Selasa, 30 Ogos 2016

6 Suatu situasi boleh jadi rungutan atau motivasi

Gaji aku RM3,000 sebulan memang tak pernah cukup. Daripada RM3,000 tu, aku cuma mampu sewa rumah RM500, hanya mampu beli kereta dengan bayaran ansuran bulanan RM600, bayar pinjaman PTPTN RM300, bayar utiliti bil elektrik, air, Internet dan Astro semuanya RM300, duit belanja dapur RM400, insurans takaful RM200, pendidikan dan keperluan anak RM300.

Itu belum campur lagi nak kena bagi nafkah isteri RM100, kirim kepada ibu bapa di kampung RM100, semua sekali dah RM2,800. Tinggallah baki RM200 cukup-cukup makan je untuk belanja diri sendiri.


Gaji aku RM3,000 sebulan namun buat masa ini cukuplah untuk menampung kehidupan aku secara sederhana. Daripada RM3,000 tu, aku masih mampu untuk sewa rumah RM500, sudah mampu beli kereta dengan bayaran ansuran bulanan RM600, dapat bayar pinjaman PTPTN RM300, boleh bayar utiliti bil elektrik, air serta melanggani talian Internet dan Astro dengan semuanya berjumlah RM300, tanggung duit belanja dapur RM400, ambil insurans takaful RM200, malah masih mampu untuk beri nafkah kepada isteri RM200 serta hantar kepada ibubapa RM200 walaupun gaji aku tidaklah banyak mana.

Walaupun pendapatan aku hanya sekadar RM3,000 sebulan, namun aku masih mampu untuk menanggung keperluan asas untuk diri aku dan keluargaku, malah ada baki RM200 lagi untuk aku belanja diri sendiri dan buat sedikit simpanan. Dalam masa yang sama aku akan terus berusaha meningkatkan pendapatan aku untuk memberi kehidupan yang lebih selesa buat diriku dan juga keluargaku.


* * * * * * * * * *

Di atas adalah contoh dua situasi dan keadaan yang sama namun berbeza cara penyampaian dan pemikiran. Yang pertama disampaikan dengan cara rungutan dan negatif, manakala yang kedua pula disampaikan dengan cara motivasi dan lebih positif.

Banyak perkara yang kita lalui dalam kehidupan ini yang bukan hanya kita yang laluinya malah orang lain juga. Ada orang yang lebih dari kita, ada juga orang yang lebih kurang bernasib baik dari kita.

Maka akhirnya ia bergantung kepada pemikiran kita sendiri dan cara kita berfikir tentang bagaimana hendak menerima, mengurus dan mengawal suatu situasi, keadaan dan kenyataan itu sendiri.

Adakah kita mahu menjadi seorang yang sentiasa berfikiran negatif yang hanya suka merungut dan mengeluh akan nasib dan kehidupan kita, atau menjadi seorang yang sentiasa berfikiran positif yang sentiasa bersyukur dan sentiasa berusaha untuk memaju dan meningkatkan taraf hidup kita.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: suatu situasi jadi rungutan merungut keluhan mengeluh motivasi semangat bergantung cara perfikir pemikiran negatif positif

6 ulasan:

  1. Kahkahkah.. kalo taruk ayat bersyukur ni.. nak cover iman sehebat nabi. Lanjio la. Xdek org len boleh mengkepalabutuhkan kita lagi.

    Biar pada kedana, asalkan tak jadi kapir. Sbb tu Melayu x kesah dibodohkan dgn ayat bersyukur.

    Lu bersyukur tu lu punya pasal la dgn Tuhan. Apasal nak bitau org len?? Bugima...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu contoh. Kalau ko nak merungut pun pergi la merungut kat Tuhan, kalau merungut kat media sosial pasal kehidupan kau tak ubah jadi apa pun.

      Padam
    2. Ko ni dah kenapa anon. ProoOotT d muka hang

      -dennotantei gay bottom-

      Padam
  2. Bak kata orang urban, ada dua jenis orang, melihat gelas separuh penuh atau gelas separuh kosong.

    BalasPadam
  3. banyakkan positip..yang negatif lak jangan kata kurangkan, kalau buleh biar takde langsung.

    kita rm3000 sebulan, orang lain mungkin ada yg rm300 sebulan..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.