Sabtu, 26 Disember 2015

16 Hari Krismas dan bani Melayu

Memandangkan Hari Krismas dah pun berlalu semalam, maka barulah aku rasa nak ulas sikit pasal isu ni, dan post ini hanya difokuskan kepada umat Melayu Islam khususnya yang berada di Malaysia sahaja.

Gambar hiasan.

1. Asal tiba Hari Krismas, bani melayu bertelagah tentang ucapan Selamat Hari Krismas itu haram atau tidak. Masa perayaan Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Gawai dan sebagainya takdelah kita sebising ini.

2. Yang berita pasal kerajaan Brunei ban Krismas tu diorang cuma ban umat Islam dari menyambut Krismas. Orang Kristian tak dihalang pun untuk sambut. Media dan netizen je lebih2 sensasikan berita ni.

3. Ada NGO yang mendesak kerajaan kita membuat bantahan terhadap kerajaan Brunei. Bagi aku tak perlu la nak campur sangat urusan negara lain. Ada negara lain tu walaupun ramai rakyatnya yang beragama Islam tapi kerajaan diorang tak mengiktiraf pun Hari Raya Aidilfitri/Aidiladha malah tak diberi cuti umum pun, takde pulak kerajaan kita nak sibuk2 suruh kerajaan diorang iktiraf hari raya.

4. Pasal isu hukum ucapan tu, aku dah baca beberapa sumber, memang ada ulama yang agak keras terus mengharam, ada juga yang mengharuskan atas dasar kesederhanaan, malah Majlis Fatwa Kebangsaan pun berkata ucapan tersebut dibenarkan hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan.

5. So disebabkan para ulama dan ilmuawan agama dalam dan luar negara juga banyak pandangan, ulasan aku adalah mengikut kepada situasi dan keadaan di Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.

6. Nak ucap Selamat Hari Krismas ke, Selamat Hari Deepavali ke, Selamat Tahun Baru Cina terutama kepada rakan2 bukan Islam yang menyambutnya, terpulang, asalkan kau tak ucap kepada orang Islam atau kau sendiri menyambutnya. Perayaan itu adalah perayaan mereka, bukan kita. Kita sendiri sudah ada perayaan kita sendiri iaitu Hari Raya Aildilfitri dan Aidiladha.

7. Jika kau ucap Hari Raya Krismas sekadar untuk menjaga dan menggembirakan hati rakan Kristian kau, kau takkan murtad dan masuk Kristian pun, melainkan kau sendiri memang nak murtad. Sama seperti kawan Kristian kau ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri pada kau atas dasar harmoni, dia pun takkan murtad agama Kristian dan masuk Islam pun.

8. Orang bukan Islam kalau mereka mengucap dua kalimah syahadah, berniat serta meyakini bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, barulah dia masuk Islam. Kalau sekadar dia ucap Selamat Hari Raya kat kita, dia masih lagi Kristian.

9. Begitu juga dengan kita. Kau ucap Selamat Hari Krismas pada mereka, kalau kau tak berniat nak masuk Kristian dan iman kau masih teguh yakin bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, maka kau masih lagi Islam dan tak masuk Kristian pun.

10. Tapi kalau kita pula sama sekali menyambut dan menganjurkan parti Krismas, itu dah lain cerita. Tapi siapalah aku nak menghukum akidah orang, cuma tak payahlah kita nak jadi barat sangat. Ya, sejak bila Hari Krismas itu jadi perayaan orang Islam?

11. Maaf cakap tapi orang Melayu yang sambut hari Krismas ni cuma acah2 feeling mat saleh je. Kalau boleh semua perayaan disambut kat US atau British tu diorang nak sambut bukan setakat Krismas malah hari Valentine, Easter, April Fools, Thanksgiving, Halloween dan sebagainya. Hari Deepavali, Tahun Baru Cina, Thaipusam, Wesak dan lain perayaan lain yang tak disambut kat negara barat takde pulak melayu2 ni nak acah2 sambut.

12. Akhir kata, kalaulah kita lebih tegas dan sesemangat ini dalam hal2 yang lebih besar dan jelas seperti mengharamkan terus amalan riba di bank, perjudian, penjualan arak, keruntuhan moral anak muda, membanteras seks bebas, rasuah, korupsi dan sebagainya kan lebih bagus.




tags: hukum ucap sambut hari krismas deepavali tahun baru cina merry christmas orang kristian islam melayu

16 ulasan:

  1. Prooottt ke muka Seriously.... aaahhh...lega baq hang...

    Noob, tlg siasat sikit pasal prihatin infiniti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cıɞѧı sıяosʟı mєʏѧmѧя jѧԀı ѧňoň pяooţţ Ԁmuҡѧ ѧʏm ѧpєяıҡѧ

      Padam
  2. tggu time valentine nnti, kluar lg hujah2 yg dah diulang bertahun2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone

      Padam
  3. Melayu xtau nak beza antara agama dgn budaya..
    Contohnya arab ngan islam..

    Pemikiran kelas ke empat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaupun aku melayu tapi tetap setuju memandangkan majoriti bani melayu otaknya camtu walaupun gaji 10K

      Padam
  4. Orang yg cakap haram untuk mengucapkan Merry Christmas to their Christian neighbors are either ignorant, or riak. Riak sebab they refuse to acknowledge that there are other religious beliefs out there. Riak sebab they only think their religion is the ONLY reason that should be acknowledged. Agama dia saja yang betul. Agama orang lain salah. People will try to deny this fact, but it's the truth. They're think they're too high and mighty to even consider others.

    It really doesn't matter if you wear santa's hat, or wishing others, or whatever, as long as YOU YOURSELF KNOW who you're worshiping. Semua terpulang kepada individu tu. People (Malaysian Muslims) are too fucking concern about other peoples business. Jaga kain spender sendiri sudah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku setuju sangat walaupun aku pun malaysian muslim! aku sendiri pun tak berapa suka kalau muslim rasa agama dia jer hebat (walaupun agama aku jugak). rasullah sendiri pun hormatkan non-muslim walaupun time perang (banduan perang diharamkan untuk diseksa dan mesti tak dibiarkan berlapar) I mean tolonglah wahai malaysian muslim sekalian please be open minded tapi jangan tahap liberalism sudah!

      Padam
    2. jadinya ko setuju ke dakwaan orang kristian bahawa Jesus itu Tuhan?
      riak ke kalau agama Islam membetulkan penipuan orang kristian yang mengatakan Tuhan ada anak?

      Padam
    3. berdakwahlah....

      Padam
    4. "riak ke kalau agama Islam membetulkan penipuan orang kristian yang mengatakan Tuhan ada anak?"

      lol, read your sentence again and tell me that's not the most conceited sentence you've ever heard.

      You are so indoctrinated you failed to see your own flaw. Come back when you have a proper argument.

      Padam
  5. Aku bersyukur tak jadi bani melayu yang banyak menyusahkan diri serta orang lain. Thanks to this entry Noob!

    BalasPadam
  6. Suka statement last no. 10......isu ni jd sensai sbb komen dr UAI sendiri..tp bg saya semua bergantung pada niat...tp kalau dah tahap celebrate sama2 pakai baju santa atau bernyanyi bersama2, itu dah kira salah...

    So, jgn fikir banyak2...enjoy holiday n tido puas2 time cuti ni smpi tghari baru bangun. Haha

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.