Dalam dunia ini ada pelbagai jenis kerjaya.
Ada kerja di pejabat, ada kerja di luar pejabat.
Ada kerja bermula 8 pagi ke 5 petang, ada kerja 6 petang ke 6 pagi.
Ada kerja yang di bayar bulan, ada kerja yang di bayar hari.
Ada kerja makan gaji, ada kerja menggajikan orang.
Ada kerja sekadar mengisi masa lapang, ada kerja demi sesuap nasi.
Ada kerja yang perlu memerah otak, ada kerja yang perlu mengerah kudrat.
Ada kerja yang fleksibel, ada kerja yang rutin hariannya sama sahaja.
Ada kerja berpakaian uniform, ada kerja berpakaian suka hati.
Ada kerja yang halal, ada kerja yang haram.
Pendek kata, ada bermacam-macam jenis pekerjaan yang dilakukan oleh manusia demi menampung kehidupan dan menyara diri sendiri serta tanggungan masing-masing.
Malah nilai sesebuah kerjaya dan kayu ukur kejayaan itu juga berbeza mengikut bidang pekerjaan masing-masing.
Kerjaya dalam bidang profesional dinilai berdasarkan pengalaman yang dimiliknya. Semakin banyak pengalaman, semakin lama seseorang bekerja dalam bidang pekerjaan tersebut, semakin tinggi nilai kerja dan bayarannya.
Kerjaya dalam bidang kemahiran dinilai berdasarkan kepakaran yang dimiliknya. Semakin cekap seseorang itu dalam bidang kemahirannya, semakin tinggi nilai kerja dan bayarannya.
Kerjaya dalam bidang penciptaan dinilai berdasarkan kejayaan produk yang dihasilkannya. Semakin banyak produk yang dihasilkan, semakin ramai orang membeli hasil ciptaannya, semakin tinggi nilai kerja dan pendapatannya.
Kerjaya dalam bidang akademik dinilai berdasarkan ilmu pengetahuan dan sijil yang dimilikinya. Semakin banyak ilmu pengetahuannya, semakin banyak kertas akademik yang dihasilkan, semakin tinggi nilai kerja dan bayarannya.
Kerjaya dalam bidang perniagaan dinilai berdasarkan keuntungan yang dihasilkan. Semakin banyak keuntungan yang dihasilkan, semakin banyak duit yang dimiliknya, semakin banyak kekayaan yang dihasilkannya, semakin tinggi nilai kerja dan pendapatannya.
Kerjaya dalam bidang seni hiburan dan kreatif dinilai berdasarkan populariti yang dimilikinya. Walaupun lebih ramai orang lain yang lebih berbakat daripadanya, namun semakin popular seseorang itu, semakin ramai peminat yang dimilikinya, semakin tinggi nilai kerja dan bayarannya.
Kerjaya dalam bidang sukan keupayaan dinilai berdasarkan kemenangan yang diperolehinya. Lebih banyak kemenangan dan kejuaraan yang dikecapinya, semakin tinggi nilai kerja dan pendapatannya.
Kerjaya dalam bidang politik dinilai berdasarkan pengaruh yang dimilikinya. Semakin besar pengaruh seseorang, semakin ramai pengikutnya, semakin banyak orang yang menyokongnya, semakin tinggi nilai kerja dan jawatannya.
Setiap satu pekerjaan ada kelebihan dan ada kekurangannya.
Ada pekerjaan yang untungnya kecil tetapi risikonya rendah.
Ada juga pekerjaan yang untungnya besar tetapi risikonya tinggi.
Di bidang kerjayakan manakah yang anda berada sekarang?
Maka pilihlah pekerjaan yang sesuai dengan diri anda dan yang anda mampu lakukan, yang penting halal dan tidak menyusahkan orang lain.
Baca juga - "Ukuran kejayaan bagi setiap manusia itu berbeza".
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:
Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541
tags: ukuran kejayaan setiap bidang kerjaya itu berbeza kerja realiti kehidupan
kayr jar.
BalasPadam