Iklan Leaderboard

Rabu, 17 Ogos 2016

4 Kesedaran palsu, mimpi waras dan kelumpuhan tidur

Waktu pagi jam loceng berbunyi, kita pun tersedar dari tidur. Lepas matikan jam loceng, kita pun pergi gosok gigi, mandi, solat subuh, gosok baju, pakai baju, bersarapan pagi lalu naik kereta untuk pergi kerja.

Akhirnya kita terjaga semula dari tidur. Rupanya-rupanya semua yang kita buat sebelum itu hanyalah mimpi belaka walaupun semua yang kita buat itu terasa seperti benar sekali namun terpaksa ulang buat semuanya dari awal semula.

Lagi pedih jika apa yang kita buat kali kedua itu, juga masih dalam mimpi lagi. Dan bila kita dah betul-betul terjaga masa dah lewat.

Siapa yang pernah kena macam ini?


Aku waktu zaman sekolah dan zaman belajar dulu selalu kena. Sekarang kena juga tapi jarang-jarang dah. Hal ini digelar "Kesedaran Palsu" atau "False Awakening".
Kesedaran palsu adalah mimpi yang begitu jelas dan meyakinkan tentang bangkit seseorang itu dari tidur, sedangkan realitinya dia masih sedang tidur. Ketika mengalami kebangkitan palsu, mereka sering bermimpikan seperti sedang melakukan ritual pagi biasa mereka setiap hari seperti memasak, membersihkan diri dan bersarapan. Kebangkitan palsu juga boleh berlaku dalam mimpi berganda atau umpama mimpi dalam mimpi.

Selain itu, ia juga boleh membawa kepada fenomena "Mimpi Waras" atau "Lucid Dream".
Mimpi waras adalah sebarang mimpi di mana seseorang itu sedar bahawa mereka sedang bermimpi. Semasa bermimpi waras, seseorang itu kemungkinan boleh memperoleh sedikit kawalan ke atas watak, naratif, cerita dan persekitaran dalam mimpi tersebut.

Dalam mimpi waras, pelaku kadangkala boleh mengawal kelakuannya dalam mimpi dan sedar yang ia hanya mimpi namun mereka masih teruskan bermimpi kerana merasakan ia adalah suatu yang nyata.

Namun lebih teruk jika seseorang itu mengalami "Kelumpuhan Tidur" atau "Sleep Paralysis", "False Awakening" dan "Lucid Dream" serentak.
Kelumpuhan tidur merujuk kepada keadaan lumpuh ketika tidur ataupun ketika bangun tidur. Mereka yang mengalami kelumpuhan tidur pada kebiasaannya akan mengalami masalah untuk menggerakkan anggota badan, tidak berupaya untuk bersuara dan sebagainya. Kelumpuhan tidur juga biasanya di datangi dengan halusinasi seram atau mimpi ngeri.

Kelumpuhan tidur berlaku dalam keadaan pelaku separuh sedar, selalunya akan tidak sedar sama ada mereka sedang tidur atau pun dalam keadaan jaga sewaktu mengalami lumpuh tidur. Ia juga kebiasaannya berlaku dalam kedudukan tidur melentang atau dada menghadap ke atas.

Jika mereka mengalami ketiga-tiga fenomena ini serentak, mereka rasa seperti sudah sedar, nampak keadaan sekeliling, tahu mereka sedang tidur dan bermimpi, namun tak mampu untuk bergerak kerana rasa seperti ditindih. Bila kita hendak menjerit dan mengeluarkan suara, kita rasa seperti sudah menjerit namun sebenarnya tidak.

Siapa yang pernah kena memang tahulah macam mana seram dan ngerinya perasaan ketika dalam keadaan itu.


Baca artikel lain berkaitan tidur dan mimpi:


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: false awakening lucid dream sleep paralysis bangun pagi jaga sedar tidur mimpi palsu 

4 ulasan:

  1. Betul la yg lasy skali tu...time blaja dulu ada skali tidur dlm waktu asar...mula2 mimpi pocong...lepas tu tersedar...bila nak ubah posisi toleh badan menghadap dinding yg rapat terus ada wajah pocong dlm mimpi tadi..time tu la badan tiba2 lumpuh...nak jerit x mmg suara kluar...dada mcm kena tekan...last kali azan dlm hati(teringat kata orang tua) pastu baru terjaga balik dlm dunia nyata...

    Mcm inception pulak rasa

    BalasPadam
  2. pernah alami semua ni.... kesedaran palsu sangat jarang pernh jd time sekolah dan rasanya time tido kat masjid haha2... mimpi waras agak sering berlaku... time tu apa lagi terus buat2 ada kuasa psikik dan boleh terbang dan teleport(walaupun time tu rasa mcm sangat gila mustahil tp sungguh2 gila smpi leh jadi tu je ability boleh buat)... mimpi lumpuh paling jarang sekali paling ingat time tidur kat rumah nenek, ngan dekat kolej... ingatkn mcm kena "tindih" ke apa baca ayat kursi pun xde pape... time tu terus study apsl jadi mcm tu baru la kenal sendiri sleep paralyze....kay.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ProooOttT !

      -siroslan-

      Padam
  3. lucid dream adalah apabila kita sedar kita sedang bermimpi. Kl liquid dream tu apa pula?

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...