Ahad, 27 Disember 2015

8 Kau orang muda jangan terlalu cepat menghukum

Kadangkala kita baru belajar atau tahu tentang sesuatu perkara, kita rasa yang kita sudah layak untuk mempersoal, mempertikai, menghukum dan menyalahkan sesuatu hal itu mengalahkan orang yang lebih ahli, pakar dan berpengalaman dalam hal tersebut.

Orang muda, benar orang yang lebih tua dan ahli itu tidak semestinya betul, tapi tidak juga menjadikan kita ini lebih betul juga daripada mereka. Jangan terlalu sombong dan bongkak dengan ilmu yang kita ada. Ilmu mereka dan kita mungkin sama, namun yang membezakan adalah pengalaman hidup. Ilmu yang diperolehi daripada buku tidak sama dengan yang diperolehi melalui pengalaman.

Buka mata, buka minda, cari pengalaman, luaskan perjalanan. Dan yang paling penting, sejauh mana kita merasakan mereka itu salah, bukan hak kita untuk merendah2kan mereka. Belajarlah untuk menghormati jika mahu dihormati.

Pelukis: Nine Redial.

"Kau orang muda terlalu cepat menghukum, terlalu suka menuduh. Sabar dulu, sehelai halaman kitab tidak menjadikan kau ulama, walaupun kau menghunus keris dan memaksa sekampung manusia memanggilmu demikian. Hidup perlukan usia, jangan terlalu tahu di waktu kau belum faham."

~ Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh
(Ceritera yang Kedua Puluh Enam (ii) dalam Sajak-sajak dari Sejarah Melayu, 1981)

* Komik di atas adalah sedutan daripada buku Buasir Otak: The Komik [REVOLUTION] yang baru. Ada banyak lagi komik menarik di dalam buku Buasir Otak: The Komik ini. Untuk membeli boleh klik pada gambar di bawah:

Buasir Otak: The Komik




tags: kau orang muda jangan terlalu cepat menghukum pertikai persoal menyalah tua pakar ahli urusan

8 ulasan:

  1. tul tu!! kalau boleh satu2 jangan gelojoh... baru start projek 5 minit dah abis dah...puihh la meleis sembang berdegar2

    BalasPadam
  2. Org muda suka berlagak pandai..baru belajar info kat FB dah pandai mcm ambik PhD....biar senyap n listen more.

    BalasPadam
    Balasan
    1. amk PHD pun takyah ada degree...online jer...

      Padam
    2. Haah..online je..lgpun PHD tu kan PizzaHutDelivery..online je. Hikhik

      Padam
    3. tau x d mesia skrg ini telah melahirkan ramai pakar2 .. iaitu pakar gugel, ustaj gugel, duktur gugel, pilot gugel, & lain2 lg. so degree uni tidak diperlukan lagi. budak2 skrg akan blajar di unibarsitiey gugeliah al najibon.. free no ptptn

      Padam
  3. Mahasiswa kebayakannya perasan pandai.. tp manusia2 yg perasan pandai nilah yg paling mudah kena kencing dan jadi lembu dicucuk hidung diheret ke sana sini..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.