Keresahan. Kebimbangan. Kesakitan.
Kepayahan. Masalah. Tekanan.
Sindrom di atas boleh menjadi punca seseorang itu untuk mengalami depresi atau kemurungan. Ia boleh berlaku pada semua orang tanpa mengira kaum, agama, warna kulit, status, tahap pendidikan, taraf ekonomi, jenis pekerjaan dan sebagainya, termasuklah orang yang sering memberi motivasi dan menjadi inspirasi pada orang lain. Kadang-kadang luaran nampak kuat, ceria dan gembira tetapi di dalamnya sedang bertarung dan bergelut dengan raksasa yang ada dalam diri.
Pelukis: Irfan Toons.
Apa itu kemurungan?
Kemurungan ialah keadaan di mana seseorang merasa sedih, hilang harapan, tidak bersemangat, ketiadaan motivasi dan tidak berminat dengan kehidupan. Sekiranya perasaan ini hadir untuk seketika, ia mungkin sekadar ‘the blues’ sahaja. Namun apabila perasaan sebegini berpanjangan sehingga lebih daripada 2 minggu dan menganggu aktiviti harian seperti bekerja, hubungan dengan keluarga serta rakan-rakan, kemungkinan besar itu adalah kemurungan yang serius.
Tanda-tanda dan simpton kemurungan
1. Anda terasa hilang harapan dan tidak mampu ditolong. Kehidupan nampak gelap dan terasa seperti tiada apa-apa yang mampu memperbaiki situasi tersebut.
2. Hilang minat dalam melakukan aktiviti harian. Tiba-tiba hilang minat untuk melakukan hobi anda, tidak mahu bersosial, tidak berselera terhadap isteri. Senang cerita anda kehilangan perasaan mahu bergembira.
3. Tidur anda berubah. Sama ada anda tidak boleh tidur langsung atau tidur terlalu lama
4. Senang marah dan sentiasa rasa tidak senang. Mungkin anda akan akan bertindak ganas kerana tahap tolak ansur berkurangan. Semua benda/semua orang nampak seolah-olah sengaja menaikkan kemarahan anda.
5. Tidak boleh fokus dan tidak boleh mengingati sesuatu perkara
6. Tiba-tiba sering pening dan sakit-sakit di badan seperti sakit belakang, sakit perut, sakit otot dan sebagainya.
5 cara untuk mengatasi kemurungan
1. Amalkan perhubungan yang sihat. Luangkan masa dengan orang tercinta seperti isteri, anak-anak, rakan sekerja dan kawan-kawan rapat. Sentiasalah bercerita mengenai perkara yang positif bersama mereka.
2. Bersenam. Melakukan senaman selama 30 minit setiap hari akan mempunyai impak yang sangat bagus buat fizikal dan mental anda. Dengan bersenam, anda akan terasa bermotivasi dan mempunyai lebih banyak tenaga untuk mengharungi hari-hari anda. Jangan lupa untuk merancang senaman dan tidak melakukannya secara membabi buta.
3. Berfikir secara positif. Menjadi seorang ‘positive thinker’ adalah salah satu cara yang sangat berkesan untuk mengatasi kemurungan. Buangkan rasa negatif, tiada harapan dan kebosanan dalam hidup anda. Cari sekurang-kurangnya 5 perkara yang membuatkan anda rasa gembira untuk hidup hari ini.
4. Amalkan diet yang seimbang. Kalau terlebih makan atau terkurang makan, ia pasti memberikan impak yang negative kepada badan dan cara pemikiran kita. Apa kata cuba cari makanan yang seimbang buat anda. Jangan terlalu gilakan badan yang kurus melengkung seperti model kerana ia akan membuatkan anda stress dan tidak bertenaga.
5. Tingkatkan penampilan anda. Sekiranya anda mengambil berat mengenai cara pemakaian dan penampilan anda setiap hari, pasti anda akan merasa lebih gembira dengan diri sendiri. Sekali sekala apa salahnya berbelanja untuk kelihatan lebih tampan dan cantik. Ia pasti akan membuatkan anda lebih yakin untuk tampil di khalayak ramai.
Sumber artikel.
Maka jika anda mengalami kemurungan, tak kira siapa pun anda, dapatkan bantuan. Cari orang yang boleh anda kongsikan perasaan anda. Boleh juga berjumpa dengan kaunselor atau pakar psikiatri di hospital untuk dapatkan bantuan dan khidmat nasihat. Kemurungan ini ada kaitan dengan penyakit dan kesihatan mental, jangan sampai akhirnya kegelapan menguasai diri anda sehingga akhirnya mengambil jalan yang menyayat hati.
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.
tags: kemurungan depresi depression kartun komik sedih luaran dalaman nampak beza
Ada antara kita yang menganggap orang yang depress ni sebagai lemah, pengecut dan tidak bermotivasi..
BalasPadamTapi sebenarnya kalau kita ditempat mereka, kita pun akan buat benda yang sama.. Mereka yang mengalami kemurungan ni, orang tak dapat lihat seperti sakit2 yang lain seperti darah tinggi atau kencing manis sebab ia tidak berlaku di minda pesakit..
Yang masalahnya juga kadang2 orang yang stress sering tersalah ertikan sebagai kemurungan kerana stress dan kemurungan adalah perkara yang berbeza
kemurungan.. em.. kenapa tak boleh control eh benda tu ? carik jek la benda yang kita happy nak buat.. terisi sket masa lapang.. kenapa nak buat benda yang buat kita rasa tak best ? hahahah~ macam2 berlegar kat otak ni.. tetiba macam terkena buasir plak..
BalasPadamBelajar ilmu Tauhid yang sejati. Mendalami Al-Qur'an dan beramal dengan Sunnah Nabi. Fahami makna kehidupan. Belajar erti Syukur, Ikhlas, Redha. Nikmati setiap detik kehidupan. Inilah ubat kemurungan.
BalasPadam