Ramai yang memuji dan mengambil inspirasi dari gambar nenek itu, malangnya ada sesetengah orang Melayu ada perangai yang suka buat spoil dengan buat orang rasa bersalah dengan menggunakan agama pada perkara yang tidak salah.
Nampak orang tua belajar ilmu dunia dan nak sambung master atau PhD, dikatanya lebih baik hafal Al-Quran, pergi surau banyakkan ibadah, sijil tinggi-tinggi tak guna pun untuk masuk syurga dan sebagainya Nampak orang lain belajar masuk universiti, dikatanya tak guna masuk universiti Tuhan tak tengok pun. Nampak orang lain dapat anugerah tokoh sukan, disindirnya buat apa bersukan-sukan, lebih baik pergi sembahyang kat masjid.
Aku faham kalau kita menegur pada hal yang salah, seperti dah tua-tua masih pergi kelab malam, atau perkara yang berkaitan dosa dan maksiat.
Tapi seriously, apa masalahnya dengan menuntut ilmu dan hal-hal lain yang bukan hal dosa dan maksiat pun?
Malah Nabi ada mengatakan, “Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.” [Riwayat Muslim dalam Shahihnya (penomboran Fu’ad Abd al-Baqi), hadis no: 2699].
Tak kira la tua atau muda, ilmu dunia atau akhirat, asalkan ilmu yang berguna dan bermanfaat kepada diri sendiri dan masyarakat, apa masalahnya? Ia adalah suatu perkara yang baik. bukan buat perkara yang tak baik pun?
Malah dengan mengatakan lebih baik dia buat itu, lebih baik buat ini, kita tahu ke dia tu tak buat apa yang kita cakap tu? Kenapa tak hafal Al-Quran, kenapa tak pergi masjid, kenapa tak bagi sedekah, kita tahu ke dia tak buat semua tu? Hanya dengan sekeping gambar kita dah boleh menilai orang. Siapa tahu orang yang kita cakap bukan-bukan tu amalan dia lebih banyak dan darjat dia lebih mulia dari kita?
Lagipun amalan agama tu bukan masa dah tua je kena buat, dari muda belia remaja lagi dah kena buat. Tuhan bukan menilai amalan kita waktu tua je dan abaikan apa yang kita buat waktu muda. Malah kita pun tak tahu entah sempat atau tidak kita meniti usia tua, maka tak perlu ada rasa bila dah tua baru kita kena bertaubat, beramal ibadah dan sebagainya, waktu muda takpe boleh enjoy.
Orang tua ni, lepas dah pencen, dah bersara, anak pun dah besar-besar, mereka biasanya akan melalui fasa nak kena bekerja dan buat juga sesuatu untuk mengisi masa lapang mereka. Yalah dah 30 40 tahun bekerja, tiba-tiba tak bekerja.
Sebab tu selain daripada memperbanyakkan beribadah, ada yang mengisi masa lapang dengan berkebun, memasak, melancong, belajar sambung degree/master/PhD, hadir kelas agama, jaga cucu, buka kedai, menulis, masuk politik dan lain-lain lagi perkara yang mereka tak sempat nak buat dan realisasikan sewaktu mereka muda atas kesibukan bekerja dan komitmen keluarga.
Oleh itu selagi mereka nak buat perkara-perkara yang tak menyalahi undang-undang dan agama, maka...
...APA MASALAHNYA?
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:
Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541
tags: nenek sambung buat tesis thesis master phd degree guilt trip spoil melayu komen sindir kutuk usia pencen bersara
.....kay.
BalasPadamProoOoootT !
Padam-Gayrosli-
terbaik noob
BalasPadamJika diberi peluang kita nak belajar architecture dan design. Belajar tidak kira umur ok.
BalasPadamNoob buat artikel pasal tnb tipu pengguna pulak.. tq.
BalasPadamstad dan stazah kat fb nun berlambak. drpd dia nasihat orang, baik dia sendiri je buat
BalasPadamsusah kalau nk layan org yg sentiasa fikir negatif, rasa diri tu perfect sangat.. padahal jeles.. hahaha
BalasPadamJalan terus. Menuntut ilmu itu satu ibadah.
BalasPadam"tuntutlah ilmu hingga ke china" itu diambil dari hadis palsu. semoga noob bukanlah dr golongan penyebar hadis-hadis palsu
BalasPadamSebab tu aku tulis kat situ kata pepatah bukan hadis. Yang hadis tu yang kat bawah tu yang aku nyatakan sumber dia tu.
PadamNak coverlah tu. Walau apapun ko panggil ayat tu pepatah ke, simpulan bahasa ke, still hakikatnya benda tu hadis palsu. Katakan harini ko makan kfc utk lunch tp ko bagitau semua org ko makan nasi still xberubah hakikat harini ko makan kfc
PadamMelayu ni bangsa penuh penyakit. Bab hadis bab agama, sumer pakat hebat belaka. UAI ada kata, hadis ni dhoif. Fathul Bari kata ianya bukan hadis dari Nabi. Tak pasti pulak nak buat conclusion sbb saya bukan pakar hadis.
PadamJika diikut secara khilafiah, penjelasan kedua2nya ini bertaraf ustaz, bukannya ulamak2 hadis muktabar. Yg kita dok pertikai hadis palsu ka dhoif ni, rasanya tak perlu sehingga tahap tu. Lain la jika dah menghapal 700,000 hadis untuk tentukan itu ini sanadnya blablabla.. silakan.
Pesan Imam Malik, x payah la berlagak owsem mcm budak baru belajar ilmu feqah. Habis sumer org salah nak dipancungnya.
aii anti hadis palsu dan seriously gay,
Padamkalau palsu pn ape masalahnya? tak salah kan tuntut ilmu? main point nya nak smpaikan yg menuntut ilmu ni tuntutlah smpai mati sbb takkan sia-sia ilmu tu. Baik blajar dari buat bende x senonoh.
alahai bende ni pn nk dipertikaikan+perbesarkan. beriya-riya aku tgk.
dan aku x nampak pn noob tulis tu hadis, tapi pepatah.
hahahahaha. seriously. =__=
Kalau org claim atas nama nabi..baru la dikatakan hadis. Beza sesebuah hadis adalah daripada sanand.. Tp noob xkata pun dia claim pepatah tu dengan nama nabi.. Jadi APA MASALAHNYA? Boleh je pakai pepatah tu... Sbb bukan hadis pun.. Klu hadis, mesti noob dh tulis "sabda nabi"..
PadamKalau org claim atas nama nabi..baru la dikatakan hadis. Beza sesebuah hadis adalah daripada sanand.. Tp noob xkata pun dia claim pepatah tu dengan nama nabi.. Jadi APA MASALAHNYA? Boleh je pakai pepatah tu... Sbb bukan hadis pun.. Klu hadis, mesti noob dh tulis "sabda nabi"..
Padammasalahnya orang melayu yg speseis meleis tu je..yg lain takda masalah..
BalasPadam