Jumaat, 21 Julai 2017

4 Legasi Linkin Park dan kematian vokalis utamanya

Linkin Park dan kematian vokalisnya Chester Bennington.

Walaupun aku bukanlah peminat setia Linkin Park, tetapi aku membesar dengan lagu-lagunya terutama ketika aku masih belajar di universiti sekitar awal tahun 2000 dahulu terutama dari 2 album pertama mereka iaitu Hybrid Theory dan Meteora. Lagu-lagu seperti "Crawling", "One Step Closer", "Papercut", "In The End", "Somewhere I Belong", "Faint", "Numb", "Breaking The Habit" dan beberapa lagi aku masih boleh ingat melodi dan rentaknya walaupun aku tak dengar lagu-lagu itu dalam suatu tempoh yang agak lama.


Kumpulan mereka boleh dianggap sebagai lagenda dan pencetus revolusi muzik yang menggabungkan elemen Hip Hop, Rock dan Elektronik dalam lagu mereka, sesuatu yang agak baru dalam industri muzik ketika itu. Gabungan vokal Chester Bennington dan rap Mike Shinoda serta muzik yang catchy membuatkan lagu mereka meletup-letup seluruh dunia.

Bukan sekadar lagu, mereka turut menjadi pencetus dalam menghasilkan video muzik yang menampilkan elemen visual, animasi dan CGI, malah video muzik bagi lagu "In The End" telah berjaya memperoleh Anugerah MTV pada tahun 2002. Lagu-lagu mereka juga pernah beberapa kali digunakan dalam filem-filem Transformers.


17 tahun selepas kemunculan album pertama mereka, Chester Bennington, umur 41 yang juga merupakan vokalis mereka disahkan meninggal dunia akibat membunuh diri di tali gantung pada 20 Julai 2017 jam 9 pagi waktu US. Kematiannya mengejutkan seluruh dunia terutama mereka yang membesar dengan lagu-lagu Linkin Park. Punca beliau mengambil keputusan mengakhiri riwayat sendiri di tali gantung belum diketahui, namun sepanjang hidupnya dia memang pernah melalui banyak fasa tekanan dan kemurungan.

Pengalamannya ketika kecil tidaklah begitu menggembirakan. Dia pernah mengalami penderaan dan pencabulan seksual dari orang lelaki yang lebih dewasa sejak umurnya 7 tahun lagi sehinggalah umurnya 13 tahun. Ibu bapanya bercerai ketika dia berusia 11 tahun. Dia juga sering dibuli ketika di sekolah tinggi malah turut melibatkan diri dengan penyalahgunaan dadah dan ketagihan alkohol yang kronik. Untuk mengatasi tekanan dan kemurungan itu dia mencari ketenangan melalui lukisan dan penulisan puisi dan lagu. Dalam satu temuramah dia yang baru juga, dia menyatakan yang dia pernah sampai satu tahap berputus asa dan mahu tinggalkan dunia buat selama-lamanya.

Walaupun aku taklah fanatik sangat pada Linkin Park, tetapi aku masih ikuti sedikit sebanyak perkembangan mereka di Internet dan Youtube. Walaupun peminat lama sudah melupakan Linkin Park terutama setelah mereka menukar haluan dan gaya muzik mereka dari Nu Metal kepada Rock bermula album ketiga mereka "Minutes To Midnight" dan kemudian ke arah yang lebih pop dan elektronik dalam album ke-7 yang juga yang terkini (dan mungkin juga yang terakhir) iaitu "One More Light", aku masihlah juga dengar-dengar sikit lagu baru mereka.

Yang aku perasan, lagu-lagu mereka memang banyak menceritakan tentang tekanan, kemurungan, depresi, kekecewaan, trauma, kemarahan, kesedihan, ketakutan, pengalaman buruk, kematian, politik, motivasi dan harapan. Seperti contoh lagu "Crawling" adalah tentang peristiwa hitam yang dilalui Chester ketika zaman kanak-kanaknya.

Antara lagu-lagu Linkin Park yang mempunyai lirik yang gelap:
It's like I'm paranoid lookin' over my back
It's like a whirlwind inside of my head
It's like I can't stop what I'm hearing within
It's like the face inside is right beneath my skin
Everything you say to me
Takes me one step closer to the edge
And I'm about to break 
Don’t stay
Forget our memories
Forget our possibilities
What you were changing me into
Just give me myself back and
Don’t stay
Take everything from the inside and throw it all away
'Cause I swear for the last time I won’t trust myself with you
I've become so numb, I can't feel you there,
Become so tired, so much more aware
I'm becoming this, all I want to do
Is be more like me and be less like you.
- Numb

Antara lagu yang mempunyai lirik harapan dan motivasi:
I tried so hard
And got so far
But in the end
It doesn't even matter
I had to fall
To lose it all
But in the end
It doesn't even matter
I wanna heal, I wanna feel what I thought was never real
I wanna let go of the pain I’ve felt so long
(Erase all the pain till it’s gone)
I wanna heal, I wanna feel like I’m close to something real
I wanna find something I’ve wanted all along
Somewhere I belong
Do you feel cold and lost in desperation?
You build up hope, but failure’s all you’ve known
Remember all the sadness and frustration
And let it go. Let it go
I hear my battle symphony
All the world in front of me
If my armor breaks
I'll fuse it back together
Battle symphony
Please just don't give up on me
And my eyes are wide awake

Aku bukanlah nak buat teori konspirasi ke apa, tetapi rasanya memang Chester dah lama merancang untuk membunuh diri akibat segala tekanan yang dialaminya, lebih-lebih selepas rakan rockstar baiknya yang juga vokalis kumpulan Soundgarden dan Audioslave iaitu Chris Cornell membunuh diri dengan cara yang sama pada 2 bulan lepas memberi kesan yang lebih mendalam terhadap dirinya. Dan Chester pula, membunuh diri jatuh tepat pada hari lahir kawan baiknya itu yang 53 iaitu pada 20 Julai 2017. Malah pada hari itu juga keluarnya muzik terbaru Linkin Park di Youtube yang bertajuk "Talking To Myself".


Dan jika dilihat pada album terakhir mereka iaitu "One More Light", banyak lagu yang berkaitan dengan tekanan yang dialami Chester seperti dalam bait-bait lirik lagu "Heavy" yang menggambarkan begitu berat beban yang dibawanya serta keupayaannya untuk bertahan, dan juga lagu "Nobody Can Save Me" yang menggambarkan betapa dia sudah berputus asa dan tiada orang lagi yang mampu menyelamatkannya.
I'm holding on
Why is everything so heavy?
Holding on
To so much more than I can carry
I keep dragging around what's bringing me down
If I just let go, I'd be set free
Holding on
Why is everything so heavy?
I wanna fall wide awake
Watch the ground giving way now
You tell me it's alright
Tell me I'm forgiven, tonight
But nobody can save me now
I'm holding up a light
I'm chasing up the darkness inside
'Cause nobody can save me


Dan lagu-lagu dengan judul seperti "One More Light", "Sorry For Now" dan "Good Goodbye" yang mempunyai lirik agak berat dan sedih seolah-olah memberi mesej yang dia mahu meninggalkan dunia buat selama-lamanya dan ini adalah lagu-lagunya yang terakhir.

Kebetulan?

Selain dari masalah yang dihadapi olehnya sejak dari kecil, kumpulan Linkin Park sebenarnya menghadapi tekanan yang besar dari peminat. Sebagai sebuah kumpulan muzik lagenda yang menjadi terkenal dengan lagu-lagu bergenre Hip-hop Rock/Nu Metal, menukar haluan dan gaya muzik bukanlah satu hal yang mudah.

Ramai peminat lama tidak dapat menerima perubahan muzik mereka dan mahu mereka terus kekal dengan genre asal mereka, mengakibatkan mereka sering dikutuk, dikecam dan dicemuh oleh peminat mereka sendiri. Sewaktu membuat persembahan langsung material terbaru mereka pun ada peminat yang melaung boo pada mereka dan membaling objek ke atas pentas. Malah sampai satu tahap, Chester pernah memarahi peminatnya kerana sering menekan mereka untuk mengekalkan genre lama mereka. Mungkin perubahan genre mereka tidak kena dengan citarasa sesetengah peminat mereka, tetapi mereka tidak layak juga dilayan seperti sampah.

Sebagai seorang pengkarya dan penggiat seni, mereka mahu kebebasan dan sentiasa mahu mencuba sesuatu yang baru dan lain. Malah kita sendiri pun minat dan kecenderungan pasti akan berubah seiring dengan masa, apatah lagi mereka. Mahu membuat sesuatu yang lain dalam pada yang sama memenuhi jangkaan peminat adalah suatu yang amat memberi tekanan.

Namun apabila mereka mahu berubah dan cuba buat sesuatu yang lain, mereka dimarahi dan dicemuh pula oleh peminat yang terlalu demanding dan tidak boleh menerima perubahan mereka, seolah-olah peminat memiliki mereka, peminat yang menentukan hala tuju mereka dan mereka sentiasa harus ikut dan tunduk pada kemahuan peminat. Hal ini aku pernah tulis di artikel ini - "Minat dan kecenderungan berubah seiring masa".

Aku tidak tahu sama ada ia ada kaitan dengan kematian Chester tapi aku yakin sedikit sebanyak ia menambah lagi tekanan dalam dirinya yang membuatkan dia semakin cenderung untuk menamatkan riwayatnya sendiri mengikut jejak langkah rockstar lain yang terlebih dahulu membunuh diri seperti Kurt Cobain dan Chris Cornell.

Kalau tengok di video-video Linkin Park di Youtube, ramai peminat meninggalkan komen menyatakan kesedihan dan kekesalan mereka, cuma itulah manusia, waktu orang itu hidup ramai yang mengutuk, mencemuh dan mengabaikan perasaannya, bila orang dah tiada barulah sibuk nak memperingati dan menghargai serta beritahu betapa sayangnya mereka pada orang itu.

Maka apa akan jadi dengan Linkin Park selepas ini? Minggu depan dijadualkan bermulanya "One More Light World Tour", tapi dengan ketiadaan Chester mungkin siri jelajah konsert ini akan dibatalkan.

Bagi aku suara seseorang vokalis adalah imej bagi sesebuah band muzik. Sebuah band muzik boleh menukar pemain gitar, bass atau drummer mereka dan terus kekal dengan nama band mereka, namun sukar untuk mengekalkan imej band jika vokalisnya bertukar. Yang menjadikan Linkin Park itu Linkin Park adalah suara Chester Bennington dan Mike Shinoda. Mungkin mereka boleh menggantikan tempat Chester dengan penyanyi lain, namun Linkin Park yang wujud itu bukanlah Linkin Park lagi. Kerana itu Dave Grohl, drummer Nirvana membentuk band lain iaitu Foo Fighter setelah Kurt Kobain mati kerana tanpa Kurt Kobain tiadalah Nirvana.

Maka begitulah juga dengan Linkin Park. Mungkin ini adalah pengakhiran bagi band ini. Namun jika Linkin Park dibubarkan sekali pun, legasi dan lagu-lagunya akan terus hidup di hati dan memori ramai orang.
When my time comes
Forget the wrong that I've done
Help me leave behind some
Reasons to be missed
Don't resent me
And when you're feeling empty
Keep me in your memory
Leave out all the rest

Sumber: Wikipedia Linkin Park, Wikipedia Chester Bennington, Youtube dan lain-lain.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: vokalis linkin park frontman chester bennington bunuh diri commit suicide hanging tali gantung 

4 ulasan:

  1. :( nak doa kan dia bukan islam... lagu band ni la buat aku first time beli album orang putih diorang :(

    BalasPadam
  2. Masa tu masih ada kaset lah kan?

    BalasPadam
  3. Kesian + sedih.
    Hidup dalam dunia glamor dan menjadi pujaan satu dunia tapi tak semestinya bahagia huhuhu...

    BalasPadam
  4. Tentang tukar genre, Air Supply (2 orang atuk umur 60-an yang nyanyi lagu 'Goodbye' dan 'all out of love') pun tukar genre selepas 40 tahun daripada slow rock ke disco. Tapi serius, lagu Air supply yang lama jugak yang sedaaaaaaap didengar.

    Sedih juga bila dengar Chester bunuh diri. Tapi sesetengah lagu Linkin Park memang ada berbaur bunuh diri. Lagu Numb tu memang bayangan orang yang murung, tak ada perasaan dan fokusnya bunuh diri memanjang.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.