Memaparkan catatan dengan label Hipokrit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hipokrit. Papar semua catatan

Jumaat, 4 Disember 2020

0 Buasir Otak TV: Kisah si penunggang agama

Bila ada orang mempergunakan agama demi untuk kepentingan diri sendiri seperti mahu mencari populariti dan perempuan di Instagram. Jom tonton animasi ini.


Isnin, 13 Januari 2020

0 Sisi gelap tak perlu dikongsi pada ramai orang

1. Setiap orang mesti ada sisi luaran dan juga sisi dalaman. Sisi dalaman ni biasanya dark side atau sisi gelap seseorang. Dalam dunia ini, orang yang benar-benar tahu sisi dalaman seseorang, adalah diri sendiri, dan juga sahabat yang sangat-sangat rapat. Kadang-kadang ibu bapa, adik beradik dan suami/isteri kita sendiri pun tak tahu sisi dalaman seseorang.

2. Sisi luaran adalah wajah, sikap dan perangai yang kita tonjolkan pada umum, depan ibu bapa, adik beradik, saudara mara, depan cikgu, di pejabat, kenalan, orang asing dan sebagainya, yang biasanya lebih baik, sopan dan berhati-hati.

3. Sisi dalaman pula adalah pelbagai wajah, sikap dan perangai yang keluar hanya bila kita bersendirian atau bersama orang yang paling kita rapat. Pasangan hidup kita mungkin tahu dark side kita yang satu ini, tapi tak tahu dark side kita yang lain yang mungkin hanya kawan rapat kita sahaja yang tahu dan begitulah seterusnya.



Khamis, 1 Mac 2018

3 Majlis pelancaran produk kopiah terbaru di kasino

Baru-baru ini telah berlangsungnya pelancaran kopiah terbaru dari seorang selebriti lelaki terkenal. Namun apa yang menarik perhatian ramai, lokasi koleksi kopiah itu dilancarkan, di mana bertempat di sebuah kasino di ibu kota.

Selain memperkenalkan koleksi kopiah terbaru, selebriti itu juga menyambut majlis ulangtahun ke 36 beliau di sana. Rata-rata netizen terkejut dengan pemilihan tempat haji kesayangan ramai itu, ada juga mempersoalkan mengapa produk seperti kopiah dilancarkan di kasino.

Di Instagram pula, ada yang sempat berkongsikan beberapa video ketika acara berlangsung. Memang meriah, seperti kasino yang biasa kita lihat, muzik rancak berserta dengan tarian daripada kopiahista yang hadir menyokong selebriti tersebut.

Selain itu, ibu dan adik beradik beliau turut hadir bersama. Memang agak pelik idea yang dicetuskan beliau, melancarkan koleksi kopiah di kasino. Pun begitu pasti beliau ada alasannya.

Selebriti itu ada mendedahkan bahawa antara punca dia memilih kasino kerana mahu mengurangkan bajet majlis yang bertemakan permainan. Mereka turut mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan apa-apa daun terup, mesin jackpot, mesin kuda, jenama dan botol minuman keras, gelas serta perkakas diasing dan dikeluarkan sepenuhnya daripada tempat terbabit sebelum majlis berlangsung.


Ahad, 30 April 2017

2 Manusia bertopeng bukan kerana hipokrit

MANUSIA BERTOPENG

Manusia itu
Sifatnya bertopeng

Memakai topeng itu
Bukanlah kerana hipokrit
Tetapi kerana sikap
Hormat, santun, malu dan professional



Isnin, 27 Februari 2017

6 Cakap tidak kisah tapi masih bercakap tentangnya

Kita kalau tak kisah atau tak peduli dengan sesuatu hal, kita takkan cakap atau tulis pun pasal hal tu dan hanya akan buat tak tahu sahaja.

Tapi kalau kau cakap juga pasal hal itu tapi beritahu satu dunia betapa tak kisahnya kau, itu maknanya kau kisah tapi acah-acah tak kisah sebab nak tunjuk yang kau tu konon-kononnya sangat special dan lain dari yang lain.



Ahad, 19 Februari 2017

3 Dulu langsung tak peduli, kini sembang kencang

Ada orang yang selama ini tak pernah kisah atau peduli pun pasal sesuatu hal, namun bila isu itu menjadi hangat, dengan tiba-tiba dialah orang yang kononnya acah-acah paling prihatin dan mengambil berat pada hal tersebut.

Sembang sikit punya kencang, bila timbul sesuatu isu baru la nak rasa sedih la kesian la marah la kecewa la, tapi selama ini dia juga yang tak pernah peduli untuk menyokong atau membantu pun.



Jumaat, 27 Januari 2017

5 Jadilah diri sendiri tanpa melanggar batasan

Biasa kita dengar kata-kata movitasi "Jadilah diri sendiri" agar kita tidak cuba untuk menjadi atau meniru orang lain. Ikutlah kata hati, buatlah apa yang diminati, cari originaliti, cipta jalan dan haluan sendiri dan sebagainya.

Namun bagi orang Islam, kadang-kadang nasihat "Jadilah diri sendiri" ini agak overrated apabila ia digunakan sebagai justifikasi untuk membenarkan perkara dan perbuatan yang salah terutama dalam agama.

Jika mengikut ideologi barat, "Be Yourself" ini bermakna anda boleh jadi dan buat apa sahaja tanpa batasan agama, budaya dan moral. Nak teguk arak, nak amal seks bebas, nak tukar jantina, nak berhubungan sesama jantina, nak berbogel tepi pantai, nak masukkan adegan seksual dalam filem, nak mencarut dalam lagu, semua boleh atas dasar "Jadilah diri sendiri".



Sabtu, 20 Ogos 2016

4 Melawan arus itu nampak unik, berbeza dan cool

Ada orang suka melawan arus.
Apabila ramai orang yang menyokong, dia akan membantah.
Apabila ramai orang yang membantah, dia akan menyokong.
Ketika ramai orang mengecam, dia akan mempertahan.
Ketika ramai orang mempertahan, dia akan mengecam.



Isnin, 25 Julai 2016

6 Kritikan sosial jangan terlalu berlebih-lebihan

Aku tahu ada orang Melayu yang rasa diri mereka lebih mulia dari orang lain.
Aku tahu ada orang Islam yang rasa diri bagus dan suka menghukum orang.
Tengok sahaja di media sosial, macam-macam orang Melayu Islam kita boleh jumpa.

Ada yang menghentam orang lain atas nama agama.
Ada yang berimejkan ustaz ustazah untuk meraih sokongan.
Ada yang menggunakan agama untuk kepentingan peribadi.
Tidak kurang juga yang menafsir sendiri Al-Quran dan hadis demi mempertahankan kesalahannya.



Selasa, 19 Julai 2016

7 Masjid nilai berjuta sedang asnaf di depan mata

Pertama sekali, tulisan aku kali ini tidak ditujukan kepada mana-mana masjid secara khusus. Ini ialah pandangan umum aku sebagai seorang makmum dan manusia.

Sepanjang Ramadhan lepas, aku ziarah lebih 30 keluarga asnaf. Keluarga yang benar-benar hidup dalam kesempitan. Hal ini membuka mata aku untuk menulis dan memberi cadangan. Satu cadangan yang pernah aku utarakan tapi dipandang sepi suatu ketika dulu.

Kali ini, aku menulis lagi. Utarakan semula cadangan dan pandangan aku, moga-moga ada yang mempertimbangkannya.

Masjid kita punya dana. Sesetengahnya punya dana yang sangat besar sehingga lebih 20k sebulan hasil derma orang ramai. Setiap Jumaat, masjid yang besar-besar perolehi jumlah kutipan derma mencecah ribuan ringgit.


Ahad, 12 Jun 2016

7 Bulan Ramadhan bukan sekadar untuk dihormati

Di bulan Ramadhan ini, ada 3 jenis orang yang selalu kita jumpa. Pertama, orang yang berubah menjadi patuh semasa bulan Ramadhan kerana sekadar mahu menghormati bulan Ramadhan, namun selepas bulan Ramadhan dia kembali seperti asal. Kedua, orang yang tidak berubah ketika bulan Ramadhan kerana tidak mahu merasa hipokrit. Ketiga, orang yang menjadikan bulan Ramadhan ini sebagai titik perubahan dan penghijrahan untuk menjadi muslim yang patuh.



Selasa, 31 Mei 2016

7 Apabila suatu kanser menilai kanser yang lain

Hakim. Juri. Penilai. Pengadil. Pengulas.

Satu syarat paling penting untuk seseorang menghakimi, menilai, mengadili dan menghukum sesuatu perkara dengan adil dan telus adalah dia perlu ketepikan sifat favoritism dan sebarang sentimen yang boleh menyebabkan penilaian itu menjadi tidak adil, berat sebelah dan bias. Jika tidak, kredibiliti pengadilan itu boleh dipertikai dan dipersoalkan.



Isnin, 30 Mei 2016

6 Manusia bertopeng di Media Sosial VS Dunia Nyata

Suatu ketika dahulu aku pernah tulis tentang "Kita semua manusia bertopeng", namun kali ini aku nak bercerita tentang topeng di media sosial. Di media sosial adalah tempat di mana kita boleh jumpa paling ramai orang hipokrit dan bermuka-muka. Ada orang memakai topeng agama di media sosial, ada pula membuka topeng dengan mendedahkan perangai sebenar dan menunjukkan "true colors" mereka di media sosial, dan ada juga yang langsung tidak memakai topeng, bagaimana dia di dunia sebenar, begitulah juga mereka di media sosial.


Rabu, 20 April 2016

11 Pertimbangan kontradik sifat hipokrasi manusia

Kali ini aku nak cerita. Cerita tentang hipokrasi. Ya, hipokrasi manusia, terutama di media sosial. Kisah ini adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku di FB.

Manusia di FB, penuh dengan topeng, kepalsuan dan kepura-puraan. Hari ini dia cakap lain di sini, esok-esok dia akan cakap lain pula di sana.

Kontradik.

Sangat kontradik dengan apa yang mereka pernah cakap, hanya kerana mahu diterima atau merasa kebersamaan dalam sesebuah komuniti dan kelompok manusia.

Dalam dunia media sosial, apa beberapa perkara yang akan buat kau senang popular. Ia adalah sarcasm, kutuk orang, troll, pembodohan diri, kontroversi, melucah dan lawak kotor. Jika kau ada semua pakej ini, lagilah mudah untuk kau naik.



Khamis, 31 Disember 2015

10 Kita menjadi sangat hebat ketika temuduga kerja

Kenapa kita selalu rasa ada orang di tempat kerja kita yang langsung berkelayakan untuk buat suatu kerja atau pegang suatu jawatan tu? Itu tak tau, ini tak reti, nak belajar malas, bagi pula macam2 alasan. Takkan dalam ramai2 yang minta kerja dan lalui proses temuduga, yang terpilih tu lah yang paling terbaik antara ramai2 tu?

Inilah masalahnya bila waktu temuduga calon sembang deras, tau macam2, boleh buat itu ini tapi hakikatnya banyak benda tak tau dan tak reti buat kerja. Sewaktu temuduga kerja, memang kita akan menjadi orang yang hebat, dan sangat hebat, malah lebih hebat dari apa yang kita mampu dan boleh buat.


Selasa, 29 Disember 2015

11 Ahli politik memang banyak kerja sebelum pilihanraya

Tak kisahlah kita buat 2 kerja ke, menteri buat 3 kerja ke, 10 kerja ke, yang pasti ahli politik ini banyak kerja yang mereka beria2 rajin buat sebelum pilihanraya, lepas je pilihanraya susah benar nak nampak mereka buat kerja2 tu lagi. Mereka nampak begitu beria2 prihatin, ambik berat, sanggup turun padang jumpa rakyat pergi banyak rumah orang miskin, peluk orang sakit, naik motor kapcai bersama masyarakat, bagi guni beras by hand, umum bantuan berjuta2, janji nak turunkan itu ini dan sebagainya masa sebelum pilihanraya je.

Tapi lepas je pilihanraya nak nampak batang hidung pun susah, pastu beria2 bagi alasan macam2 yang tak sukar diterima akal apabila mereka tak dapat tunaikan janji pilihanraya dan mahu rakyat terima dan faham kenapa kita kena tanggung pelbagai beban dan masalah mereka. 

Ya, sesungguhnya politik Malaysia itu dalam ketahian.


Ahad, 29 November 2015

8 Politik dan mengungkit jasa berpisah tiada

Masalah ahli politik kat Malaysia ni adalah mereka suka mengungkit. Ungkit jasa, ungkit kebaikan, ungkit sumbangan, ungkit janji walaupun berlambak2 lagi janji yang mereka mungkir semata2 agar mereka terus kekal berkuasa. Bagi aku kita ni janganlah asyik nak mengungkit jasa kita sahaja macamlah orang lain langsung tiada jasa dan sumbangan mereka. Kadang2 benda2 macam ni, kenyataan2 merapu macam ni yang buat orang benci dan meluat.


Khamis, 22 Oktober 2015

14 Janji untuk ditepati bukan untuk dibeliti

Menjelang Pembentangan Bajet atau Belanjawan Negara untuk tahun 2016 esok hari, aku tak peduli sangat berapa peruntukan dia nak bagi kat kementerian mana, jabatan mana, penjawat awam dapat bonus atau kenaikan gaji ke atau pun sebarang perancangan2 baru, aku cuma nak tahu satu je...

Adakah beberapa perkara dalam akujanji atau manifesto masa PRU13 seperti penurunan harga kereta, penurunan yuran jalur lebar, dasar 1Negara 1Harga bagi barangan keperluan asas, bina 1 juta rumah mampu milik serta pengurangan bayaran tol antara bandar secara berperingkat sepertimana yang telah dijanjikan akan dilaksanakan atau dimasukkan dalam perancangan Bajet Negara 2016?


Rabu, 18 Februari 2015

12 Cara menjatuhkan perniagaan orang lain tanpa sihir

Kisah 1

Seorang jugambar yang baru sahaja nak berjinak2 dalam dunia bisnes fotografer post gambar dan foto pengantin hasil kerjanya di Facebook untuk tujuan promosi. Tidak berapa lama kemudian, beberapa kawannya yang juga fotografer komen macam2 pada hasil kerjanya berkaitan kompo, pencahayaan, teknik fotografi, itu tak kena, ini tak kena.

Agak kurang ajar disitu.



Rabu, 4 Februari 2015

10 Kenapa orang Melayu UMNO dan PAS sukar bersatu?

MCA dan DAP setuju bersatu melawan Ismail Sabri dalam isu "boikot peniaga cina"

Ketua Pemuda MCA bersetuju untuk bersama dengan keseluruhan parti DAP untuk menyerang semula tekanan yang diberikan oleh Menteri Pertanian Ismail Sabri yang menyeru orang Melayu supaya memboikot mana mana peniaga cina yang tidak mahu menurunkan harga barang.

Jika tuan tuan bijak lestari, mengapakah cina mudah bersatu dan tolak tepi perbezaan yang ada demi kepentingan bersama kaum mereka, tetapi kita orang Melayu UMNO dan PAS sukar bersatu? Di mana silap dan apa puncanya? Siapa yang menolak penyatuan ini sebenarnya?