Rabu, 12 Oktober 2016

2 Keganasan dan kebodohan tidak mengira warna baju

Hari Sabtu baru-baru ini berlaku satu insiden yang menjadi bualan netizen di laman sosial di mana seorang penyokong BERSIH yang menaiki motor telah dilempar telur dan diterajang di Sabak Bernam oleh segelintir peserta kumpulan baju merah yang dipimpin oleh Datuk Seri Jamal Md Yunos. Bukan setakat itu, ia diburukkan lagi dengan pelbagai ugutan dan ancaman dari kumpulan baju merah terhadap kumpulan baju kuning.




Baca laporan berita mengenai insiden tersebut di Malaysiakini, Selangorkini dan Detik Daily.

Rata-rata ramai netizen yang mengutuk dan tidak menyokong perbuatan ganas tersebut, tidak kurang juga yang mempertahankan terutama mereka yang anti-BERSIH, dengan menyifatkan keganasan baju merah itu berlaku adalah disebabkan kewujudan BERSIH. Tiada baju kuning, pasti baju merah juga tidak wujud, kata mereka.

Ada yang kata biker BERSIH tersebut ditendang dan dibaling telur oleh geng baju merah kerana cuba merempuh mereka, aku tak tahu. Ada juga yang membenarkan perbuatan mereka dengan alasan peserta BERSIH masa buat demonstrasi pada tahun 2012 yang lalu lagi teruk sehingga terbalikkan kereta polis, mencederakan polis dan merosakkan harta awam.





Orang yang dah lama follow blog aku mesti tahu dalam politik aku tak pro mana-mana langsung, mahupun BN, PR, PH, baju kuning mahupun baju merah, kerana aku ada pendirian aku sendiri dalam politik. Konsep aku senang, aku boleh pangkah mana-mana yang aku nak. Sebab tu aku pernah tulis idea tentang undi terbalik di sini "Mari mengajar politikus dengan Kuasa Rakyat!".

Aku juga bukanlah peminat kepada demonstrasi jalanan, sebab aku tahu, dalam demonstrasi macam ni macam-macam boleh berlaku. Provokasi, pergaduhan, pengintipan, penyamaran, macam-macam boleh berlaku, dan aku tak suka benda tu. So kalau korang minat, korang joinlah aku tak kisah pun. Jadi apa-apa tanggunglah sendiri.

Yang aku tahu, masa pilihanraya nanti, aku akan undi je sapa-sapa yang aku nak. Kalau calon BN itu tahi, aku undi lawannya. Kalau calon PH itu tahi, aku undi lawannya. Baju kuning ke baju merah ke takkan ubah pendirian aku dalam politaik.

Cuma dalam kes demonstrasi ini, aku akan mengutuk segala bentuk keganasan tak kira dilakukan oleh siapa. Keganasan masa demostrasi BERSIH dulu tu aku kutuk, keganasan kumpulan baju merah terhadap peserta baju kuning ini pun aku kutuk. Aku mengutuk sikap, perangai, mentaliti dan perbuatan yang buruk serta bebal tak kiralah siapa pelakunya dan datang dari kumpulan mana dia datang. Sebab aku tahu, segala bentuk keganasan dan kebodohan ini bukanlah budaya dan imej orang Melayu yang sejati, bukanlah mengikut ajaran Islam yang sebenar.

Orang UMNO buat taik, aku kecam.
Orang DAP buat taik, aku kecam.
Orang PKR buat taik, aku kecam.
Orang PAS buat taik, aku kecam.
Orang PPBM buat taik, aku kecam.
Orang baju kuning buat taik, aku kecam.
Orang baju merah buat taik, aku kecam.

Tak perlu pening-pening nak jilat siapa.
Tak perlu susah-susah nak pertahankan siapa.
Tak perlu susah payah nak salahkan siapa.

Simple.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: peserta kumpulan jamal ikan bakar baju merah pukul tendang terajang biker naik motor bersih 5 demonstrasi sabak bernam

2 ulasan:

  1. Merah Kuning ialah Selangor

    BalasPadam
  2. Yg buat taik macai BN/PR....end of thr day macai2 ni mcm xde makna perjuangkan org atas dia. Last better jd org biasa, senang buka mata n hati tgk komedi macai2 serta statement bangang politician. So be smart and eat popcorn!

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.