Iklan Leaderboard

Sabtu, 23 Julai 2016

9 Pop Perspektif - Explorasi Perhubungan Dengan Wanita

Ya kita semua mungkin inginkan kehidupan yang sempurna bersama pasangan. Yang cantik mata memandang, baik budi bahasa , bijak  dan apa-apa yang baik yang boleh difikirkan kepada pasangan kita.

Kepada yang dah berkahwin, Alhamdullilah,.

Usaha , sabar , berdoa dan tawakkal lah supaya kehidupan rumah tangga aman sentosa sentiasa.

Gambar hiasan

Selepas mengharungi pelbagai kerenah manusia yang bernama wanita ( baca: ALIEN ) dan segala macam drama swasta, hati ada taman, perjalanan jauh yang menyakitkan pinggang yang dikutip dari kehidupan realiti ini, apa yang dapat aku simpulkan berdasarkan apa yang aku kutip sepanjang pengalaman aku dan kawan-kawan lelaki.

Ini khas untuk lelaki bujang, duda atau apa-apa yang kaitkan dengan hidup sendiri.

Kebenaran Pahit atau kata Englishnya Hard Truth.

Bertudung litup tak semestinya baik.
Ya, pengalaman yang aku lalui sendiri. Bertudung litup , baik budi bahasa, lidah tak habis beristighfar, sejuk hati mak pandang.

Tapi realitinya, dia seorang escort girl.

Ya aku tahu zaman sekarang kita mendengar pelbagai cerita. Tapi ini pengalaman dari aku sendiri.

Yang macam bohsia jangan cakaplah. Bersepah dalam weChat. Silap haribulan boleh dapat free je.

Nak nombor beliau ? Sila PM di komen di bawah.

Jauhi zina.

Cinta itu pudar pada masanya.
Mula perkenalan, amboi, bukan main I love U , U love me. Baca whatapss pun tergelak sorang-sorang macam orang gila. Tapi berjaga-jaga kawan,

Selepas 3 bulan , dia akan mula hambar.

Mula tawar.

Dan tiba-tiba selepas 4 bulan, si dia akan mesej “ Saya masih cintakan awak, tapi rasanya tak seperti dulu.”

Ini sebenarnya cabaran orang berkahwin. Sapa dah kawin sila komen.

Cermin diri mak mertua ada dalam anak perempuannya.

Kalau dah serius, sila berkenalan dengan maknya.

INI ADALAH SERIUS.

Berapa ramai dalam Malaysia terlibat dalam zina sebab mak nya tak bagi kawin pilihan hati sedangkan pilihan hatinya orang yang baik?

Dan sila pastikan anda boleh menguruskan peel maknya sebab bila pasangan anda tua, sila lihat perangai emaknya. Ini memang telah terbukti.

INI ADALAH SERIUS.

Jangan terperangkap dalam permainan “dalam kain”
Ini aku rasa paling signifikan dalam dunia sekarang. Kalau dah mula kena penyakit dalam kain, memang kau susah. Kalau kau dah terlanjur, baik kau bertaubat dan jangan cari perempuan macam tu lagi. Kalau kau boleh elakkan, sila dengan segala pancaindera ELAKKAN. Sebab nanti bila kau tersangkut, macam-macam masalah. Dan bayangkan kalau dia senang-senang kangkang untuk kau, berapa banyak lelaki lain yang dah rasa ? Aku bukan nak merendahkan, tapi itu bukan perempuan.

Itu betina.

Akauntan tak rasmi.

Dalam kes cerai, 90% adalah kes berkait kewangan. Ya, aku faham sebab kelembapan ekonomi dan sebagainya. Dan kalau kau jumpa perempuan yang belum apa-apa lagi dan tanya pasal kerja dapat berapa, naik kereta apa, kalau kau tak mampu..

Baiklah kau blah. 

Kalau tak perempuan tu, mak dia. Macam aku cakap kat atas. Selalunya mak dengan anak sama je.

Perangai status sosial ni masih ada dalam masyarakat kita yang kononya hebat mewar-warkan budaya hidup Islam. Kesian....
(terkena pada aku sendiri).

Penipu
Orang cakap lelaki pandai menipu. Atas kesamaan gender , aku kata sama je. Sekali dia menipu dengan kau. Tiada maaf bagimu saying. Tinggalkan terus. Kalau kau yang menipu, PADAN MUKA kalau kena tinggal. Tak kira dari segi apapun, sebab kalau kau dapat yang kaki menipu, sampai matilah hidup kau sengsara.

“ Cheater will always be a cheater”

Pattern
Ini kena ada skil analitikal. Kena ada pengalaman. Kalau kena pernah ada bekas isteri atau girlfriend, perhatikan pattern. Tiba-tiba nak tegok Euro padahal sebelum ni Manchester United cuma tau Cristiano Ronaldo. Tiba-tiba ajak tengok cerita X-men padahal sebelum ni asyik bekepit dengan drama TV. Dia buat benda yang dia tak pernah buat selama dia dengan kau.Pattern ini berkemungkinan  dia ada yang lain..

Cuma kemungkinan. Sangka Baik (puiiii).

Whatapps
Ini susah sikit. Tapi ini prasangka baik yang paling susah. Kau tau dia makan.minum, tidur, hatta ke rumah kecik sekalipun bawak handpon. Kau pun mesej “ Apa khabar awak? Ok ke?"

Blue Tick.

1 jam…….3 jam….9 jam..hari pun malam.


Takkan sibuk sampai tak boleh baca whatapss padahal handphone depan mata dan sebelum ni asal blue tick je ..tak dan nak mesej seterusnya..dah reply.

Ye dia sibuk.

Sibuk dengan orang lain. Bukan sibuk dengan kau.

Dalam kes aku, seminggu baru balas. Punyalah siasat, tau-tau ada kat dalam panggung wayang. Dengan lelaki lain.  Paling best sekali (pengalaman) siap dapat gambar bukan-bukan yang kita tak pernah tau pun.

Silap send?


Itu cuma pengalaman singkat aku. Mungkin betul pernah terjadi pada korang ataupun mungkin tak pernah. Ini cuma sedikit panduan untuk kita kenal dark path seorang wanita. Kalau tak macam ni....

ALHAMDULILLAH.




9 ulasan:

  1. Tidak mustahil petkara ini berlaku kerana setiap ibsan punya pakej dan watak masing masing...kita jaga diri in sya Allah..Allah hadiahkan kita yang baik...sekiranya bertentangan...itu ujian..apa pun yang melibatkan keputusan minta KEPUTUSAN ALLAH MENYERTAINYA..jangan pernah berhenti berdoa.. :)

    BalasPadam
  2. silap ko jgk xtanam benih awl2..

    BalasPadam
  3. Dua-dua pihak perlu berusaha untuk jaga hubungan. Tapi bagi aku, baik buruk sebuah hubungan itu berpunca dari lelaki. Lelaki adalah pemimpin keluarga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak.. bagi aku pompuan sebab tak mau dgr ckp pemimpin keluarga. Tu yang selalu jadi masalah tu.

      Padam
  4. Tang Wechat tu aku setuju... sebab rata2 gadis di wechat yang aku kenal semuanya senang di ajak ke hotel..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wow..leh try ni...even ada wechat tp jrg pakai. Free je kot

      (Sorry..dah masuk air)

      Padam
  5. i like this post.

    BalasPadam
  6. Kalau anda cari pasangan ikut konsep agama..insyaAllah jodoh kita org baik2. Kalau kita sendiri x betul byk tp nak cari yg perfect, kawin 10 kali pun cerai semuanya....

    Sy perasan 1 benda obvious..org dulu anak ramai, xde la mewah mana tp jrg dgr parent bercerai...zaman skrg serba modem, anak x ramai tp still byk bercerai berai....fhm2 la sbb apa.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...