Sebabnya bukanlah kerana BN semakin kuat, sebaliknya kerana parti lawan BN semakin lemah. Kalau kita tengok sejarah, parti lawan BN menjadi kuat ketika strategi mereka bersatu di bawah satu payung agar pertembungan pilihanraya hanya 1 lawan 1.
Sumber gambar.
Tapi bila parti lawan BN ni sekarang dah jadi dua, satu Pakatan Harapan (PKR, DAP, PAN, PPBM) dan satu lagi Gagasan Sejahtera (PAS, IKATAN, BERJASA), maka pertembungan 3 penjuru akan berlaku. Dan mengikut juga sejarah-sejarah lama, bila berlaku pertembungan 3 penjuru, biasanya undian akan memihak kepada BN.
Kalau sebelum ini ketika semua parti lawan BN di bawah Pakatan Rakyat, mereka mendapat undian dari penyokong parti dan juga golongan ABU/ABBN (Asal Bukan UMNO/BN) yang hanya akan undi siapa-siapa sahaja dari parti lawan BN, sebab tu undian mereka banyak kerana mereka mempunyai hanya 1 tujuan dan matlamat yang sama.
Tapi sekarang undi mereka dah berpecah kepada PH dan GS. Geng-geng ABU/ABBN pula mereka memang tak nak undi BN, tapi mereka berbelah bagi nak bagi undi kat PH ke GS. Last-last undian mereka tak fokus dan terpecah juga, atau paling tidak pun langsung tak mengundi. Tu yang keluar kempen undi rosak bagai sebab nak protes.
Matematiknya mudah, kita ambil contoh PRU-13. Jumlah undi popular untuk BN adalah 47.38% manakala PR sebanyak 50.87%. Sekarang PR dah berpecah kepada 2. Andaikan undian mereka terpecah sama rata, maka undian PH dan GS masing-masing dapat lebih kurang 25%.
Berdasarkan analisa ini, andai kata kalau undian BN tak bertambah atau berkurang pun, mereka akan menang besar sebab masih ada 47% undian berbanding PH (25%) dan GS (25%), atau mungkin PH (35%) dan GS (15%), atau mungkin PH (15%) dan GS (35%), namun pecahan ini masih tak cukup untuk mengalahkan BN.
So korang pun hadaplah lagi kerajaan BN dan PM Najib untuk 5 tahun lagi ye.
Lain-lain artikel berkaitan:
- Ringkasan Manifesto Barisan Nasional PRU-14
- Ringkasan Manifesto Pakatan Harapan PRU-14
- Ringkasan Manifesto Gagasan Sejahtera PRU-14
- Kempen undi rosak yang bodoh lagi sia-sia
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.
tags: mengapa bagaimana najib bn pm boleh bakal menang besar majoriti pilihanraya pru 14 pru14
nak bisjut?
BalasPadamdan akhirnya analisis anda tidak berjaya~ tahniah syukur sgt2 leps 2 minggu ni mcm2 jadi smpi jadi minat pulak ak nak tengok setiap kementerian especially mat sabu tu hahaha
BalasPadam