Rabu, 31 Ogos 2016

4 Dengan Mata Apa Anda Guna untuk Melihat Sejarah?

Sekarang sudah bulan Ogos, maknanya bulan kemerdekaan. Boleh jadi TV dan sekolah akan meriah dengan lagu-lagu patriotik semula.  Bendera Malaysia berkibaran megah semula (dan dibiar sampai koyak rabak sampai Ogos tahun depan) serta akan ada orang tukar gambar bendera Malaysia pada DP Facebook. Rutin kemerdekaan ini berulang-ulang dan boleh dihafal. Sempena Hari Kemerdekaan ini, apa kata saya cuba naikkan satu isu yang menarik untuk difikirkan.

Selamat Hari Kemerdekaan Semua!!!

Jika anda membaca sejarah, anda mesti perasan tentang perbezaan pandangan sejarah. Sejarah ditafsir dan difahami oleh pelbagai orang seperti bagaimana kita memahami apakah punca kejatuhan Kerajaan Uthumanniyah. Rekod asal mengatakan disebabkan penglibatan dalam Perang Dunia Pertama serta masalah pentadbiran dan korupsi yang belaku dalam pemerintahan menyebabkan Kerajaan Beraja dijatuhkan oleh gerakkan Republik.

Namun, berlainan dengan penyokong sistem khalifah atau pandangan  sebahagian masyarakat Muslim yang mengatakan kerajaan Uhtumanniyah jatuh disebabkan konspirasi antara Kemal Attartuk dengan kuasa luar yang sengaja menyinkirkan Sultan agar kerajaan Islam berpecah-belah dan tunduk pada kuasa asing selain menamatkan pemerintahan Khalifah seterusnya digantikan dengan kerajaan sekular.

Selain itu, terdapat perbezaan bacaan sejarah disebabkan "ditulis orang yang menang". Jika anda membaca sejarah Perang Dunia Kedua, mesti ada terbaca tentang Auschwist. Ini merupakan kem tahanan yang terkenal dengan Bilik Gas yang digunaan untuk membunuh orang seperti tahanan perang, penyokong Sosialis dan Komunis, orang Yahudi serta penentang kerajaan Nazi. Kem ini menjadi bukti kukuh bagi kekejaman askar Jerman di bawah telunjuk Hitler dan masih dijaga sebagai Muzium sehingga hari ini.

Namun, tahukah yang sebenarnya Kerajaan Berikat ada melakukan operasi perang dengan mengebom kawasan Kebudayaan yang dihuni orang ramai di Dresden, Jerman? Ini merupakan operasi yang mempunyai krontoversi yang masih dibangkit sehingga kini. Pihak Berikat mengatakan Dresden menjadi transit tentera dan mempunyai kilang senjata namun ada yang mengatakan laporan itu tidak benar dan pihak Pro-Nazi dan parti Haluan Kanan di Jerman mengatakan pengeboman tersebut telah menjadi jenayah perang serta dikritik kerana disisihkan berlainan dengan Auschwitz.

Kesan pengeboman Dresden

Sekumpulan mangsa Holocaust yang dibebaskan oleh askar Soviet
Ini meunjukkan dalam perang, orang baik dan jahat semua kena bunuh.


Dua peristiwa menunjukkan satu isu mempuyai pandangan dan tafsiran yang berbeza. Sebagai manusia, bias sememangnya akan wujud. Perbezaan ini berpunca daripada pengalaman, sumber rujukan, etika dan moral,  bahkan penerimaan oleh majoriti masyarakat. Faktor ini ditambah dengan isu-isu kecil mampu menukar pentafsiran sejarah dan pihak terlibat. Kena ingat ini penting untuk mengetahui dan memwarnakan siapa "orang baik" dan "orang jahat" dalam suatu peristiwa. Jika tidak, kita boleh tersilap memilih siapa wira dan durjana.

Satu contoh yang dekat dengan kita adalah peristiwa Pertarungan Jebat dan Tuah. Sejarah yang terkenal dalam Hikayat Hang Tuah menunjukkan bagaimana ada orang berpihak pada Tuah dan Jebat. Tuah diangkat sebagai orang yang rasional dan setia, Jebat dijulang sebagai orang yang perjuang keadilan dan berani menentang autoriti yang jahat. Hingga hari ini, orang pertikai adakah tindakan Jebat mengamuk itu wajar? Tuah membuta tuli setia orang yang mengarah dirinya dibunuh? Tidak dilupa sebahagian sejarahwan mengatakan Hang Tuah tidak wujud!!!

Pertarungan Tuah dan Jebat merupakan peristiwa yang paling terkenal dan kontroversinya yang menentukan siapa baik dan jahat

Saya boleh simpulkan bahawa kita melihat sejarah dengan tiga mata; Mata Tuah, Mata Jebat dan Mata Tun Perak. Setiap pandangan sejarah ini ada pro dan con serta merupakan bayangan kita untuk menerima maklumat.

1) Mata Tuah

- Seorang yang mainstream
- Pemahaman majoriti
- Berdasarkan pemahaman dan ilmu yang diterima oleh orang ramai

Mata Tuah adalah pandangan umum orang ramai dalam suatu isu. Tuah yang setia pada Sultan, Mata Tuah boleh disimpulkan sebagai orang yang berpegang teguh pada suatu rekod yang disah dan diterima majoriti. Selalunya penerimaan ini disebabkan sejarah itu telah dibahas dan digilap maklumat dan bukti-bukti sedia ada dan boleh diterima ramai. Bahkan sumber sejarah mereka banyak dan diiktiraf keasliannya.

2) Mata Jebat

- Seorang yang "hipster"
- Pemahaman minoriti
- Berdasarkan pemahaman dan ilmu yang jarang diketahui atau "disorok" daripada orang ramai

Mata Jebat merupakan pandangan yang berlainan dengan rekod sejarah asal. Ia bukan bermakna ini pemahaman minoriti, sebaliknya  mereka pegang teguh oleh rekod sejarah asal. Bagi mereka, pemahaman sejarah mainstream mempunyai bias yang cuba untuk memenangkan pihak autoriti.

Umpama Jebat yang menentang salah laku Sultan, golongan ini juga menentang pencabulan sejarah yang cuba memutihkan pihak berkuasa dan cuba menyorokkan dosa mereka.USSR era Stalin yang terkenal dengan Great Purge yang membunuh penentang golongan Commissar yang anti -Stalin dan menyembunyikan kegagalan mereka. Rekod-rekod kerajaan ditukar serta rakyat ditekan untuk menerima sejarah yang diiktiraf kerajaan.

3) Mata Tun Perak

- Seorang atas pagar
- Terima pandangan kedua belah pihak
- Memahami daripada sudut pihak ketiga

Tun Perak dalam kisah Pertarungan Tuah dan Jebat merupakan orang luar. Walaupun begitu, Tun Perak juga orang penting kerana tahu komplot pembesar untuk singkirkan Tuah, sembunyikan Melaka di Melaka Pindah dan memanggil Tuah semasa Jebat mengamuk. Mengikut sejarah Tun Perak merupakan Bendahara yang sangat bijak dan memastikan kesejahteraan Melaka. Mata Tun Perak yang dimaksudkan adalah mereka yang melihat sejarah dalam semua sudut serta cuba sedaya upaya untuk tidak bias.

Memandangnya mereka tidak punya kepentingan dan tidak mempunyai nilai sentimental terhadap suatu isu, boleh kata mereka punyai pendapat lebih telus daripada Mata Tuah dan Mata Jebat. Masalahnya mereka adalah pendirian mereka yang sangat minoriti serta selalunya akan tertarik untuk berpihak antara salah satu pihak semacam lalang.

Mungkin ada yang tidak faham tentang penjelasan saya, eloknya saya kemukakan contoh; konflik dalam Filem Captain America : Civil War.

Filem yang menunjukkan antara superhero pun bergaduh pasal berbeza ideal (dan sebab peribadi).

Bagi mereka yang tidak biasa dengan Marvel Cinematic Universe (MCU), plot cerita ini secara mudahnya konflink untuk menjadikan semua superhero didaftarkan di bawah kerajaan agar mereka boleh diregularsi serta memantau mereka yang ada abiliti agar tidak membahayakan orang awam.

Namun, ada yang menentang kerana ini membuat mereka tidak bebas serta dikawal kerajaan yang berisiko mereka dikawal oleh kerajaan yang menentukan siapa kawan dan lawan. Tony Stark/Iron Man menyokong peraturan regularsi dan Steve Roger/Captain America menentang. Dari situasi ini kita boleh memahami siapa Mata Tuah, Mata Jebat dan Mata Tun Perak.

Mata Tuah: Iron Man

- Selepas siri Avangers yang telah mengakibatkan banyak kemusnahan, dia berfikir agar semua superhero disatukan dalam satu organisasi agar memudahkan mereka dipantau dan mengelakkan sebagai tindakan di luar kawalan. Iron Man 3 dan Age of Ultron memperguatkan pegangan Tony terhadap regularsi.

Mata Jebat: Captain America

- Hidup dengan prinsip dan ideal Amerika, Steve beranggapan regularsi ini menyebabkan orang hidup dengan ketakutan. Siri Winter Solders mendedahkan Steve dengan Pengaruh Hydra di dalam pentadbiran. Regularsi ini ditakuti menyebab superhero dikawal oleh Hydra secara tidak langsung. Pendek kata, regularsi ini bertentangan dengan falsafah kebebasan yang dipegang oleh warga Amerika

Mata Tun Perak: Penonton

- Penonton yang telah melihat semua siri MCU sekurangnya tahu motif kedua belah pihak yang jelas dan difahami dalm setiap filem mereka. Bahkan mereka tahu yang Tony dan Steve sebenarnya bias dengan pilihan mereka.Tony yang ingin membetulkan kesilapan yang dia lakukan dalam Age of Ultron serta Steve yang cuba selamatkan kawannya yang merupakan pembunuh upahan yang telah diprogram. Mereka cuba dengan pemahaman masing-masing menyertai #TeamIronMan dan #TeamCap

Contoh di atas mungkin agak remeh tetapi ini penting untuk memahami dan membaca sejarah. Suara untuk penilaian semula sejarah semakin kuat kedengaran. Isu sensatif juga kuat berbangkit seperti 13 Mei, adakah komunis itu pengganas atau wira negara, Punca kejatuhan Melaka, Gerakkan Kiri Melayu musuh atau kawan, AUKU, Deklarasi Sabah dan Sarawak atau Perjanjian 20, adakah Malaya dijajah atau dinaungi British dan isu kemerdekaan. Ini penting kerana kebiasan kita menjejaskan keasilan sejarah tersebut serta bagaimana kita memahami isu dan sejarah yang berlaku di sekeliling dunia.

Seperti kita yang ingin Orlentalis Barat jujur dengan kajian Sirah Rasullah SAW, kita perlu adil dalam memahami sejarah penindasan orang Yahudi sebelum peristiwa Holocaust. Ingat, adil dalam Islam adalah meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Dengan maklumat yang ada, diharapkan kita tidak sewenangnya menghitamkan sejarah yang mempunyai isu buruk tetapi untuk kita kaji, sahihkan dan menerima maklumat yang benar. Akhir kata daripada saya, dengan mata apa anda melihat sejarah?


Black Bladerz
Anak Merdeka


4 ulasan:

  1. wow.... respect black buat contoh civil war untuk orang senang pahm.. realiti tu la berlaku politik malaysia.. ada geng2 group sendiri...in the end.. humanity is bigger asshole in universe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ProoOoottT prEeeTttt !

      -cErosli Gay bottom-

      Padam
  2. Bak kata orang, dalam perang, dua-dua belah pihak fikir mereka betul.
    When both are right, so nothing is left.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada satu ayat yang mengatakan "War don't decide who's right but decide who left"

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.