Iklan Leaderboard

Sabtu, 20 Ogos 2016

4 Melawan arus itu nampak unik, berbeza dan cool

Ada orang suka melawan arus.
Apabila ramai orang yang menyokong, dia akan membantah.
Apabila ramai orang yang membantah, dia akan menyokong.
Ketika ramai orang mengecam, dia akan mempertahan.
Ketika ramai orang mempertahan, dia akan mengecam.


Kenapa ada orang suka sangat melawan arus?Kenapa ada orang yang tidak suka langsung nak mengikut arus?
Kenapa ada orang yang suka sangat memberontak dengan arus?
Kenapa ada orang yang sentiasa nak nampak dia berbeza dari orang lain?
Kerana melawan arus itu nampak hebat.

Melawan arus itu nampak seperti seorang sentiasa berfikir di luar kotak.
Melawan arus itu nampak seperti seorang pejuang.
Melawan arus itu nampak istimewa.
Melawan arus itu nampak bijak.
Melawan arus itu nampak unik.
Melawan arus itu nampak berbeza.
Melawan arus itu nampak cool.

Sebenarnya tak salah untuk kita melawan arus, malah kadangkala bagus sebenarnya untuk kita melawan arus, lebih-lebih lagi melawan arus untuk memperjuang dan menegakkan keadilan.
Mereka melawan arus bukan kerana sekadar mahu menongkah arus, sebaliknya semata-mata mahu menyatakan kebenaran.

Namun tidak semua arus itu teruk, dan tak semua lawan arus itu baik. Ada kalanya, kita perlu mengikut arus jika arus itu adalah suatu kebaikan dan kebenaran.

Tetapi jika kau suka melawan arus, hanya kerana untuk memberitahu dan memperlihatkan kononnya yang kau itu amat unik, istimewa dan berbeza dari orang lain, maka kau itu hanya tin kosong yang sekadar mahukan perhatian.

Bila majoriti menyokong sesuatu hal, kau akan membantah hanya kerana mahu dilihat berbeza.
Bila majoriti membantah sesuatu hal, kau akan menyokong pula hanya kerana mahu dilihat unik.
Bukan sekali dua, tapi tiap-tiap kali.

Jika arus itu keluar dari lubang, kenapa kau mahu menongkah arus terjun ke dalam lubang?
Jika arus itu wujud agar memudahkan semua orang, kenapa kau mahu melawan arus melakukan suatu yang memberi kesusahan dan ketidakselesaan pada orang lain?

Kau melawan arus bukan kerana menegakkan kebenaran, tetapi semata-mata kerana perlukan perhatian manusia.

Akhirnya kau tak nampak seperti berfikir di luar kotak pun, sebaliknya nampak seperti orang yang pentingkan diri sendiri... dan bodoh.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: suka melawan arus agains all odd flow current grain standing out 

4 ulasan:

  1. melawan arus ke arah kebaikan tak salah..ke arah yang tak baik tu salah hihi

    BalasPadam
  2. Kalau seseorang tu bercakap mungkin dia sarkastik tu yang nampak melawan arus

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...