Memaparkan catatan dengan label Lembab. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lembab. Papar semua catatan

Jumaat, 10 Mei 2024

0 Bila ada ketua yang tak kompeten

1. Tak semua orang boleh jadi ketua atau bos, apatah lagi kepada organisasi yang besar dan ramai orang.

2. Ada orang cekap buat kerja, tapi tak sesuai naik jadi bos. Ada orang yang kerja tak cekap, tapi sesuai jadi bos. Ada juga yang kerja cam haram, jadi bos lagi lah cam haram.

3. Kadang yang jadi ketua tu, bukan sebab dia layak pun, tapi sebab dia paling senior, atau dah sampai masa giliran batch dia naik pangkat, atau atas dasar kabel. Kalau ikutkan prestasi, langsung tak kompeten pun sebenarnya.


Jumaat, 28 Mei 2021

0 Sistem online gagal apabila capaian terlalu banyak

1. Sistem tempahan vaksin yang dibuka baru-baru ini mendapat rungutan dan kecaman dari orang ramai berikutan kesukaran dan kegagalan mereka untuk membuat tempahan pada tempoh yang ditetapkan.

2. Memandangkan aku juga orang IT, aku cuma ulas mengenai sistem tersebut sahaja. Kalau bab lain tentang kenapa kena ambik vaksin, kenapa vaksin AZ ni nak kena berebut, kenapa tak buat first come first serve, kenapa ada orang dapat dulu, kenapa bekalan vaksin sikit dan sebagainya, ramai dah para ilmuwan dan doktor ulas.


Selasa, 5 November 2019

2 Sekadar pengalaman biasa di hospital kerajaan

Sampai di parking hospital jam 7.45 pagi.
Beratur tunggu shuttle van 15 minit.
Sampai hospital jam 8.15.
Bagi kad temujanji jam 8.30.
Masa temujanji atas kad jam 9.


Jumaat, 9 September 2016

5 Janji palsu perkhidmatan kurier yang lembab

Aku nak cerita sikit. Aku ada beli barang secara online minggu lepas. Hari Selasa baru-baru ni penjual tu mula pos barang aku guna satu perkhidmatan kurier dari Petaling Jaya. Dia bagi aku tracking no. Malam Selasa aku semak kat website kurier tu, barang aku dah masuk dalam sistem dia.

Hari Rabu aku semak, barang aku dah dihantar ke pejabat kurier cawangan Shah Alam, lepas tu sangkut kat situ seharian. Hari Khamis aku semak, barang aku baru dalam perjalanan untuk pergi ke pejabat kurier cawangan Kajang. Aku dah panas. Petang tu aku telefon hotline customer service courier tu, mereka berjanji akan hantar esok.



Jumaat, 27 Jun 2014

14 Pemulihan infrastruktur rosak yang sangat lembab

Pertama sekali, mari kita lihat salah satu negara yang paling maju di dunia iaitu Jepun. Pada 11 Mac 2011, telah berlaku gempa bumi di dasar laut yang menyebabkan tsunami besar melanda negara Jepun yang telah menyebabkan begitu banyak kehilangan nyawa, kerosakan harta benda, tempat tinggal, infrastruktur, kebocoran loji nuklear serta melumpuhkan beberapa bandar dan kawasan yang terjejas teruk. Peristiwa tsunami tersebut boleh disifatkan antara bencana alam yang terdahsyat di dunia. Namun tahukah anda, dalam tempoh hanya setahun, anda pasti terkejut melihat perubahan ini.