Iklan Leaderboard

Ahad, 22 Julai 2012

47 Janji pilihanraya sudahkah ditepati?

Manifesto pilihanraya merupakan sebuah janji pilihanraya. Cara nak mengukur prestasi sebuah parti politik yang menang dalam sebuah pilihanraya adalah dengan melihat adakah mereka dapat menunaikan janji dan melaksanakan janji2 dalam manifesto mereka yang telah pun dicanang2 sebelum pilihanraya untuk memancing undi. Tapi bila PM kita melancarkan tema hari kemerdekaan kita untuk tahun ini dengan tema 'Janji Ditepati', aku agak kurang bersetuju, kerana:


1. Ia bersifat kepartian di mana ia hanya merujuk kepada janji2 parti BN dan bukan merujuk kepada rakyat dan semangat kekitaan seperti slogan2 yang terdahulu seperti berikut yang di ambil dari Wiki:


Sebagai contoh jika dilihat pada tahun 1993, temanya merujuk kepada rakyat di mana menyeru rakyat bersatu untuk menuju ke wawasan 2020, tahun 1997 menyeru rakyat untuk menjadi insan yang berakhlak mulia agar dapat membentuk masyarat berjaya, tahun 2000-2006 menyeru semangat patriotisme rakyat agar berbakti untuk negara. Namun bermula daripada pemerintahan Najib Razak pada tahun 2009, tema setiap tahun dah mula mengarut dengan setiap tema dimulakan dengan 1Malaysia, dan tema juga tidak lagi merujuk kepada semua rakyat tetapi kepada kerajaan Persekutuan yakni parti yang memerintah iaitu Barisan Nasional.

Pada tahun 2009, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan adalah slogan kerajaan agar sentiasa mendahulukan rakyat dalam apa jua benda dan pencapaian kerajaan yang diutamakan. Tahun 2010, tema adalah untuk menjana transformasi dalam kerajaan. Tahun 2011, transformasi kerajaan yang dibuat pada tahun 2010 telah berjaya dan semua rakyat sejahtera. Dan pada tahun ini, kerajaan telah mengungkit semula semua janji2 yang telah mereka buat dahulu telahpun ditepati. Semua slogan2 ini merujuk kepada tindakan kerajaan dan bukan seruan kepada rakyat Malaysia seperti tema2 sebelum ini. Adakah hari kemerdekaan itu hanya untuk disambut oleh pemimpin2 Barisan Nasional, penjawat awam, penyokong BN dan bukan untuk semua terutama pemimpin2 dan penyokong parti pembangkang?

Sudahlah takde logo baru untuk Hari Kebangsaan lepas dari tahun 2009. Pakai logo sama je logo 1Malaysia, cuma tambah tema je kat bawah tu. Tak macam yang tahun2 sudah seperti kat sini, tiap tahun mesti ada buat pertandingan mencipta logo Hari Kebangsaan, at least banyak anak2 muda yang bersemangat cuba untuk menghasilkan logo yang kreatif dan menyumbang sesuatu pada Hari Kebangsaan.



2. Temanya adalah #JanjiDitepati, akan tetapi janji yang manakah sebenarnya yang ditepati itu yang asyik2 diungkiti itu? Seperti yang ditulis di artikel di Malaysiakini, penulis bertanyakan adakah janji yang telah ditepati itu janji untuk Program Transformasi Kerajaan (GTP), atau janji manifesto Cemerlang,Gemilang,Terbilang, atau janji Wawasan 2020?


Bagi aku, aku tak peduli sangat janji2 yang dibuat selepas sesebuah parti memegang tampuk pemerintahan kerana ia dibuat setelah menang pilihanraya, aku lebih kisah janji2 yang dibuat sebelum pilihanraya yakni manifesto pilihanraya kerana ia adalah janji yang dibuat demi memancing undi rakyat, so kalau tak dilaksanakan bagi aku sangat haramjadah dan munafik. Disebabkan itu aku masih lagi beranggapan yang tema #JanjiDitepati itu adalah merujuk kepada janji2 manifesto pilihanraya pada tahun 2008. So seperti yang dipaparkan kat dalam BeritaSemasa, bagi yang sudah lupa atau tak jumpa, berikut adalah manifesto2 BN untuk PRU12:

Ekonomi
  • Menangani kesan kenaikan harga bagi menjamin kualiti hidup rakyat yang bermutu
  • Memupuk dan membantu 1 juta syarikat dan usahawan IKS dalam masa 5 tahun
  • Menjana lebih 2 juta peluang pekerjaan yang bermutu dalam masa 5 tahun
  • Mengurangkan lagi defisit fiskal negara
  • Melaksanakan pelan pembangunan lima koridor ekonomi
Keselamatan
  • Mengurangkan indeks jenayah negara
  • Menangani isu pendatang asing tanpa izin
  • Menambah 60,000 anggota polis menjelang 2011 dan membina 150 balai
  • Meningkatkan keselamatan di sekolah-sekolah, taman-taman permainan dan tempat-tempat awam
Urus tadbir kerajaan
  • Memerangi rasuah tanpa gentar atau pilih kasih
  • Mengukuhkan pemantauan dan penguatkuasaan oleh BPR, kastam, Lembaga Hasil Dalam Negeri, dan pihak berkuasa tempatan (PBT)
  • Suruhanjaya Aduan Khas bagi menangani aduan berhubung salah laku agensi penguatkuasa
Pendidikan
  • Menaikkan tahap kelayakan minima guru dan membanyakkan peluang latihan,
  • Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai pilihan; antaranya meluaskan pengajaran Mandarin dan Tamil
  • Memelihara kedudukan sekolah jenis kebangsaan (SJK)
  • Lebih banyak biasiswa untuk pelajar peringkat ijazah, dari keluarga miskin, tanpa mengira kaum
Pembangunan
  • Mengurangkan kadar kemiskinan keseluruhan kepada 2.8% menjelang 2010
  • Menyediakan rumah lebih bermutu dengan harga yang mampu dibeli – Akses kepada perkhidmatan kesihatan moden dan bermutu
  • Menaik taraf pengangkutan awam dan mengurangkan kesesakan lalu lintas
  • Merapatkan jurang digital dan meningkatkan perkhidmatan internet jalur lebar
  • Melaksanakan Pelan Induk Pembangunan Kampung-kampung Baru
  • Pendekatan ”Kelantan Baru, Kelantan Maju” bagi penduduk negeri itu
Perkhidmatan awam
  • Cepatkan pelaksanaan e-kerajaan
  • Cepatkan pengeluaran lesen dan permit
  • Budaya bertindak dan maklum balas dalam tempoh 3-7 hari bagi semua aduan awam
Agama
  • Membina persefahaman lebih baik tentang Islam kepada seluruh rakyat melalui Islam Hadhari
  • Meluaskan program J-QAF di lebih banyak sekolah
  • Meningkatkan usaha dialog isu-isu antara agama
So based on manifesto2 kat atas tu, ada yang telah dilaksanakan dan dimasukkan dalam program transformasi kerajaan (GTP), yang janji pendekatan ”Kelantan Baru, Kelantan Maju” mungkinlah tak dapat dilaksanakan kerana BN tidak dapat memenangi negeri Kelantan tapi hakikatnya adakah semua janji2 manifesto pilihanraya ini telah ditepati? Sebagai contoh ada orang mengundi BN kerana tertarik dengan janjinya iaitu "Menyediakan rumah lebih bermutu dengan harga yang mampu dibeli". Tapi dengan gaji mereka yang sederhana itu sampai sekarang tak dapat nak beli2 rumah kerana kebanyakan rumah bermutu yang hanya bersaiz 20x70 yang ada di Lembah Klang berharga hampir atau lebih setengah juta. Bila kerajaan buat rumah kos rendah atau rumah mampu milik, ramai yang berpendapatan sederhana tak layak pulak untuk apply, lepas tu kalau dah layak kena undi2 buat macam cabutan bertuah pulak, akhirnya tak semua pun yang dapat merasai janji manifesto itu.

Antara lain2 manifesto yang aku rasakan masih banyak lubang dan belum lagi ditepati:
  • "Melaksanakan pelan pembangunan lima koridor ekonomi"
    Idea Pak Lah ni terus je senyap lepas Najib naik, takde lagi kita nak dengar pasal koridor2 ni. Orang terjun dari koridor pangsapuri nak bunuh diri adalah.
  • "Menangani isu pendatang asing tanpa izin"
    Makin ramai je aku tengok warga2 asing seperti Afrika, Kemboja, Indonesia, China, Bangladesh dan lain2 PATI ni datang rembat kerja orang2 kita, mengemis kat pasar malam, jadi pelacur, buat kacau, terlibat dalam kes jenayah dan lain2... tak caya tengok je blog Mazidul Akmal Sidik dan Samcheras.
  • "Meningkatkan keselamatan di sekolah-sekolah, taman-taman permainan dan tempat-tempat awam"
    Banyak je kes jenayah kat tempat awam, kes ragut, kena tetak, budak kena culik pun ramai, apa yang selamatnya? Lepas tu boleh pulak keluar idea bodoh nak bagi pelajar bawa handphone dan iPad ke sekolah agar ibu bapa senang nak pantau anak. Hello... telefon gunanya untuk bercakap, main SMS, rakam 3GP dan main FB, bukannya untuk pantau orang. Tak pernah dengar ke TRACKING DEVICE???
  • "Menyediakan rumah lebih bermutu dengan harga yang mampu dibeli"
    Pernah ke dengar harga rumah semakin menurun, semua rumah sekarang harga semakin mahal, kalau kat Lembah Klang tu rumah 18×65 pun dah lebih 200K apa cerita?
  • "Menaik taraf pengangkutan awam dan mengurangkan kesesakan lalu lintas"
    Dah lepas 4 tahun memerintah baru la nak plan buat MRT baru. Itu pun aku tengok walau tol naik tapi jalannya macam tu jugak, tiap2 hari jalan trafik jam jugak. Kalau rasa benda tu mustahil dan tak boleh nak ditepati, jangan masukkan dalam manifesto pilihanraya.
  • "Cepatkan pelaksanaan e-kerajaan"
    Apa benda e-kerajaan yang nak dicepatkan tu? Manifesto kat sini tak jelas. Jangan kata e-kerajaan, portal Kerajaan pun kebanyakannya slow untuk diakses seperti kat Amanz ni, lagi mau kata nak dipercepatkan?
  • "Membina persefahaman lebih baik tentang Islam kepada seluruh rakyat melalui Islam Hadhari"
    Wujud lagi ke Islam Hadhari lepas Najib naik? Semuanya 1Malaysia je yang aku dengar.
  • "Meningkatkan usaha dialog isu-isu antara agama"
    Mana dialog dan forum2 mengenai isu2 antara agama tak dak pun? Dulu nak buat sekali pun dah jadik isu. Kalau kat luar negara tu perdebatan antara agama dah jadi perkara biasa, tapi kat Malaysia ni mungkin kerana debat itu bukan budaya kita.
So manifesto yang lain2 tu korang fikir dan rasakan sendiri adakah sudah ditepati? Kalau banyak lagi janji manifesto BN untuk PRU12 yang tak berjaya dilaksanakan, maka tak layaklah mereka mencanangkan 'Janji Ditepati' sebagai tema untuk Hari Kemerdekaan 2012. Seriously, BR1M? KR1M? K1R1M? KAR1SMA? Baucar Buku? Bantuan Pelajar? Aku tak peduli semua tu. Kalau ia tiada dalam manifesto pilihanraya, ia bukannya janji, ia hanya inisiatif kerajaan untuk memberi bantuan kepada rakyat.




tags: 55 tahun merdeka janji ditepati #janjiditepati tema slogan hari kemerdekaan kebangsaan tahun 2012 relevenkah lafaz jelajah manifesto pilihanraya pru 1 malaysia rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan menjana tranformasi transformasi berjaya, rakyat sejahtera gtp program transformasi kerajaan #janjidiungkiti janji diungkiti

47 ulasan:

  1. betul tu...haha~..

    yang Benar, Ringkas, Sopan, Peace..^.^
    NINJA

    BalasPadam
  2. kalau ada janji yang tak ditepati nanti kene maki pulak nanti.. haih

    BalasPadam
    Balasan
    1. #janjiDitepati bila masuk dalam tema hari kemerdekaan, akan jadi #janjiDiungkiti...

      giler ko nak buat #janjiTidakDitepati.. tu makan diri..

      Padam
  3. ya betul BR1M dan baucar buku bukanlah satu daripada janji manifesto bn

    BalasPadam
  4. Janji politik boleh percaya ke? tak kisah ler sebelah mana pun PEMBOHONG je.. 2x5..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada yg betul, ada yg bohong... sila berlaku adil..

      Padam
    2. Aku dah adil dah,kan aku dah cakap kedua2 belah pihak pembohong je..

      So kita sebagai rakyat lah bijak menilai..jangan jadi penyokong politik taksub..Pemimpin kentut pun kita cakap WANGI sebab dia Pemimpin kita? WHAT THE HACKS pemikiran jumud macam tu.

      Dah la Tema Kemerdekaan tahun ini dicemari agenda politik Najib,pergi ke sebelah pihak pembangkang duk sibuk nak tukar bendera dengan Lagu Kebangsaan.. WHAT THE CHILDISH! Menyedihkan melihat lansdkap politik negara ini yang tak matang.

      Padam
    3. setakat cakap dua2 pembohong tu bukan adil.. BN ada tunai janji begitu juga pembangkang.. tp yg tak tertunai tu samada bohong atau belum buat lagi.. yg kita tak nak, dia mainkan rakyat.. kata buat rumah murah, alih2 kena tikam undi baru dpt beli.. rumah atas 1.5juta byk pulak dibuat... tu bukan perumahan mampu milik...

      Padam
    4. menuduh juga satu sifat yg keji.. sila nyatakan siapa kata pemimpin kentut wangi? bila kena tegur, terus tuduh org lain jumud.. siapa pemikiran jumud kalau menulis hanya dgn menuduh saje..

      Padam
    5. Penyokong politik Butthurt ke di bulan Ramadhan yang mulia ini? ^_^

      Jangan Butthurt nanti batal puasa,saya hanya berkata yang benar kerana penyokong politik sangat buta dan bodoh dalam menilai ideologi yang mereka pegang..so seperti pepatah orang putih "always state in denial". ini fakta yang tidak terbantah yang kita boleh jumpa secara regularly pada penyokong2 politik Malaysia. ^_^

      So apa bezanya kita cakap kedua2nya berbohong kerana terbukti kan mereka berbohong kerana tidak tunaikan janji? Hopeless ^_^

      Padam
    6. ada yg betul, ada yg salah.. kamu hanya kata yg bohong semata2 sbb nk tunjukkan pemerintah atau pembangkang tu bohong sahaja kerjanya.. yg baik kamu tak kata apa... kamu highlightkan yg BOHONG sahaja...

      kat situ nampak yg kamu tidak jujur atau kamu memang takde maklumat... tp nk tunjuk pandai semata2..

      jadilah org yg adil.. mana yg tipu, buktikan ianya tipu.. mana yg betul, katakan ianya betul.. xperlu nk quote apa2 yg org putih ckp sbb nk tunjuk pandai.. tp xkena pada tempat..

      Padam
    7. Intipati Entry ini sila baca betul2 adalah mengkritik sikap berbohong orang2 politik ketika menjelang pilihanraya..itu pun anda tidak bisa mencernakan kerana standard penyokong politik yang akan selalu mengiyakan bau kentut pemimpin mereka selalu wangi akan mengeluarkan statement2 biasa(boring) yang akan mempertahankan pendirian ideologinya. ^_^

      Cuba anda baca kembali statement anda,anda mengiyakan kata2 saya yang janji2 politik juga ada yang bohong tetapi anda menuduh kembali saya tidak jujur pula?apa kaitan tidak jujur tentang saya dengan pembohongan janji2 politik terang-terangan parti2 politik Malaysia? ^_^

      Anda harus merenungi kembali setiap kalimah anda agar tidak OFF-TOPIC..ingat..kita sedang membicarakan PEMBOHONGAN JANJI2 POLITIK.. ^_^

      Padam
    8. saya kata kamu tak jujur tu bila kata BOHONG semata2 tanpa kata ada yg benar.. intipati blog pun ada kata yg benar spt ayat "So based on manifesto2 kat atas tu, ada yang telah dilaksanakan.."

      jadi xperlu jadi keyboard warrior semata2 nak tunjukkan kamu ni tahu semua serba serbi dlm masa yg sama langsung tak jujur dlm mengulas.. kalo pentaksub pemimpin kata kentut wangi, kamu tu nak kata minyak wangi pemimpin pun busuk semata2.. langsung tidak reti membezakan baik dan buruk.. jadilah kamu keyboard warrior selamanya..

      Padam
    9. Apa yang saya BOHONG? 1st statement saya,saya cakap janji2 politik adalah bohong semata2..itu view saya dan anda sendiri MENGAKUINYA!!! dan selepas itu anda menuduh saya berbohong pula?apa yang saya bohong?Bohongkah saya mengatakan janji2 politik itu banyak pembohongnya? ^_^

      Dan intipati sebenar entry tetap mempersoalkan janji2 politik yang pembohong tu,bukan yg sudah dilaksanakan(sangat minima)..kita harus bercakap sesuai dengan nada Entry.. ^_^

      Dan anda mempersoalkan keybord warrior tapi tanpa sedar anda sudah pun menjadi keybord warrior ^_^ welcome to club bebehhh! hihihihi ^_^

      Padam
    10. saya tegaskan saya langsung xmahu masuk club keyboard warrior... hanya tunjuk pandai dan bagus tidaklah mendatangkan apa2 hasil.. syok sendiri je la...

      ayat kamu "Janji politik boleh percaya ke? tak kisah ler sebelah mana pun PEMBOHONG je.. 2x5.."

      itu yg saya maksudkan.. xkisah samada minima atau tidak.. beritahu.. tuan blog pun nyatakan walaupun sikit.. berlaku adillah.. xsalah pun.. xjatuh pun maruah kamu.. janganlah terikut2 nada blog sehingga membelakangkan kebenaran.. itupun kalo btul nada blog nak kata semuanya bohong semata2... takutlah kamu pada tuhan kamu..

      Padam
    11. Anda tegaskan? tak ada tegas2nya..anda sudah terdaftar secara automatik menjadi keybord warrior secara automatik sejak anda ingin bertegang leher mempertahankan ideologi politik anda. ^_^

      Point saya jelas..Maksima Versus Minima..yang mana orang pandang? Kenapa kita nak berlaku adil jika orang2 politik tak pernah nak berlaku adil kepada rakyat biasa? Fair and square kan? ^_^

      Pendirian saya tetap teguh dan seiring dengan nada entry ini yang mengatakan janji2 politik adalah pembohongan terbesar kepada rakyat. ^_^ titik.

      Padam
    12. saya langsung tidak menyatakan pendirian politik saya.. dan saya langsung tidak bertegang leher...

      org yg adil memandang sesuatu secara menyeluruh. yang baik walaupun sikit, kita katakan.. yg buruk walaupun byk, kita katakan.. jgn sorokkan supaya kita tidak pengaruh org lain dgn akal kita semata2.. agama saya (Islam) mengajar kita berlaku adil.. sbb itu saya pesan pada kamu, takutlah tuhan kamu..

      sepanjang saya baca entry blog ni, dia tak kata pembohong pun, penulis cuma kata "Antara lain2 manifesto yang aku rasakan masih banyak lubang dan belum lagi ditepati..". Dia sendiri tak pasti adakah pemimpin kita ni bohong atau masih belum buat.. sbb tu dia hanya kata belum lagi ditepati.. Nada blog menekankan pasal Tema hari kemerdekaan..

      Agama tidak ajar kita org buat buruk dgn kita, kita balas balik dgn buruk... kalau ada baik, nyatakan je.. tak perlu jaga ego sangat..

      Padam
    13. senang cerita, yang mana janji dah ditepati tu..kita bersyukur.yang belum tertunai tu,harap jadi la.sebenarnya x semua janji yang dibuat tu dapat ditunaikan..tu semua bergantung kepada perubahan keadaan.mcm kita la,nak bli kete jenis tu la,ni la..rumah mcm tu la,ni la..tp last2 bli ikut kemampuan n keadaan semasa.

      lau pemimpin berbohong,xde spe pkse kita trus sokong dia.Allah pun x kan sokong dia,tu mmg cnfirm dah.jadi..sme2 la kita berdoa pemimpin yang seterusnya lebih baik dari sekarang.kita semua manusia,wajib je kekurangan,perkara yang dicipta atau dibuat oleh kita pun mst de kekurangan..hanya apa yang dijanjikan tuhan saja yang sah dan sudah semestinya tuhan adakan.

      Padam
    14. marilah kita bersama-sama meningkatkan amalan di bulan mulia ini.

      Padam
    15. >grab popcorn<

      Padam
  5. aku geli bila dpt tahu tema kemerdekaan tahun ni janji ditepati . Nampk sgt bersifat kepartian .

    BalasPadam
  6. manifesto bn ni sebenarnya macam manifesto destiny,agakan aku yg bukan pro.

    BalasPadam
  7. peminpin menyuruh kita jgn jadi munafik.... suka janji itu ini... lagipun manifesto zaman bila punya tu... nak tgk najib punya pru13 nanti la... nanti aku datang tgk apa ko nak tulis ada mcm diatas tak???

    BalasPadam
    Balasan
    1. hmm... itu adalah manifesto utk pru12 pada tahun 2008 yang bukankah sepatutnya ia ditunaikan dalam tempoh bermula bn menang pru12 tersebut pada tahun 2008 sehingga bubarnya parlimen pada tahun depan?

      Padam
    2. #janjiDiMungkiri

      Padam
    3. peminpin peminpin peminpin peminpin peminpin peminpin peminpin peminpin peminpin peminpin peminpin peminpin peminpin peminpin peminpin peminpin peminpin peminpin peminpin peminpin peminpin peminpin peminpin peminpin peminpin peminpin peminpin peminpin peminpin peminpin peminpin peminpin peminpin peminpin peminpin peminpin peminpin peminpin peminpin peminpin

      Padam
    4. Janji air percuma di Selangor.. haha!!

      Padam
    5. Janji pendidikan percuma di UNISEL.. haha!!

      Padam
    6. ada org munafik ke kat sini mindahanif?

      Padam
  8. dude....jenis tulisan apakah ini ? Ini bukan buasir..ini kencing berdarah...

    BalasPadam
  9. Setuju...janji yang diungkiti heheheh.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena ungkit.. kalau x, PRU akan datang boleh lingkup... inilah hari kemerdekaan terakhir buat BN sblm PRU akan datang... paling lewat Mei 2013 dah nak kena bubar..

      Padam
  10. Walaupun PR tidak mempunyai locus untuk mencipta slogan hari kemerdekaan, mohon tuan tanah buat juga analisis janji2 PR dalam manifesto tahun 2008. Dalam bertenggek atas pagar, nak buang air kena turun juga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. aik, janji PR tu pergi je selongkar internet.. banyak... takkan nak harapkan tuan blog jer.. usaha sikit..

      Padam
    2. Tolol bahasa

      Padam
  11. bro P.O.N
    ape plak pandangan pasal pengambilan duit KWSP minimum umo 60thn..
    ade sumber ckp duit kwsp naj1b da amik wat #janjiDitepati ni..
    cian bro kt pakcik2 gua yg nak abiskn hutang ngn yg nk g haji..
    klo yg berpendapatan tinggi lain la.. xkisah pon pasal ni..
    60thn zaman skang ni bukan sihat sgt da..

    bincangkn bro..

    BalasPadam
    Balasan
    1. PON ni orang kwsp ke? kalau ye, boleh la kot dia komen pasal kwsp... setakat yg dibaca2 karung kwsp semakin kurg sbb tu pencen naik jadi 60 tahun utk swasta.. sblm ni kerajaan je yg 60 tahun..

      dalam tempoh tu sempat la kot kerajaan nak byr balik duit kwsp... 84billion tu.. duit mana kerajaan nk cekau kalau bukan dari cukai... RM 84,000,000,000.. byk tu...

      http://www.malaysiakini.com/news/182706

      Pencarum lebih kurang ada 13juta, 13,000,000... agak2 duit org yg tak pencen lagi selamat la sbb ada tempoh masa nk bayar balik..

      keuntungan kwsp pun xbyk mana... ni contoh..

      http://www.kwsp.gov.my/portal/about-epf/investment-highlights/quarterly-report-on-investment/epf-s-investment-income-increases-to-rm3.6-billion-in-q2

      kalau amik duit kwsp semata2 nak buat #janjiDitepati, agak2 ada pulangan balik tak? ada boleh buat keuntungan tak dengan #janjiDitepati...

      Padam
    2. cis, 84billion... ingatkan 84juta je... kalau 84juta, tak payahlah pencen 60... 55 pun ok... badan pun dh sakit2.. nk pikir pasal keje lagi ke...

      aku xleh terima kalo 84billion tu buat benda yg sia2.. harap2 pihak swasta yg pinjam juga bleh beri pulangan yg menguntungkn.. jgn bankrup dh la... buat susah kitorng je nnt... sbb kerajaankan suka cipta alasan..

      Padam
    3. #jajiDitepati tidak boleh buat keuntungan, silap2 org swasta yg pencen xberduit sbb kwsp xbleh nak sediakan.. convert jd kerajaan la ada skim pencen...

      mana nak dpt pulangan kalau duit kwsp digunakan utk #janjiDitepati. Sebab #janjiDitepati tu utk peleburan, bukan pelaburan. Kalau dah lebur kasi BR1M, kupon buku, tukar tayar teksi dan sebagainya, mana ada pulangan balik. Yang untung pemimpin je la sbb rakyat akan pangkah dia lagi utk next PRU.. rakyat mcm tu jugak.. xbtmbh pendapatan pun..

      Padam
  12. tak baca suratkhabar agaknye..koridor timur, seri iskandar johor, tu semua pembangunan koridor yg dijanjikan.bila aku tgk point pertama tu pun fact kau dah salah, bwh2 takyah tgk la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wilayah Pembangunan Iskandar atau Iskandar Regional Development. bukan Seri Iskandar. Seri Iskandar kat Perak.

      banyak-banyakkan la membaca ye.

      Padam
  13. marilah kita bersama-sama meningkatkan amalan di bulan mulia ini.

    BalasPadam
  14. tingkatkan ibadah anda, amalan mulia masyarakat bahagia..

    BalasPadam
  15. janji ditepati vs merdeka.. oh ye, penah janji nak kekalkan kemerdekaan smpai usia 55 tahun, tu la kot kena mngena slogan janji ditepati dgn merdeka. tah pape zzzzz

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...