Sabtu, 7 Julai 2012

33 Kesedaran seksual dalam rumahtangga

Sebelum ini aku banyak menulis mengenai realiti orang lelaki, antaranya apa yang mereka mahukan daripada seorang wanita seperti di sini, logik isteri negara dunia ketiga di sini dan aku juga ada tulis yang kadar penceraian di Malaysia semakin meningkat di mana antara faktor yang menyumbang penceraian ni adalah gagal jalankan tanggungjawab, campur tangan keluarga, ekonomi dan lain2. Namun punca cerai yang semakin meningkat adalah kerana isu hubungan seksual.

AMARAN: Topik ini agak bersifat dewasa (18SX) dan biasanya sangat taboo untuk dibincangkan dikalangan masyarakat melayu. So kalau rasa tak selesa, jangan teruskan membaca. Kalau nak baca, sila baca dengan minda terbuka. Mungkin ada dikalangan suami yang mengalami masalah ni tapi tak berani nak cakap dan beterus terang dengan isteri mereka, so boleh suruh isteri korang baca je entry ni.


Tak dapat dinafikan orang lelaki memang kebanyakannya mempunyai keinginan atau nafsu seksual yang lebih tinggi berbanding wanita. Tipu kalau ada lelaki yang cakap mereka tidak minat atau tidak kisah nak mengadakan hubungan seks dengan isteri mereka melainkan dia tu seorang gay. Sebab itu bila berkahwin, hubungan seksual adalah sesuatu yang amat penting dan besar bagi seorang lelaki dalam rumahtangga. Mereka ini mempunyai imaginasi yang terlalu tinggi dalam seks dan sentiasa mengharapkan isteri mereka boleh berpakaian yang seksi2 dan mengghairahkan serta dapat melayan mereka seperti yang mereka harapkan, namun hakikatnya ramai wanita melayu yang terlalu malu dalam melakukan hubungan intim dan tidak pandai melayan mereka seperti apa yang sang suami harapkan menyebabkan suami tidak puas.


Si suami juga ada yang malu untuk berterus terang dengan si isteri tentang apa yang mereka mahu isteri mereka buat dalam suatu hubungan menyebabkan hubungan itu hambar dan semakin hambar, malah ada juga isteri yang tidak faham bahawa seks itu adalah satu keperluan bagi seorang lelaki dan selalu menolak permintaan daripada suaminya atas alasan penat bekerja, tiada mood, nak tengok tv, nak main facebook dan lain2, malah ada pasangan yang sampai 3 4 bulan tidak membuat hubungan badan kerana si isteri menganggap ia suatu perkara yang kecil dan remeh temeh tapi tidak menyedari bahawa isu seks juga merupakan antara punca utama keretakan dalam rumahtangga dan boleh membawa kepada penceraian. Kerana itu perlunya ada kesedaran di kalangan para isteri melayu yang hubungan seks itu sangat penting buat para suami2 mereka.

Sumber sini.

Kalau suami tu ada pegangan agama yang kukuh, walau sekuat mana pun keinginan seksual mereka, mereka masih boleh kawal daripada membuat perkara2 tidak elok, tapi bagi yang solat pun sehari 1 2 kali je, ada pulak jenis yang tak reti solat langsung, ada kemungkinan mereka yang tidak puas dengan isteri akan mula cari "makan luar". Sebab itulah banyak berita2 kita baca di Harian Metro ke mana2 ke, banyak kes suami curang dengan isteri orang, suami ditangkap khalwat bersama pelajar universiti, suami dicekup ketika sedang melanggan pelacur.

 Sumber sini.

Pelacur2 ni pulak senang je nak dapat sekarang terutama chinadoll dari tanah besar China, Vietnam, Korea, Thailand dan Indonesia seperti yang didedahkan di blog Mazidul Akmal Sidik di mana orang tak perlu susah pergi lorong2 Haji Taib macam dulu2, zaman cyber ni bukak je blog bapak ayam Samcheras dah boleh pilih perempuan mana diorang nak siap dengan apa servis yang mereka tawarkan lagi. Semuanya demi menarik perhatian lelaki si hidung belang sama ada yang masih bujang ataupun lelaki yang dah kahwin yang takde pegangan agama untuk mendapatkan khidmat mereka kerana tak puas dengan hubungan intim bersama isteri.

Sumber... cari sendiri.

Aku belum kahwin so aku tak tahu, tapi bagi yang dah kahwin, suami atau isteri ke, mungkin boleh berkongsi sikit, aku tahu ramai yang malu so guna je Tanpa Nama, adakah prestasi di ranjang itu suatu yang penting bagi pasangan yang dah berkahwin? Adakah korang si suami berterus terang kehendak korang kepada isteri sewaktu membuat hubungan? Adakah korang si isteri bila berhubungan tu perasaan malu masih menebal dan bersikap pasif ataupun sekarang ni dah ramai para isteri yang dah open minded dan proaktif dalam suatu hubungan?


Di negara kita ada kursus kahwin yang lebih menekankan isu keagamaan, tanggungjawab, ekonomi dan lain2 tapi tak menekankan sangat tentang hubungan kelamin. Di negara lain seperti di Russia, mereka ada kelas pendidikan seks (NSFW ~ Not Safe For Work / Watch at your own risk) untuk mengajar macam mana nak memberi layanan yang terbaik untuk pasangan masing2. Adakah pendidikan seks yang lebih kurang seperti ini juga perlu di Malaysia untuk mengajar bakal suami isteri yang akan berkahwin agar masing2 ada kesedaran dalam kepentingan melayan keperluan seksual pasangan masing2 dan tidak kekok (orang lelaki ni biasanya dah terlalu advanced, perempuan je yang selalu kekok) ketika menjalani hubungan intim? Sila bagi pendapat anda, terutama orang2 yang sudah berkahwin.



tags: isu seks punca kadar cerai meningkat seksual sexual hubungan kelamin badan bersetubuh ranjang intim jimak senggama fuck bilik tidur atas katil projek romen suami isteri rumahtangga prestasi pakaian seksi thong g-string garterbelt camisole babydoll nightdress fantasi imaginasi sex curang skandal khalwat siswi ipt kekasih gelap pelacur gro zina chinadoll queen's club samcheras5 blog mazidul akmal sidik 18sx nsfw kelas pendidikan seks man-pleasing lessons for women

33 ulasan:

  1. aku setuju dgn entry ini.. sebab aku dah terlalu banyak tengok kecurangan demi kecurangan boyfriend orang, tunang orang, suami orang.. maaf aku cakap merangkumi dengan yang belum bernikah tapi ini kenyataan.. kenapa curang? 'sex attention is not enough, sex is a boring thing for her..~'

    BalasPadam
  2. Sebenarnya ada saja course/talk/seminar/counselling pasal sex ni
    tapi kita orang melayu ni segan bersipu2 nak amik tau

    Tak kurang jugak pada isteri2 yg buat2 tak paham kepentingan seks ni
    Aku penah p satu seminar produktiviti, dalam tu ada survey keselarian kepuasan seks dak produktiviti anda ditempat kerja
    Ramai yang mengaku dengan kepuasan seks yg tinggi, produktiviti lebih tinggi

    Cth kelab isteri taat suami, depa ada publish bukak seks education
    tapi kat malaysia ni terlalu taboo utk dipasarkan di pasaran terbuka
    dibimbangi mencungkil sifat ingin tahu golongan belum bernikah
    namun, niatnya amat murni iaitu utk mengeratkan hubungan suami isteri dan mengelakkan cerai berai yg dimurkai Allah!

    kat malaysia pon ada banyak kaunselling keluarga, seks bukan sekadar seks
    bukan sekadar mencelup kepala (maaf kurang sopan)
    keharmonian rumah tangga meliputi seks, keintiman hati ke hati, termasuklah tutur kata, wangi-wangian, senda gurau, berbudi sesama suami isteri, saling menghargai, bermanja2, romantis
    kalau dah yg lain ni tak larat nak cover, seks apatah lagi

    kengkadang aku mls nk komen kat encik noob
    jarang dibalasnya haha takda hubungan dua hala
    begitu juga dgn seks, suami dah tak puas discuss/ajar la isteri itu ini
    at least ada inisiatif skit, dok harap bini saja apa kes
    dah nama laki utk memimpin

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi kaunseling keluarga, seminar, talk, kaunseling ni semua kalau ada pun hanya orang yang memang nak pergi je yang belajar, tapi sbb orang melayu ni malu2 kucin sampai tahap nak beli beli kondom kat 7E pun malu, so responden melayu sangat kurang. sepatutnya pendidikan seks ni dimasukkan dalam silibus kursus kahwin, tapi kena buat kelas lain2 untuk lelaki dan wanita.

      * aku memang jarang balas komen sbb kadang2 aku akan reply benda yang sama je dengan benda yang aku dah tulis kat entry. kalau ada soalan atau yang memerlukan penjelasan lanjut memang aku balas :)

      Padam
    2. bg seorg perempuan yg belum kawen..

      kami tak ktgok porn.. bile tgok bende2 lucah pon.. sekadar toleh je.. malu2.. tak penah tau akan stail2 atau jenis2 cara berjimak (ayat sopan)yg lelaki mahukan..
      jd bile sudah halal ngn suami.. kami akan mengharap suami yg ajar semuanya..

      Padam
  3. seks memang isu penting dalam berkahwin..

    Itulah sumber terbaik dalam memperatkan hubungan.

    Masalahnya kenapa wanita tidak begitu berminat dan memberikan pelbagai alasan ketika lelaki mengajak melakukan hubungan seks.

    Sebabnya mudah..masalah tu datang dari pihak lelaki sendiri yang gagal menjadikan hubungan seks adalah aktiviti yang menyeronokkan buat pasangan.

    BalasPadam
  4. awat zack?awek@bini hang kata dia x puas ati ka masa wat dengan hang?ish..ish..ish..tergamak dia kata lagutu no..lani laguni,hang makan pil viagra ngn minyak lintah..buleh kot settle masalah lepas tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wakakakakaka! ada Meleis BUTTHURT dgn aku xD

      Padam
  5. Noob, kawin dulu baru tau. Lain kelambu, lain nyamuknya..

    BalasPadam
  6. Topik yang menarik utk dibaca petang2 sabtu macam ni... dan aku sebenarnya antara org yang setuju dgn kenyataan2 yg dibuat oleh Kelab Taat Suami... antaranya Isteri ‘dingin’ di ranjang punca lelaki cari kepuasan di luar -

    "Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi. Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu."
    - http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Layanmacampelacur_/Article/

    Aku tak nampak apa yang salah dengan kenyataan tu. Salah ke seorang isteri memberi layanan seks yang terbaik seakan pelacur kelas pertama? Kalau pelacur tu yang takde perasaan cinta pada pelanggan mereka boleh memberi layanan yang cukup baik, kenapa seorang isteri yang dikatakan sayang dan cinta kepada suaminya tak boleh nak layan seorang suami dengan cara yang paling terbaik?


    Kalau baca kat kenyataan terkini KTS di http://www.malaysiakini.com/news/202792 -

    "Beliau turut menegur kebanyakan perempuan Melayu yang menurutnya tidak menggunakan sepenuhnya institusi perkahwinan untuk meneroka hubungan seks suami isteri yang halal.

    "Maaf cakaplah wanita-wanita Melayu ini ortodoks sedikit sedangkan Allah dah bagi halal," katanya."

    Sekali lagi aku amat bersetuju. Sepatutnya benda dah halal, kita perlu menggunakan kelebihan yang telah diberikan sebaik mungkin. Ini tidak, time sebelum kahwin ramai yang dah pun terpedaya dengan hasutan syaitan dan melakukan maksiat seperti zina ringan dan berat, tapi lepas dah kahwin dah dapat benda yang halal, ruang itu disekat2 dan disempitkan oleh pemikiran2 ortodoks org melayu terutama orang perempuan, mungkin tak semua tapi kebanyakannya yang akhirnya menjadi punca kepada perpecahan rumahtangga. Mereka perlu tahu yang suami2 mereka semua perlukan hubungan seks kerana itu memang sudah lumrah dan fitrah orang lelaki walaupun umur mereka dah meningkat tua.

    Seks adalah keperluan seorang lelaki, sebagaimana cinta dan kasih sayang adalah keperluan seorang wanita. Sang isteri belajarlah macam mana nak beri layanan dan khidmat seks terbaik buat suami dan sang suami belajarlah macam mana nak beri cinta dan kasih sayang yang terabik buat isteri.

    (Merupakan pembaca tegar blog ni dan kali ni memberi komen dengan menggunakan Tanpa Nama untuk berkongsi sesuatu berkenaan topik ini)

    BalasPadam
    Balasan
    1. "Aku tak nampak apa yang salah dengan kenyataan tu. Salah ke seorang isteri memberi layanan seks yang terbaik seakan pelacur kelas pertama? "
      soal si tanpa nama.

      Salah pasal ramai orang berhati kudus tak tahu apa yg benar2 dibuat oleh pelacur, apatah lagi pelacur kelas pertama. aku tak berhati kudus, mungkin boleh menerima kenyataan ini, tapi kene pertimbangkan perasaan org yg berhati kudus jugak.

      okeh ini satu senario kehidupan aku tika berjumpa kawan pompuan aku yg urban serta peguam. dia pernah berkata tentang cara untuk memikat suami. "be a mother to your children, be a housewife when doing chores and lastly but not least, be a helluva kind of whore to your husband on bed."
      kenyataan ini aku rasa tak salah sangat nak dinyatakan pada warga urban, warga orthodox pasti menentang idea ini,

      tapi kalau org muslimah bertuduh labuh cakap secara awam, yg isteri harus jadi pelacur pada sang suami, mmg timbul tanda tanya yang besar la. sebabnya satu pada kenyataan, satu lagi pada si penyampai.

      Padam
  7. betul actually sangat setuju dengan statement kelab isteri taat itu. dah namanya isteri, mestilah beri yang terbaik untuk suami. =.=

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku tau benda kelab isteri taat ini mmg best untuk lelaki.

      tapi... adakah seks itu perlu dijadikan perkara utama dalam teras hidup suami isteri?

      kalau aku, walaupun si isteri bukan pakar seks, kalau dia reti buat sandwich pastu boleh men game ps3 n x box sama2 , itu dah cukup bagi aku. harusnya si suami yang memimpin bab2 jimak nih. tapi ramai jugak pompuan yg berjiwa dominan pabila dalam hal seks ni.

      Padam
  8. Ramai pulak yang sokong Kelab Taat Suami.

    Dah join ke nih?

    BalasPadam
  9. hah, sye pun xtaw sebab x nikah lagi. But whatever happens, biar lah suami sye tu nanti orang yag boleh membimbing sye dalam agama islam, n pasal benda2 macam ni lelaki perlu berterus terang kot..kan itu lebih baik?? =)

    BalasPadam
  10. Para suami inginkan layanan tip top drpd isteri? Pohon cik abg semua membantu isteri masing2 dalam urusan berikut:
    1. Jaga anak
    2. Masak
    3. Kemas rumah
    4. Basuh, lipat & gosok baju
    5. Kalau tak larat, ambil bibik yg boleh buat semua di atas
    6. Bergaji besar & mampu hidup selesa hingga isteri tak perlu bekerja.

    Kesimpulannya, isteri2 yang cukup rehat dan masa utk pasang badan akan tampil lebih sihat, bergaya & berprestasi tinggi utk suami masing2. Kalau hari2 dok letih bergelut dgn ofis, anak, periuk, penyapu..memang la bila mlm pandang muka suami pun tak selera dah..nak panjat katil pun pakai bateri reserve, apatah lagi la nak panjat orang..(oops..maaf cakap)

    oh ye, lagi satu tak baik la nak compare bini dgn pelacur ye tuan2. Pelacur tu takde komitmen. Servis pulak dpt fees mahal2. Pengalaman luas. Lain client, lain teknik. Mmg la tip top kesundalannya. Bini korang tu dok la rasa seb****g je sejak nikah. Apa sangat la yg korang nak expect..

    BalasPadam
    Balasan
    1. walau macam mana alasan yang diberi oleh isteri, mereka still tak boleh menolak ajakan suami untuk beromen kecualilah kalau isteri tu datang bulan atau sakit ke... kalau isteri boleh pergi kerja selama 8 jam dengan ofis2mate, tengok tv 2 3 jam, main internet facebook ipad 1 2 jam, memang takde alasan untuk menolak kalau suami nak main dengan isteri sendiri yang mungkin ambil masa hanya 1 jam atau 30 minit atau mungkin lebih kurang daripada itu sebelum tidur...

      btw jaga anak, kalau suami yg baik memang akan tolong jaga. menyediakan makan minum tu sebenarnya bukan tugas seorang isteri tapi tanggungjawab seorang suami, so kalau suami kalau tak pandai masak boleh pergi bungkus kat kedai makan bawak balik, para isteri yang memasak ni sebenarnya membantu menjalankan tanggungjawab suami sahaja. kemas rumah, rasanya bukan tiap2 hari pun menyapu vakuum carpet. basuh dan lipat baju juga bukan rutin harian, basuh pakai mesin automatik, lipat dan gosok baju tak ambil masa sampai 1 2 jam pun. dan kalau lelaki tu memang kaya ataupun berkemampuan, memang dah konfirm ambik bibik dan suruh bini tak bekerja dok rumah, tapi orang perempuan sekarang ramai ke yang sanggup jadi surirumah lepas belajar 4 5 tahun ada degree? mereka pun lebih rela jadik kerani daripada duduk rumah jadi surirumah jaga anak, pastu bagi alasan menolak ajakan suami nak berjimak sebab penat kerja.

      Padam
    2. aku suka baca komen yg ni..terbaek

      Padam
  11. Sangat setuju dengan point anda

    BalasPadam
  12. sy setuju bahawa seks merupakan satu keperluan yg penting dlm mengekalkan hubungan suami isteri. sy tidak menyalahkan mn2 pihak tetapi menyalahkan golongan yg nak berkahwin / da berkahwin tetapi tidak mempunyai / mencari ilmu utk kesejahteraan hubungan seksual dan rumahtangga.kalu persiapan perkahwinan boleh disediakan beribu2 hengget, tak kn buku / seminar perkahwinan yg berharga x smpi RM500 x boleh beli / hadiri? dgn adanya ilmu kita boleh perbaiki diri, bersikap terbuka terhadap pasangan, mengenali perbezaan antara satu sama lain etc. so, carilah ilmu.kalu malas sgt, google je.pilihan da ada dpn mata...cuma tindakan je..nk or tak nak.kalu nk hancurkan rumah tangga, baik x yah buat apa.tp kalu nk bau syurga, buatlah sesuatu..wallahu 'alam.

    BalasPadam
  13. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. agak setuju la jugak.. err boleh la..

      Padam
    2. seminar ni selalunya mencari duit lebih dari memberikan penyelesaian.. selalunya penyelesaian utk jangkamasa pendek boleh la.. mcm la org2 yg sibuk citer kebahagiaan rumah tangga kat tv siap bagi nasihat kat org lain tp akhirnya dia jugak hancurnya..

      sblm nk hadiri mana2 kursus, kaji dulu latarbelakang mereka dulu.. bukan semua kursus sama untuk semua org... lain org lain cr bfikir.. kursus mcm tu bukan penyelesaian jangkamasa panjang..

      org nak kahwin pun wajib amik kursus kahwin.. tp lepas kawin cerai berai jugak...

      Padam
  14. 1st :D

    suami isteri mungkin kena sama-sama mencari ilmu berkaitan dan saling ajar mengajar dan bukan menguranghajar..

    BalasPadam
  15. susahla kauorg ni....
    beli je smartphone, sebelum tido layan 1-2 video dlu .. kt www.youjizz.com
    pastu panjat2lah antara suami & isteri.. kang beli cd, takut anak2 jumpe kan,dangerss.. maka online sajalah

    hihhihih sdh setahun lebih kami amalkan ini.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kah kah kah,.. ada jugak manusia yg macam tu.. layan dengan bini..

      Padam
    2. Nak harommm....porn addict detected!!!

      Padam
  16. aku mahu perempuan solehah, pemalu, sopan santun, baik, taat, tapi dalam masa yang sama, hebat dan bitchy diranjang seperti tori black... ada ke? kalau ada sila bagi no telefon aku nak propose terus kat orang tua korang

    BalasPadam
  17. Nak buat macam mana,klau pasangan kita yg tak mahu. Kata nya penat. Habis si isteri nafsu biar begitu le,itu lah kalau lelaki yg ada kawan wanita diluar isteri nya tak tahu, macam itulah jadinya,kalau suami yg curang akan merosakkan rumah tangganya sendiri.dia bleh kata yg dia isteri nya tak layan dirinya, tak pandai masak bleh kata isteri malas. Semua bleh asalkan berjaya.

    BalasPadam
  18. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  19. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  20. Assalammualaikum...hai...saya Aida dr Miri,S'wak...saya dah berumahtangga selama 5 tahun...kami saling cinta menyintai...namun sebagai seorang isteri...six sense tu memang kuat...saya nak shared sikit je my experience...usia kami berbeza 11 tahun..dia begitu penyayang dan baik ...namun saya kurang yakin krn dia mempunyai ramai teman yg hobinya skandal...saya kurang pasti tapi sebagai isteri ..saya dpt rasakan yg suami saya mempunyai skandal..dia memegang jawatan sbg pembantu manager di kilang veneer...dan ramai wanita Indon dan tempatan meminatinya...suami saya good looking ...tak mustahilkan benda begitu berlaku...di dlm zaman serba canggih...semua possible...saya sakit hati dan hanya memendam rasa...beliau berubah setelah saya resigned di kilang itu...dia lebih gemar meninggalkan saya di rumah ...saya dpt menghidu bahawa dia bukan org yg saya cintai dulu..so...u alls...apa pendapat anda terhadap kisah realiti saya ini?Berat mata memandang..berat lagi bahu yg memikul...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.