Iklan Leaderboard

Khamis, 11 Ogos 2016

7 Humblebrag: Merendah diri untuk bercakap besar

Kadang-kadang aku suka baca status orang di Facebook apatah lagi yang sudah level-level selebriti Internet. Aku suka cara mereka mencari perhatian dengan memberitahu kita betapa istimewanya dia, betapa mulianya hatinya, betapa permurahnya dia, betapa banyaknya kebaikan yang sudah dia buat, betapa ikhlasnya dia beramal, betapa dia sangat merendah diri. Setiap hari dia akan mengingatkan kita betapa istimewanya dia dalam dunia ini, betapa dia berbeza dengan orang lain dan kewujudannya sangat penting dalam pembangunan modal insan dalam masyarakat.


Dia sering mengingatkan kita mengapa kita perlu mengkagumi dia, kenapa kita harus mengangkat dirinya menjadi idola dan ikon kita, betapa kita harus memandang tinggi dirinya atas segala kebaikan dan amalan yang dia beritahu dia telah laksanakan, betapa kita seharusnya bersyukur akan kewujudan dia dalam masyarakat kita.

Dia juga akan turut memberitahu betapa cara dia adalah yang paling betul dan terbaik. Semua orang harus mengikut dan bersetuju dengan pemikiran dan mentalitinya.

Apa yang dia buat adalah betul.
Apa yang orang lain buat adalah salah.

Apa yang dia fikirkan adalah betul.
Apa yang orang lain fikirkan adalah salah.

Apa yang dia minat adalah betul.
Apa yang orang lain minat adalah salah.

Hanya cara dia sahaja yang bagus.
Orang lain yang tak ikut cara dia itu tidak bagus.
Dalam dirinya tiada kepelbagaian warna, ia cuma ada hitam dan putih, yang mana sama ada kau bersama aku atau musuh aku.


Dia menjadikan dirinya nampak lebih bagus daripada orang lain adalah dengan menaikkan diri sendiri dan membuatkan orang lain nampak teruk.

Walaupun dia sering juga komplen, mengecam dan mengkritik orang lain, namun dia masih juga tidak lupa untuk mengingatkan betapa istimewanya dia setiap hari.

Aku suka tengok orang macam ini.

Dia sentiasa mahu dilihat betul.
Dia sentiasa mahu dilihat benar.
Dia sentiasa mahu dilihat menang.
Dia sentiasa mahu dilihat penting.

Dalam masa yang sama dia bercakap besar dengan mahu orang lain tahu betapa rendah dirinya dia. 
Bagi dia penghormatan dan respek itu adalah suatu yang boleh ditagih dan diminta-minta.


Bercakap besar dengan merendah diri.
Merendah diri untuk bercakap besar.

Ya, spesis seperti ini memang sangat memberi 'inspirasi'...

Mereka gelarkannya...

..."HUMBLEBRAG".

Sumber

Jadilah orang yang rendah diri, tapi tak perlu la mencanang dan menjaja satu dunia nak beritahu betapa rendah dirinya kau.
Kalau kau nak orang lain betapa rendah dirinya kau dan mahu orang lain mengiktiraf kerendahan diri kau, dah takde la lagi rendah diri sebaliknya dah jadi meninggi diri.
Nak merendah diri, tunjukkan dengan sikap dan perbuatan, bukan dengan update status kat media sosial.

Simple.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:


Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: humblebrag humble brag rendah diri mahu minta dipuji up diri sendiri mencapap cari publisiti

7 ulasan:

  1. wah, macam ni pun ada isltilah yg spesifik untuknya haha..
    sapa2 boleh bagi contoh pencerahan lain humblebrag dalam BM tak?

    BalasPadam
  2. maksud humblebrag, bila seseorg bercakap, dia akan tekankan 'kerendahan diri' dia padahal dia nak org lain nampak betapa berlagaknya dia.

    contoh:

    'oh penatnya hari ni.. tak sangka kalau naik BMW pun boleh penat' *tambah2 kalau post kat facebook, letak gambar stereng BMW*

    BalasPadam
  3. like that fella syed azmi...organizer of touch a dog today....lagak humble tapi duk hentam orang masjid taknak ikut cakap dia....pastu tulis alll the puji2an yang orang tulis kat dia in a 'humble' way.
    bagi orang duit pun nak citer.

    BalasPadam
  4. contoh orang tu sape?
    aku byak dh pikir

    BalasPadam
  5. makan durian atas lantai, makan nasik bungkus + timun atas karpet airport misalnya

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...