Iklan Leaderboard

Isnin, 18 April 2016

6 Hubung kait kejadian gempa bumi Jepun dan Ecuador

Beberapa hari yang lalu berlaku beberapa gempa bumi besar di 2 buah negara yang berlainan. 2 kali gempa bumi dengan kekuatan 6 dan 7.3 magnitud skala richter telah melanda selatan Jepun, manakala gempa bumi sekuat 7.8 magnitud skala richter melanda negara Ecuador. Ramai yang maut, ramai yang kehilangan harta benda dan tempat tinggal dalam sekelip mata. Di bawah adalah gambar-gambar selepas berlakunya bencana gempa bumi ini.


Gempa bumi dengan kekuatan 6 dan 7.3 magnitud melanda selatan negara Jepun pada 14 dan 16 April 2016:











 



Gempa bumi dengan kekuatan 7.8 magnitud melanda negara Ecuador pada 17 April 2016:












Semoga mangsa gempa bumi di Jepun dan Ecuador ini terus tabah dan dapat mengharungi malapetaka ini dengan kuat. Dan aku percaya orang Jepun pasti akan cepat pulih dan dapat membaiki segala kerosakan infrastruktur dengan segera seperti mana bencana-bencana terdahulu.

Persoalannya, adakah kedua-dua gempa bumi ini berkait antara satu sama lain? Adakah ini petanda yang lebih banyak gempa bumi akan menyusul kemudian?

Anda boleh baca artikel ini - "Ecuador and Japan earthquakes: Are they related?".

Apa yang pasti, kedua-dua gempa bumi ini berlaku di kawasan tektonik bumi yang digelar sebagai "Ring of Fire". Dan jika dilihat pada peta di bawah, negara Malaysia juga tidak terkecuali dalam kawasan "Ring of Fire" ini, lebih-lebih lagi di kawasan timur Malaysia iaitu Sabah.


Malah kini terdapat 5 gempa bumi besar telah dikesan berlaku di seluruh dunia dalam 48 jam! Adakah ini petanda atau amaran yang akan berlaku bencana gempa bumi bersaiz mega yang sangat besar dan dahsyat?

Baca selanjutnya di artikel ini - "5 Major Earthquakes In 48 Hours As A Seismologist Warns ‘Catastrophic Mega Earthquakes’ Are Coming".


Maka tidak mustahil gempa bumi yang besar juga boleh berlaku di Malaysia, malah sebelum ini juga pernah berlaku gegaran-gegaran kecil di Pahang, Terengganu dan Sabah. Gempa bumi terkuat pernah direkodkan berlaku di Malaysia adalah pada 5 Jun 2015 jam 7:15 pagi di Barat Daya Ranau, Sabah dengan kekuatan 6 skala richter.

Aku berdoa agar negara kita dijauhkan daripada malapateka dan bencana yang buruk ini. Dan aku harap juga pemerintah dan rakyat negara kita lebih berwaspada, mengambil langkah berjaga-jaga serta menyiapkan diri dengan langkah-langkah keselamatan jika berlaku gempa bumi seperti di artikel ini - "Apa yang patut dilakukan semasa gempa bumi".

Semoga Allah pelihara dan lindungi kita semua.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: gempa bumi earthquake japan selatan south ecuador 2016 latest cara langkah teori konspirasi 

6 ulasan:

  1. Kita punya plat tektonik dipanggil Pentas Sunda.

    Sekian makluman.

    BalasPadam
  2. Ramai akan berkata kejadian bencana alam yg byk berlaku ada kaitan dengan kiamat yg semakin hampir...then baru rasa nak ingat Tuhan n insaf seketika.

    Komen sy...mmg kita sbg muslim kena percaya hari kiamat...tp kiamat ada 2, kiamat besar n kiamat kecil...tp ramai antara kita sibuk fikir kiamat besar tp x fikir kiamat kecil, iaitu KEMATIAN..kalau kiamat besar baru nak insaf, kiamat kecil bila nak insaf?

    Fikir2kn

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...