Iklan Leaderboard

Jumaat, 21 Oktober 2016

3 Ringkasan dan rumusan intipati Bajet 2017

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan telah membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat. Belanjawan yang dibentangkan oleh Najib yang juga menteri kewangan itu bertemakan 'Menjamin Perpaduan dan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh'.

Berikut adalah antara ringkasan dan rumusan intipati bagi Pembentangan Bajet 2017:


CUKAI/BR1M
  • Pelepasan cukai pendapatan sehingga RM2,500 setiap tahun mulai tahun taksiran 2017 bagi pembelian bahan bacaan, komputer, peralatan, surat khabar bercetak, smartphone dan tablet, langganan internet dan bayaran keahlian gimnasium.
  • Pelepasan cukai baru sehingga RM1,000 bagi pembelian peralatan penyusuan ibu mulai tahun taksiran 2017 dan dituntut setiap dua tahun
  • RM275 juta bagi membantu meningkatkan peluang pendapatan rakyat, terutama kelompok B40 (penerima BR1M)
  • Peruntukan subsidi hampir RM10 bilion merangkumi subsidi gas memasak, pampasan tol dan pengangkutan awam.
  • BR1M - isi rumah dalam senarai e-Kasih dan berpendapatan bulanan bawah RM3,000 dinaikkan kepada RM1,200
  • BR1M - isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000 dinaikkan kepada RM900
  • BR1M - individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000 dinaikkan kepada RM450
  • Tiada kenaikan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi 2017. Sehingga 19 Oktober, kerajaan mengutip RM30 bilion GST

KAKITANGAN AWAM
  • Cuti Belajar dengan gaji dibayar penuh bersama biasiswa dipanjangkan kepada Kumpulan Pelaksana
  • Cuti Kuarantin lima hari tanpa rekod kepada penjawat awam yang anaknya sakit dan perlu dikuaratin
  • Menaikkan had kelayakan pinjaman perumahan penjawat awam kepada RM200,000 hingga RM750,000
  • Gred 56 diwujudkan bagi pegawai perubatan pakar dan pegawai pergigian pakar
  • Bayaran khas RM500 kepada semua penjawat awam dan RM250 kepada pesara kerajaan

PENDIDIKAN
  • RM40 juta bagi inisiatif NBOS Bahasa Inggeris 1Malaysia, Coding di sekolah, Volunteering for International Professional dan Global Entrepreneurship Community 2
  • RM570 juta bagi membangun semula 120 sekolah daif - 60 di Semenanjung, 30 di Sabah dan 30 lagi di Sarawak menggunakan IBS serta menaik taraf 1,800 makmal sains
  • RM478 juta bagi menyiapkan pembinaan 227 sekolah, termasuk lapan sekolah baru
  • Diskaun 10 hingga 15 peratus bagi menggalakkan peminjam PTPTN buat bayaran balik bermula 22 Oktober 2016 hingga Disember 2017
  • RM30 juta bagi menyelaraskan pendidikan tahfiz melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara
  • RM85 juta bagi program Permata membabitkan 50,000 kanak-kanak, termasuk menubuhkan Pusat Kecemerlangan Top STEM Talents di Akademi Sains Malaysia
  • RM4.6 bilion bagi memperkasakan program TVET untuk menghasilkan tenaga kerja tempatan yang memenuhi keperluan industri

INFRASTRUKTUR
  • RM1.2 bilion bagi membina dan menaik taraf 616 km jalan kampung dan jambatan bagi meningkatkan jaringan perhubungan kampung, pekan dan bandar
  • RM4.6 bilion bagi menyelenggara jalan negeri
  • RM350 juta bagi membina dan membaik pulih 17,000 unit rumah usang dan daif di kampung terpencil dan penempatan Orang Asli
  • RM800 juta untuk Projek Mesra Rakyat seperti menaik taraf dan membina surau, titi, parit, balai raya, pasar dan gerai perniagaan kecil
  • RM495 juta untuk meneruskan 69 projek Rancangan Tebatan Banjir di seluruh negara
  • RM100 juta untuk bina UTC di Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang dan Selangor, dan RTC di Selangor, Sabah dan Sarawak
  • RM1 bilion bagi meluaskan liputan dan kualiti jalur lebar seluruh negara sehingga 20 megabit sesaat
  • RM55 bilion pelaksanaan projek rel baharu East Coast Rail Line sepanjang 600 km menghubungkan Lembah Klang ke Pantai Timur

PERUMAHAN
  • RM200 juta untuk bina 5,000 unit MyBeautiful New Home menerusi NBOS bagi B40 (penerima BR1M) pada harga RM40,000-RM50,000 seunit, dengan kerajaan biayai RM20,000
  • Membina 10,000 unit rumah di bandar untuk disewa golongan muda pada kadar lebih rendah dari kadar pasaran
  • Skim pembayaran akhir khas jenis "step-up" untuk program PR1MA, bagi pembiayaan lebih mudah, dengan jumlah pinjaman mencecah 90 hingga 100 peratus
  • Kerajaan sediakan tanah di lokasi strategik kepada GLC dan PR1MA untuk membina lebih 30,000 unit rumah berharga antara RM150,000 hingga RM300,000

KESIHATAN
  • RM25 bilion bagi meningkatkan tahap kesihatan rakyat dan kualiti penjagaan kesihatan
  • RM20 juta bagi usaha mengurangkan kesesakan hospital awam menerusi kerjasama swasta dan NGO dengan menyediakan pinjaman mudah pembelian peralatan untuk "non-profit charitable" hospital
KESELAMATAN
  • Kementerian Pertahanan diperuntukkan RM15.1 bilion termasuk RM1.8 bilion untuk menyelenggara aset utama
  • KDN diperuntukkan RM12.8 bilion termasuk RM8.7 bilion kepada PDRM
LAIN-LAIN
  • RM450 juta untuk penganjuran Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 pada 2017
  • RM1.3 bilion untuk meningkatkan pengeluaran bahan makanan dengan harga kompetitif
  • Geran RM5,000 bagi membeli kenderaan baharu dan menawarkan permit teksi individu, memanfaatkan 12,000 pemandu teksi
  • Menggalakkan B40 (penerima BR1M) menjana pendapatan sebagai pemandu "ride sharing" seperti Uber
  • Meluaskan eVisa ke negara rantau Balkan dan Asia Selatan bagi mencapai sasaran 32 juta pelancong tahun depan
  • RM2 bilion untuk ehwal wanita dan mengarusperdanakan peranan mereka dalam pembangunan negara dengan program seperti I-KIT, I-KeuNita, program Women Career Comeback
  • Akta Kebankrapan 1967 akan dipinda bagi mereka yang diisytiharkan bankrap terutama "penjamin sosial" seperti penjamin biasiswa
  • Transformasi Nasional 2050 (TN50) akan dilancarkan bagi memeta hala tuju negara di atas sebuah kanvas yang baharu

Jumlah peruntukan Bajet 2017 ialah RM260.8 bilion, meningkat 3.4 peratus berbanding Bajet 2016 yang diubah suai, dengan RM214.8 bilion untuk perbelanjaan operasi dan RM46 bilion perbelanjaan pembangunan.

Dalam perbelanjaan operasi RM46 bilion, sektor ekonomi akan menerima peruntukan paling tinggi RM25.9 bilion, sektor sosial (RM12.2 bilion), keselamatan (RM5.3 bilion) dan pentadbiran am (RM2.5 bilion)

Bagi peruntukan pembangunan, sektor ekonomi terima agihan tertinggi RM25.9 bilion, sosial RM12.2 bilion, keselamatan RM5.3 bilion, pentadbiran RM2.5 bilion.

Hasil kerajaan Persekutuan 2017 dijangka berkembang tiga peratus kepada RM219.7 bilion.

Sumber Harian Metro. Rujuk juga ringkasan di MySumber. Teks ucapan penuh boleh di baca di portal Najib Razak.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: intipati inipati ringkasan rumusan belanjawan bajet 2017 negara malaysia najib razak ucap ucapan teks penuh laporan ekonomi pakatan rakyat pr bn siaran langsung live

3 ulasan:

  1. Hello ! This is not spam! But just an invitation to join us on "Directory Blogspot" to make your blog in 200 Countries
    Register in comments: blog name; blog address; and country
    All entries will receive awards for your blog
    cordially
    Chris
    http://world-directory-sweetmelody.blogspot.com/
    ++++++
    Hello! Ini bukan spam! Tetapi hanya jemputan untuk menyertai kami di "Direktori Blogspot" untuk membuat blog anda di 200 Negara
    Mendaftar dalam komen: Nama blog; alamat blog; dan negara
    Semua penyertaan akan menerima anugerah untuk blog anda
    hormatnya
    Chris
    http://world-directory-sweetmelody.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. ProoOootT

      - jibby nazak-

      Padam
  2. Hmmm...tunggu dan lihat je la..papepun PRU lmbt lagi

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...