Aku percaya ramai orang yang mula berjinak-jinak dengan manga Jepun termasuk aku juga dengan membeli dan membaca komik Jepun keluaran mereka ini pada sekitar tahun 90-an, zaman di mana sumber bahan bacaan utama adalah melalui buku dan majalah.
Walaupun aku masih bersekolah ketika itu, tapi aku dan adik-beradik aku masih mampu melengkapkan beberapa koleksi komik seperti Doraemon, Dragon Ball (Mutiara Naga), Sailormoon, Yuyu Hakusho, Dragon Quest (Misteri Naga), Slam Dunk dan beberapa judul lagi dengan mengumpul duit belanja sekolah.
Pada penghujung tahun 90-an dan awal tahun 2000-an, keluar pula sebuah majalah Kreko (Komik Remaja) yang mengambil format majalah Weekly Shounen Jump dengan menerbitkan kompilasi satu atau dua episod beberapa judul komik. Ketika itu juga jualannya juga agak mendapat sambutan kerana akses peminat komik Jepun terhadap komik Jepun agak terhad.
Kini, dikhabarkan syarikat Comics House telah pun ditutup. Walaupun tiada pengumuman rasmi daripada pihak syarikat, namun terdapat beberapa tanda yang menunjukkan yang syarikat telah pun menutup operasinya apabila sebarang emel tidak dibalas, telefon tidak diangkat dan apabila orang melawat pejabat syarikat tersebut, ia telah pun ditutup dan dikunci rapi.
Sebenarnya Comics House ini mungkin sudah dalam keadaan tenat agak lama, dan seseorang pernah menulis tentangnya pada tahun lepas di blognya - "MPZ - How I See - Comic House". Maka penutupannya ini hanyalah menunggu masa sahaja.
Dengan tertutupnya syarikat ini, nampaknya penerbitan beberapa judul komik yang masih aktif seperti One Piece (Budak Getah) akhirnya terhenti begitu sahaja dan tiada lagi sambungan jilidnya, malah ia pasti akan mengecewakan pengumpul koleksi tegar komik One Piece dan juga judul-judul komik lain yang masih aktif. Syarikat Tora Aman pula aku tak pasti, mungkin masih ada sampai sekarang menerbitkan komik Detektif Conan.
Aku boleh kata punca utama kejatuhan syarikat ini adalah kerana kewujudan Internet. Apabila orang dah mula menterjemah dan upload semua komik di Internet, orang sudah boleh baca komik di Internet dengan lebih mudah, cepat dan percuma, membuatkan ramai orang sudah mula berhenti dari membeli komik yang bercetak.
Kalau dulu mungkin jualan komik bercetak boleh dapat sampai beratus puluh ribu unit, sekarang ini nak dapat ribuan unit pun mungkin payah. Kos operasi semakin tinggi, kos sewa pejabat semakin naik, kos percetakan semakin meningkat, kos kertas semakin mahal, lesen atau hak untuk percetakan komik di Malaysia pun nak kena bayar lagi, itu pun mungkin semakin meningkat, maka tidak hairanlah bagaimana sebuah syarikat yang sangat terkenal di kalangan peminat komik Jepun ini juga boleh terkubur.
Namun jika dilihat beberapa trend kebelakangan ini, ia bukanlah suatu yang memeranjatkan sangat pun sebenarnya. Malah agak mengkagumkan syarikat Comic House mampu bertahan sehingga tahun ini. Banyak majalah arus perdana sudah lebih awal gulung tikar seperti majalah Jelita dan Anjung Seri pada tahun lepas. Begitu juga dengan majalah komik popular tahun 90-an iaitu Ujang dan Apo! yang juga telah ditamatkan penerbitannya pada tahun lepas.
Akan tetapi perubahan arus ini bukan sahaja dirasai dalam industri buku dan majalah, malah sebenarnya dalam pelbagai sektor termasuk perfileman, muzik, pengiklanan, rancangan TV dan lain-lain lagi bentuk hiburan amnya.
Jika dulu orang keluarkan album lagu dan boleh jual sampai beratus ribu unit, di zaman kini sukar untuk menjual album lagu dengan kuantiti yang banyak, dengan isu cetak rompak dan download secara haram di Internet lagi, membuatkan pengkarya lebih selesa menerbitkan single lagu, upload di Youtube untuk memperoleh wang iklan dan menjualnya secara digital di iTunes. Begitu juga halnya dengan bentuk hiburan yang lain.
Maka kalau nak kata 100% salah peminat komik yang tidak mahu membeli komik bercetak sebab lebih suka membaca secara percuma di Internet, ya boleh juga kata macam tu. Namun walaupun kita kata peminat salah 100% pun, ia tetap tidak akan mengubah apa-apa, kalau kita sekadar terus menyalahkan orang lain dan tidak berbuat apa-apa. Dalam hal ini, walaupun bukan kita yang salah pun, tetapi kita yang perlu berubah jika mahu terus kekal relevan.
Sebagaimana kisah kejatuhan syarikat telefon bimbit yang sangat gah pada suatu ketika dahulu iaitu Nokia, mereka jatuh bukan kerana mereka ada berbuat kesalahan, sebaliknya kerana mereka gagal untuk berubah mengikut peredaran semasa. Ya, mereka tidak buat salah apa pun kepada pelanggan mereka, sebaliknya mereka tidak lagi mampu untuk memenuhi kehendak pelanggan mereka.
Baca juga pandangan juga seorang pelukis komik tempatan dan juga usahawan muda iaitu Irfan Foner tentang isu ini dalam artikelnya - "Matinya syarikat Comics House. Apakah Pengajarannya Untuk Kita?" yang menggariskan 5 point utama iaitu
- Inovasi, atau Mati
- Marketing, Marketing, Marketing
- Mengfokuskan Pada Komik yang Mempunyai Niche dan Menyelesaikan Masalah
- Melatih Habit Audiens dari Membaca Secara Percuma kepada Membeli dan Mengumpul
- Pentingnya Pemain-pemain Industri Setuju dengan Satu Strategi
Baca juga artikel TheVocket - "Syarikat Terjemahan Manga ‘COMICS HOUSE’ Akhirnya Gulung Tikar".
Pada aku walaupun Comics House telah pun tutup, ia sebenarnya telah membuka peluang kepada orang lain untuk menerbitkan komik Jepun terutama yang ditinggalkan oleh Comics House dan mempunyai ramai peminat dan pengumpul koleksi seperti One Piece.
Oleh itu aku harap selepas ini akan ada syarikat penerbitan komik lain seperti Kadokawa Gempak Starz, KomikM atau mana-mana syarikat yang sedia ada atau yang baru boleh membeli lesen dan hak percetakan komik-komik tersebut dan terus menyambung terbitkan jilid yang belum diterbitkan lagi. Tak perlu terbitkan semula jilid-jilid tersebut dari awal. Aku percaya dengan strategi pemasaran, pengiklanan dan penjualan yang lebih baik di kedai buku dan secara online, peminat tegar akan terus membeli untuk melengkapkan koleksi mereka.
Itu sahaja ulasan aku setakat ini. Nak tulis banyak-banyak, aku sendiri pun bukannya seorang yang arif sangat pun dalam industri penerbitan komik ni. Setakat jual komik suka-suka tu bolehlah. So kalau korang seorang peminat komik dan suka mengumpul koleksi komik bercetak, boleh beli komik yang kami terbitkan seperti di bawah tu...
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:
Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541
tags: comics house tutup bankrup closing down henti operasi stor kilang komik manga terjemahan bahasa melayu malaysia tora aman petaling jaya dragon ball one piece budak getah
Noooo... cant blame them..... arap2 gempakstarz ambik copyright untuk edar kat malaysia release komik jilid....
BalasPadamYaa noob..mmg nostalgia betul komik2 yg ko sebut tuhh..kos sara hidup yg tinggi munkin antara puncanya..perut lapar tapi beli komik gila apa manusia nii..akan tiba masanya akhbar2 pun tutup kedaii..segalanya dihujung jari sekarang..
PadamPapepun terima lasih comic house utk nostalgia yg kami lalui zaman muda. Skrg internet menguasai dunia sbb its free dan senang nak akses. Zaman sudai berubah dan xde industri yg boleh maintain selama2nya kalau kita x berubah mengikut permintaan semasa.
BalasPadamRasa bersalah pulak sbb rasa mcm penyumbang kebankrapan syarikat ni tp nak buat cmner..ķenapa nk bayar klw boleh dpt free??
BalasPadamOrang tgk stream dr internet jer manga anime ni. FOC. Buat apa nak kuar duit bli komik.
BalasPadamNoob komik kreko ada jual lg dkt kedai?. Lama sgt dah aku xbeli. Dia punya episode pun lambat dari yg online punya. Aku rasa Mungkin berisiko jugak akan bankrap syarikat kreko ni.
BalasPadamkreko illegal... bukan official... yg comic house memang official...
PadamKREKO dalam ingatan selamanya..
BalasPadamkomik yang pernah menjadi peneman ketika belajar dahulu..
sanggup puasa untuk membeli komik..
Posting terbaru AM
Fibroid - Ancaman Buat Wanita Masa Kini
Ikhlas dari
AlongMisuari.com
Aduhai sedihnye comic house dh tutup..nostalgia tuuu. Dragon ball ngan pakar judo. Terbaikkkk
BalasPadamactually komik dorg jarang aq jumpa. tapi tora aman selalu je ada. maybe salah marketing nii haha.
BalasPadamtp skrg brg mahal aq pn xsanggup bli komik. baca on9 jee.
tp kalau mangaka yg aq gila suka bli gak... like obata takeshi ke haha
Betul2 sedih..aku peminat comic budak getah... skang cter tergantung mcm tu je... walaupon boleh on9, tp aku lebih minat comic drpd nengok on9...kecewa betul la...
BalasPadam