Jumaat, 20 April 2018

3 Gadis antara mangsa eksploitasi kempen politik

Seorang model iklan dan seorang wanita tampil mendakwa gambar mereka disalah guna untuk kempen politik menjelang pilihan raya umum ke-14 yang akan diadakan 9 Mei ini.

Model Wendy Lean hari ini menjelaskan beliau tidak pernah bergambar dengan logo BN bagi menggalakkan orang ramai menyokong parti itu dalam pilihan raya.


“Di sini saya ingin jelaskan, saya tidak mengambil gambar dengan logo BN untuk menggalakkan orang ramai mengundi mereka.

“Mereka photoshopped (ubah suai),” kata Lean dalam Facebook, sambil menjelaskan imej stok itu diambil lima tahun lalu.


Sementara itu, seorang wanita dikenal sebagai Aidaazira sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penggunaan gambarnya tanpa kebenaran bagi kempen Pakatan Harapan (HARAPAN).

“Kalau boleh (nak) saman dan aku tahu siapa buat gambar ini sumpah aku maki.

“Kau mesti orang politik dah 21 ke atas. Suka-suka hati kau nak guna gambar aku. Sumpah aku tak halalkan, makin benci pula aku dengan politik. Over the limit-lah orang zaman sekarang,” tulisnya di Twitter.


Gambar-gambar mereka tular di Internet dan disiarkan di muka depan harian berbahasa Inggeris The Star hari ini dalam berita berkaitan kempen ringan menjelang PRU.

Dalam poster itu, Lean dipaparkan memegang kertas bertulis Undilah BN dengan kapsyen: "Pilih biru tua saja tau, bukan PM tua (Tun Dr Mahathir Mohamad)."

Aidaazira pula dipaparkan menggesa orang ramai memangkah simbol PKR sebagai simbol bersama pilihan raya HARAPAN.

Dimuatkan juga ayat nakal berbunyi: "Bang... pilih biru muda (PKR) saja tau bukan bini muda."

Sumber Malaysiakini.

* * * * * * * * * *

Musim pilihan raya ni mula lah orang buat perangai ntah pape. Biasanya dulu orang politik je yang gambar diorang kena edit dan letak caption bukan-bukan. Kali ini gambar perempuan kat Internet pula yang diambil dan diedit buat modal kempen.

Benda ni bukan benda baru, terutama gambar perempuan cantik dan comel. Mereka selalu diekploitasi jadi mangsa edit diletak dialog gatal bukan-bukan untuk dikongsi di group Whatsapp orang lelaki terutama pada malam Jumaat. Kini jadi mangsa kempen politik pulak.

Sebenarnya benda macam ni bukan boleh buat main-main. Kalau pasal politik, jangan kata kawan, anak beranak boleh gaduh, adik beradik boleh gaduh, suami isteri boleh gaduh, saudara mara pun boleh gaduh dan bermasam muka.

Ini kalau tiba-tiba dengan tak mintak kebenaran, tak mintak izin, tanpa pengetahuan, muka kita tak pasal-pasal diedit untuk kempen parti politik. Lepas tu orang ingat kita sokong parti itu parti ini, terus kena ejek dan kecam. Nampak macam biasa tapi kesannya sebenarnya agak besar dan mendalam pada mangsa.

Tahu tak benda macam ni sebenarnya satu ghibah, malah boleh jadi fitnah. Tak berbaloi dapat dosa semata-mata nak berpolitik dengan cara yang salah.

Baca juga artikel berkaitan:


Lain-lain artikel berkaitan:

P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: wanita gadis cantik mangsa ekploitasi bahan kempen politik

3 ulasan:

  1. Bisjut bapak ko..

    BalasPadam
  2. Nak bisjutt..?

    Tapii noob rezeki diaorang bertambah lps gambar tu tersebar..terus jerr ada yg melamar jadii modal dn pelakon..rezeki dtg bergolek2 lps gambar tuu keluar..mana tahu lps nii aidaazira akn menghiasi slot drama jam 7 kt tb3 tuu..kikiki...😘😍😍😘😛😜😝

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.