Ahad, 8 April 2018

1 Ringkasan Manifesto Barisan Nasional PRU-14

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak malam semalam telah mengumumkan manifesto BN sempena pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang bertemakan "Bersama BN, Hebatkan Negaraku". Pengumuman yang dibuat di Stadium Bukit Jalil itu menyaksikan beberapa cadangan baru, selain penerusan rancangan-rancangan kerajaan sebelum ini.


Berikut merupakan sorotan, intipati dan ringkasan kandungan manifesto setebal 220 muka surat itu mengikut beberapa kategori:

Kos sara hidup
  • Gaji minima ditingkatkan kepada RM1,500 dalam lima tahun
  • Pas pengangkutan awam tanpa had untuk pelajar, belia bekerja, warga emas dan OKU sebanyak RM50-RM150
  • Memperkenalkan kadar dividen berperingkat untuk unit PNB, Tabung Haji, LTAT, dll (kecuali KWSP) agar agihan lebih adil
  • Menurunkan had kadar faedah dan caj lewat bayar kad kredit
  • Mengurangkan kos langganan jalur lebar 50% dan gandakan kelajuan
  • Meningkatkan bantuan musim tengkujuh untuk pekebun kecil getah
  • Meminimakan pembabitan orang tengah dalam hasil tani dan perikanan
  • Memperluaskan dana Skim Bantaun Tani dan penanaman semula untuk pekebun kecil kelapa sawit, getah, koko dan kenaf
  • RM222 juta bantuan khas untuk peneroka Felcra, Kesedar dan Ketengah
     
Kebajikan
  • BR1M berlandaskan perilaku penerima seperti penglibatan dalam latihan kemahiran dan memastikan anak diimunisasikan
  • Bantuan 'one-off' RM1,500 kepada anak penerima BR1M yang masuk universiti
  • Menaikkan geran sepadan untuk Skim Simpanan Pendidikan 1Malaysain (SSPN) kepada RM1,000
  • Meningkatkan bantuan RM500 untuk bayi baru lahir di bawah program ADAM50
  • Tujuh hari cuti tahunan bagi golongan ibu untuk menjaga anak-anak yang sakit
     
Felda
  • Insentif RM5,000 untuk setiap peneroka Felda
  • Geran tanam semula RM7,500/hektar untuk peneroka Felda
  • Melupuskan hutang pembelian saham FGV untuk peneroka Felda
  • RM300 juta untuk perlupusan hutang luar biasa untuk peneroka Felda
  • RM300 juta untuk mewujudkan komuniti pintar dan eknomi setempat di bawah Felda 2.0.

Cukai
  • Menyemak semula kadar cukai pendapatan individu dan korporat
  • Melanjutkan tempoh pengecualian cukai untuk pemulihan projek perumahan terbengkalai
  • Kadar pelepasan cukai pendapatan untuk kos perubatan ibu bapa dinaikkan dari RM5,000 keapda RM10,000
  • Pengecualian cukai bagi pendapatan dari penyewaan rumah

Pendidikan
  • Memperkenalkan kad diskaun untuk pelajar
  • Menambah jumlah subjek dalam Program Dwibahasa (DLP)
  • Memperkenalkan sekolah beraliran Inggeris di Sabah dan Sarawak sebagai projek rintis
  • Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dinaik taraf menjadi Universiti P Ramlee.
  • Mewujudkan universiti al-Quran

Keselamatan
  • Menambah pos kawalan dan sistem pemantauan di sempadan Malaysia
  • Meingkat kemampuan kuasa persenjataan dalam Esszone
  • Menubuhkan Pusat Operasi Pertahanan Siber (CDOC)
  • Menubuh Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman
  • Menambah jumlah CCTV HD

Negara
  • Perjanjian Malaysia 1963 akan dipenuhi berdasarkan konsensus
  • Tiada kategori "lain-lain" dalam borang atas talian kerajaan
  • Menubuhkan jawatankuasa untuk memperkasa mahkamah syariah
  • Meningkatkan penglibatan bukan bumiputera dalam perkhidmatan awam dan universiti awam
  • Menghapuskan harga berbeza untuk Semenanjung Malaysia dan Sabah-Sarawak.
  • Memperkasa komuniti Dayak dan Kadazandusun
  • Menyiapkan MRT3, LRT3, KL-SIngapura HSR, dll.

Pentadbiran cekap
  • Memperkenalkan Akta Pembiayaan Politik
  • Memperkenalkan petisyen awam yang mewajibkan jawapan kerajaan jika mempunyai lebih daripada 30,000 penanda tangan atas talian.
  • Menubuhkan badan rasmi yang akan menyiasat dakwaan layanan tidak adil oleh agensi kerajaan.
  • Mesyuarat majlis tempatan akan disiarkan di televisyen dan laporan audit akan dibuka untuk umum.
Sumber dari Malaysiakini.

Baca ucapan penuh pelancaran Manifesto Barisan Nasional PRU-14 di Berita Harian.
Muat turun buku Manifesto penuh di sini.

Lain-lain artikel berkaitan:



P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: manifesto akujanji barisan nasional bn umno mca mic pilihanraya pilihan raya umum pru 14 intipati sorotan ringkasan

1 ulasan:

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.