhan dakwah nasihat bimbing menilai nilai hukum judge judgemental dosa pahala syurga neraka rupa paras luaran pakaian

31 ulasan:

  1. HIdayah itu milik Allah.

    BalasPadam
  2. Terbaek Noob~ Manusia ni sungguh complex! Penilaian tu pon dari segi zahir. Dari segi Hati lain pulak ceritanyer, yg baik boleh jahat jahat boleh baik.

    BalasPadam
  3. tapi pemimpin kita ramai yang BODOH, JAHAT dan INGKAR..
    tak tahu dah macam mana nak ikhtiarkan tegur diorang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada x kamu doakan pemimpin kamu menjadi pandai, baik dan amanah...

      Padam
    2. Anak2 pemimpin hantar luar negeri . Anak2 rakyat hantar ke guru result upsr pun malu nak bagitahu.

      Padam
    3. doa tu kena disertai dgn usaha... kalo berdoa shj tanpa usaha pon xguna.. pemimpin yg tak betul harus ditegur... kalo xsedar lg masa pilihanraya jgn pilih lg pemimpin mcm tu.. itu usaha kita lps berdoa.. kalo masih pangkah pemimpin teruk mcm tu itu kita yg bodoh

      Padam
    4. Bukan ramai yg bodoh tapi ramai yg buat keputusan bodoh. Satu keputusan bodoh x bermaksud kesemua keputusan yg di buat tu bodoh. Bagus la ko nak tegur pemimpin2,...Seseorg tu takkan berubah selagi dia sendiri xnk berubah biarla 1000x ko tegur tapi jgnla ko berputus asa...sebb bukan kita yg memberi hidayah.

      Padam
    5. Persoalannya ada x kamu doakan mereka... pandai sangat la tu lain ditanya lain dijawab...

      Padam
    6. Mana tau dgn doa kamu..disertai usaha kamu..pemimpin kamu itu akan lebih baik...atau Tuhan yg Maha Esa akan ganti dgn pemimpin yg lebih baik..

      Padam
    7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    8. Marilah kita doakan pemimpin supaya mereka menjadi baik. Baik punya cilok. Naikkan GST, naikkan harga tol, ada orang luar menderma untuk menjatuhkan nilai wang ringgit kita. InsyaAllah Allah akan makbulkan jua.

      Padam
    9. Doakan untuk keadilan , biar bodo buat kerja bodo , pandai buat kerja pandai . Semua orang akan berfungsi mengikut kepandaian masing masing dalam masyarakat , tiada pati di Malaysia.

      Amen

      Padam
    10. anon 1:22 yg ko sibuk sangat nk tau org lain ada doa ke x kenapa? ye aku selalu berdoa tp aku xperlu bgtau sapa2 yg aku doa atau tidak. lgpun kau siapa dlm kehidupan aku? aku xperlukan approval dr kau utk berdoa pun dan aku xperlukan approval dr kau utk aku berusaha utk xmengundi pemimpin yg korup bila pilihanraya

      Padam
    11. Haha. Anon 4:30pm, bunyi mcm x percaya kat doa je. Doa ni melambangkan kebergantungan manusia dengn tuhan. Doa jela pemimpin yg zalim berubah jd baik x salah pun, and pada masa yg sama x salah juga teruskan perjuangan menentang pemerintah tu wlwpun perjuangn tu kontra dgn doa yg di pinta. Doa utk kebaikan bertindak mencegah kemungkaran.

      Padam
    12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    13. Anon 6.33

      Piiirah mabuk!

      Padam
    14. ada doa tak supaya jangan meliwat dan tibai cinadoll?

      Padam
  4. ok... entry kali ni sangat best... tahniah... keep this kind of momentum... thanks for voicing out something to be highlight... :)
    already being your blog fan la pulakkkkkk.......

    BalasPadam
  5. kita menilai orang lain berdasarkan perbuatan dan bukan niat mereka tapi kita menilai diri sendiri berdasarkan niat dan bukan perbuatan kita, sampai bila-bila pun macam tu

    BalasPadam
  6. Ialah sesetengah sifat manusia hari ini suka bersangka-sangka.
    Kadang-kadang tak kenal pun nak mengata, dia lupa dosa mengata dia tu hanya akan terampun sekiranya orang yang dia mengata tu ampunkan. Huh! susah kalau berdosa dengan manusia kena minta ampun setiap seorang. Kalau dengan Allah kita minta ampun dengan Allah jer...sesungguhnya sifat Allah itu maha pengampun.

    BalasPadam
  7. Setiap kesilapan pada masa lalu boleh ditebus dengan jalan keadilan. Konsep keadilan ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya, kembalikan hak kepada yang berhak. Lawannya zalim.

    Setiap perbuatan tidak adil adalah zalim hatta ada ulama mengatakan berbogel juga zalim kerana hanya binatang berbogel jika meletakkan diri manusia di tempat binatang adalah menzalimi diri. Zalim dikeji Allah.

    Sekarang kita tengok kerana perbuatan zalim ramai scorer menganggur dan PATI memenuhi negara membawa penyakit dan jenayah.

    Ayo kembalikan degree berasaskan kepandaian (skor spm), bagi sesiapa yang sudah terlepas spm wajibkan ambil spm calon persendirian dan wajibkan skor 5A.

    Bukan beri kurusus berasaskan wang akibat tidak pandai maka ramai jumpa lecturer minta diluluskan, minta soalan mana nak keluar exam atau assignment upah orang.

    Degree akan kembali dihormati. Semua orang akan berfungsi mengikut kepandaian masing masing dalam masyarakat.

    NURKEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.Heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. mamat cemerlang buat pedo kat luar negara tu kategori mana plak?

      Padam
    2. Itu category pndi tp lonely & disoriented.

      Padam
    3. Itu kategori pandai atas kertas dan dalam sekolah aje, luar dari tu bodoh nak mampus. Kalau dia betul2 pandai, dia tidak akan buat benda tu sebab kalau kena tangkap, musnah masa depan dia, malu satu keluarga. Benda logik mudah mcm tu pun dia tidak boleh fikir? Bodoh la tu.

      Padam
    4. X yah nk tgkkn benang basah r 9.47, da bodo buat je le kje yg sesuai ngan taraf intelek ko tu, nk sebok wat kje owg pndi wat pe :p

      Padam
    5. Anon 10:36am, aq x rasa dia (anon 9:47pm) bodoh. Ada penjelasan dia kenapa dia kata mcm tu and logik gak. Tapi ko mengata dia bodoh xde intelek tanpa sebab. So...sapa yg...

      Padam
    6. 10:36, tengok cara kau taip pun dah boleh tahu taraf intelek kau level sampah rempit je, tahi. Spm kau berapa A je? Cermin la diri tu sikit, pls..

      Padam
  8. Don't judge a book by it cover.. Betui tak apa yg aku tulis ni..

    BalasPadam
  9. ye betul tu..luaran tidak semestinya menggambarkan peribadi seseorang.. persepsi msyrkt kita mmg sering kali menilai dari sudut luaran semata.. susah kan..

    BalasPadam
  10. setuju. tak payah nak menghakimi org lain jika tak berkaitan dgn cara org tersebut berurusan dgn kita. bila dah mula menghakimi org, kita dah ambil tugas tuhan pula.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.