Iklan Leaderboard

Ahad, 9 Oktober 2016

8 Perompak boleh muncul dalam pelbagai rupa

Perompak pada hari ini, boleh muncul dalam pelbagai rupa....

Mereka boleh muncul dengan topeng muka, baju gelap, sarung tangan dan senjata di tangan untuk merompak bank atau kedai.

Mereka boleh muncul dengan berpakaian biasa, memakai helmet dan bersenjatakan motosikal untuk meragut beg tangan orang.

Illustrasi oleh Zyraroxx.

Mereka boleh muncul dengan wajah yang suci, perwatakan yang kemas dan bersenjatakan mulut yang manis untuk menipu duit mangsa menyertai skim perniagaan palsunya.

Mereka boleh wujud tanpa perlu melihatkan wajah, hanya bersenjatakan komputer dan smartphone untuk menjadi online scammer menipu jual beli di Internet.

Mereka boleh muncul dengan pakaian agama, berjubah, berserban, hanya untuk kepentingan sendiri dan memperoleh keuntungan dengan menunggang agama.

Mereka juga boleh wujud dengan berbaju kot, bertali leher, bersama jawatan, status dan pangkat yang tinggi, hanya untuk memberi atau mengambil rasuah, pecah amanah, merompak duit kerajaan atau syarikat, demi kepentingan peribadi, ahli keluarga dan kroni sendiri.

Ya, perompak pada zaman moden ini boleh muncul dalam pelbagai bentuk rupa.


Seperti kejadian yang baru berlaku baru-baru ini, di mana SPRM telah merampas RM114.5 juta daripada dua pegawai kanan sebuah agensi kerajaan yang disyaki menyalahguna kuasa membabitkan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion di Sabah.

Lagi tambah durjana, berjuta-juta duit itu dijumpai disimpan di dalam almari rumah!

www.ceritaejoy.comwww.ceritaejoy.com

www.ceritaejoy.com



Manusia, manusia...

Di kala ramai lagi orang miskin tegar di Sabah...
Di kala banyak lagi infrastruktur asas yang perlu dibangunkan di Sabah...
Di kala ramai lagi keluarga yang memerlukan bekalan air yang bersih di Sabah...
Ini yang berlaku...

Boleh baca beritanya di sini:

Baca juga "Di Sebalik Tangkapan Rasuah RM117 Juta, 5 Perkara Ini Lebih Merisaukan Aku".

Kes ini pun, knowing negara kita, mungkin akan kena hukuman, mungkin hanya kena hukuman ringan, mungkin akan terlepas, siapa tahu?

Jika anda suatu hari bakal menjadi ketua atau pemimpin, atau mungkin sudah pun jadi, aku mohon... mohon sangat... janganlah jadi perompak. Ingatlah amanah anda, ingatlah kesusahan orang lain, dan ingatlah... yang kita hidup di dunia hanya sementara je pun.

Rompak duit banyak-banyak, bila mati tak boleh bawak masuk kubur pun, malah kerana duit rompak yang banyak itulah yang menjadi beban pada kita di akhirat nanti.

Ingat tu...


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: perompak zaman moden hari ini muncul dalam pelbagai rupa bentuk wajah pakaian kes rasuah juta sabah sprm duit dalam almari

8 ulasan:

  1. JUTAWAN PUN RASA SUSAH

    [10/9, 22:04] Mawardi Nusajaya: IKON usahawan, Pengasas D'Herbs Healthy Sdn. Bhd, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman melahirkan kebimbangan dengan keadaan ekonomi yang kian menghimpit dari sehari ke sehari.

    Kata Aliff yang dikenali dengan panggilan 'Datuk Terlajak Laris', peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi menyebabkan semua perniagaan mengalami penurunan dari segi jualan.

    Aliff yang meluahkan rasa menerusi Facebooknya turut mengakui perniagaannya dalam bidang kecantikan dan kosmetik turut terjejas akibat kenaikan kos sara hidup rakyat.

    Lantaran itu, syarikatnya terpaksa berhijrah ke Thailand bagi meneruskan kelangsungan perniagaannya.

    “‎Betapa takutnya saya dengan ekonomi negara sekarang. Kos sara hidup melambung tinggi dan bisnes semakin menurun.

    “Ini menyebabkan syarikat saya terpaksa berhijrah ke Thailand dan paling mengecewakan nilai mata wang Thailand jauh lebih tinggi dan gaji mereka jauh lebih tinggi,” katanya.

    Disebabkan itu katanya, agak sukar untuk melihat warganegara Thailand datang bekerja di negara ini berbanding empat tahun lepas.

    Menceritakan momen lawatannya ke Australia yang dibuat atas tujuan perniagaan, Aliff berkata, ramai anak Melayu dipandang hina orang masyarakat Australia dek kerana lambakan pekerja Malaysia di sana.

    “Orang Malaysia bekerja sebagai buruh kasar yang tidak diiktiraf seperti tukang sapu, pemetik buah dan banyak lagi sehinggakan bila saya memaklumkan saya dari Malaysia, mereka memanggil saya dengan sinis dengan mengatakan saya hanya pekerja ladang.

    “Malah sekarang ini ramai pekerja yg terpaksa berniaga kecil-kecilan, sekali gus wujud lebih ramai peniaga kecil dari pembeli. Kalau lebih ramai peniaga dari pembeli, macam mana nak berniaga dan siapa pula yang akan membeli?,” soalnya.
    [10/9, 22:04] Mawardi Nusajaya: ⬆ Jutawan pun dah terasa susah dgn Ekonomi Malaysia skrg ... Rakyat yg gaji kecik lagi le .

    kluangman at Sunday, October 09, 2016

    BalasPadam
  2. Ni baru 2org.. Da brape juta lemon..

    BalasPadam
  3. Tamak....selagi x hilang penyakit ni x kisah org kaya ke, miskin ke dah byk duit dpt, byk bantuan dpt tp still x cukup.

    Solat tiang agama..kalau solat selalu jaga x fikir nak kejar dunia. Ada rezeki lebih byk sedekah..untung dunia akhirat

    BalasPadam
  4. Nak kaya kena menipu. Tak akan kaya kalau x menipu. X kantoi x apa.

    Ini baru sorang dua kena cekup, dah dekat RM500 juta dah.

    Kalo kastam dan imegresen rampas mercun raya, maka berguni mercun dihapuskan dgn org2 kastam jugak bawak balik main mercun kat kampung sorang seguni. Ini SOP pekerja gomen.

    Jika rampas juta2 gini, takkan la org SPRM tgk saja kot duit ni bodo2 gitu saja. Lu pikiaq sendiri la.

    BalasPadam
  5. Kecik dulu aku terkejut bila dengar berita ada perempuan kena tangkap polis sebab aku rasa yang jahat ialah lelaki, perempuan tak jahat.

    Tapi itu waktu dulu...waktu tengah kudus. Hahahah

    BalasPadam
  6. Selamat datang ke House of gereja Illuminati di mana anda boleh menjadi kaya terkenal dan popular dalam kehidupan, Sertai persaudaraan Great Illuminati di seluruh dunia, Kami berada di sini untuk membantu anda menukar dan mengubah hidup anda dengan cara yang paling positif. menyertai Illuminate kultus dalam talian hari ini dan mendapatkan wang segera 55 juta dolar dengan rumah percuma di mana-mana anda memilih untuk hidup di dunia dan juga mendapat 300,000 dolar bulanan gaji Jika anda berminat sila emailkan bawah illuminatihomeofrichs@gmail.com OR Call untuk menyertai +2349033375429 Jika anda tidak mahu untuk menyertai Illuminati tidak membaca mesej ini. Peraturan * Anda mestilah berumur 18 tahun. * Anda tidak perlu membincangkan rahsia Illuminati kepada sesiapa. * Kami tidak berminat untuk sesiapa yang telah mendapat pengetahuan mereka tentang Illuminati berdasarkan apa yang mereka telah mendengar dari Media Massa (Berita atau Seni Persembahan), Conspiracy Ahli teori (Authors Amatur atau Profesional atau Spekulator), Internet Khabar angin, atau bid'ah lain. * Sebaik sahaja anda menyertai Illuminati dalam tempoh seminggu daripada keahlian anda, anda akan mencapai matlamat yang paling besar dalam kehidupan dan juga mempunyai kekayaan dan kemasyhuran. * Tidak ada yang membuang mesej daripada GREAT Illuminati jika dibuang orang itu akan disiksa siang dan malam. * Kegagalan untuk memaksa kepada perintah dan peraturan GREAT Illuminati akan melihat kemasyhuran dan kekayaan anda diambil kembali. *. Salah satu peraturan Illuminati adalah "Kami tidak bercakap mengenai Illuminati" jadi saya tidak boleh mengatakan terlalu banyak mengenainya di sini. Jika anda benar-benar berminat kembali kepada kami melalui E-mel: illuminatihomeofrichs@gmail.com ATAU hubungi +2349033375429 Jangan bermain permainan minda.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...