Berikut adalah gambar2 yang diambil di tempat yang sama ketika tsunami berlaku dan selepas 1 tahun...
Lagi gambar di sini.
Gila, dalam tempoh setahun sahaja banyak kerosakan dan kemusnahan infrastruktur disebabkan tsunami itu dapat dibaiki dan pulihkan semula.
Sementara itu di suatu tempat di Malaysia berdekatan dengan Pusat Pentadbiran Kerajaan Malaysia, Putrajaya...
Suatu ketika dulu...
Setelah 1 tahun 3 bulan...
Aku tak faham, kenapa jejambat yang runtuh ni sampai sekarang tak dibaiki2 lagi? Dah dekat setahun lebih kot pengguna jalanraya yang guna laluan ni terpaksa menempuh jalan yang sangat sesak. 1 jejambat je kot, bukannya 10 jejambat yang runtuh. Aku walaupun bukan setiap hari guna laluan kat jejambat runtuh ni, tapi aku selalu la jugak guna untuk pergi tempat client, mesyuarat atau pergi KLIA, dan lencongan yang dibuat kat sini mesti jem gila babi terutama waktu puncak.
Aku tak peduli sama ada jejambat ni di bawah kuasa kerajaan persekutuan ke, atau kerajaan negeri Selangor, atau PKNS, atau pemaju, atau sapa2 sahaja, tapi tolong la, tolong la baiki cepat jejambat ni. Tak sakit mata ke tengok? Dah la dekat dengan Putrajaya, nak pergi KLIA masuk highway Elite kena lalu jalan ni jugak. Pak2 Menteri dan VVIP yang pejabatnya kat Putrajaya yang selalu lalu kat jalan ni dengan ber'escort' sambil menghalau pengguna2 jalanraya lain ke tepi untuk beri laluan kepada mereka takkan takde perasaan apa2 kot tengok pemandangan semak ni?
Apa masalah sebenarnya jejambat ni tak dibaiki2 lagi sampai sekarang? Masalah tanah mendap? Masalah birokrasi? Masalah undang2? Masalah tiada peruntukan? Dah setahun lebih kot? Korang bila time ada pilihanraya kecil, ntah dari celah mana tiba2 je korang ada duit ya umum bina jambatan baru la, lebuhraya baru la untuk gula2 pilihanraya. Ini kerosakan yang dekat dengan pejabat korang pun tak reti2 lagi nak baiki?
Kat Jepun tu, dalam masa setahun je dah boleh recovery pelbagai kerosakan yang disebabkan tsunami. Ini dah setahun lebih, satu jejambat runtuh pun tak boleh nak setel lagi. Takkan la nak tunggu wakil rakyat kat situ mati dulu baru korang umum nak baiki jejambat tu?
Oh jangan tanya pula pasal bumbung stadium yang runtuh kat Terengganu tu. Bina tahun 2008, tahun 2009 bumbung runtuh, masa tengah baiki tahun 2013 sekali lagi runtuh, ni kos nak baik pulih lagi cecah RM100 juta. Tapi stadium tu bukanlah keperluan sangat, kalau tak siap 10 tahun pun tak mendatangkan masalah pada orang ramai, tapi infrastruktur asas cam jalan, flyover, jejambat apa semua perlu la dibaiki dengan segera sebab benda tu keperluan, orang tiap hari lalu dan guna benda tu.
Kalau lah orang Jepun tahu punya la lembab proses pemulihan infrastruktur rosak kat Malaysia ni, diorang akan kata...
tags: jejambat putrajaya lebuhraya highway mex elite tol klia runtuh tak baiki tanah mendap tsunami japan jepun picture before after recovery bumbung runtuh stadium sultan mizan terengganu kos baiki baik pulih kerajaan malaysia negeri lembab nak mampus
nice one noob.. :)
BalasPadamHai noob out of topic skit bleh ulas pasai fuel card system yg nk implement this september, so that people will be aware, all the diesel raids and the ngo yang buat survey kat kuala terengganu kot just untuk membenarkan perkara ni so that public will agree but actually dah decide lama oleh pihak atasan
BalasPadamtell me more about it. any link? ada ulasan dari mana2 sumber? kalau saya ada info yang cukup mungkin baru saya write something about it.
Padambetul tu..sgt2 setuju..kadang2 sedihnya negara kita ni..semua benda nak dipolitikkan
BalasPadamDuit xda cmna nak repeair. Duit dh byk kna songlap. Lg2 yg gua hairan ada mamat ofice boy bleh pkai aventador. Wat de fak men.
BalasPadamBlog walking kat sini, jom baca artikel baru
BalasPadamMadonna Ingin Peluk Islam, Kejutkan Peminat Di Instagram
---> http://syokbah.com/madonna-ingin-peluk-islam-kejutkan/
Weh noob.byk munyik pulak.p duduk jepon la.kikiki
BalasPadamsi bangang
Padambanyak masuk poket sendiri..sendiri pnyer pwot knyg...di jepun diorg saling bantu membantu..dimana kedai2 akan bagi pada kerajaan brg2 diorg untuk baik pulih negara... bagus kan jepun...org malaysia ni jer ramai yg tamak..
BalasPadamSekarang dah tambah lagi menteri lagi la lambat.....kos gaji mentri lagi tingggi....
BalasPadamMasa Aku study kt Jepun dulu, 1 hari aku nk p class.. otw nk pegi ade satu eksiden kereta langgo tiang.. teruk jgk sampai terbalik kereta tu.. yg hebat nya, kt area tu xde pn org nk kerumun tanya siapa yg eksiden, macam mana blh eksiden.. kt situ cuma ada mangsa, beberapa org awam and polis.. tengah hari aku balik class, ehhh sume kawasan kemalangan dh clear dh.. tiang dh repair, kereta eksiden dh xde, kaca dh xde.. kemas seperti asal.. hebat sungguh! aku rasa xsampai 5jam sume clear..
BalasPadam5 RUKUN ISLAM
BalasPadam1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat.
3. Menunaikan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.
6 RUKUN IMAN
1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
2. Beriman dengan para malaikat.
3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
4. Beriman dengan para Rasul.
5. Beriman dengan Hari Akhirat.
6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.
Semua main tarik tali...jika kerajaan pusat buat nanti dikata sbnrnya salah kerajaan pusat, sama jugak jika kerajaan negeri yg buat. Tp kat Malaysia action plan utk sebarang kerosakan harta awam agak lembab dgn alasan tiada bajet/dana n bukan tanggungjwb mereka...tp bg saya semua bergantung pada mentaliti kepimpinan....jika kebajikan rakyat legi penting dr survival politik, maka keutamaan akan diberikan utk perbaiki segala kerosakan n setelkan karenah birokrasi utk percepatkan pembaikan...tp di Malaysia tidak, kerje jatuh menjatuhkn pihak lawan perkara utama, maybe kebajikan rakyat perkara no 4 atau 5 dl list.
BalasPadam5 RUKUN ISLAM
BalasPadam1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat.
3. Menunaikan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.
6 RUKUN IMAN
1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
2. Beriman dengan para malaikat.
3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
4. Beriman dengan para Rasul.
5. Beriman dengan Hari Akhirat.
6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.