Selasa, 25 Oktober 2016

4 Anak itu bukan trofi kemenangan ibu bapa

Zaman ini zaman ibu bapa bersaing, bersaing kejayaan anak-anak. Disebabkan persaingan inilah ibu bapa berlumba-lumba untuk memaksa anak untuk jadi pandai seawal umur 3, 4 tahun lagi. Anak-anak dihantar ke sekolah tadika swasta dengan yuran yang sangat mahal demi memastikan anaknya menjadi bijak awal dari anak orang lain, awal dari usia mereka. Malah bukan suatu yang baru jika kita dengar ada ibu bapa yang sanggup menghantar anak mereka ke kelas tuisyen seawal usia 4 tahun!


Baca perkongsian dari Hazhari Ismail tentang hal ini yang telah dikongsikan lebih 1,000++ kali setakat entry ini ditulis:
Pagi ini, saya mendengar sebuah stesyen radio membincangkan isu kelas tambahan atau tuisyen untuk kanak-kanak seawal 4 tahun. Macam biasa, ramai parents membuat call memberi pendapat dan rata-ratanya bersetuju kanak-kanak perlukan tuisyen.

"Malu lah kalau anak saya tak pergi tuisyen, kawan-kawan sy semua hantar anak pergi tuisyen."

"Tuisyen kan sekarang trend. Kita kena follow trend."

"Daripada membazir masa di rumah, elok lah hantar anak ke kelas tambahan."

Owner pusat tuisyen pun siap called ni,

"Bagus hantar anak ke pusat tuisyen, sekurang2nya anak-anak tak terkejut bila masuk ke pendidikan formal. Senang lulus ujian Linus. Masuk kelas first."

Pemikiran ibu bapa di Malaysia hari ini sangat menakutkan. Berlumba-lumba bersaing untuk menayangkan anak siapa paling cepat pandai. Untuk apa ya?

Dan kebanyakkannya adalah ibu bapa di kalangan golongan yang agak berada dan berpendapatan tinggi. Tapi, malangnya keberadaan dan kemewahan yang dikecap, gagal ditancap sebaiknya untuk membuat mereka cakna mengenai kepentingan dan keperluan anak-anak yang betul-betul di perlukan.

Alhamdulillah, sejak dari dulu rakyat Malaysia sedar mengenai isu penderaan fizikal. Mendera dan merotan akan memberi impak yang berpanjangan kepada perkembangan anak-anak yang berterusan.

Tapi kita terlupa, selain fizikal, kanak-kanak juga terdera EMOSI dan MENTALnya. Percayalah, penderaan mental dan emosi adalah lagi teruk dari penderaan fizikal. Fizikal kita boleh nampak luaran, mental dan emosi kita tak boleh nampak.

Kita marah ibu bapa yang dera anak secara fizikal. Tapi kita terlupa pandang diri sendiri.

Dan minggu ini, pelajar seawal 11 tahun membunuh diri akibat kegagalan beliau di dalam peperiksaan. Sebuah sistem yang membentuk intelektual kanak-kanak, tapi gagal membentuk akhlaq dan sahsiah. Di dorong oleh ibu bapa yang jumud jiwa nya.

Bila kita nak sedar?

Tak kan nak berhenti bila di dada akhbar terpampang

"Pelajar Tadika bunuh diri dan membunuh rakan lain kerana gagal membaca ABC dan membuat kiraan mudah 1+1?"

Berhenti lah ibu bapa. Semua ini salah. Kita semua salah.

Ini semua malapetaka. Berhentilah.

Sumber FB Hazhari Ismail.

Artikel beliau yang lain:
Zaman sekolah dulu, kita telah diasingkan mengikut kelas. Dari peringkat tadika sampai lah ke peringkat universiti. Pengasingan kelas ini terbahagi kepada dua (2) bagaimana ia boleh diasingkan,

1. Choronological Grouping (age)
2. Vertical Grouping (development)

Selalunya, dari peringkat prasekolah sehinggalah ke menengah, kita dibiasakan dengan konsep choronological grouping iaitu pengasingan mengikut umur. Kemudian, barulah kita guna vertical grouping iaitu kita asingkan ikut development (kepandaian).

Macam biasalah kebaikan pengasingan ni sangatlah banyak walaupun ada je yang membantah. Dan kebaikan TIDAK mengasingkan pun sangatlah banyak. Semua benda ada baik dan tidak baik.

Contohnya, bila kita mengasingkan kelas, guru-guru lebih mudah fokus untuk mengaplikasikan pedagogi yang bersesuaian dan berkesan dengan murid-murid, silibus yang selari dengan perkembangan anak-anak dan gerak kerja pdp (pengajaran dan pembelajaran) yang lebih teratur.

Cuma, bila ia sampai ke pemikiran IBU BAPA, habis 360 diputarnya nya purpose pengasingan ini. Parents bangga bila anak mereka di kelas pertama, habis dicanang satu dunia. Kalau turun kelas, mereka kecewa, tak tau nak letak muka kat mana. PIBG pun tak mahu pergi.

Kesian tahu tak anak-anak?

Paling kesian untuk anak-anak yang nak masuk ke darjah satu dari peringkat prasekolah/tadika. Sudah lah anak-anak mengalami masalah transition untuk menyesuaikan diri, ditambah pula tekanan ibu bapa untuk meletakkan mereka di kelas pertama. Dengan program linux nya lagi. Beban.

Common, anak-anak ni baru berumur 6/7 tahun. Yang cakap persaingan yang sihat ini siapa yang nak bersaing? Anak-anak ke atau ibu bapa yang nak bersaing ni? Keliru dibuatnya.

Hasilnya, demi mengejar status kelas pertama, habis dipaksanya anak sendiri mengkhianati zaman tadikanya. Membaca membaca dan membaca. Menulis banyak-banyak. Buat latih tubi matematik. Tak boleh bermain.

Hilang keseronokan menjadi kanak-kanak. Mereka sebenarnya tengah minta tolong dalam diam. Dan penderitaan ini berterusan sehinggalah SPM.

Kita kejam sebenarnya.

Sumber FB Hazhari Ismail.

Banyak lagi post beliau berkaitan sistem pendidikan yang bernas dan membuka minda. Boleh baca dan follow sendiri di FB beliau.

Dan pada aku juga, aku tak peduli macam mana ibu bapa nak memberi pendidikan pada anak mereka. Kalau mereka mahu anak mereka pandai awal, mahu anak tahu serba serbi dengan hantar belajar kelas muzik main piano, belajar seni mempertahankan diri taekwando, hantar klinik badminton supaya hebat main badminton, di samping hantar sekolah tadika dan kelas pendidikan yang mahal-mahal, asalkan mereka mampu, terpulang.

Malah jika ada yang tidak percaya pada sistem pendidikan dan lebih percaya pada homeschooling lalu mahu mengajar anak sendiri tanpa hantar anak mereka ke sekolah, terpulang. Jika mahu anak bermain sepanjang masa dan tak kisah nak belajar atau tidak pun, terpulang. Itu anak anda, terpulang anda nak corakkan macam mana.

Cuma ada 2 benda aku nak tekankan...

Pertama, jangan paksa mereka melebihi kemampuan mereka. Boleh nak suruh mereka belajar, nak suruh mereka jadi pandai, tapi kalau mereka tak mampu, jangan paksa dan jangan kecewa kalau mereka tak mampu. Anak kau umur 3 tahun kau dah hantar tadika mahal agar dia pandai membaca, namun jika sampai umur 4 tahun mereka masih belum pandai membaca, jangan kecewa dan jangan terlalu memaksa.

Malah kalau anak anda masih tak pandai membaca sampai dia darjah 1, jangan rasa kecewa pada anak. Jangan rasa malu padanya. Jangan rasa anak anda itu satu kegagalan. Terus bagi mereka sokongan dan galakan.

Andai jika anak anda didapati seorang yang slow learner atau lembam pun, jangan kecewa, jangan malu dan jangan rasa anak anda itu suatu produk yang gagal. Serius, tak semua orang itu mampu untuk menjadi pandai. Mereka ini perlukan sokongan anda, bukan kekecewaan anda. Yang penting jangan sesekali bandingkan anak anda dengan anak orang lain.

Macam mana caranya untuk tidak bandingkan anak anda dengan anak orang lain?

Simple...

Anda juga pernah kecil bukan? Pernah jadi budak bukan? Masa anda budak anda juga tak suka dan terasa kalau mak bapak anda bandingkan anda dengan orang lain, bukan?

Maka perasaan anda masa zaman kecil itu sama sahaja dengan perasaan anak anda sekarang. Jangan ulangi kesilapan ibu bapa anda. Kalau nak anak anda berjaya sekalipun, galakkan mereka untuk berjaya demi masa depan diri mereka sendiri, bukan demi untuk mengalahkan orang lain dan merasa lebih dari orang lain.

Kedua, tahu apa yang lebih utama dari menjadi bijak?

Ia adalah menjadi insan yang baik.

Ya, kalau anak anda tidak mampu untuk menjadi budak yang genius, pintar, cerdas dan bijaksana, tidak mengapa, asalkan anda mendidik dia untuk menjadi budak yang berakhlak baik, nilai murni, berbudi pekerti, bersopan santun, beradab mulia, menghormati orang lain, menjaga kehormatan diri, bertoleransi, menjaga hati dan perasaan orang lain, tidak mementingkan diri, berdisiplin... itu sudah cukup.

Malah tidak guna jika anak anda ada otak yang bijak tapi miskin adab.

Mesti ada yang cakap, kalau anak bijak mesti automatik akan jadi baik. Maaf ya, kebijaksaan tidak semestinya selari dengan perangai dan sikap seseorang.

Kalau semua orang bijak itu baik, pasti tiada langsung kes buli di sekolah berasrama penuh, bukan? Sebab yang masuk sekolah berasrama penuh itu sudah pasti yang keputusan peperiksaan UPSR atau PMR/PT3 cemerlang.

Kalau semua orang bijak itu baik, pasti tiada langsung kes buli, rogol, cabul, zina, curi dan yang sewaktu dengannya di universiti, bukan? Sebab yang masuk universiti sudah pasti orang-orang yang bijak.

Begitu juga tidak semestinya semua orang tidak bijak itu jahat.

Dengan menjadi orang baik, pemimpin pada masa akan datang tidak akan makan rasuah.
Dengan menjadi orang baik, penganggur pada masa akan datang tidak akan merompak.

Maka sebab itu penting untuk jadikan anak anda itu baik tidak kira dia bijak atau tidak. Ini dekat sekolah rendah ada yang dah pandai mencarut, kurang ajar, lawan cikgu, bergaduh, pulaukan orang, cakap benda-benda lucah dan sebagainya. Dari mana mereka belajar kalau bukan dari rumah?

Baca sambungan yang lebih terperinci di entry ini - "Anak nakal dan biadab berpunca daripada ibu bapa".

Akhir kata...

Anak bukanlah jelmaan ibu bapa yang perlu jadi seperti ibu bapa mereka atau perlu memenuhi cita-cita ibu bapa mereka yang dahulunya tidak kesampaian. Anak-anak adalah individu yang tersendiri yang bakal menjalani kehidupan mereka sendiri.

Anak juga bukanlah trofi atau piala kemenangan ibu bapa dalam sebuah persaingan dengan orang lain. Mereka adalah amanah... dan juga anugerah.

Baca juga - "My Child is NOT My Trophy!!"

Lagi artikel berkaitan pendidikan:



P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: anak itu bukan trofi piala kemenangan ibu bapa hantar tuisyen belajar tadika taska tabika sekolah rendah menengah asrama bijak pandai cemerlang persaingan

4 ulasan:

  1. bagus juga makbapak skrg prihatin dgn anak2. sbb zaman skrg bebudak baru nak up kebanyakkan loser. lagi2 budak wicet. cara terbaik utk tidak jadi bangang adalah kena didik anak2 supaya x buat perkara bangang. xbuat perkara bangang adalah cukup baik sebenarnya.

    -prof dr ir dato ajijan seman (p.h.d, a.m.n, s.p.m & s.r.p & c.i.b.h.a.i)

    BalasPadam
  2. Bg sy..biar anak x pndi tp jgn kurang ajar/moral out.

    Anak2 kena pandai didik..bukan bg duit n pandai2 dia nak hidup. Anak2 mudah terpengaruh. Kalau x control mmg senang jd mcm budak wicet.

    BalasPadam
  3. Biasalah bigot2 Dunia Ketiga. Sumer pakat nak buat roket ke Planet Pluto, nak jadi doktor dan pilot kapal terbang.

    End up, satu sekolah, sekor pun x jadi doktor atau pilot. Jgn kata nak wat roket. Asap roket pun blom tentu. Last2 keje gomen gak.. untung2 jadi cikgu yg ramai, boleh wat insurance. Biasa la nasib jadi half past six bigot2 Dunia Ketiga ni.

    BalasPadam
  4. Patutnya umur 1-5 boleh lagi kalau nak bermain. Lebih suka ajar anak.iqra' masa umur macam ni.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.