Iklan Leaderboard

Khamis, 7 Julai 2016

4 Pembuli siber, penyakit mental dan bunuh diri

Pembuli siber.
Penyakit mental.
Bunuh diri.

Seorang penulis dan insta-famous di media sosial, Arlina Banana dikatakan mendedahkan hasrat di laman Twitter untuk membunuh diri ekoran terlampau tertekan gara-gara dibuli secara verbal di laman sosial.

Arlina difahamkan menerima pelbagai kutukan dari pengguna Twitter yang membalas daripada salah satu kicauannya sebelum ini yang seolah-olah ‘menggalakkan’ lagi wanita itu untuk meneruskan niatnya.


Tidak diketahui apakah nasib seterusnya yang yang menimpa wanita tersebut, bagaimanapun hasil tinjauan kami mendapati laman Twitter miliknya itu telah dipadamkan.

Di Twitter, nama Arlina Banana telah menjadi trending sehingga pengguna tidak putus-putus berkicau menghentam niat wanita itu, yang mana membuatkan lagi situasi bertambah buruk.

Baca kisah sepenuhnya di artikel MyNewsHub bertajuk "Arlina Banana Nak Bunuh Diri Akibat Tekanan" dan juga Says.com bertajuk "'Dah Masuk Neraka Ke?' - Arlina Banana Dikecam Lebih Teruk Selepas Umum Nak Bunuh Diri" ini.


* * * * * * * * * *

Sejujurnya aku tak kenal dengan Arlina Banana dan juga selebriti-selebriti media sosial lain kerana aku bukanlah seorang yang aktif di media sosial lebih-lebih lagi Twitter, Instagram, Vines dan sebagainya. Aku kenal seseorang itu pun biasanya setelah ada isu yang viral.

Setelah aku baca serba sedikit tentang beliau, aku agak kagum kerana beliau bukanlah orang-orang biasa tetapi seorang yang bijak, penulis buku dan telah banyak memberi inspirasi kepada ramai orang. Difahamkan juga beliau seorang penghidap sejenis penyakit mental yang dikenali sebagai BPD (boderline personality disorder) atau kecelaruan personaliti pinggiran, malah sebelum ini pernah cuba untuk membunuh diri dengan mengelar lengannya. Antara puncanya disebabkan kerana sering dibuli di media sosial dengan pelbagai gelaran dan ejekan.

BPD yang juga dipanggil Kecelaruan personaliti tidak stabil secara emosi jenis pinggiran merupakan Kecelaruan personaliti kelompok-B di mana ciri-ciri utama ialah bentuk impulsif dan ketidakstabilan dalam hubungan dengan orang lain, dan imej diri yang ketara. Ciri-ciri ini mula kelihatan pada awal kedewasaan dan berlaku di pelbagai situasi dan konteks.

Simptom lain termasuk ketakutan ditinggalkan dan kemarahan keterlaluan dan kejengkelan kepada orang lain yang sukar memahami puncanya. Individu yang menghidapi BPD selalu melakukan pemujaan dan penghinaan terhadap orang lain, bertukar-tukar antara kekaguman keterlauan dan kekecewaan melampau. Melukai diri dan tingkah-laku membunuh diri adalah biasa.

Ok cukup untuk maklumat. Sekarang untuk aku kongsi pandangan.

Pertama sekali tentang pembuli.

Tak kiralah sama ada pembuli di alam nyata mahupun di dunia siber, sama ada secara fizikal mahupun emosi, asal namanya buli, perbuatan itu adalah salah. Tiada seorang pun dalam dunia ini yang berhak membuli orang lain, tak kira umur, gender, status, profesion dan sebagainya. Malah ada sesetengah perbuatan yang nampak macam biasa tapi sebenarnya adalah perbuatan buli seperti contoh mengejek.

Perbuatan mengejek biasa berlaku di sekolah. Kalau orang gemuk, diejek gemuk. Orang kurus, diejek tulang. Orang muka berjewarat, diejek bulan. Orang badan busuk, diejek masam. Orang takde rambut, diejek botak. Orang lelaki lembut, diejek sotong. Orang rajin, diejek poyo. Ada orang mungkin boleh menerima sebagai gurauan terutama di kalangan rakan baik, namun jika orang yang diejek itu terasa lalu menyebabkan perasaan dan emosinya down, ia sudah boleh dianggap sebagai buli.

Sama juga seperti public shaming atau memalukan orang di khalayak ramai termasuklah perbuatan troll seseorang individu itu. Tidak kiralah orang yang dibuli itu normal atau ada penyakit mental, mengaibkan individu di khalayak ramai tentang kelemahan dan keburukannya adalah sejenis buli yang biasa berlaku di alam siber, namun apa yang berlaku pembuli ini berbangga dengan perbuatannya kononnya dia telah berjaya menegakkan kebenaran lalu mendapat sokongan dari ramai orang.

Memandangkan aku dah pernah tulis banyak isu tentang buli, maka boleh rujuk sahaja artikel-artikel berikut:

Tentang isu buli ni boleh baca semula artikel-artikel ini:

Kedua adalah tentang penyakit mental.

Orang sering kaitkan asal orang ada penyakit mental sahaja dianggap gila. Gila itu memang penyakit mental, namun tak semua penyakit mental itu gila. Kecelaruan identiti itu penyakit mental, depresi atau tekanan yang melampau itu penyakit mental, ketakutan yang melampau itu penyakit mental.

Sebenarnya ramai orang yang mempunyai penyakit mental tanpa kita tahu, malah mungkin kita sendiri atau orang terdekat disekeliling kita mempunyai penyakit mental tapi kita tak pernah sedari kerana tidak pernah berjumpa pakar psikatri. Orang yang suka buli orang ini pun mungkin ada sakit mental, orang yang terlalu taksub dengan politik juga mungkin ada sejenis sakit mental, orang yang suka tulis merapu di Internet juga mungkin ada sakit mental, orang yang selalu rasa diri betul dan orang lain semua salah juga mungkin ada sakit mental.

So macam mana nak sembuhkan penyakit mental? Pergi jumpa doktor dan dapatkan nasihat daripada mereka. Cuma itulah, susah kita nak tangani orang yang ada sakit mental ini sebenarnya, kerana cara mereka berfikir tidak sama dengan orang lain. Ada orang nampak normal, tapi bila datang angin dia, tiba-tiba dia terajang orang. Ada orang nampak sihat walaupun disahkan ada penyakit mental, tiba-tiba ambil parang bunuh seluruh keluarga dia kerana dia kata ada suara halus menyuruh berbuat demikian.

Sebab itu pada aku, orang yang mempunyai penyakit mental ini perlukan pengawasan dan penjagaan dari ahli keluarga terdekat. Mereka perlukan sokongan dan bantuan daripada ibu bapa, adik beradik dan juga rakan terdekat kerana hanya mereka yang kenal dan faham akan perangainya. Di sini mereka perlu mainkan peranan.

Memperlihatkan situasi masyarakat kita lebih-lebih lagi di alam maya yang sangat toxic dan kanser ini, jangan sesekali cuba untuk mendapatkan sokongan di media sosial kerana rata-rata pasti akan judge dan memberi tohmahnan yang bukan-bukan memandangkan mereka tak kenal pun diri kita. Memang kita harapkan semua orang itu kalau boleh bersimpati dan punya empati, tapi what to expect dengan some totally random stranger di media sosial? Kalau semua orang itu baik dan berhati mulia, dunia kita dah begitu aman.

Mengharapkan seseorang berbuat sesuatu adalah suatu yang di luar kawalan kita, maka lebih baik kita mencegah dengan berbuat sesuatu yang diri kita sendiri boleh kawal. Jika kita sering kena buli di sekolah dengan seseorang, sudah pasti kita report kat cikgu dan akan mengelak daripada berjumpa dengan dia. Sama juga di Internet. Jika kita sering dibuli oleh seseorang di media sosial, boleh lapor pada SKMM dan block dia, atau berhenti seketika dari guna media sosial dan cari ketenangan.

Ini bukan kes pertama orang yang mempunyai penyakit mental menggunakan Internet dan juga kes buli di media sosial ini. Berikut adalah antara artikel yang berkaitan:

Yang pasti, orang yang membuli ini tiada kaitan pun dengan agama yang dianuti. Mungkin ada yang rasa tak guna jika seseorang itu banyak beribadah, banyak solat, rajin mengaji, rajin pergi ceramah, selalu belajar agama, tapi hati busuk suka mengutuk mengejek membuli orang lain tak guna juga. Tidak, benda itu tiada kaitan. Kalau orang itu memang orang yang beragama, hatinya pasti tidak akan busuk. Malah ada juga orang pembuli yang bukan seorang muslim yang patuh pun. Dan jika seseorang itu hati busuk pun, tidak melepaskan kewajipannya terhadap agama, mereka tetap berdosa jika tidak menunaikan ibadah yang wajib.

Lagipun kes buli ini bukan berlaku di kalangan orang Islam sahaja. Di negara maju seperti US, Jepun dan sebagainya pun berlambak kes buli sehingga menyebabkan mangsa bunuh diri atau berbuat sesuatu di luar kawalan seperti mengganas di sekolah dengan senjata api. Mereka ini bukan orang Islam pun, so tak perlu kaitkan kes buli dengan agama. Yang salah tetap salah tidak kira apa agama pun. Ia bukan tentang agama apa yang kau anuti tapi tentang kemanusiaan. Jangan kaitkan, jangan generalize, kerana ia hanya akan memberi kesan negatif terhadap agama itu sendiri.

Ketiga, bunuh diri.

Dalam Islam, bunuh diri itu termasuk dalam dosa besar dan dilarang keras. Tapi itu untuk orang Islam, jika kepada orang Islam yang tidak patuh atau orang bukan Islam, mereka pasti tidak peduli akan perkara itu.

Pengumuman bunuh diri di media sosial juga bukan perkara baru. Sebelum ini pun ramai gadis-gadis muda yang mengumumkan nak bunuh diri dan tunjuk gambar tangan ditoreh kerana berpisah dengan kekasih, dan apa yang netizen buat? Bash dan kecam mereka gila-gila. Berapa kerat sahaja yang mempertahan dan mengasihani mereka. Dan dikalangan orang yang cakap nak bunuh diri itu, tidak tahu memang akhirnya betul-betul bunuh diri atau sekadar mahukan perhatian atau simpati orang ramai.

Cuma dalam isu Arlina ini, ramai orang bangkit mempertahankan beliau memandangkan beliau seorang selebriti Internet dan juga kerana mempunyai penyakit mental. Aku harap selepas ini jika ada orang cakap nak bunuh diri, tidak kira lah siapa dan apa puncanya, kita sama-sama memujuk dan bersimpati terhadapnya, bukan menyuruhnya bunuh diri, kerana tak kira apa jua alasan, sama ada dibuli, ditinggal kekasih, bankrap, tekanan hidup dan sebagainya, bunuh diri itu bukan jalan penyelesaian segala masalah dan menjadi tanggungjawab masyarakat untuk menghalangnya.

Maka apa jalan penyelesaian untuk mencegah perbuatan bunuh diri ini? Aku pun tak tahu kerana ia sebenarnya bergantung kepada kekuatan individu itu sendiri. Jumpalah doktor dan pakar untuk mendapatkan nasihat. Ahli keluarga dan rakan terdekat perlu mainkan peranan untuk memberi sokongan, dorongan dan kekuatan kepada mangsa. Elakkan daripada menggunakan media sosial dan jauhkan diri daripada perkara yang boleh menambah stress.

Dan kepada Arlina Banana, aku tahu mungkin dia takkan baca pun blog ini, namun andai suatu hari dia terbaca, maka nasihat aku, pergilah melancong seperti mana yang anda tulis di dalam buku anda ini.


Jangan kecewakan future self anda. Jangan menambah kesedihan kepada orang yang menyayangi anda lebih-lebih lagi ahli keluarga. Orang yang kuat mengutuk anda di media sosial, anggap sahaja mereka sebagai lalat dan langau yang tiada kaitan pun dengan hidup anda. Jangan menjejaskan masa depan dan kebahagiaan anda disebabkan oleh orang yang anda tidak kenal pun.

Kalau anda bunuh diri pun, ia tidak memberi apa-apa kesan kepada mereka, kerana apa? Kerana mereka itu cuma sampah. Ya, sampah. Mereka ini takkan peduli pun pasal diri anda, sebaliknya andalah yang perlu menyayangi diri anda sendiri.

Sekian.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: arlina banana nak bunuh diri dibuli buli cyberbully selebriti instagram twitter penulis buku pojok

4 ulasan:

  1. Kicauan? Itu perkataan rasmi untuk twit ek? Br tau..

    Xperlu la serius sgt dgn lmn sosial. Nama pun dah maya. Jd bukan betul2 pn.

    Ry pn sempat lg update yer ko noob. Selamat hr ry ok, kepada noob n semua yg bc.

    BalasPadam
  2. Aduhai..apa dh jadi nii noob..? Blog dh tak semeriah dulu...baru satu komen jee..😢😂😓

    BalasPadam
    Balasan
    1. Noob duk hentam org xsedar diri. Acah2 bijak.

      Padam
  3. Jgn dilayan sgt dunia siber ni...dpt pengomen bola tanggung habis dikutuk kaw2. Sbb 2 laki leh survive bende2 mcm ni sbb ada power to ignore, do other stuff n u will feel better.

    Kita x perlu penghargaan ramai org, cukup dgn org yg kita rapat n sayang. Mcm ada satu statement mengatakan "kita ada ramai kwn dlm FB n watsapp contact, tp bila kita sakit yg dtg jumpa kita ialah org yg kita jrg contact n ambil tahu..iaitu family sendiri."

    Seriously..dunia skrg byk berlaku penyakit sosial di dunia maya....

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...