Isnin, 14 Disember 2015

10 Tiada guna ramai anak berjaya jika ibu bapa diabai

Biasanya dalam sesebuah keluarga yang ada anak ramai, dalam beberapa orang adik beradik akan ada yang orang yang lebih pandai, yang belajar tinggi2, kerja jauh dari keluarga dan akhirnya bina keluarga sendiri. Ada juga di antara abang, kakak atau adik yang jenis tak berapa bijak, atau belajar tak berapa tinggi, atau yang lambat kahwin walaupun usia dah lanjut, atau yang bekerja berdekatan atau masih tinggal bersama orang tua mereka. Mereka ini kadangkala dianggap sebagai bad apple, dipandang rendah oleh ibu bapa, ahli keluarga yang lain serta orang sekekeliling kerana pencapaian mereka tak setanding dengan adik beradik mereka yang lain.

Namun apa yang selalu berlaku apabila usia sudah semakin meningkat, mereka yang selalu dipandang rendah inilah yang akhirnya akan menjaga dan mempunyai hubungan yang lebih dekat dan erat dengan mak dan ayah mereka apabila sudah tua nanti.

Pelukis: Endman 3010.


Percayalah yang setiap manusia di dalam dunia ini ada tujuan dan peranan masing2. Yang bijak atau  duduk berjauhan daripada ibu bapa akan lebih banyak berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat, yang kurang bijak atau duduk berdekatan dengan ibu bapa akan lebih banyak berbakti dan menyumbang kepada ibu bapa.

Malah tiada guna ada ramai anak yang bijak dan berjaya jika akhirnya semua pergi jauh meninggalkan ibu bapa terabai di kampung halaman. Maka usahlah memandang rendah kepada orang dewasa yang masih menetap bersama ibu bapa mereka, melainkan mereka masih tinggal dengan ibu bapa sampai tua tapi masih menyusahkan mak bapak, pemalas nak urus rumah, duduk cuma menghabiskan boreh, tak nak jaga mak bapak, suka buat hal sendiri kat luar dan abaikan mak bapak kat rumah, ya itu memang layak kena maki.


* Komik di atas adalah sedutan daripada buku Buasir Otak: The Komik [RELOADED] yang baru. Ada banyak lagi komik menarik di dalam buku Buasir Otak: The Komik ini. Untuk membeli boleh klik pada gambar di bawah:

Buasir Otak: The Komik




tags: anak ramai bijak pandai bodoh kurang dungu lembab belajar tinggi rendah kerja kahwin lambat duduk bersama dekat ibu bapa jauh bakti

10 ulasan:

  1. ProooooooooooooooooooooooTTTTTTTTTTTTTTTTT creeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeTTTTTTTTTTTTT arghhh lega baq hang

    BalasPadam
  2. k.... prooooot~~~! argh lega paklong habak kat hang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cibai sirosli meyamar jadi anon proott dmuka ko

      Padam
    2. ko ni bangang ke apa sirosli. proot d muka ko

      Padam
    3. oh rozana

      nak bisjut? huhu

      Padam
    4. Apa nk jadi ini? Komen ikut tajuklah! Dpt hadiah ke kentotkn org? Elok mampos lagi baik,ProOO00ootTt! Eh? Aik! Erkkk!

      Padam
  3. Aku duduk dengan parent jugak. Walaupun aku dah kerja dan nak kawin,tapi sebagai anak bongsu,aku kena duduk dengan parent lagi.
    Abang dan kakak aku semua dah berkeluarga dan duduk merata negara. Macam dalam komik tu,hari raya pun belum tentu diorang boleh balik jenguk parent aku. Kalau balik pun sorang dua je. Pernah sekali dua langsung tak balik raya.
    Akhirnya aku yang bongsu ni yang jadi mangsa. Aku nak kawin dan bina keluarga jauh dari family pun tak boleh sebab parent dah tua. Nak tak nak aku ditugaskan untuk jaga parent.
    Akhirnya aku dicop sebagai anak manja,anak mak,duduk bawah ketiak mak bapak,katak bawah tempurung,tak nak berhijrah,dan macam2 lagi la.
    Aku jeles jugak tgk kawan2 aku yang dah merantau jauh ke bandar2 besar,tapi dalam masa yang sama aku lega yang aku tak payah guna tepon untuk tau mak ayah aku masih sihat.

    BalasPadam
  4. bumi Allah ni luas.anak tu keluar mencari rezeki bukannya buat benda tak elok pun.
    kalau disempitkan ibubapa terabai takde sapa nak tengok,sampai bila pun orang melayu dok takut je nak keluar dari malaysia.yang parent pun baca la bebanyak buku dan aktiviti berfaedah supaya otak tak nyanyuk.ni tau skit skit mengenang nasib,sedih sana sedih sini memang la lagi senang kena hasut.tak habis habis hujan emas hujan batu bagai.penakut sangat nak berjalan jalan di bumi Allah yang luas ni kenapa?takut nak duduk luar negara,kena duduk di kampung halaman je.keluar la cerita dongeng tanggang bagai sebab nak membunuh impian mengembara melihat alam dalam jiwa manusia

    BalasPadam
  5. Sbb 2 sy lebih suka anak sy jadi org yg baik akhlak n agama..x guna kejar nak jadi pandai genius..tp benda basic xde. Kepandaian selalunya diwarisi..tp ajar mereka berdikari, bertanggungjawab n hormat org tua..itu lagi penting

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko merepek apa ni? Tahi ayam punya koMen! Kelakar nk mampos baca komen ko, pRooOoOOtTttT

      -wakil sirosli-

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.