Selasa, 23 Ogos 2016

19 Jatuh bangun dan pengakhiran komik Bleach

Lebih sedekad lalu terdapat 3 judul komik Jepun yang sangat gah dan popular sehingga diberi gelaran The Big 3 iaitu One Piece, Naruto dan Bleach. Seperti yang peminat manga Jepun tahu, komik Naruto telah pun tamat 2 tahun lepas pada tahun 2014 dengan 700 chapter, komik One Piece pula masih bersiaran sehingga ke hari ini, manakala Bleach pula baru sahaja melabuhkan tirainya pada minggu lepas.

Sedikit sinopsis mengenai manga Bleach, sebuah komik yang ditulis dan dilukis oleh Tite Kubo, yang telah muncul dalam majalah Weekly Shonen Jump sejak bulan Ogos 2001. Bleach menceritakan pengalaman yang dilalui oleh Kurosaki Ichigo, seorang pelajar sekolah menengah yang berkebolehan melihat hantu, dan Kuchiki Rukia, seorang shinigami (boleh diterjemah secara literal sebagai "dewa maut").


Bahagian awal kisah Bleach ditumpu khas untuk pembangunan watak-watak utamanya. Apabila kejadian demi kejadian berlalu, dunia disebalik alam dewa-dewa maut ini dibuka dan dijelaskan dengan lebih mendalam seperti Human World, Soul Society, Hueco Mundo dan Hell.

Setelah 15 tahun bersiaran, akhirnya komik Bleach tamat pada chapter 686. Namun manga Bleach bukanlah ditamatkan dengan baik, sebaliknya diarah untuk ditamatkan lebih awal oleh editor majalah Weekly Shounen Jump, disebabkan oleh populariti dan juga jualan tankoubon (buku berjilid) semakin merudum, terutama selepas Arrancar arc tamat dengan kekalahan Sousuke Aizen. Disebabkan itu masih banyak persoalan yang tidak terjawab kerana penamatnya kelihatan dibuat seperti tergesa-gesa dan tidak sempat untuk merumuskan sepenuhnya.

Aku tak nak bercerita panjang tentang plot manga tu sendiri, korang boleh baca sendiri kat MangaFox, MangaFreak, MangaReader dan MangaPanda. Aku cuma nak menulis sedikit pendapat dan pandangan aku tentang manga Bleach dan juga reaksi peminat terhadap penamatnya.

Antara salah satu kekuatan komik Bleach ini adalah pada stroke lukisan dia yang cantik dan berseni. Banyak lukisannya menggunakan teknik berus dan dakwat Jepun memberikan feel yang sangat klasik dan tradisional. Begitu juga dengan babak dan aksi pertarungan yang hebat dan mendebarkan serta rekaan watak yang menarik, kacak dan cantik terutama barisan Shinigami dan Arrancar menyumbang kepada populariti komik tersebut.


Maka bagaimana popularitinya boleh jatuh merudum?

Pertama kerana komik ini sudah sampai klimaks dan kemuncaknya pada ketika Ichigo mengalahkan Aizen dengan kuasa terakhir sehingga kuasa Shinigaminya hilang. Ramai yang berpendapat manga Bleach seharusnya ditamatkan ketika itu sewaktu ia berada di puncak, namun komik ini masih disambung dan diteruskan.

Oleh sebab itu pacing atau rentak komik ini sudah menurun dan bermula semula dari bawah, tetapi tidak berupaya untuk mendaki semula kerana jalan ceritanya agak meleret, plot yang sama dan digunakan berulang kali seperti kemunculan watak musuh baru yang begitu ramai secara tiba-tiba dan tidak dikembangkan dengan baik serta peningkatan kuasa watak protagonis iaitu Ichigo secara mendadak dan agak keterlaluan.


Dan kelemahan paling nyata komik ini adalah rentak dan perkembangan ceritanya terlalu lambat kerana chapternya terlalu fokus pada gaya seni lukisan dan aksi pertarungan. Bayangkan komik Bleach ini mempunyai hampir 700 chapter tetapi hanya ada 4 arc utama sahaja iaitu:
  1. Soul Society Arc
    a. Human Realm
    b. Soul Society
  2. Arrancar Arc
    a. Human Realm
    b. Hueco Mundo
    c. Fake Karakura Town
  3. Fullbring Arc
  4. Quincy Arc
    a. Human Realm
    b. First Invasion
    c. Reioukyuu
    d. Farewell Story

Jika mahu dibandingkan dengan komik yang lebih kurang sebaya dengannya, dengan 700 chapter Naruto mempunyai belasan arc manakala One Piece pula mempunyai puluhan arc. Ini kerana dalam sebuah chapter sahaja plot ceritanya agak padat dan banyak informasi yang dapat dimuatkan dalam satu chapter, berbeza dengan Bleach di mana dalam satu chapter sahaja mungkin hanya ada satu babak pertarungan yang hanya berlangsung dalam tempoh 5 minit.

Malah beberapa elemen penting dalam sebuah komik bergenre shounen iaitu drama, misteri, pengembaraan, romance, persahabatan dan humor juga semakin berkurangan apabila ia terlalu fokus kepada pertarungan dan peningkatan kuasa.

Secara ringkasnya gambarajah berikut menunjukkan perbezaan jalan cerita atau storyline di antara ketiga-tiga manga Big 3 tersebut:


Sebagai contoh di dalam komik One Piece, kebanyakan watak yang wujud mempunya fungsi, peranan dan keutamaan masing-masing. Tiada watak penting yang ditinggalkan begitu sahaja. Pembangunan watak juga disusun dengan baik sekali di mana ada watak yang diperkenal seawal chapter 50 tapi muncul semula pada chapter 200 dan difokuskan pada chapter 550. Berbeza dengan Bleach, banyak watak yang diperkenal secara tiba-tiba terutama watak musuh dan akhirnya mati begitu sahaja tanpa sempat dibangunkan dengan baik.

Aku pula, walaupun banyak orang sudah tidak membaca lagi manga Bleach, kenapa aku masih baca? Kerana aku sudah mula baca dari awal dan aku tak suka berhenti tengah jalan. Lagipun aku masih nak tahu perjalanan cerita dia, so aku pun terus sahaja baca setiap minggu sehinggalah tamat pada minggu lepas.

Namun seperti juga pengakhiran komik Naruto, komik Bleach juga tidak terkecuali daripada menerima kecaman dan mencetuskan kemarahan peminat hanya kerana penamatnya tidak memenuhi citarasa dan imaginasi mereka.

Dalam bidang komik dan animasi, ada satu istilah iaitu fanfic doujinshi di mana peminat akan mereka-reka sebuah cerita lain berdasarkan watak yang mereka minat, seperti contoh mereka minat manga Naruto, maka mereka pun menulis novel fanfic atau melukis komik doujinshi tentang Naruto mengikut kemahuan dan imaginasi mereka sendiri.

Sebenarnya fan-fiction ini bukan benda baru, lebih-lebih lagi dalam bidang hiburan dan seni kreatif. Peminat yang obses ini suka membuat cerita-cerita imaginasi tentang orang, cerita dan watak yang mereka obses sampai kadang-kadang ke satu tahap yang sangat mengarut dan tak masuk akal.

Kadang-kadang mereka akan pasang-pasangkan watak mengikut kemahuan dan keinginan mereka sendiri yang digelar "ship" atau "shipping" seperti Naruto couple dengan Sakura, lalu dibuatlah cerita fiksyen mengarut merepek meraban tentang pasangan ini. Lagi mengarut apabila peminat perempuan yang obses "ship" watak lelaki dengan lelaki yang lain seperti Naruto dengan Sasuke, lantas tercetuslah cerita fiksyen yaoi atau gay tentang Naruto dan Sasuke. Serious shitty gila imaginasi.

Dan kadang-kadang keobsesan peminat ini menjadi sangat melampau dan bangang apabila pasangan ship mereka tidak menjadi kenyataan dalam jalan cerita sebenar, menyebabkan mereka menjadi sangat marah dan tidak berpuas hati lalu dimaki-makinya pengkarya asal di akaun media sosial pengkarya serta membuang dan membakar karya pengkarya asal.

Mangsa terbaru, komik Bleach yang baru sahaja tamat baru-baru ini. Hanya disebabkan (spoiler alert: highlight jika mahu baca) mangakanya Tite Kubo membuat Ichigo berkahwin dengan Orihime manakala Rukia berkahwin dengan Renji, peminat obses yang mahukan Ichigo berkahwin dengan Rukia menjadi marah lalu membakar dan membuang semua komik dan DVD Bleach milik mereka.


Sama juga ketika tamatnya manga Naruto di mana (spoiler alert: highlight jika mahu baca) Naruto akhirnya berkahwin dengan Hinata telah menyebabkan peminat yang obses dengan hubungan Naruto-Sakura menjadi marah dan mahukan pengkaryanya mengubah penamat tersebut.

Serius aku sangat benci dengan peminat yang obses melampau sampai merasakan orang lain dan pengkarya asal kena ikut kemahuan dan imaginasi bodoh mereka. Kalau kemahuan mereka tak dituruti, mereka akan marah, kecam, bakar dan buang karya pengkarya asal.

Kalau kau rasa dah tak suka suatu benda yang kau minat dulu, kau boleh memilih untuk meninggalkannya terus. Tiada siapa paksa kau untuk suka suatu benda tu, dan kau pun tak boleh nak paksa orang lain untuk mengikut kemahuan kau. Lagipun itu adalah karya mereka, bukan karya kau.

Kalau kau tak suka, hormatilah pada pengkarya, tak perlu kau marah-marah dan kutuk-kutuk pengkarya asal, sebaliknya kau boleh sahaja tinggalkan cerita itu dan buat cerita kau sendiri. Pengkarya pun takde berhutang apa-apa dengan kau.

Seperti mana manga Bleach, walaupun aku juga merasakan ceritanya semakin merudum, tapi tak sekali-kali aku mahu mengutuk atau mengecam pengkaryanya, kerana itu adalah cerita dia, bukan cerita aku.

Walaubagaimanapun tahniah dan terima kasih kepada Kubo-sensi untuk 15 tahun ini.



P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: bleach manga komik rise and fall downfall naik turun jatuh bangun ending final chapter tamat akhir penamat bankai anime

19 ulasan:

  1. Aku tak phm ending Bleach huhu..boleh sapa2 terangkan tak?? Hairan saya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak boleh nak terangkan nanti jadi spoiler. Apa yang aku tahu, diorang kahwin, ada anak, dunia kembali aman.

      Padam
  2. Aku tak phm ending Bleach huhu..boleh sapa2 terangkan tak?? Hairan saya..

    BalasPadam
  3. Boring baca manga yg sampai beratus2 episod...Doraemon gak de best. Tapi One Piece not bad

    BalasPadam
  4. Noob...mana plain83 dan seangkatan denganya...?oh ya noob..ko dh tengok bleach versi hentai..?tengah berlawan pun beromen..kih kih..prOoTt

    BalasPadam
  5. Dragon ball jugak yg best.

    BalasPadam
  6. Ko delete komen noob...?mana plain83 dan seangkatan denganya..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana aku ada delete komen. Komen ko masuk spam. Nak cari orang lain pergilah blog mereka.

      Padam
  7. Kahkahkah
    Baru ingat nak masuk blog pasal pandangan saya terhadap Bleach tapi rasanya lain kali buat anime lain kot

    BalasPadam
  8. aku dah lama tinggal bleach. last skali baca time diorang berlawan dgn arankaru. kalu xbaca blog ni serius aku xtau cite ni dah habis.. mohon sambung anime la plak.bleh layan time boring

    BalasPadam
  9. dulu selalu beli bulan2 dragon ball smpi last jilid... pastu stop follow manga... leps tu start balik layan dunia manga anime kenal naruto , onepiece sebb bleach je rasanya terbaca buku Kreko time tu "uih best gila concept citer dia".... art dia pada aku lagi superior dari one piece second naruto.... tapi klu banding cerita memang dia kebelakang dari manga lain2 yang x popular pun... dan juga diversity character dia unik dan dekat dengan real life compare tu naruto ngan one piece lebih pada fantasy... apa noob ulas mcm ak fikir gak.. apa pun sob sob terima kasih tite kubo my most fav top 3 huhu but seriously middle finger shipping trend.. mcm hare terlalu melampau obses apapun ak lebih sokong rukia ngan ichigo hanya kawan baik dia punya chemistry memang level friend terbaik punya haha2

    video :
    https://www.youtube.com/watch?v=ACq7tgjHdGAni
    terangkan lebih detail sket kenapa jatuhnya Bleach T.T.... apa pun announcement dia hanya Bleach live action movie.... pada aku best arc tetap soul society arc.. plot twist disitu memang best...dan beberapa otai mangaka pun ucap selamat berehat kat tite kubo dan respect kubo.. dan ada newbie mangaka pun suka jerit "ban Kai!" dan follow manga bleach huhu

    BalasPadam
  10. bleach aku tak berapa follow sangat sebab buku dia susah nak jumpa kat malaysia ni dulu..tapi stroke lukisan dia mmg lawa kot..aku ingat aksi berlawan dragonball dah kira power dah, tapi bleach lagi power stroke nya time lawan2..tapi still naruto je aku follow sekarang ni haha

    BalasPadam
  11. Aku cuma follow One Piece jer antara Big 3 tu. Bleach aku langsung x pernah baca .. hua hua hua 😄

    BalasPadam
  12. Bleach. Aizen Arc. Lepas tu..macam haram.
    Naruto. Akatsuki Arc. Lepas tu..macam haram.
    One Piece? Masih ok lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. one piece after dressrosa arc mcm haram

      Padam
  13. adakah noob mengikuti dragon ball yg baru iaitu dragon ball super

    BalasPadam
  14. aku sampai sekarang masih tunggu anime attack on titan season 2. bila nak keluar ni hajime isayama sensei ��

    BalasPadam
  15. Aku tengok SMC lagi elok. ;)

    BalasPadam
  16. Baru nampak blog ni... harap2 owner blog masih rajin baca komen saya... saya mau cakap. Saya ni anak 80an. Ada family suda.. dan paling minat dengan Bleach... habis baca manganya dan sampai sekarang 2021 ni masih tunggu anime chapter 367 😭😭. Bila saaya bagitau anak sulung saya ending bleach...dia punya tidak puas hati..sampai saya sembunyi dvd bleach saya 😅😅😅 takut dia amuk dvd tu.. hahahaha tapi saya ckp 'bukan ko yang tentukan ending dia..' Tite Kubo..tapi Apa yang Aizen tak puas hati pula tu??. hihihi

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.