Sabtu, 22 Oktober 2016

4 Aku mahu jalan, jangan engkau sekat

JALAN

Aku mahu jalan, jangan engkau sekat
Tak nak ketinggalan? Mari duduk dekat
Rasa kejanggalan? Pasti ada ubat
Lihat bumi Tuhan, kau pasti kan kuat


Aku belum sampai, kau baru bermula
Mahu jadi pandai? Harus tahu formula
Hidup mesti santai, tenang jangan menggila
Ibadat biar langsai, lengkap tiada cela.

Perjalanan masih jauh, mahu cari syurga
Keimanan masih rapuh, masih perlu jaga
Pesan bapa, bersungguh, pesan ibu, bersiaga
Biar kekuatan bersepuh, biar akal geliga

Jangan sekali sesali, usah jemu menanti
Setiaku tak terbeli, jangan disalah erti
Ilmu ku cari gali, jadi insan sejati
Aku pasti kembali, pulang untuk berbakti

Nukilan: Ahmad Syahmi


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: lirik lagu rap puisi sajak karya jalan

4 ulasan:

  1. "Perjalanan masih jauh, mahu cari syurga
    Keimanan masih rapuh, masih perlu jaga"
    muhasabah diri sekejap.

    BalasPadam
  2. Leh wat lirik lagu mcm lagu 'negaraku' yg tgh hits skrg

    BalasPadam
  3. Heheeeehe... kena pulak dengan gambar tu.
    Tapi tak faham apa sebenar-benarnya yang cuba disampaikan :-(

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.