Jumaat, 7 Oktober 2016

3 Bayar untuk kurangkan kesesakan di pusat bandar

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan sistem caj kesesakan di pusat bandar selepas MRT Line 1 memulakan operasi, lapor The Edge.

Timbalan Pengarah Kanan, Jabatan Perancangan Bandar DBKL, Nik Mastura Diyana Nik Mohamad, berkata, DBKL sedang mengkaji butiran perlaksanaan tetapi penentuan harga bagi setiap jenis kenderaan masih belum dimuktamadkan.

"Kami akan laksanakan (caj jalan raya) dan ini akan menjadi inisiatif terakhir bagi mengurangkan kesesakan di pusat bandar.


"Kami masih lagi mengkaji butirannya. Kami juga telah bertemu dengan orang ramai, bukan hanya mendapatkan pandangan mengenai harga tetapi lebih kepada bagaimana nak mengubah pengangkutan awam di Kuala Lumpur," katanya kepada The Edge.

Fasa pertama MRT Line 1 di antara Sungai Buloh dan Stesen Semantan di Damansara Heights dijadualkan mula beroperasi pada Disember ini. Manakala fasa kedua, antara Stesen Semantan dan Kajang pula dijadualkan beroperasi pada Julai 2017.

Menurut Nik Mastura Daya, harga jalan telah dimasukkan dalam Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020, untuk menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.

"Kita tidak dapat melaksanakan sistem ini sekarang kerana belum ada alternatif untuk orang ramai," jelasnya.

Katanya, pihak berkuasa telah merancang untuk melaksanakan satu dasar bagi menghalang kesesakan dalam bandar sejak tahun 1980 yang bertujuan untuk mengurangkan orang ramai menggunakan kenderaan sendiri di pusat bandar.

"Seperti yang dilaksanakan di Singapura. Jika anda pergi ke pusat bandar pada waktu tertentu yang menyebabkan kesesakan, anda perlu membayarnya," katanya.

Sumber portal The Reporter dan The Edge. Baca juga di Pandu Laju.

* * * * * * * * * *

Caj kesesakan atau "congestion charge" untuk masuk ke bandaraya besar ini memang sudah ada dilaksanakan di banyak negara seperti Singapura dan negara Eropah seperti di London. Caj tersebut biasanya akan di kenakan pada hari bekerja biasa mengikut waktu dan tempoh tertentu. Caj ini adalah untuk mengurangkan jumlah kenderaan yang masuk ke pusat bandar pada waktu puncah dan menggalakkan orang awam menggunakan pengangkutan awam.

Kalau ikutkan mengenakan caj seperti ini memang salah satu caralah untuk meredakan kesesakan yang sangat teruk di tengah-tengah KL tu, namun hidup di dunia serba kapitalis ini, biasanya cara untuk mengatasi sesuatu masalah yang makhluk bernama manusia ini boleh fikir adalah dengan duit.

Ya, kenakan bayaran, naikkan kadar bayaran dan sebagainya. Itu jelah yang kita boleh fikir. Nak cegah kesesakan, kenakan bayaran masuk ke bandar, naikkan kadar tempat letak kereta, naikkan kadar tol dan sebagaianya. Nak kurangkan pesakit diabetis, naikkan harga gula. Nak mengurang atau cegah apa-apa mesti dengan cara mengenakan bayaran dan menaikkan kadar/caj kepada orang awam.

Maka apakah dengan siapnya MRT nanti, ditambah dengan pelbagai pengangkutan awam sedia ada seperti bas, LRT, Monorel, Komuter, ERL dan lain-lain, kemudian dikenakan caj pada kenderaan yang nak masuk KL pula, akan dapat mengurangkan kesesakan trafik?

Aku percaya, tidak.

Sebab apa? Sebab bukan semua orang pun ada kesenangan dan kesesuaian untuk naik pengangkutan awam atas faktor lokasi, masa, kos dan sebagainya. Katakan dia duduk kat Salak Tinggi tapi kerja kat KL, tren paling dekat dengan dia adalah ERL. Tapi dengan tambang ERL yang mahal nak mampus, nak bayr parking kat stesen ERL lagi, ingat dia nak naik ERL tiap-tiap hari pergi kerja? Lebih baik dia naik kereta.

Dan kalau MRT siap pun, kau nak naik kena bayar. Nak masuk KL naik kereta pun tetap kena bayar juga. Kalau nanti bila dibandingkan caj bayaran masuk KL dengan tambang pengangkutan awam taklah jauh beza sangat pun, lebih baik orang bayar je caj kesesakan tu dan naik kereta. Tak payah bayar parking kat stesen, tunggu tren lama-lama pula kat stesen, bersesak-sesak pula dengan orang lain, lepas tu kena berdiri lama pula dalam tren.

So akhirnya trafik tak kurang sesak pun, tapi kantung duit pihak berkaitan je yang makin sesak.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: individu guna kereta persendirian masuk ke kuala lumpur bakal dikenakan caj dbkl mahu contohi singapura bakal dikenakan tol

3 ulasan:

  1. Ujian Darah, Hisap Darah & Naik Darah..!


    Selepas darah rakyat dihisap dengan pelaksanaan GST yang gagal..! kini ujian darah juga terpaksa diberhentikan seketika..!

    Nampaknya kerajaan yang seharusnya memberikan kehidupan rakyat lebih meriah nampaknya dah bertukar kepada rakyat lebih naik darah..!

    Semalam, seorang sahabat penulis memperbaharui cukai jalan terperanjat kerana bayaran cukai jalan yang dibayar juga dikenakan GST..! Dalam membayar cukai pun kerajaan cukai lagi rakyat..! Betul betul rakyat didahulukan dalam merobek kocek dan hati rakyat..!

    Dengan pelbagai kerenah yang dilakukan diperingkat kerajaan rasanya Najib dan pasukannya sudah tidak mampu lagi mentadbir negara ini dengan mematlamatkan kesejahteraan rakyat..! Manifesto dari rakyat kepada rakyat sudah bertukar kepada dari rakyat kepada kerajaan..! Rakyat yang terpaksa memenuhi tembolok kerajaan kiranya..! Rakyat yang terpaksa 'memakmurkan' kerajaan nampaknya..!

    Jelas lah bahawa kerajaan dibawah kuku Najib telah gagal mensejahterakan rakyat..! Makanya kebangkitan rakyat perlu dalam mengajar dan mendidik para pemegang kuasa kini supaya reti dan belajar hidup sebagai rakyat didalam PRU yang akan datang..! Cuma bezanya kerajaan yang baru nanti akan menjaga dan membela nasib rakyat berbanding mereka..!

    Itu sebab usaha murni dan berterusan Muhyiddin ini perlu disokong dan didokong bersama...

    Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau tidak pernah termimpi perlu memikul tugas menyatukan parti pembangkang di negara ini sejak terlibat dalam politik 45 tahun lalu.
    Bagaimanapun kata bekas timbalan perdana menteri itu tanggungjawab berkenaan dipikulnya demi satu matlamat iaitu menyelamatkan Malaysia.
    Bercakap kepada Sinar Harian Muhyiddin mengakui tugas itu tidak mudah namun menganggapnya satu cabaran.
    “Saya tidak takut kalau saya gagal. Lebih baik saya gagal setelah saya berusaha daripada gagal tanpa berbuat apa-apa,” katanya.
    Muhyiddin adalah timbalan presiden Umno apabila dipecat daripada parti berkenaan dan menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bersama sejumlah ahli Umno yang tidak bersetuju dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.
    Beliau kini adalah presiden penaja BERSATU, manakala bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi pengerusi parti berkenaan.
    Menjelang pilihan raya umum ke-14 beliau dilihat cuba menjadi penghubung antara pelbagai parti pembangkang untuk memastikan BN ditentang atas formula satu lawan satu.
    Langkah itu dilihat ketara ketika beliau berucap di atas pentas PAS dalam majlis anjuran parti berkenaan di Terengganu.
    PAS yang kini memusuhi DAP bergerak dengan gagasan politik matang dan sejahtera selepas bekerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia pimpinan veteran Umno Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
    Pada masa sama pemimpin utama BERSATU lebih mesra dengan DAP serta PKR dan AMANAH yang membentuk Pakatan Harapan (HARAPAN).
    Kata Muhyiddin beliau yakin usaha BERSATU menjadi orang tengah menyatukan pembangkang akan berjaya berdasarkan reaksi positif diterimanya.
    “Bagi saya ini satu cabaran. Jika BERSATU boleh berperanan sebagai parti politik dan saya dianggap sebagai penghubung atau faktor yang boleh mengikat hubungan silaturahim (pembangkang) demi tujuan yang baik, saya sanggup," katanya.
    Hasil pertemuan dengan PAS kata Muhyiddin parti itu dilihat sedia kerjasama namun ada beberapa aspek yang perlu "disusun".
    Di pihak lain katanya BERSATU tidak ada masalah untuk membentuk kerjasama dengan HARAPAN.
    "Kita harap akhirnya kata sepakat itu dapat dicapai dalam apa juga bentuk,” katanya.
    sumber
    Sejarah akan tercipta..! Yakinlah bahawa kita semua rakyat jelata akan berganding mahu merealisasikannya..!
    Tunggu..!
    Lu FIkir La Sendiri!!!

    PUTRA MERDEKA at 1:09 PTG
    Kongsi

    BalasPadam
  2. Kalau bnda ni dah buat kat negara maju n mengurangkan kesesakan kereta serta mengalakkan org naik pengangkutan awam,just procees je. Cuma negara kita ada masa pengangkutan awam ada problem pun susah jugak. Tp once benda ni dilaksanakan.. x kira anda manager ke, doktor ke semua naik pengangkutan awam...org guna jalan KL ialah org yg betul2 loaded boleh byr extra caj.

    BalasPadam
  3. AKu dapat rasa, harga bukanlah satu kriteria pembangun titik beratkan masa nak buat perancangan pembangunan. Diorang letak generalisation bahawa semua orang mampu hanya sebab pembangunan itu dibuat di kawasan bandar.
    Diorang fikir orang bandar mesti kaya, or at least berduit.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.