Iklan Leaderboard

Jumaat, 6 April 2018

3 Persaingan untuk meraih sokongan penjawat awam

Beberapa hari yang lepas, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan 9 manfaat yang bakal dinikmati penjawat awam pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke – 16 (MAPPA XVI), memandangkan hampir 99.4 peratus daripada Aku Janji telah berjaya dilaksanakan dengan komitmen penjawat awam.

Menurut beliau, antara manfaat tersebut termasuklah pemendekan Time Based Service untuk Kumpulan Pelaksana dari 13 tahun kepada 10 tahun bagi urusan kenaikan pangkat dan menubuhkan gred baharu dalam kumpulan pendidikan iaitu Gred DG56 bagi pemegang DG54 yang telah berkhidmat selama lebih lima tahun.


Sementara itu, Najib turut mengumumkan pemanjangan kemudahan perubatan kepada ibu bapa pegawai lantikan kontrak yang melibatkan sebanyak 42,800 pegawai serta sumbangan dana tahunan kepada Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sekurang – kurangnya RM3 juta setahun.

Selain itu, beliau mengumumkan kemudahan cuti tanpa rekod keagamaan selama tujuh hari bagi tujuan Umrah kepada umat Islam dan juga kepada bukan Islam bagi tujuan keagamaan masing – masing sepanjang tempoh perkhidmatan.

Bagi pesara, Najib mengumumkan faedah persaraan pada tahun 2018 adalah sebanyak RM24 bilion, dengan kenaikan kadar pencen sebanyak satu peratus bagi semua pesara kerajaan mulai Julai 2018 yang dilakukan secara ‘one – off’.

Manakala bagi aktiviti- aktivi pesara, kerajaan memberikan geran khas sebanyak RM1 juta kepada setiap satu badan pesara kerajaan malah golongan ini juga akan ditentukan tambahan kuota haji bergantung kepada peruntukan kerajaan Arab Saudi kepada kerajaan Malaysia.

Akhir sekali, para penjawat awam pula diiberikan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak satu tangga gaji dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.4 bilion bermula Julai 2018.

Dipetik dari KLXpress.

Berita ini pasti menggembirakan semua penjawat awam seluruh negara yang berjumlah 1.6 juta serta pesara kerajaan yang bilangannya pasti lebih ramai. Namun kenapakah kenaikan gaji dan kadar pencen ini bermula pada bulan Julai 2018?

Kemungkinan adalah kerana tawaran tersebut perlu dilakukan sebelum pilihan raya umum ke-14 dan hanya akan direalisasikan jika Barisan Nasional dapat sekali lagi memerintah kerajaan persekutuan. Memandangkan bilangan kakitangan awam dan pesara kerajaan yang agak ramai ini adalah pengundi, BN pasti tidak mahu kehilangan sokongan mereka.

Malah dengan tawaran ini, ia sebenarnya boleh memberi impak dan pengaruh besar kepada pengundi terutama dari golongan kakitangan awam dan pesara kerajaan. Yalah, siapa yang tidak mahu kenaikan gaji dan pencen? Orang nak bagi duit, siapa nak tolak?

Dengan janji ini, pasti ramai kakitangan awam dan pesara yang akan mengundi BN agar ia menjadi kenyataan. Malah bagi kebanyakan orang marhaen, ia boleh mengetepikan segala isu dan kontroversi yang melanda kerajaan BN selama ini. Tak kisahlah pasal 1MDB ke, isu derma ke, isu Felda ke, janji gaji mereka naik. Kalau undi parti selain BN dan parti-parti ini berjaya pula memenangi PRU-14, mungkin gaji mereka takkan jadi naik.

Maka apa sebenarnya yang parti lawan BN seperti Pakatan Harapan atau PAS perlu buat untuk memenangi hati penjawat awam dan pesara kerajaan? Kalau setakat cakap nak siasat 1MDB, banteras rasuah, turunkan harga minyak, mansuh GST, turunkan harga kereta dan sebagainya memang tak cukup.

Apa yang mereka boleh dan harus buat, mereka perlu bersaing dengan berjanji untuk mengekalkan tawaran BN itu, kekalkan kenaikan gaji dan pencen yang dijadualkan pada bulan Julai 2018 itu dan juga manfaat-manfaat lain, atau menawarkan sesuatu yang lebih baik, seperti kenaikan gaji tahunan 2 anak tangga berbanding 1 anak tangga, kenaikan pencen sebanyak 2% berbanding dan sebagainya.

Bak seperti dalam bidang kerjaya, kena counter offer balik apa yang kerajaan BN offer kepada kakitangan dan pesaranya. Kalau senyap dan tak bagi jaminan apa-apa, memang susahlah nak dapat undian mereka.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: mappa xvi majlis amanat perdana menteri perkhidmatan awam najib razak ke-16 9 sembilan manfaat kepada penjawat awam kakitangan pesara kerajaan naik gaji kgt pencen tawaran pilihanraya pru14 barisan nasional pembangkang pakatan harapn pas gula-gula dedak akujanji manifesto beli undi jaminan

3 ulasan:

  1. Demokerusi..

    BalasPadam
  2. nak bisjut?

    BalasPadam
  3. Bukankah amanat tu tetap akan dijalankan walaupun BN tidak lagi memerintah? Sekadar bertanya.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...