Iklan Leaderboard

Isnin, 28 September 2015

20 Graduan Book smart VS Street smart

SERING kali kita pernah mendengar ada orang berkata adalah lebih baik menjadi seorang street smart daripada menjadi book smart.

Kebenaran kata-kata ini mungkin ada kewajarannya menerusi perkongsian pengalaman seorang lelaki, Dr. Md Azree yang berpeluang mengadakan sesi temu duga bagi mencari pekerja di syarikatnya.

Apa yang mengejutkannya ialah bagaimana graduan universiti terbaik di Malaysia tidak mampu perform dalam sesi interview dijalankan bagi mengisi kekosongan jawatan sebagai pembantu juruukur bahan di syarikatnya.

Sumber gambar

Menyenaraikan empat calon temuduga termasuk yang datang daripada dua buah top universiti iaitu Universiti Malaya (UM) dengan CGPA 3.55 dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan CGPA 3.41.

Manakala dua lagi calon yang tidak begitu menyerlah dari segi CGPA iaitu lepasan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan 2.72 dan graduan INTI International University and Colleges dengan CGPA 2.97.

Menurutnya sepanjang sesi interview itu dijalankan, dua calon dari universiti terbaik itu langsung tidak dapat menjawab tujuh daripada 10 soalan yang ditanyakan oleh beliau kepada mereka.

Sementara dua lagi calon yang dianggap kurang ‘cerdik’ dari segi kelayakan sijil pula dengan penuh yakin dan cemerlang berjaya pula menjawab lapan daripada 10 soalan yang ditanya.

Jadi, hasil pemerhatiannya itu, Dr. Mohd. Azlee membuat kesimpulan bahawa beliau tidak memerlukan pekerja yang hanya cemerlang ‘atas kertas’ tetapi tidak mampu memberikan prestasi kerja yang memberangsangkan.

Pendek kata, mana-mana penemuduga pun pasti akan mencari calon yang mampu memberi keuntungan serta kelangsungan kepada syarikatnya. Ayuh kita baca kisah pengalaman Dr. Mohd. Azlee:
INTERVIEW: HIGH CGPA vs LOW CGPA ; BEST UNIVESITY vs LOW RANK UNIVERSITY

Yesterday I’ve interviewed 4 candidates for 2 posts of Assistant Quantity Surveyor in my company. All were fresh graduates without any working experience. These were the candidates summary:

Candidate 1: Universiti Teknologi Mata (UiTM): CGPA 2.72
Candidate 2: University of Malaya: CGPA 3.55
Candidate 3: INTI International University and Colleges: CGPA 2.97
Candidate 4: Universiti Teknologi Malaysia (UTM): CGPA 3.41

Candidate 2 and Candidate 4 came from the best university (UM) and 3rd best university (UTM) in Malaysia. Came with outstanding CGPA of 3.55 and 3.41. They brought in all the “sijil dekan” and “sijil kecemerlangan”. I asked 10 questions to each candidate but they could only answer 3 out of 10 questions. They have no self confidence and the 1st impression was really bad. They were not showing enthusiasm and interest on the job. They fail to elucidate how their skills match the job. What surprised me; they were inattentive, looking around and fidgeting. And one of the candidates arrived LATE (overslept)!

Candidate 1 and 3 came from UiTM (ranked 7 in Malaysia) and INTI International University and Colleges (not even in Top 10 in Malaysia). They obtained low CGPA of 2.72 and 2.97. No dean list, no sijil kecemerlangan BUT they managed to answer 8 out of 10 questions. The spoken English was super duper great, they have self-confidence, they really understand about their scope of works as Quantity Surveyor. The 1st impression was great and presentable. And they have good leadership qualities in their CV’s leading a few events during university life.

And I hired Candidate 1 and 3 & rejected Candidate 2 and 4. As an employer:
1. I am not looking for “scorer” with high CGPA in my company
2. I don’t care how many sijil dekan or sijil kecemerlangan you have got in your file
3. I don’t care which university you came from whether the best university in Malaysia or the worst university in Malaysia
4. I am not looking for book smart but I prefer street smart that could help my company to make money
5. I am looking for someone with the ability to take charge, to volunteer for tasks, and to accept accountability for achieving the required results of those tasks given
6. I am looking for someone who can work in a team NOT just sitting in front you a table and do your own work.
7. I am looking for someone with the ability to set priorities, to separate the relevant from the irrelevant tasks, and then to concentrate single-mindedly until the job is complete
8. If i can have candidate with good CGPA, good attitude, presentable and got all the x-factor, then it is a bonus for my company to have them in

Regards,
Sr Dr Md Azree

* Sumber daripada MyNewsHub.

* * * * * * * * * *

Status di atas banyak dikongsikan di laman maya, media sosial dan aplikasi mesejan. Aku faham post ini adalah untuk menyarankan agar graduan baru bukan sekadar bijak di atas kertas dan mendapat pointer yang bagus, tapi juga harus mempunyai pengetahuan luas, berfikir luar kotak dan matang, mempunyai sikap, disiplin atau attitude kerja yang bagus, petah bercakap dan sebagainya. Mereka perlu menjadi STREET SMART berbanding sekadar BOOK SMART.

Namun ramai pula yang terus menyalah anggap post ini lebih2 lagi orang yang masih tak habis belajar kat kolej atau universiti dengan merasakan CGPA atau pointer itu tak penting, malah beranggapan yang ranking universiti itu tak penting.

Benar, ranking universiti itu tak penting kerana yang penting adalah individu yang belajar dari universiti tersebut. Kita tak boleh menganggap semua orang yang grad dari universiti yang mempunyai ranking tinggi bagus dan orang yang grad dari universiti beranking rendah kurang bagus. Kita perlu menilai orang mengikut orang itu sendiri, bukan dari mana dia datang atau belajar.

Akan tetapi jika korang hanya baca kisah temuduga 2 orang Street Smart dengan CGPA rendah diambil bekerja berbanding 2 orang Book Smart dengan CGPA tinggi dan terus buat kesimpulan bahawa keputusan CGPA itu tak penting, korang silap.


Don't get the wrong idea. Tak dinafikan Street Smart dengan CGPA yang rendah peluangnya untuk berjaya biasanya lebih cerah berbanding Book Smart dengan CGPA yang tinggi, namun Street Smart dengan CGPA yang tinggi, peluang mereka lebih tinggi daripada kedua2 golongan tadi, bezanya dia tak mohon jawatan untuk temuduga tersebut kerana mungkin sudah dapat kerja di tempat lain yang lebih baik, ataupun dapat kerja sebagai pegawai gomen.

Memanglah CGPA atau pointer yang tinggi bukanlah penjamin atau penentu masa depan anda, akan tetapi jika anda seorang graduan yang bercita2 mahu terus memohon kerja sebagai pegawai kerajaan ataupun di syarikat2 besar seperti GLC dan multinasional, untuk mengambil graduan baru, biasanya mereka akan tapis dulu graduan yang mempunyai pointer 3 dan ke atas kerana terlalu permohonan yang terlalu banyak.

Oleh itu jika anda yang mendapat pointer rendah bawah daripada 3.00, bagaimana anda mahu buktikan yang anda adalah seorang Street Smart kepada penemuduga sedangkan anda mungkin tidak akan dipanggil pun untuk ditemuduga, melainkan anda mempunyai pengalaman 3, 5 atau 10 tahun serta sijil2 profesional yang boleh membuatkan degree atau diploma yang rendah itu seperti sijil sekolah menengah sahaja.

Dengan mendapat pointer yang tinggi, peluang untuk anda dipanggil temuduga oleh banyak majikan lebih cerah, dan masa itulah anda harus buktikan yang anda adalah Street Smart dengan CGPA yang tinggi. Namun jika anda tak berminat pun dengan kerja tu kerana sudah mendapat banyak tawaran kerja lain, tolong jangan datang temuduga dan buang masa majikan.

So macam mana mahu jadi seorang graduan Book Smart? Belajar rajin2, faham betul2 subjek yang diajar, buat assignment betul2, kalau ada tugasan berkumpulan jangan jadi ahli tidur yang letak nama sahaja, rajin2 bertanya pada pensyarah, kurangkan aktiviti yang tak berfaedah dan lain2 lagi.

Macam mana mahu jadi seorang graduan Street Smart? Benda ni sukar diajar kerana ia perlu dilatih melalu pengalaman. Bergaul dengan ramai orang, tambahkan kawan dan network, berbaik dengan semua orang dari pelajar, pensyarah, pak guard, AJK Kolej hinggalah ke kerani pejabat, selalu join sebarang aktiviti yang dianjurkan di universiti/kolej, bersukan dan beriadah serta tambahkan ilmu pengetahuan melalui pembacaan dan kajian.

Maka jika anda mahu memilih untuk menjadi seorang graduan Book Smart atau Street Smart, tanya semula pada diri anda, why not both?



tags: street smart vs book smart dr md azree temuduga interview calon majikan penemudiga pekerja graduan syarikat cgpa good bad pointer tinggi rendah universiti

20 ulasan:

  1. first....KEDEPAN

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini Tok Nyang nak bahan sikit, kenape diukurkan bijak buku dan bijak di jalanan ni, keluarga mertua iaitu ipar kamu pun sijilnya sa begini kah universitinya Nak? Kalau begitu susahlah per-kahwinan kamu kerana tidak ianya till jannah sekiranya ipar kamu ke-layakannya saperti kurang bijak membawa diri saperti tiada pengalaman hidop. Sudan cukopkah solatmu, nafkah untok keluarga serta tanggong-jawab mu pada nusa dan iparmu supaya setreet smart yg cgpanya tinggi itu tercapai? sa kiranya belom maka muhasabah diri ibarat tapak sulaiman memakan karang, karang aku sumpah jugak budak ni.supaya berteleku di sajadah mempelajari hakikat hidop berkeluarga suami Isteri walaupon bijak buku dan jalanan kecuali kaki lima kedai. Mohon share kat makcik Gayah Meroyan.

      Padam
    2. Tok Nyang salah makan ubat ke, cuba rujuk balik kat hospital takut-takut dia orang salah bagi ubat nyanyuk

      Padam
    3. Halaman muka buku krt sudah di- tutop, kat manakah Tok Nyang nak mengadu untok melampiaskan nafsu mengumpat rumah tangga orang? Barulah tok Nyang tahu bahawa ini bukan page khk tapi tok nak mengomen jugak . aku ni kenape setaaan

      Padam
    4. Tok Nyang, di sini sedang berbicara kepentingan Book & Street Smart dlm alam pekerjaan,bukan nak mendiri rumah tangga. Bagus Tok Nyang nk mengingatkan kita cari org yg ibadahnya terjaga bukan takat pandai membaca atw berkata je. Tapi dlm mencari pekerja, majikan mana tau latar belakang seseorg tu terutama ibadahnya dlm masa yg singkat.Adake sijil cukup solat, sijil taat perintah allah, supaya manusia boleh menilai seorg manusia?Xde. Jadi majikan hanya mampu menilai dari CGPA dan tingkah laku seorg graduan tu.

      Meh Cu suapkan obat~

      Padam
    5. Ko ni dh kenape red ping, tetibe dh kene troll. Tu parody tok nyang krt fb laa

      Padam
    6. 12:27pm laa yeker? Mana la aq tau dia tgh troll. nohorom...Tapi aq reply bukan sbb troll dia.

      Padam
  2. Haha.. selagi graduan local jadi pilihan.. macam2 la karenahnya..pada aku sistem pendidikan kita ini masih ketinggalan. Jadi x hairan ngok2 akan terus komplen konon2 dapat baiki labu.

    BalasPadam
  3. tgh menunggu komen kedepan. kemon muncullah kedepan i know you can do this ..

    BalasPadam
  4. KEDEPAN dok sebuk komen kat blog omakkau la ni..kih3.

    BalasPadam
  5. CGPA ni kalau betul digunakan oleh penemuduga/majikan ia bukan tools nak mengukur "owh ni budak pandai","owh ni budak bengap abadi", "owh ni budak biasa je" and sebagainya. CGPA ni bagi aq mencerminkan kesungguhan seorang graduan dalam memikul tanggungjawabnya. Kalau seorg pelajar tu nak guna CGPA dia utk mencari kerja maka mestila dia nak dapatkan CGPA yg terbaik sbb penting bagi dia menunjukkan dia boleh diharap klw dia diambil bekerja. Bagi pelajar yg rasa tak penting CGPA ni utk mencari kerja maka jadila "asalkan lepas~~". Biasanyer ni la golongan yg cakap pandai tapi habok pun tara, lepas tu rasa diri tergolong dlm golongan Street Smart yg padahalnya kedua2 belah bukan.

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. Gambar je buat ape...aq pun leh cari sendiri.Bagi la nombor skali...takde langsung keunikan.Puih

      Padam
  7. Macam2 alasan.. Padahal kroni dia... Pong pang pong pang...

    BalasPadam
  8. Hahaha red ping dh kene troll ngan tok Nyang! Tu parody page fb khk vs krt la bendul - yang ber- khidmat= Tok Nyang Barbican

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Tak tau plak ade page klakar cam ni.thanks for info 12:21pm~

      Padam
  9. Exam orientated memang lemah dari segi praktikal..

    BalasPadam
  10. Sesiapa yang nak masukkan cerita tok Nyang di sini boleh pegi main tempat lain ok, nak kongsi bodoh bukan di sini

    BalasPadam
  11. Soalan last tu paling win.
    WHY NOT BOTH?
    Kenapa perlu pilih mana satu sedangkan dua2 boleh dapat?

    BalasPadam
  12. Realiti pendidikan zaman sekarang:
    1. BM dengan BI kalau nak A+ hafal karangan.
    2.Belajar untuk periksa sahaja.Agama pun sekarang ustazah2 ajar untuk jawab periksa je.
    3.Selalu spot soalan mana kluar.Bagi anak murid suruh hafal.
    4.Benda yang tak keluar dalam periksa tak akan diajar sebab dieorang kata tak penting.
    5.Sekarang ramai sibuk pergi tuisyen dan sanggup berhabis duit sampai beribu-ribu supaya anak dapat straight As.
    6.Kalau buat kerja kursus copy paste je atau upah orang. Tak payah susah-susah perah otak buat sendiri. Seperti yang tenaga pengajar buat bila dapat lanjutkan pelajaran bukan berasaskan kepandaian.
    7. Tenaga pengajar diberi degree subsidi untuk naik gaji bukan kerana nak naikkan kualiti, jika nak naikkan kualiti sudah semestinya melalui tapisan result SPM terbaik.
    8. Benarlah kata orang tua tua, bagaimana acuan begitulah kuihnya.

    Sampai bila nak biarkan sistem pendidikan begini.Kualiti yang penting bukan kuantiti.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...