Isnin, 18 Julai 2016

3 Berlarilah tanpa henti demi mengejar impian

Ku berlari kejar mimpi
Ku berlari tanpa henti
Biar apa pun terjadi
Ku tak akan berhenti

6 bulan lepas aku tertengok sebuah ujibakat rancangan Mentor Milenia 2016 untuk mencari Protege kepada Akim, ada seorang peserta rapper mencuba nasib dengan bawak lagu rap. Sekali tengok dia rap dan buat freestyle dengan lagu Obses Akim & The Majistret secara spontan tu memang best dan berbakat besar.


Lepas tu aku add beliau kat FB iaitu Encik Aerif Azmin baru aku tahu beliau dah lama berkecimpung dalam aliran muzik indie dalam genre rap, hip hop, R&B, soul dan jazz serta selalu busking di ibu kota. Beliau juga ada channel Youtube iaitu channel Aerif Peter.

Walaupun beliau tak terpilih untuk jadi protege Akim dan masuk rancangan Mentor Milenia tu, namun dengan bakat yang beliau ada, beliau telah berjaya keluarkan lagu single lebih sebulan lepas bertajuk Berlari featuring Aizat Amdan.


Aku bukanlah seorang peminat lagu genre rap, hip hop, R&B, soul dan jazz, tapi lagu Berlari ni boleh tahan juga sedapnya dan mesra telinga. Patut boleh dapat lebih banyak siaran di corong-corong radio tempatan daripada lagu lain yang harap muzik sahaja cathcy tapi lirik ntah apa-apa.

Maka kenapa aku tulis pasal beliau ni?

Entah, mungkin kerana aku suka lihat orang yang berbakat, yang mula dari bawah, yang pada mula orang tidak kenal dan tidak pandang, tapi tak kenal erti putus asa untuk terus menggapai cita-cita dan terus berlari untuk mengejar impian.

Jika bro Aerif baca entry ini, aku just nak ucap selamat maju jaya dan teruskan memberi inspirasi kepada orang lain. Dan kepada orang lain juga, jika anda ada sebuah impian, teruskan mengejar impian anda tidak kira apa jua impian anda.

Ingatlah, ukuran sesebuah kejayaan itu tidak semestinya dengan menjadi kaya dan banyak harta, tetapi dapat mencapai impian anda sendiri serta dapat memberi sokongan dan inspirasi kepada yang lain untuk mengejar impian mereka juga adalah sebuah bentuk kejayaan yang manis.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: lagu berlari aerif azmin ft featuring aizat amdan indigital video lyric music clip peter genre lagu rap hip hop r&b soul jazz malaysia scene indie busking

3 ulasan:

  1. k, terimas noob lagu dia memang meremang bulu roma first time dengar damn.. jarang tu.

    BalasPadam
  2. Hahahaa... kalau gitu ayatnya, sampai mati laa xkan dapat2 mimpi tu. Jgn kejar tapi bukak mata... baru dapat.
    Apapun baik anda bermimpi sebab kalau x bermimpi mcmana nak jadikan mimpi satu kenyataan.... hahahaa AMBO ORE KELATE HOK BAIK....

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.