Malah ia turut disebut dalam Al-Quran melalui ayat-ayat berikut:
Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan. (Al-Baqarah 2:271)
Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita. (Al-Baqarah 2:274)
Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat; (Ar-Ra'd 13:22)
Katakanlah kepada hamba-hambaKu yang beriman hendaklah mereka mendirikan sembahyang dan mendermakan dari apa yang kami kurniakan kepada mereka, sama ada dengan merahsiakan pemberiannya itu atau dengan terbuka; sebelum datangnya hari yang tidak ada jual beli padanya, dan tidak ada sahabat handai (yang dapat memberikan pertolongan). (Ibrahim 14:31)
Allah memberikan satu misal perbandingan: Seorang hamba abdi yang menjadi milik orang, yang tidak berkuasa melakukan dengan bebasnya sesuatupun; dan seorang lagi (yang merdeka) yang Kami kurniakan kepadanya pemberian yang baik (harta kekayaan) dari Kami, maka dia pun membelanjakan hartanya dengan bebasnya, sama ada secara bersembunyi atau terbuka, adakah kedua orang itu sama? Segala puji tertentu bagi Allah (dan Allah jualah yang berhak disembah), tetapi kebanyakan mereka (yang musyrik) tidak mengetahui (hakikat tauhid itu). (Al-Nahl 16:75)
Kita dari dulu lagi mungkin agak skeptikal dan sering bersangka buruk terhadap orang yang memberi sedekah dan derma secara terbuka dengan mengatakan orang itu poyo, saja nak menunjuk-nunjuk, berlagak dan sebagainya, namun berdasarkan ayat-ayat di atas, walaupun kita lebih dianjurkan untuk menyembunyikan sedekah terutama kepada fakir miskin, ia menunjukkan bahawa tidak salah untuk memberi sedekah dan derma secara terang dan terbuka.
Zaman sekarang nak bersedekah sangat mudah melalui pelbagai cara. Orang yang bersedekah secara sembunyi ini biasanya adalah apabila si penerima tidak tahu pun orang yang memberi sedekah kepadanya, seperti contoh sedekah melalui tabung masjid, tabung anak yatim, tabung kutipan derma dan sumbangan kemanusiaan, sama ada secara tunai atau terus ke akaun tabung secara online, orang yang menderma atas nama Hamba Allah dan sebagainya.
Bersedekah secara terang-terangan dan terbuka ini pula biasanya apabila si penerima mengetahui siapa yang memberi sedekah kepadanya, atau orang lain turut tahu siapa pemberi sedekah, seperti contoh seseorang memberi sedekah kepada kawannya yang sedang dalam kesusahan, seorang dermawan bertemu sendiri orang fakir untuk memberikan sumbangan secara terus, seorang ahli perniagaan menyerahkan sumbangan terus kepada guru besar sekolah dalam sebuah acara, si pemberi sedekah memaklumkan nama dan nilai sedekah yang dibuat atas keperluan audit kewangan dan lain-lain lagi.
Antara hikmah bersedekah secara terbuka adalah agar ia turut menjadi contoh dan tauladan kepada orang lain agar turut sama membuat amal jariah, serta untuk mengajak orang ramai dan masyarakat agar turut sama menyertai aktiviti kebajikan yang dianjurkan. Seperti contoh seseorang yang ingin membuat sumbangan beg sekolah kepada para pelajar miskin di sekolah namun tidak cukup dana, maka dia menyeru dan mewar-warkan program amal tersebut agar orang ramai dapat turut sama memberikan sumbangan dan bantuan kewangan supaya program itu dapat dijayakan.
Buat amal kebaikan ini tak kiralah secara tersembunyi atau terang-terangan, kerana yang penting adalah keikhlasan, dapat dilakukan secara berterusan serta tidak mengharapkan apa-apa balasan dan pengiktirafan manusia.
Namun pada hari ini, kita dapat lihat ramai yang melakukan amal kebaikan yang amat luar biasa secara bermusim hanya semata-mata kerana mahu mengharapkan suatu balasan, seperti yang kita biasa lihat dalam musim-musim pilihan raya. Masa itulah kita nampak orang yang selama ini duduk di kerusi empuk di pejabat yang sangat gah, yang menaiki kereta mewah dipandu pemandu peribadi, yang sentiasa dijaga dan dikawal oleh pengawal peribadi, sanggup mengotorkan seluar dan kasut masuk ke parit dan bendang mengaut sampah, sanggup masuk ke kampung menyuapkan nasi ke mulut orang tua dan sebagainya.
Begitu juga dengan orang yang suka humblebrag, iaitu orang yang merendah diri untuk bercakap besar kerana mahu rasa dikagumi dan dilihat mulia pada pandangan mata orang lain. Memang kita boleh menampakkan amal kebaikan yang kita lakukan, tapi itu bukan bermaksud kita perlu mencanang dan menjaja satu dunia untuk beritahu tentang amalan yang kita dah buat, beritahu betapa mulianya diri kita, beritahu betapa rendah dirinya kita. Itu bukannya melakukan kebaikan secara terbuka, itu namanya menunjuk-nunjuk, atau show off.
Nak bersedekah secara terang-terangan, biar orang lain nampak melalui mata mereka sendiri segala jenis kebaikan yang kau dah buat, bukannya cerita itu keluar sendiri dari mulut kau secara humblebrag seperti "Kau tahu, semalam aku dah sedekah RM50 kat tabung masjid", "Eh, kau belum bagi lagi bagi derma kat tabung Palestin? Aku dah derma RM100 kot", "Aku ni sebenarnya takde duit sangat tapi aku sanggup puasa hari ni sebab dah sedekah duit aku tadi" atau "Aku ni takdelah pemurah sangat, tapi orang lain ada la cakap aku pemurah sebab aku selalu tolong orang miskin".
Baca juga lain-lain artikel berkaitan:
- Berharta tetapi sentiasa tidak merasa cukup
- Memberi bantuan adalah kemahuan bukan kemampuan
- Masjid nilai berjuta sedang asnaf di depan mata
- Sediakan bekalan sendiri selagi masih ada peluang
- Masalah pembayar, pengutip dan penerima zakat
- Terperangkap antara budaya, kepercayaan dan agama
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.
tags: amal amalan kebaikan kebajikan sedekah sedeqah shodaqoh jariah sumbangan derma mana lebih utama secara sembunyi tersembunyi sulit rahsia atau terbuka terang-terangan bermusim humblebrag
live feed sedeqah
BalasPadamnak bisjut?
BalasPadam