Iklan Leaderboard

Selasa, 10 April 2018

6 Kempen undi rosak yang bodoh lagi sia-sia

Tarikh mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-14 akan diumumkan hari ini. Sebelum ini ada sebilangan orang yang buat kempen #undirosak, konon nak protes pilihan raya dengan sengaja buat undi rosak. Bagi aku kempen macam ni satu hal yang paling sia-sia pernah aku dengar. Nampak macam kempen yang idealistik tapi sebenarnya langsung tak ideal apatah lagi tersasar dari dunia realistik.


Daripada kau datang jauh-jauh perabih minyak, beratur sikit punya panjang, dengan panas teriknya lagi, semata-mata nak buat undi rosak, lebih baik kau rosakkan undi dengan tido je kat rumah tak payah pergi mengundi. Buang duit, masa dan tenaga macam orang bodoh. Macam perangai budak-budak yang suka buat kacau masa orang lain tengah melakukan sesuatu hal yang penting dan serius.

Sengaja buat undi rosak ni ibarat kau ambik SPM tapi tak jawab dan conteng kertas jawapan acah-acah nak protes sistem pendidikan. Ibarat kau pergi stadium bola sepak tapi bukan nak sokong mana-mana pasukan tapi sekadar nak bakar kerusi stadium konon-konon nak protes FAM. Ibarat masuk McDonalds beratur panjang-panjang tapi bukan nak beli makan tapi pergi muntah depan kaunter. Ibarat seorang lelaki yang bersusah payah habis duit, masa dan tenaga nak tekel seorang awek tapi tak nak kahwin pun dengan dia.


Hal yang takkan mendatangkan apa-apa perubahan dan kesan pun malah hanya perbuatan yang sia-sia, tiada faedah dan takkan menyelesaikan apa-apa masalah. Malah langsung tak menguntungkan siapa-siapa termasuk pelaku yang melakukan undi rosak. Paling tidak pun rasa bangga dan puas syok sendiri lepas tu tersenyum sorang-sorang.

Sebab akhirnya undi rosak kau tu pun hanya akan dibakul sampahkan, tak memberi kesan menang atau kalah pada sesiapa, paling tidak pun sekadar masuk dalam statistik yang orang takkan kenang pun. Tapi dia punya sembang macam dah bagi sumbangan besar pada sistem demokrasi negara.


Malah kalau ada 90% undi rosak pun, atau 90% orang tak keluar mengundi sekalipun, ia takkan mengubah apa-apa kerana hanya 10% undi yang bermakna dan diambil kira. Mungkin la boleh cipta retorik rakyat hilang kepercayaan kepada sistem demokrasi, sistem pilihan raya, bla bla bla, tapi masih tak memberi kesan kepada pemenang nanti pun.

Ia takkan memberi apa-apa kesan dan pengaruh pun kepada segala dasar yang akan dilaksanakan oleh parti pemerintah nanti. Retorik akan kekal sebagai retorik sahaja, sekadar kekal dalam lipatan sejarah yang bakal dilupakan kerana apa yang orang akan ingat hanya siapa yang menang dan siapa yang kalah.

Orang yang buat undi rosak ni dia punya level sebenarnya sama je dengan orang yang layak mengundi tak daftar mengundi tapi dia punya sembang kalah ahli politik.

Nak buang duit, masa dan tenaga buat undi rosak? Silakan, hak masing-masing.
Tak nak pergi mengundi? Silakan, hak masing-masing.

Tapi usah bicara tentang hal perjuangan, hal reformasi, hal transformasi, hal perubahan.
Kau tak layak untuk protes, merungut, mengecam dan mengkritik. Kau duduk diam-diam, terima dan hadap sahaja apa yang keputusan, dasar dan tindakan yang parti pemerintah bakal laksanakan kelak.

Sebab apa?

Sebab kau sendiri tiada apa sumbangan pun hatta sumbangan kecil dalam menentukan hala tuju negara kau. Kau tidak mencuba atau berusaha pun untuk bagi sedikit sumbangan dalam membuat perjuangan dan perubahan, atau sekadar membuat kacau dan protes yang tidak bermakna pun ketika orang lain begitu sibuk dan serius dengan perjuangan masing-masing.

Bak kata penulis novel Ender's Game iaitu Orson Scott Card:
“If you try and lose then it isn't your fault. But if you don't try and we lose, then it's all your fault.”

Lain-lain artikel berkaitan:


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: kempen undi rosak #undirosak bodoh sia-sia tak untung

6 ulasan:

  1. adakah noob menghalang kebebasan demokrasi? walaupon nampak bodoh undi rosak.. apakah hak kita menghina..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ingat saudara/¡..belom tentu ko hidup lagii 5tahun akn dtg..jadii gunakn kesempatan yg ada utk tentukn berbakti pada negara melalui undi..walaupun calon pilihan anda kalah sekurang2nya anda dh jalan kn tanggungjawab sebagaii warganegara...🙇🌜🌛⬅harapan..😀😁😂

      Padam
    2. bukan menghalang kebebasan demokrasi whatsoever. kan dah cakap nak buat tu buat la hak masing-masing, tapi pada pandangan aku masih kerja sia-sia. macam aku tulis tu la, ibarat ambik SPM tapi tak jawab dan conteng kertas jawapan acah-acah nak protes sistem pendidikan. nak buat itu pun hak masing-masing, tapi tetap kerja sia-sia dan bodohlah.

      Padam
  2. undi rosak = nothing.
    baik tak payah datang undi sebab tak affect apa2 pun.
    macam pergi sekolah tapi tak belajar apa2. sekian.

    BalasPadam
  3. nak bisjut?

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...