Khamis, 31 Disember 2015

10 Kita menjadi sangat hebat ketika temuduga kerja

Kenapa kita selalu rasa ada orang di tempat kerja kita yang langsung berkelayakan untuk buat suatu kerja atau pegang suatu jawatan tu? Itu tak tau, ini tak reti, nak belajar malas, bagi pula macam2 alasan. Takkan dalam ramai2 yang minta kerja dan lalui proses temuduga, yang terpilih tu lah yang paling terbaik antara ramai2 tu?

Inilah masalahnya bila waktu temuduga calon sembang deras, tau macam2, boleh buat itu ini tapi hakikatnya banyak benda tak tau dan tak reti buat kerja. Sewaktu temuduga kerja, memang kita akan menjadi orang yang hebat, dan sangat hebat, malah lebih hebat dari apa yang kita mampu dan boleh buat.

Pelukis: Pyromania.


Aku bagi contoh pekerja gomen. Tak dinafikan pekerja gomen ada yang bagus, tapi ada jugak yang kau nampak hampeh dan bilangannya bukan sedikit, bukan?

Bayangkan berapa juta orang yang mohon nak kerja kerajaan? Untuk satu jawatan tu mungkin beratus ribu permohonan. Lepas dah lepas proses ujian, tapisan dan temuduga, akhirnya daripada beratus ribu tu ada la beberapa orang yang terpilih.

Maksudnya nak kerja kerajaan ni dia punya persaingan tersangat2lah hebat, dan apabila persaingan pun dah sangat hebat, maka orang yang terpilih itu pun seharusnya adalah antara orang yang terhebat antara ramai2 calon lain lah, bukan?

Tapi entah kenapa, yang terpilih tu masih ramai lagi yang hampeh2, tak reti buat kerja, biadap, tak hormat orang, pemalas, ada masalah disiplin, kuat mengular, kuat makan rasuah dan sebagainya. Takkan la dari berpuluh ratus ribu yang mohon, takde calon lain lagi yang lebih layak berbanding yang hampeh2 ni?

Pelik sungguh.

Baca lagi artikel berkaitan berikut:


* Komik di atas adalah sedutan daripada buku Buasir Otak: The Komik [RELOADED] yang baru. Ada banyak lagi komik menarik di dalam buku Buasir Otak: The Komik ini. Untuk membeli boleh klik pada gambar di bawah:

Buasir Otak: The Komik




tags: jadi sangat hebat ketika temuduga kerja interview job tips panduan gomen kerajaan pekerja kakitangan awam swasta syarikat

10 ulasan:

  1. Woi noob, apahal ko bahan org kerja goMen? Kalau nk ikotkn mls, sapa saja boleh, tapi apasal ko bagi contoh yg kerja gomen je













    Proottt dimuka zyra roxx

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sbb org gomen je yang ada waktu makan lima kali pada waktu kerja.swasta dua kali je, tp kebanyakkannya sekali je iaitu lunch. Lepastu siap ada spot check di kafe macam budak sekolah.. sbb staff selalu mkn tak berhenti, kerja tak buat pfffttt..kahkah


      Haterz gonna hate butthurt gonna die yeah

      Padam
    2. Zyra tlg jgn memaslankan diri anda

      Padam
  2. org kerja gomen especially yg badan berkanun, dapat kerja ada yg pakai kabel. interview just as formality. tu yg haprak pun boleh ada dlm tu

    BalasPadam
  3. Sbb 2 bila interview xleh test percakapan face to face semata2...dpt jenis pndi bercakap tp xleh teamwork, malas pun x bagus gak.

    Skrg interview kena buat next level..nak buat mcm cerita Apprentice USA x mampu pulak..tp idea utama buat interview berkumpulan, tgk cara mereka bekerjasama menyelesaikan masalah..xleh all the time 1-1 je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Satu lagi...maybe mula2 org yg baru kerje gov bersemangat tinggi...pas2 tgk culture org lama mcm 2..pas2 dpt nasihat "kerje kuat2 pun x guna, bonus sama je, xde bonus pun ada gak"...kebanyakan motivation pekerja swasta more on bonus..kalau semua dpt sama bonus so motivation level utk become better employee xkan boleh pergi jauh.

      Itu hakikat org gov..kalau sy kerje gov pun maybe mcm 2..tp xde la smpi ponteng kerja smpi kualiti kerja terabai..cuma xde la nak rajin mcm kerja swasta

      Padam
    2. Setuju. Makcik pakcik yg dh lama keje suka sgt mendownkan semngat org lain. "Elehhh buat apa kerja rajin2 bukan boleh kaya pun" lagi teruk kalau kena pulau, kena bahan, kena hasad dengki bila buat kerja rajin. Karenah birokrasi. Melayu.

      Padam
    3. Ko sembang lebatlah ayam&zyra, mungkin dulu ko kecewA sebab tk dpt kerja gomen,tu lah dulu belajar malas org belajar ko baca komik, bila org dpt kerja gomen ko marah'' plk,, proott kt muka cEro

      Padam
    4. Sy dpt offer gov la dulu..cuma sy reject sbb tempat kerja swasta skrg boleh buat sy pergi lebih jauh...bonus pun not bad gak every year. Biar org rumah kerje gov..ada sedikit jaminan.

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.