Jumaat, 4 Disember 2015

11 10 Hikmah Poligami untuk kemaslahatan ummah

Poligami ialah amalan beristeri lebih daripada satu orang pada masa yang sama. Menurut ebook Mudahnya Poligami, banyak hikmah poligami tetapi telah ditutupi kebaikannya dengan pandangan buruk, dakyah atau tohmahan daripada fahaman songsang yang berpaksikan pendidikan barat yang mengharamkan poligami dalam kehidupan.

Ini menyebabkan mudahnya poligami menjadi sukar diterima masyarakat terutama di kalangan wanita.

Lukisan berdasarkan cerita "Antara Cinta & Sahabat".

Tetapi kita tidak boleh salahkan wanita sahaja apabila mereka menolak poligami. Ini kerana lelaki yang berpoligami juga ada potensi menjadi penyebab fitnah ke atas sistem poligami yang dibenarkan Islam ini apabila gagal menjalankannya dengan baik.

Sebenarnya, hikmah poligami adalah sangat berasas dan memenuhi fitrah kejadian manusia. Poligami juga adalah sebuah keterpaksaan untuk menghadapi permasalahan dan solusi dalam pelbagai masalah.

Cuba bayangkan jika Islam tidak membenarkan poligami, pasti sudah tentu kehidupan sosial akan menjadi tunggang-langgang dan tidak beretika.

10 Hikmah Poligami Untuk Kemashlahatan Ummah

1. Mengelakkan zina dengan menggalakkan poligami supaya hubungan kelamin dilakukan secara sah, iaitu hubungan suami isteri.

2. Melindungi wanita yang tidak berkahwin daripada hidup dalam fitnah dan kebatilan.

3. Memberi peluang kepada suami yang mengahwini isteri yang telah disahkan mandul mendapatkan keturunan dengan memiliki anak yang sah taraf.

4. Membenarkan suami menjaga kebajikan dan keperluan isteri yang mengalami kecacatan seumur hidup meskipun telah berkahwin lain.

5. Mengasihi dan melindungi wanita daripada bencana dan penderitaan sebagai wanita simpanan dan alat pemuas nafsu bagi mereka yang kaya.

6. Menjamin kemaslahatan isteri yang telah meningkat usia dan melahirkan ramai anak dengan suami yang tinggal bersamanya dan masih menerima hak sebagai isteri selepas suaminya berkahwin lain.

7. Membantu lelaki yang memiliki kekuatan luar biasa sehingga tidak cukup seorang isteri terutama ketika ada halangan yang berbentuk syariat bagi wanita seperti haid dan nifas melakukan persetubuhan yang sah.

8. Membolehkan suami yang bekerja dan tinggal di luar negara mengahwini wanita di negara tersebut sekiranya sukar membawa keluarganya bersama bagi mengelakkan hubungan haram dan timbul masalah sosial.

9. Mengahwini ibu anak yatim dan memberi perlindungan kepada anak-anak yatim tersebut daripada kejahatan dan fitnah.

10. Menjadikan penceraian solusi terakhir apabila berdepan dengan masalah dalam rumah tangga seperti isteri mandul, sakit atau menopause.

Poligami bermanfaat untuk perempuan berbanding lelaki iaitu penghormatan bagi isteri apabila suaminya adil dan mampu memberi nafkah dan kemaslahatan bagi perempuan apabila perkahwinan dapat menjaga wanita dan haknya sebagai seorang isteri.

Manakala, bagi lelaki yang sedang berpoligami atau mahu berpoligami, pastikan diri anda mengamalkan poligami secara baik dan mengikut peraturan agama agar anda tidak menjadi punca penyebab pertentangan dan kutukan ke atas sistem poligami yang dibenarkan Islam ini.

Apabila kita mengikuti suatu hukum, maka ikutilah dalam semua aspek, bukan ambil suku atau sebahagian sahaja.

Mudahnya poligami?

Sumber: Ebook Mudahnya Poligami dan buku Poligami: Kesenangan atau Kesengsaraan terbitan al-Hidayah dan disalin daripada portal The Vocket.


* * * * * * * * * *

Jangan lupa untuk membaca cerita "Antara Cinta & Sahabat" di pautan ini:



Cerita yang mengisahkan Aila, seorang penuntut jurusan Kejuruteraan Mekanikal di sebuah universti tempatan tidak pernah mempunyai kawan yang rapat kerana kelemahannya, namun kehadiran seorang sahabat istimewa iaitu Maisarah telah mengubah kehidupan beliau menjadi lebih ceria dan gembira.

Akan tetapi semuanya bakal berubah apabila mereka berdua telah terjatuh hati pada lelaki yang sama dan kisah cinta 3 segi ini yang akhirnya berkesudahan dengan poligami.

Anda boleh baca juga cerita ini dalam versi alternatif dari sudut pandangan Maisarah dan juga Adam di sini - "Antara Cinta & Sahabat: The Alternate".

Keluarga bahagia Adam, Aila dan Mai kini sudah pun mempunyai orang baru dalam keluarga mereka. Aila melahirkan seorang anak lelaki bernama Firash manakala Mai melahirkan seorang anak perempuan bermama Sarah.


Jangan lupa juga untuk mengundi. Undian anda sangatlah berharga buat kami. Cara untuk mengundi adalah dengan klik pada BINTANG MERAH SEBELAH KANAN sekali di bahagian bawah komik tersebut seperti gambar ini:


Mohon undi sebelum tarikh tutup pada 5 Disember 2015.

Jasa baik anda amatlah kami hargai dan aku akhiri dengan ucapan jutaan terima kasih.




tags: hikmah poligami kahwin isteri ramai lebih satu dua tiga empat islam kemashalatan ummah komik antara cinta & sahabat the next chapter

11 ulasan:

  1. I support you!!
    -Mat KD-

    BalasPadam
  2. poligami bermanfaat utk wanita, tetapi tanggungjawab yg sangat berat utk lelaki. lelaki soleh dan mampu beri nafkah zahir batin secara adil je boleh berpoligami. nak hadap perangai seorg isteri bukan mudah, anak2 lagi. hidup ni untuk cari bekal ke akhirat, bukan beban.

    BalasPadam
  3. Setuju dengan huraian di atas

    Selagi mengikut syariat islam dan tidak bertentangan dengan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah

    Cool Guy

    BalasPadam
  4. tapi berapa kerat je yg mampu berlaku adil. pd zaman skrg.. brapa kerat laki yg kukuh pegangan agama. stabil dari segi kewangan? sedangkan sorg bini pun pening kepala laki nak handle. dlm quran menyebut jika kamu xmampu berlaku adil sorg isteri sudah mencukupi...

    semuanya pokok pangkal adalah diri sendiri..
    jgn bkahwin skadar nk sedap kongkek je. mmg xkemana la jawabnya..

    BalasPadam
  5. sirosli.. prut!!

    -ayam afrika-

    BalasPadam
    Balasan
    1. cibai sirosli menyamar jd anon.prooot d muka ko

      Padam
  6. Hahaha...berapa ramai perempuan yang skip sampai bawah semua hikmah poligami tu.
    Kekadang pemikiran orang ni payah kita nak bentuk kalau dah berkeras menolak. Hehe

    BalasPadam
  7. disebabkan topik noob pasal kawin ramai cer try tengok anime terbaru gundam iron blood orphan ada sarikata BM memang dalam anime ni ada orang literally kawin ramai siap bini semua ok jer pergh lagi satu drama dia best lebih syok dari anime gundam aku tengok sebelum ni.. kalau ada masa cuba try tengok :)

    https://www.youtube.com/playlist?list=PLJV1h9xQ7Hx--hr6Y7m8rNj_Ynd-35o7I

    BalasPadam
  8. Disebabkan ppuan x kasi poligami, ramai laki kat luar sana 'makan luar'....

    Tp personally bg sy, kalau laki ada skandal kat luar nmpk sgt pentingkan nafsu je dlm perhubungan....sbb konsep hidup berpasangan ialah lelaki bila nak menjalinkan hubungan dgn seseorangm, dlm hati mesti niat ikhlas nak kawin dgn ppuan 2...

    Bg sy, nak selamat laki hanya boleh poligami jika isteri sendiri yg benarkan...kalau x benarkan even sembunyi kaw2 mcmanapun akan pecah lubang gak, dpt restu isteri pertama baru leh kawin no 2, nanti hidup carma marba nanti...tp susah nak cari ppuan yg benarkan laki kawin lain melaikna laki dia jenis loaded byk duit, nak kawin lain dah kena ada rumah n keta atas nama isteri, duit rm5k bulan2 cash..pas2 leh kawin lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. xsemua lelaki nafsu sama...maksud bukan ak pertahankan tapi adkalanya kena bagi jak poligami kat lelaki jenis ni...yg penting dia tau mcm mana nak arrange... cer try tengok anime ak link atas tu ada sarikata bm.. dlm tu ada lelaki mcm mana dia "poligami" haha

      Padam
  9. Poligami sunnah Rasulullah? Sebelum Sdt Khadijah wafat, Nabi hanya ada seorang isteri selama 20+ tahun dan beliau hanya berpoligami selepas 2-3 tahun wafatnya Khadijah. Kenapa itu tak dijadikan sunnah juga? Turunnya ayat 4:3 adalah untuk membataskan poligami kepada 4 dari unlimited polygamous marriage dan Sahabat-sahabat ketika itu juga tidak gembira kerana terpaksa menceraikan isteri-isteri yang lain dan keeping only 4 wives. Islam tidak memperkenalkan poligami kerana Nabi-nabi sebelum itu juga telah berpoligami.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.