Manusia itu hidup berpuak-puak. Setiap manusia ada kumpulan puak mereka sendiri.
Kalau kumpulan seperti rumah sukan, parti politik, kelab hobi dan
lain-lain itu memang kita sendiri yang pilih untuk menjadi sebahagian
daripada mereka, namun ada kumpulan yang kadangkala bukan kita memilih pun untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan tersebut malah kita menjadi salah seorang dari kumpulan tersebut secara tidak langsung sama ada mahu atau tidak.
Antaranya kumpulan mengikut jantina seperti lelaki dan perempuan, kumpulan mengikut negeri kelahiran, kumpulan mengikut kaum, kumpulan mengikut agama, kumpulan mengikut negara, kumpulan mengikut keturunan dan tali kekeluargaan dan sebagainya.
Maka apa jadi apabila manusia menjadi sebahagian daripada suatu kumpulan? Ada yang akan cenderung untuk menjadi terlalu taksub dan fanatik kepada kumpulan mereka sendiri.
Yang lelaki ada yang cenderung menghentam orang perempuan dan mempertahankan orang lelaki walau dia yang melakukan kesalahan.
Yang perempuan ada yang cenderung menghentam orang lelaki dan
mempertahankan orang perempuan walau dia yang melakukan kesalahan.
Yang Melayu ada yang cenderung mengecam kaum Cina dan
mempertahankan orang Melayu walau dia yang melakukan kesalahan.
Yang Cina ada yang cenderung mengecam kaum Melayu dan
mempertahankan orang Cina walau dia yang melakukan kesalahan.
Yang penganut agama Islam ada yang cenderung menghentam penganut agama Kristian dan
mempertahankan orang Islam walau dia yang melakukan kesalahan.
Yang penganut agama Kristian ada yang cenderung menghentam penganut agama Islam dan
mempertahankan orang Kristian walau dia yang melakukan kesalahan.
Yang peminat bola sepak negeri ada yang cenderung menghentam pihak lawan dan mempertahankan puak mereka sendiri walau orang dia yang melakukan kesalahan.
Yang peminat artis ada yang cenderung menghentam artis lain dan mempertahankan artis kesayangan mereka sendiri walau idola mereka yang melakukan kesalahan.
Yang ibu bapa ada yang cenderung untuk mengecam orang lain dan mempertahankan anaknya walau anaknya yang nakal dan melakukan kesalahan.
Yang si suami ada yang akan cenderung mengecam orang lain dan mempertahankan isterinya walau isterinya yang melakukan kesalahan terhadap orang lain.
Dan begitulah seterus-seterusnya hal yang biasa berlaku bila kita hidup berpuak-puak.
Kita susah nak ubah mentaliti untuk meletakkan suatu kesalahan itu di bahu seseorang individu atau pelaku kesalahan itu, bukan diletakkan pada keseluruhan kumpulan yang diwakili pelaku itu. Kita juga susah nak ubah mentaliti yang kumpulan yang kita wakili itu pasti betul dan yang berlawanan itu pasti salah.
Seperti contoh isu model wanita iklan Shell yang gambar iklannya dibuat aksi tidak senonoh oleh sebahagian lelaki bodoh. Ada orang lelaki yang menyalahkan model perempuan tersebut, dan ada juga orang perempuan yang menghentam semua lelaki sama lucah sedangkan yang melakukan perbuatan bodoh itu mungkin hanya 1 dalam 100 ribu orang lelaki di Malaysia.
Begitu juga apabila ada orang perempuan yang memberi komen gedik di Instagram seorang artis lelaki yang bergambar tidak memakai baju, ada lelaki yang terus mengecam dan menghina orang perempuan seperti ibunya bukan orang perempuan.
Apatah lagi apabila melibatkan ahli keluarga. Seorang pelajar membuli murid lain di sekolah. Sudah terang-terang pelajar itu yang salah, tetapi ibu bapa dan ahli keluarganya tetap mempertahankan pembuli tersebut dan mengecam pula orang lain yang menghentam perbuatan anaknya.
Kalau suami isteri lagilah, seolah-olah pasangan mereka je yang maksum bila berlaku apa-apa perbalahan atau pergaduhan. Apabila sang isteri membuat silap memaki hamun orang, si suami tanpa fikir panjang akan terus mempertahankan perbuatan isterinya dan turut memaki hamun orang yang berbalah dengan isterinya tanpa menilai dulu siapa salah siapa betul.
Jarang kita lihat bila ada suatu kesalahan yang dilakukan oleh seseorang individu, orang lain yang sekumpulan, sepuak atau sekeluarga dengannya menurunkan ego mereka dengan mengakui kesilapan orang itu dan meminta maaf atas pihaknya. Ini bila timbul suatu isu habis terus bertekak memihak dan mempertahankan puak masing-masing memang sampai bila-bila la asyik bergaduh je.
Bila kita boleh menilai dan menghukum seseorang berdasarkan perbuatannya, bukan semata-mata hanya kerana kumpulan atau puak yang diwakilinya?
Baca juga artikel berkaitan:
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir
Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di
sini - https://goo.gl/xGAx3o.
tags: cenderung memihak pertahan puak kumpulan sendiri walaupun salah silap ego maaf
Ahad, 9 Julai 2017
2 ulasan:
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Ini semua hentam punya salah.. kalu buat x port je kan senang.
BalasPadamWoww..dh setahun posting nii..
BalasPadam